Followers

Wednesday, March 30, 2011

Sediakah kamu?

Am i ready????

Fuhh...!

OK start malam ni dah kena jadi babysitter...
Sampai la ahad, insyallah .

So wish me luck k!

Ermm... nak kena bawa mainan ker?
Nak kena beli ceklat ker?
Nak kena prepare mental dan fizikal ker?

hehe... Tunggu.

Nota Jemari: neno neno.... i'm coming!

Tuesday, March 29, 2011

Survey TGV

Balik dari sunway lagoon, menyinggah la kejap ke sunway pyramid.
Ala bukan jauh mana pun, sebelah menyebelah je kan.
Lunch dulu kat situ.
Sambel memerhatikan owang yang tengah sonok berICE Skating.

Teringin juga nak try tapi takot sebab tak pandai.
Takot jatuh, pastu tak sempat bangun, tup tup ada owang langgar tangan kita.
Putus! Gurlpp!! Takmoh... Ngilu dan seriau!

Jadi PEMERHATI je sudah cukup!

Dah abes makan, tetiba nak tengok wayang plak.
Aduss dah penat-penat bole lak layan citer aksi.
Konpom lam panggung ako membuta.

Layan je la citer aksi World Invasion Battle LA.
Perghh... mmg sangat-sangat konpom, permulaan citer je ako dah berdengkur.
Terjaga pun sebab bising derang tengah berperang. Separuh citer dah pun masa tu.

Pas beli tiket wayang, tetiba ako disapa.
Ingatkan pebenda la. Ghope nya amoi tu nak minta tolong buatkan survey pasal kusi-kusi kat TGV tuh. Katanya derang nak tukar kusi yang sedia ada.

Adalah dalam 6 jenis kusi yang derang soh test.
Kusi yang ako duduk mcm dalam gambar tu jenis kapel seat.
Kusi nya plak jenis yang boleh goyang-goyang.
Erkk maksud ako, bila duduk takde la ko duduk menegak keras je kan.

Seat yang 3 belakang berderet tu pun jenis leh rockin' gitu. Cuma sempit sket la.

Yang merah tu pulak, keras takde nak goyang-goyang.
Tapi fabrik dia lembut. Ako suka tang fabrik dia la.
Kaler merah lagi tu hahahaha.... 
Dia macam kain baldu gitu.

Yang depan kaler biru gelap ni pun jenis keras juga.

Ekceli sumer nya selesa.
Ada pro and cons la.
Susah nak cakap mana satu yang lebih bagus.

Lain owang lain citarasa dan keselesaan nya, tak gitu ;-)
Dan ako tak pasti pertukaran ni untuk sumer TGV atau hanya TGV kat sunway pyramid je.

Nota Jemari: Kowang ghase, kowang prefer yang macamana?

Sunway Lagoon

Sabtu, ako gi sunway lagoon.
Dah lama giler tak jejak kan kaki ke situ.
Eh jap jap, ako ada ajak kowang kan!
So sila jangan nak marah-marah or nak ngengada cakap ako x ajak ye!
Dah sape soh kowang takmoh join kan.

Erkk ye ye, ako takde la ngajak sampai satu kampung.
Melampau arr tu!
Tapi mana yang ako ajak tu, paham-paham sendiri je ar ye.

Eh, sekarang dah lain tau!
Maksud ako, dulu kan klu masuk, tiket dia yang macam gelang kertas kan?
Tapi aritu ako pegi derang dah tukar tiket kepada gelang getah ala-ala jam gitu.
Cool siot!!

Mungkin bagus gak kan. Takde la ghisau klu kena air. Kan?!

Harga tiket untuk mykad (dewasa) adalah RM60. 
Sekarang kena bayar deposit RM10.
Tapi jangan ghisau, masa kowang pulang kan 'tiket jam' tu, kowang dapat la duit deposit tu balik. Klu kowang nak bawa balik 'tiket jam' tu, maknanya burn aje la duit deposit kowang ye.

ermm..
Ako assume ramai la owang sebab wiken la katakan.
Tapi masa nak main beberapa game kat situ, punya la rileks.
Tak yah berebut-rebut sebab takde owang sangat.

Dari segi games, tak banyak perubahan.
Sama je macam dulu.

Yang menarik je pun, game kapal ni je.
Tu pun sebab dia macam thrill sket.
Eh bkn 'macam', memang thrill pun.
Erkkk fengsan ok klu kowang adalah lemah semangat.

Apa taknya, kapal itu adalah berpusing 360 darjah!!
Sepanjang naik, ako tutup je mata. Tau-tau je dah abeh.. hahah 
Cuma adalah sekali dua ako buka sikit mata nak tengok gak camne ghope bila kaki kat atas kepala kat bawah. Seriau siot!!

Dah turun dari kapal, ako terperasan sesuatu.
Katanya naik 'pirate ship'.
Tapi awatnya gambar pompuan separuh bogel kat depan kapal??
Kowang perasan x???
Macam seakan-akan gambar owang tergantung kat dalam gereja, kan?!!
isshhh takkan la pihak sunway tak peghasan??
Tak paham, apa motip pompuan tunjuk buah dada tergantung kat depan kapal?????

