Followers

Friday, April 29, 2011

Hepi wiken

Minggu ni cuti panjang weiii!
Suker la tu...
Hahaha sape yg tak suker klu dapat cuti.
Tambah-tambah cuti tu lebih sket dari kebiasaan, betul tak?!

Ako pun petang ni dah nak start cuti.
Esok dah bzi dengan kenduri.
Lusa nak bizi menyoping..
Tulat mungkin bizi jalan-jalan cari makan.

Pape pun yang kowang rancangkan, harap-harap ianya sesuatu yang mengembirakan hati, k;-)

Selamat Bercuti!
Selamat Hari Pekerja!

Pada kowang yang nak balik kampung tu, hati-hati dalam perjalanan dan memandu la dengan berhemah ye!

Nota Jemari: .. ermm

Thursday, April 28, 2011

Filem: SMURFS 3D


Ingat lagi 'Papa Smurf', 'Lazy', 'Greedy', 'Brainy'...??
Ni citer kartun zaman ako kocik-kocik dulu.
Ako suker!!
Comei je kartun ni.

Dengar citer bulan Ogos/September 2011, filem SMURFS akan ditayangkan kat pawagam. 
Wah, ni yang tak sabar nak g tengok ni!! 

Jom sesame kita nantikan tayangan nya k.

Nota Jemari: nape kertun dulu ngan skrg banyak betul beza nya kan?!!

SAHIH.. RAILWAY COFFEE KLUANG +VE DNA BABI





Dapat info dari facebook..
So, meh kita share sesame k.

Kowang klik gambar dan baca dengan details k.

erkk camne plak penggunaan butter yang dekat kluang station yang ada kat area KL ni ek???

Nota Jemari: aduh... ba alif ba yaa... samak weii samak!!

Coklat vs Bunga

Dulu ako skolah pompuan.
Klu kowang skolah sumer nya pompuan, pasti dapat bayangkan senario yang ako nak kongsi nih. Tapi ako pun x sure la kan klu-klu masa kowang skolah dulu pernah mengalami situasi macam ako dolu-dolu.

Nama pun skolah pompuan.
So, senario adik angka, kakak angkat, Secret Admire (S.A) pasti macam satu fenomena yang wajib la gitu. Dan kadang-kadang mengumpul pet-sis atau S.A ni macam satu pertandingan plak. Makin ramai pet-sis, makin ramai S.A maka makin tinggi la saham dan keFOFULARan kowang.

EH sape kata ako x pernah alami sumer tu.
Pernah! 
Malah sejak ako skolah rendah lagi, fenomena pet-sis ni dah berleluasa. 

Bergaduh pasal pet-sis pun ako pernah. 
Bila teringat balik, klakar je kan.
Ntah pape je nak gaduh pasal sorang budak.
Padahal sama sejenis plak tu.
Itulah keUNIKan nya bila ko skolah pompuan.

Ye la, klu skolah campur tu memang tak heran la klu ko gaduh pasal laki atau pompuan. Tapi COP!! Itu bukan bermakna budak-budak skolah pompuan ni sumer nya LESBIAN atau PENGKID!! Sila buang tanggapan kowang sekarang juga!!

*weii melencong sungguh cerita ako ngan tajuk dah nih*

Ok ok ekceli ako nak citer pasal ceklat.
So bila dah ada S.A dan pet-sis ni, slalunya pasti dapat sesuatu. Contohnya ceklat la paling senang nak belikan. Antara-antara ceklat-ceklat yang femes zaman skolah dulu,

.. salah satu nya ceklat MARS ni la.

Ceklat MARS ni ako suker sebab dia creamy.
Penuh dengan karamel.
Memang nyummyy laaa!!

Paling ako suka ceklat crunchie!!
Sekarang ni jarang ako nampak.
Tak tau la, maybe ada jual kat memana cuma ako je yang tak pasan.

Ako suker sebab dia rasa 'honey'.
Likat-likat gitu...
Tapi memang PALING MANIS!

Nama pun zaman budak-budak.
Zaman muda-muda, 
konpom la yang manis tu la yang paling budak-budak suka.

Satu lagi ceklat snickers.
Yang ni ako kurang gemar sket.

Pasal dia ada kacang.
Bole la makan cuma bukan pebret la.

Zaman dulu, duit blanjer dapat pun RM0.50 je.
Paling tinggi pun ako pernah dapat RM1 je la.
Bila ada owang bagi ceklat-ceklat ni sumer, memang sangat-sangat hepi la kan.
 Apa tak nya, nak beli sendiri memang tak mampu la. 
Dulu harga RM2 pun dah rasa mahal.