Kowang paham ke??
Cer explain sket??

Camni la ejaan kasawari dalam omputih.

Oh ya, sunway sekarang dah ada Wildlife Park iaitu lebih kepada macam mini zoo la gitu. So terjumpa la 'cassowary' berwarna biru dan berjambul di kepala. Macam burung merak pun ada sket-sket kan ;-)

Naik bot pastu kebasahan.
Masa kat USS dulu, klu naik bot camni, perjalanan dia slow motion je.
Dia punya klimaks adalah di penghujung perjalanan kita.
Konpom basah kuyup! Tapi tu kat USS la.

Klu kat sunway plak, naik bot ni, perjalanan dia adalah deras dari mula lagi.
Basah dan basah dari mula sampai abesh. Thrill nya adalah sebab air yang deras.
Kena la duduk dendiam dan pegang kuat. Silap haribulan klu lalai boleh terjatuh dibuatnya.

Ekcelikan, bagi ako yang tak suka main air ni, pegi sunway dengan harga RM60 adalah mahal dan tidak berbaloi. Sebabnya, game kat adventure park bukannya banyak mana pun klu nak dibandingkan dengan game kat genting. Unless kowang suka mandi manda, so berbaloi la gi waterpark sekali. Oh ye, ako memang kurang gemor sket nak buat xtvt mandi manda. Leceh! Nak tukar baju laa.. pastu dah basah2 nak kena mandi balik laa. iskkk sangat-sangat menyusahkan!!

So, klu kowang nak ajak ako berXTVT, sila pastikan xtvt yang tidak melibatkan air dan mandi-manda ye.

Sunway bagi ako, so-so je la.
Boleh pegi tapi takde la excited mana klu nak dibandingkan owang ajak ako g GENTING untuk bersokaria. Lain owang, lain citarasanya, ye tak?!

Nota Jemari: Citarasa kowang camne plak?

Monday, March 28, 2011

Luahan Hati

Ye ye entri kali ni berbaur luahan hati gitu.
Sila jangan amek pedulik bahasa, tuturcara mahupun isi kandungan dalam entri ni. Sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati sahaja. Lagipun perlu ke ada yang pedulik atau amek kisah atau terasa hati dengan apa jua yang bakal dibaca kelak? Dan perlu ke ako pikirkan perasaan dan menjaga hati owang lain untuk menyiapkan entry 'luahan hati'??

Ah lantak!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Luahan 1
Ako ni dah la takde MAK.
Takde BAPAK.
Yang tinggal adik badik yang berempat je pung.

Kakak dah kawen so konpom dah ada kehidupan sendiri.
Adik pompuan pun dah kawen.
Duduk plak kat nun jauh kat selatan sano.
Itupun sebab dia mengajar kat MRSM Batu Pahat.
Ye ye dia seorang guru di situ.
Adik laki yang satu, yang bongsu plak tu, pun dah kawen.
Sebab ako sowang je yang tinggal so buat masa ni dia stay ngan ako la kan.
Cuma sekarang ni dia terpaksa la balik duduk ngan mertua sebab bini nya tengah sarat mengandung. Tu pun sebab bini dia dah tak larat asyik kena 'petang sickness' gitu. So derang amek keputusan nak menetap kat sana buat sementara waktu sampai baby kuar.

Adik pompuan ako plak nak bersalin dah.
Anak kedua.
Sebabkan nnt urusan kat spital, tambah plak spital kerajaan mcm strict sket tak bagi budak-budak masuk, maka dimintanya ako datang ke BP untuk menjadi babysitter kepada anak sulungnya sementara waktu. Kira kan, klu dia dah warded dan berada kat spital, so anak dia yang sulung tu nanti duduk dengan ako la. Sebabkan mertua dia pun tengah tak sihat, so mcm payah la nak minta ulang alik tolong tengokkan cucu dia yang satu tu.

So, salah ke klu ako jadi babysitter???
Salah ke ako tolong adik sendiri sementara dia tengah memerlukan pertolongan kan?

Tak paham kenapa isu ako jadi babysitter ni seolah-olah macam satu lawak bagi sesetengah owang?? Klakar sangat ker?? Kenapa, tak caya ke??
~~~~~~~~~~~~~~~~~

Luahan 2
Ermm... Kamu sudah berubah!
Sangat-sangat banyak.
Perubahan kamu sangat mendadak.
Mungkin kamu tidak perasan tapi ketahui lah owang sekeliling pasti perasan akan perubahan itu.

Klu owang sekeliling tidak perasan, mungkin kami perasan sebab kami teman kamu! Pasti, klu tak banyak pun, sedikit perubahan je sudah buatkan kami rasa kelainan.

Ako pasti rasa kekok bila sesuatu itu berubah dengan mendadak.
Maaf ya andai rasa kekok itu keterlaluan.

Rindu kamu yang dulu!
Ya, mungkin kamu perlukan perubahan itu untuk kebaikan kamu.
Cuma rasa ketidakeselesaan sedikit bila perubahan yang berlaku datangnya dari kamu.

Argghh kadang-kadang ako takmoh terlalu memikirkan perubahan itu tapi mungkinkah ako yang terlalu sensitif??
~~~~~~~~~~~~~~~

Luahan 3
*sigh

Ni khas untuk awak.
Ghase nya awak tahu sape awak.

Eee geram tau, bila oghang dok sibuk nak bercerita, awak cam nak tak nak je dengar!!
Bila oghang buka satu topik, awak macam dengar 'masuk tinger kanan, kuar tinger kiri'.
Abih tu, kang klu diam membisu je, jadi buhsan plak.
Mencik betul laa!!

Sudahnya, oghang je arr yang dok layan citer awak.
Errmmmm....
Boleh tak lepas ni, sila dengar dan bagi respon x kira la apa jua luahan atau topik yang kuar dari mulut oghang??!!

BOLEH tak???
Awak dengar tak ni, oghang jerit, "BOLEEEHH takkkk??!!!"
~~~~~~~~~~~~~

Luahan 4
Ada sebulan je lagi masa yang tinggal.
Jadi kira dalam 30 hari ni je lagi, ako bole berbicara dengan dia.
Bicara apa jua. Tapi lebih kepada mengadu.
Selepas 30 hari ni, ako kira ako dah x berpeluang lagi dah.
Sebab konpom lepas tu dia hanya akan dengar aduan dan luahan sang suami je.

Arrghhhh takot!
Siyes, taakoott sangat!
Takot, lepas ni ako dah takde tempat nak mengadu.
Dan paling takut, lepas ni dah takde teman nak diajak beronggeng.

Bila kita sunyi,
bila kita keseorangan,
time ni la owang sekeliling dok sibuk soh kita cari teman.
Bukan takat teman biasa tapi teman sehidup semati.
Eeee x moh ako cari teman SEhidup SEmati.
Sebab apa?
Sebab bila sebut SEhidup, SEmati makna nya hidup dan mati sowang2.
Hahahahhaa..... Apa tak nya bila kita sebut 'se' makna nya satu.
So Satu hidup, satu mati.
Gurlpp lagi arr bughok lak bunyinya.
Eh ni cikgu ako yang terangkan dulu tau masa skolah.

Isshh.... bukan arr takmoh cari teman.
Abih, klu 'teman' pun x moh cari kita, nak wat camne kan?!
Kadang-kadang ako suka pepatah camni,

"SINGLE is SIMPLE,
DOUBLE is TROUBLE" ...

Sementara ni ako pegang je la dulu pada pepatah yang satu tu.. hhehe..
Sok, klu ada yang sudi nak hapuskan pepatah tu dalam kepala hotak dah hati ako, ako buang je la nanti k.

Jadi, wat masa ni sila lah jangan asyik dok tanya soklan-soklan yang tak relevan didengar dek tinger dan dipikir dek akal ako ye!!

Klu nak owang RESPEK kita,
kita pun kena lah juga RESPEK owang lain.
Tak gitu?! *wink

Nota Jemari: .. ako jenis x amek kisah.. ako jenis x banyak cakap. Tapi bila tahap kesabaran dicabar, ako pasti melenting jua!!

Clinique happy in bloom

Ingat tak cerita pasal wangi, masa awal-awal entri bulan aritu?

Kan dalam banyak-banyak perfume tu, ako ada mention perfume clinique yang limited edition punya. So kali ni dah kuar balik. Mula excited juga la. Pastu pikir klu beli takut terober budget plak. Tapi sudahnya sebab pikir perfume ni LIMITED sahaja, maka TERbeli la jugak.

Bau masih sama.
Cuma packaging dan corak sudah bertukar sket.
Yang sebelum ni, bunga nya lebih kepada warna merah dan oren.
Tapi kali ni, warna bunga lebih kepada pink dan pepel.
Tak kisah la janji bau nya masih sama macam dulu.

Wangi! Cool! Rasa sejuk!
Itu yang penting!

Sebab beli dengan kawan ni, pastu sebab dia limited, maka dah alang-alang kitorang beli yang saiz besar la sket. Ala dia ada 2 saiz je pun. Satu 30ml - RM125, dan satu lagi 50ml - RM175.

Tengok yang set punya.

Beli dua botol, percuma lipstik dengan mascara.
Klu nak beli mascara je, dah harga RM75.
Dan klu nak beli lipstik sahaja , harga nya RM66.

Bila beli set ni, untung nya dengan harga RM175 je, ko dah leh dapat 2 mende kat atas tu dengan PERCUMA!! Jimat .. Jimat... kan awak kan ;-)

So next time nak beli lagi, kita beli sesama k :)
Oh ye, perfume ni just kuar masa musim bunga je.
So dia akan kuar dalam bulan mac/april setiap tahun.
Ye la kan nama pun "happy in BLOOM" ...
psstt untuk laki kowang ke, untuk boipren kowang, klu kowang suka kan kelembutan dan bau yang fresh, ako rekomen perfume yang ini. "clinique for men". 

Siyes... cool jer! 
I like!

Nota Jemari: harum mewangi selalu

Filem: Hikayat Merong Mahawangsa

Sana sini owang dok sibuk citer pasal filem yang satu ni.
Dari last week lagi nak tengok tapi tak berkesempatan.
So, Jumaat aritu, terhegeh-hegeh ako gi wangsa walk tuk layan filem 'heeiiiibaattt' ni!

Show jam 9.30 malam.
Kawan ako cakap, iklan tak banyak.
Kira filem ni mcm start on time la gitu.
Maka, tak buang masa, lagi 5 minit nak ke jam 9.30, ako dah ready nak masuk panggung.

Ako amek seat couple.
Ako suker betul seat kat panggung wangsa walk tu.
Masa ni , kat screen tengah tayang iklan.
Concentrate la juga tengok iklan-iklan tu.
Biasa la kan, klu iklan kat wayang ni slalu nya mesti tunjuk filem-filem baru yang bakal ditayangkan.

Tengah syiok-syiok layan, alih-alih screen jadi gelap.
Masa ni tgh iklan citer antu.
So memang suspen la gitu.
Sumer owang sunyi sepi. Gurlpp!!

Lama juga ar....
Memasing dah cuak..
Memasing dah mula sok sek sok sek..
Berbisik sana sini.

Ye la tertanya juga, pesal tak kuar-kuar lagi filem ni?!
Lama juga arr.. adalah dalam 15 minit gitu.
Alih-alih, ada annoucement bagi tau, bekalan elektrik terputus.
Laaaaa............... iskk!
Nasib baik la 15 minit jer tau klu sejam, ako minta balik duit tiket. :p

Dan nasib baik juga filem ni sangat-sangat HEBAT dan BEST!
Cuma nak soh ako tengok banyak kali, takde la kot hehee....
Ako kan spesis tak suka buat bende dua kali hehe..

Kesimpulan filem ni, memang TABIK laa kat Yusri sebab dapat hasilkan filem macam ni yang jarang-jarang ada kat filem Melayu MALAYSIA.

Nota Jemari: Review filem punya la ciput je.. hahah jadi laaa kan.. Luahan hati yang lebih-lebih.. hahaha

Biqque's March Lucky Follower

Phew.. seb baek tak terlepas!!

OK biqque, again, i'll join your 'lucky follower contest!'
Yeah. it's March already eh?!
Don't wanna missed this contest too.
So here i am.

psst... aha la that was my school badge hehe... *wink*

Nota Jemari: Anyone nak join? Jom laaa.... Just click here k ;-) Gud Luck!

Friday, March 25, 2011

Logik tak??

Perihal entry saman kat bawah ni, ako dah check kat website myeg tadi.
Check punya check memang betul ako ada 1 saman.
OK, fine!

Ako belek-belek lagi, aikk saman tu bertarikh 25 Dec 2010.
Ako check plak saman yang sebelum ni ako dah bayar pada tarikh 24 Dec 2010.

Memandangkan ako nak renew roadtax awal bulan aritu so ako check la lagi sekali kot-kot ada saman yang ako x settle kan. Clear ok! Kosong! Zero!

Fuh, lega! So ako cecepat renew roadtax.
Alhamdulilah setel.

Then alih-alih dapat surat plak kata ako kena setelkan saman..
Errkk.............. tak ke moskel dibuatnya???
Weii apa jadah plak tetiba baru nak cakap ako kena saman lagi???
Macam sengaja jer nak appearkan list saman ako lambat.
Klu ye pun ako ada saman lagi, tak ke senang ko masukkan sekali list tu masa ako mula2 check aritu.. arrghhhhhhhhhh ... memang nak musabah sungguh tau!!

Tak suker! Tak suker! Tak suker!
Ako nak buat pe skrg?
Buat pe lagi, buat bodo jer arr... GGrrrrrrrrr @$%^$$^%*

Nota Jemari: duit lagi ..

Wednesday, March 23, 2011

S.A.M.A.N?! Biar Betul ni??!!

TIDAKKKKKK!!

Balik opis tadi cam biasa musti nak jenguk-jenguk kat peti surat. Check la kot-kot ada surat ke takde surat arini. Dan hasilnya, berlambak surat eh silap berlambak bil-bil nak kena setel. Gurlpp....

Dalam banyak-banyak surat tu, tertarik kat sampul ni.
Sebab tengok takde dari mana-mana company.
Macam tertanya-tanya juga la surat apa plak ni?!

Bila buka terus ako tengok nama pengirim.
Gurlpppp?!!!!

"What, Cawangan Trafik!?"

erkk...

Saman?
Saman apa lagi ni? Bukan ako dah lama bayar ker??
Adussss.... ni saman bila plak ni??
Fening! Fening..!
Macam-macam lam kepala hotak.

Samaaannnn apa lagi niii weii????!!!!

Ako hantar sms.
PAP!! Pengsan!!!

Tetiba muncul plak 2 saman berjumlah RM600.

Arghhhhhhh.... nak jerittt!!! Nak jerittt!!

Masalah nya, dari tadi ako try masuk website nak check detail saman asyik tak lepas-lepas je ni. Adussss cepat arr siang, tak sabar dah ako nak check kat opis esok.

Asal tetiba je ada saman ni??!!!!!
#@%%^(

Nota Jemari: AKo yang drive ke adik ako yang drive ni??

Tik Tok Tik Tok

Arghhhhhh lama nak hari Jumaat.

Gaji weii! Gaji!
Poket dah kosong dah ni..
Nari makan megi..
Esok makan biskut..
Tulat minum milo..

Cepat la gajiiiiiii!!

Eh Jumaat ek??
Best best nak gi detingg arr...

lalalalala...............

Nota Jemari: Sabtu, jom sunway... splassshhh.... gedebushh..

Tuesday, March 22, 2011

Kekasih lama

Dok belek-belek friend kat dalam FB,
terperasan senarai kengkawan antara nya adalah kekasih-kekasih lama.

Eh jap jap x sesuai guna kekasih, kita pakai gelaran "kengkawan lelaki".
"kengkawan lelaki" tapi ada sket special gitu.

Belek sowang sowang..
Oooo hampir sumernya jadi frenlist ako.
Gurlpp....

Pikir-pikir balik, ermm ghasenya bukan ako yang cari derang ni tapi derang yang add ako. Aiyoo.. tu la, dolu-dolu kan ako jenis men accept je sesape nak jadi fren tanpa belek dulu empunya diri yang diaccept tu.

Kowang ghase patot tak ako delete nama derang sekarang ni???

Kadang macam sonok plak nak tahu kisah kehidupan derang.
Tapi kadang-kadang macam rimas plak, bila derang pun leh tahu kehidupan ako.
Dan kadang-kadang terpikir gak nak delete je sumer senarai kawan lelaki dalam fren list tu tapi bak kata Tinie kat blog dia, "Tak semestinya kita sekolah pompuan, so kengkawan pun sumer pompuan je".

Saja nak serabutkan kepala hotak dengan masalah yang x seberapa ni.
Sekurang-kurangnya berhapdet gak blog ako ni ngan entry cenggini hahhahaa.

Laaayannn je la ek.

hepi besday buat kekasih lama yang nyambut ulangtahun kelahiran nya ari ni ;-)

Nota Jemari: ..bila idea tak datang, so ini jela yang dapat disaji..

Monday, March 21, 2011

Restoran Salero Negori

Yuhuu..........
Suka masakan padang dan nogori??
Ako, musti la suka!
Memang menepati citarasa anak tekak yang satu ni.

Jom, kali ni JJCM bersama anakomak membawa kowang ke Restoran Salero Negori. Eh bukan bukan yang kat Negeri Sembilan tapi terletak kat Jalan Gurney, KL.

Restoran ni adalah sebuah banglo klasik.
Tak susah pun nak cari.
Betul-betul terletak kat belakang putra Damai.

Klu kowang sukakan masakan padang dan nak kan privasi, memang ako suggest tempat ni la. Memang privasi sangat-sangat. Macam terasa makan kat umah sendiri gitu.

Ruang makan kat dalam ada tiga bilik.
Bilik 'Rantau'.

Ruang bilik 'Ampangan'

Ruang bilik '....' 
erkk alamak ako terlupa nama ruang yang satu ni.

Oh ye, sumer kat dalam tu memang konsep antik & klasik gitu.
Klu tak silap ako, banglo ni kan dua tingkat.
Ruang atas tu klu tak silap tempat pameran barangan antik.
Ako tak sempat nak jenguk ke atas.
Tapi sumber yang ako baca dari utusan, ada mention camtu la.

Pernah minum air apokat?? Atau omputih cakap 'avacado'.
Dulu, arwah parent ako memang suka sangat kat air ni.
Bagi ako idok le sedap sebab rasa nya kelat-kelat pucuk pisang gitu.
Tapi bagus tau, tak manis tak masam cuma kelat je pun hehehe.

Ekceli banyak lagi lauk-pauk yang dijual.
Kami cuma memilih lauk-pauk yang ghase anak tekak nak telan.
Slalunya makan kat restoran minang/padang ni, kowang pilih je nak lauk apa dan derang akan tolong hidangkan gitu. Tak ke ghase macam makan kat umah, dah le duduk dalam banglo kan. ;-)

Pastu yang best terasa macam Queen of da Day sebab ada owang layan, hidang ... haha 

Yang ni salah satu air special derang.
Teh botol. Harga RM3.50 sebotol.
Bagus tau!! Tak manis pun, ghase air teh tawar gitu.
Klu tak silap, kat Indon memang pemes air ni.

Daging salai masak lomak cili api - RM6.00

Pucuk ubi masak tempoyak - RM5.00
Adus terbayang-bayang rendang pucuk ubi.
Kowang pernah makan??
Sedap weii.... Rendang pucuk ubi arwah uwan ako paling sedap!
Takde sape leh lawan weii hahaha..

Daging dendeng - EM6.00
Daging ni rangup macam makan kopok plak ghase nya.
Takde nya liat-liat.
Konpom sekali gigit je dah rapuh.

Nampak tak ada sambal sebelah ayam kampung goreng tu?
Ku kirakan sambal itu FREE tapi ghope nya kena bayar juga ek.
Lado merah tu rege nya RM1.50 semangkuk kecik tu.

Ada terong goreng harganya RM3.50.
Ulam pucuk ubi tu plak, harga nya RM3.00

Selain air teh botol ngan apokat tu, kitorang order la juga air limau panas yang berharga RM1.50 secawan dan juga milo ais - RM2.30.

Kitorang try la dizert iaitu Sago Melaka berharga RM2.50 dan juga Tapai ais krim - RM3.50. Ermm sebab kan ako ghase sago yang jual kat Lanai lagi sedap, maka bila ghase kat kedai ni agak kurang menepati citarasa anak tekak ako. ;-)

Ako tak makan tapai so tak bole la nak komen lelebih pasal tu ya.
Overall, ok la not so bad.
Selera anak tekak ako memang bole masuk dengan masakan kat restoran tu.
Bila makan, terubat sket rindu nak rasa masakan 'rumah'.

Nota Jemari: Cawangan lain, ada kat TTDI dan Klana Jaya.

Kisah Ako dan Air Asia lagi..

Kan sekarang Air Asia dah sediakan web check-in kan.
So, macam biasa la, ako web check-in terlebih dulu untuk flight pulang ke KL.
Ako tak pilih seat. Terima aje seat yang dah dibagi.
Ok setel web check-in.

Ahad, 20 Mac ako pulang ke KL dengan menaiki flight awal pagi dari JB.
Flight sepatutnya berlepas jam 8.25 pagi tapi tertunda gara-gara kapal torobang dari KL lewat.

Lebih kurang jam 9 pagi baru bole masuk dalam pewot kapal torobang.
Sebab awal-awal kan dah kata air asia dah bagi seat kat setiap owang maka takde la nak berebut-rebut or tergesa-gesa nak masuk lam pewot kapal torobang tu.

Penumpang yang lain dah ready beratur panjang tapi ako rileks lagi.
Kasi sumer yang ramai-ramai tu masuk dolu.
Dah kata seat ada kan so takde la risau sangat.
Bila dah kurang owang, maka ako pun ikut la derang sumer berjalan kaki nak naik kapal torobang tu.

Ako naik ikut tangga pintu belakang.
Sebab seat no ako lebih senang cari dari belakang.
Dari jauh ako dah nampak ada kepala.
Aikk dalam hati dah cuak la juga kan.
Bila sampai je kat seat yang sepatutnya, sah memang dah ada owang duduk kat seat ako.

Sowang lelaki ngan anak dia.
Ako cakap la dengan sopan, mention yang dia dah amek seat ako.
Then dia macam blur-blur gitu.
Dia tanya no seat ako.
Ako mention la siap tunjuk boarding pass lagi.
Bila tengok no seat ako dia dah mula cuak.
Konon nya dia dah tukar seat tu dengan owang lain yang sepatutnya duduk bersebelahan ako.

Gini citer nya.

Seat ako 15E, seat budak yang sepatutnya dok ngan ako 15F.
So,15D memang seat sowang pompuan ni.

Mamat ni plak sepatutnya duduk kat seat no 17E.
Tapi anak dia plak kena duduk kat seat no 15E.
Sebab kan dia nak duduk ngan anak dia maka dia exchange la seat no dengan budak pompuan yang sepatutnya duduk dengan ako.

Fine, ok la setel .
Tapi kowang pasan tak masalahnya di sini?!!
Cer kowang peratikan betul-betul.
Ada double-seat di situ, betul tak?

Then kat mana plak ako sepatutnya duduk?????????

Nasib baik lah seat kat 17D kosong.
Maka, ako duduk je la kat situ.
Memang takde masalah klu fligth tu tak penuh.
Tapi buat nya la klu aritu flight yang ako naik adalah PENUH, so tak ke jadi kecoh dibuatnya?!!

Ekceli ako macam konpius juga.
Sebab tak tahu sape yang silap.
Sama ada pihak Air asia yang silap bagi no seat.
Atau, si bapa tadi silap tengok no seat dia.

Camni sebab yang ako pasan, seat no 17E tu tapi seat yang lagi satu ako macam terperasan 15D. Sedangkan pompuan yang dok kat seat 15D macam buat tak heran ajer bila insiden kami bertukar seat tu. So, mula ako assume si pompuan tu takde kena mengena la dalam ini situasi.

Then bila ako duduk kat seat 17D, ako mula terpikir.
Takkan ada double seating kot?
Ni sape yang salah sebenarnya ni???
Ako betul-betul konpius.
Memandangkan takde yang serius berlaku sebab ako dapat gak duduk, maka kekonpiusan ako hanya hilang tanpa jawapan macam tu aje.

So, kowang agak la, sape ek yang silap sebenarnya ni????

ishh tu la susah nya klu memasing nak bertukar2 tempat.
Lenkali klu dah budget nak duduk ngan ahli keluarga sendiri, beli je la seat no tu.
Adus nyusahkan owang betul la!!

Nota Jemari: tak pernah-pernah jadi camni ..

Sunday, March 20, 2011

Restoran Todak

Samat malam sumer,

Kali ni JJCM bersama anakomak membawa kowang ke selatan tanahair iaitu ke Johor Bahru.

Kowang suka makan seafood tak?
Jom ako bawa kowang makan-makan ke Restoran Todak (Kg Orang Asli) kat area Masai, Johor. 

Ekceli tempat makan tu terletak atas air tapi memandangkan petang tu air tengah surut maka tak dapat la nak feel-feel atas air ye. Sambel makan leh tengok pemandangan ke seberang tambak iaitu Singapura. Tak dapat jejak janji dapat la ghase angin bayu dari seberang kan;-)

Sumer seafood adalah fresh-fresh belaka.
Sumer nya masih bernyawa lagi masa memilih tu.
Macam-macam jenis makanan laut ada.
Pilih jangan tak pilih.
Nak besar nak kecik.
Cuma sediakan je la wang yang cukup ye semasa pembayaran.

Kang terober memilih, terlebih plak budget, ye tak. heheh

Telur??
Eh bukan laaa.
Itu adalah roti. Harga nya adalah RM1 seketul.

Roti ni digoreng tau!
Lembut sangat isi dalamya.
Panas dan sedap klu dimakan kowang cicah la dengan kuah pape yang kowang order.

Tak puas makan seketul tapi nak minta order lagi, aii malu... *tetiba jadi pemalu, apa jadah nya ni??*

Sayur Kangkung - RM13

Ketam Telur masak black pepper.
Puas makan sebab isi ketam yang tebal dan banyak.

Siput gong gong.
RM13 sepinggan.

Erkkk jangan tanya ako sedap ke tak siput ni.
Ako memang tak makan lautan yang pelik-pelik.
Gurlpp....

Cuba kowang tanya mereka.
Mereka makan dengan lahapnya. hehee

Sayur baby kailan. - RM13

Ikan siakap masak stim Hong Kong style.
100g/RM4

Sedap!
Memang pebret klu masak stim ni.

Ketam Laut masak pedas.

Eh awat ako tak dapat ghase pun masakan yang ni???
Arrghhhhh .... nakk jugaaaakkk!!

Udang masak nestum
100g/RM8

Bole laaaa tapi ako lagi suker klu udang tu goreng tepung or masak marjerin. Nyummm....

Ikan Kerapu masak 3 rasa.
Perghh hingga menjilat jari jemari ku.
100g/RM8

Licin!
Nampak sangat kebulur sungguh memasing ya.
Muahahhaa.....

Pasni ako nak cari ikan bakar juga!!

Yup only HALAL food is serving here.
So jangan ghisau ya.
Konpom sumer owang leh melantak kat situ.

Best!!!!
Erkk nak lagi...
Ishh melampau sungguh.

Pape pun tengkiu eh pada owang yang banjer makan kat sini. 
Superb!

Lokasi map:-
Restoran Todak (Orang Asli) Co.No. (JM0280207-U) 

Address:

No. 1, Orang Asli, Telok Jawa, Masai.
81750 Johor Bahru. Johor, Malaysia.
Tel : 07-386 3696  
Fax : 07- 387 3696

Business Hours: 
11.30am to 11.30pm

Nota Jemari: Puas cuma frust takde ikan bakar je...

Kisah Ako, LCCT dan Air Asia

Jumaat, 18 Mac.
Lokasi LCCT Sepang.
Sambel menantikan kapal yang akan menerbangkan ako ke JB.
Sakan berFB melalui henpon.
Tup tup terbau sesuatu.
Toleh kiri, toleh kanan.
Takde pape.

Bau dah hilang.
Ok, rasa selamat lobang idong.
Soploh minit kemudian, bau itu datang lagi.
Erkk... seksa lobang idong.
Terkumat kamit la lobang idong, kejap kecik, kejap beso.
Ermmm alahaaii.....

Bau ilang lagi..
Isshh.... bau itu telah mengganggu konsentrasi ako.

Lima minit, bau tu datang lagi.
Kali ni takde ragu-ragu lagi dah.
Konpom dan sahih bau itu datang dari arah hadapan.

"alamakkk bang, kot/sweater abang tu bape lama x basuh??? Bau hapakkk yang amat!!"

Adehh...........
Tu klu hantar dobi mau nya kena sental letak clorox abes-abesan tu.
Fengsan ok bau nya!

Ni la owang lelaki, asal bole pakai je.
Cuba la check dulu suar atau baju tu dah basuh ke belum
Klu belum, sila la pastikan takde bau-bauan yang tak menyenangkan owang sekeliling. Tak pun, klu dah takde baju sangat nak pakai, toolongg la spray perfume satu botol sket!!

Tak tahu arr camne owang yang dok sebelah dia dalam flight dok menahan lobang idong. 

~~~~~~~~~~~~~
Jam 9 malam.
Selamat berada dalam pewot kapal air asia.
Kali ni ako dapat seat kat tengah-tengah.
Kanan adalah sowang budak remaja berbangsa cina.
Manakal kiri plak adalah sowang anak kecik berbangsa India. Ako rasa maybe dalam 5 atau 6 tahun la kot umurnya. 

Tak tak dia bukan sowang-sowang. 
Dia berempat, ada mak, ada sowang abang n ako ghase yg lagi sowang tu kembar dia la kot. Sebab sekali pandang, dari segi umur, ketinggian dan raut wajah adaah seiras. Mereka bertiga duduk di kusi bersebelah kiri kami.

Kusi hadapan ako adalah sebuah kelaurga melayu yang mempunyai seorang anak pompupan yang ako kira umurnya maybe dalam lingkungan 4, 5 tahun. Petah bercakap. 

Ketara perbezaan yang ako nampak..
Satu keluarga bersama sowang Ibu bersama 3 owang anak.
Satu lagi keluarga yang terdiri daripada sowang bapa, sowang ibu dan sowang adik kepada si ibu atau si bapa bersama seorang anak kecik.

Ermm... budak india sebelah ako sangat-sangat la behave klu nak dibandingkan dengan anak kecik melayu di hadapan ako. Padahal, klu nak dilihat, pasti si ibu bersama 3 owang anak, tentu sukar nak mengawal pangai anak-anak seorang diri. Walhal, yang ako pasan, sebaliknya plak. Tiga owang dewasa bersama seorang anak yang sukar nak mengawal pangai si kecik.

Erkk... ako ghase rimas!!
Rimas ok!!
Nak soh dok diam, dengan molot yang pot pet pot pet, dengan asek bergerak ke sana sini. Sampai kena tegur ngan pramugari pun masih 3 dewasa tadi tak dapat nak mengawal anak kecik itu. Bukan apa, klu dah sampai budak tu tak reti nak dok dendiam kat seat sendiri, klu ako jadi pramugari tu pun ako akan tegur. 

Tapi nasib baik la si bapa ada la juga naluri ketegasan sket.
Di angkatnya si kecik soh dodok dendiam kat kusi.
Melalak juga la budak tu tapi klu tak buat macam tu.....
pikir je la sendiri ek.

Sowi la ye, ako tak tahu owang lain.
Tapi sudah la ako kepenatan baru balik dari keje.
Malam, konpom la badan dan minda ako dah letih.
Ako budget memang dalam flight mau la lelap barang soploh minit kah.
Tapi hampeh.

Kesabaran tercabar juga la tapi.....

Ye ye ako paham, kowang musti cakap, "budak-budak biasa laa...."
Tapi atlis mak bapak budak tu, sila la jaga sket 'kenakalan' dan pangai anak derang k.

Kesimpulannya,
ermm.. nak salahkan sape ek bila anak tak leh nak behave betul2???

Ako sendiri pun kadang-kadang takut gak situasi macam tu bakal terjadi kat diri ako. Kita tak tahu apa bakal terjadi di masa hadapan kan. Tapi klu bole, sama-sama dan pandai-pandai la kita handle, ye!!

Nota Jemari: minta dijauhkan .. tapi klu nak kena, redha je la kan.

Friday, March 18, 2011

MilkADeal - Homemade Chocolates from Pandanus

Kowang suka makan coklat?
Ako suker!
Sangat-sangat dan sangat suker!
Klu owang soh pilih antara bunga dan coklat, konpom ako pilih COKLAT!!

Tapi ialah, sejak dua menjak ni memang ako dah kurang sket makan coklat. Bukan tak makan langsung cuma kurang pengambilan coklat.

Coklat yang ako paling suker adalah pemberian makcik pepel yang ditempah khas dari Salina, owner of Chocolicious N Such!

Sedap!
Siyes, rasa klu bagi banyak-banyak pun x muak.
Lembut dan bila masuk lam mulut rasa terus cair gitu.

Ni ako nak citer pasal deal coupon dari Milk A Deal.
Ala... klu kowang pasan yang slalu iklan kat nuffnang tu.
Musti ada macam-macam deal yang derang offer kan.

Kebetulan aritu ternampak iklan promosi coklat.
Murah jer. Harga asal RM30 tapi dengan milk a deal offer, derang bagi 50% diskaun. So dapat la harga coklat tu dalam RM15 sahaja. OK, saja nak try maka ako pun grab je la offer tu.

Homemade coklat dari Impian Maah Enterprise.
Alamat lokasi kedai ni adalah;

E11-0-2 Desa Pandan
55100 Kuala Lumpur
03-92835976/ 016-6594652
http://impian-maah.blogspot.com
email: impianmaah.gmail.com

Macam-macam jenis ceklat derang buat.
So kowang leh tengok kat wesbite yang ako mention kat atas ni k.

Nak tanya details pun bole, kowang email je kat owner dia.
Nama Azizah.

Hajat nak bawa terbang balik ke 'kampung' malam ni tapi bila dah tengok depan mata, ermm tak tahan nafsu terus je ako melantak pagi tadi. 

Kowang nampak macam-macam bentuk kan. 
Yang bentuk love tu, isi dalam nya adalah kacang walnut.
Yang bentuk macam 4 segi tu isi dalamnya adalah biskut oreo.
Yang bentul cam cenkerang tu, isi dalamnya adalah kismis.
Yang lain bentuk, takde isi pape. Coklat semata-mata.

To be honest, ceklat ni agak keras sket la klu nak dibandingkan dengan ceklat yang ako dapat dari Chocolicious N Such!. Tapi klu dah nama pun peminat coklat, ermm masih lagi la boleh nak telan ceklat dalam gambar tu.

Overall, ermm so-so je la ye.
Boleh dimakan cuma agak kurang sesuai nak bagi owang yang takde gigi atau pakai gigi palsu untuk makan. Hehehehe................ 

Pada kowang yang nak try, sila-sila la jenguk ke sini k. 

Nota Jemari: Awak oo awak, takmoh kasi ceklat kat kita lagi ker? :p

Annivesary

Daisypath Anniversary tickers