Sebab tu klu owang tanya ako suka apa, ako akan jawab CEKLAT!
Dan klu owang tanya lagi antara CEKLAT dan BUNGA, mana ako suker, pasti ako jawab CEKLAT!!

sebab apa?
Sebab klu ko bagi bunga, sah-sah la layu je memanjang.
Pastu buang lam tong sampah.
Nak simpan cam menyemak je especially bila dah kering warna-warna ceklat tu.
Tapi bila ko bagi ceklat, ko KENYANG!!

hahhaa....... betul tak?
Tapi walau apa pun, masing-masing punya citarasa tersendiri kan.
kowang maybe suka bunga-bunga kering tu.
dan ako tetap suka pada ceklat walau kowang cakap ceklat bole jadi GEMUK!!

Bau bunga bisa buat ako saket kepala berhari-hari.
Bau ceklat bisa buat ako tenang berhari-hari.

Nota Jemari: .. sekarang ako dah kurang makan ceklat, bukan takot gemuk cuma bila dah makin 'MATANG', dah rasa kurang nak makan sesuatu yang manis.

Filem: Penunggu Istana, best tak?!

Kowang ingat tak lagi ako dulu pernah tengok filem 'haunted changi?'
Kan citer tu citer antu betul.
So bila tau orang msia pun ada buat filem macam tu, teringin juga la nak tengok kan.

Agak-agak filem ni sama x macam citer antu yang ako tengok dulu tu ek??
Bila tengok citer antu yang betul ni, feel dia lain sket.
Rasa macam seram lagi kot.
Ye la kan, macam kita yang ada kat tempat kejadian dan alami situasi tu sendiri.

Teringin sungguh nak tengok filem melayu 'penunggu istana' ni.
Best ke ek?
SO klu nak tahu best ke tak, harus la tengok kan...

Filem Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Billah, istana tua yang terbiar di Perak.
Pada Februari 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’).
Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza.
Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu – sejak hari pertama lagi mereka di situ.
Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini.
Credit to : Uncle Seekers

Nota Jemari: Banyak filem nak tengok ni... "The Roomates" pun macam menarik juga kan...Psikologi filem, musti menarik gak ni.

Wednesday, April 27, 2011

Kosong perpuluhan kosong dua

Slalu ako pakai jenama Jordon atau Colgate.
Tetiba teringin plak nak try jenama yang satu ni.
Kowang pernah dengar tak?
Ala... iklan nya slalu sangat ako dengar kat radio.

So sebab nak mencuba sangat maka ako membeli la berus gigi jenama Systema ni.
Kurus je wei..... 
Kecik je dari berus gigi yang slalu ako guna.
Kira ringan sesangat.

Tapi harga agak mahal juga la bagi ako.

Jom kita try berus gigi kosong perpuluhan kosong dua.

Apa yang begitu unik dengan Systema ialah :-

  • Hujung berus tirus 0.02mmnya adalah 1/20 saiz hujung berus biasa, membolehkannya menembusi dengan lebih ke dalam garisan gusi dan celah-celah gigi
  • Berusnya diperbuat daripada sumber bukan haiwan
  • Berus yang berpaten - berteknologi Lion Jepun
  • Berus gigi No 1 di Jepun
  • Diperakui ISO 9001
  • Menembusi dengan lebih dalam terutama di sepanjang garisan gusi dan di celah-celah gigi 
  • Menanggalkan > 80% plak untuk 9X* lebih bersih


Compact
Salah satu dengan saiz kepala paling kecil untuk kebersihan yang paling menyeluruh
Keseluruhan pemegang bergetah untuk genggaman yang lebih baik

Comfort
Kepala bersaiz biasa untuk kebersihan yang selesa dan ternyata
Keseluruhan pemegang bergetah untuk genggaman yang lebih baik

Full Head
Kepala bersaiz lebih besar untuk jangkauan yang lebih luas
Keseluruhan pemegang bergetah untuk genggaman yang lebih baik

Bi-Level
Berus gigi dengan kepala bersaiz biasa dan bulu berus dwi-lapisan untuk memberus dengan lebih bersih di garisan gusi, celah celah gigi dan permukaan gigi.


Nota Jemari: Klu nak perubahan, cuba lah! :-) 

Moga cepat sembuh

Baru dapat tahu..
Kawan sebelah saya ni kena masuk spital.
Alaaaahhaii............

Moga dia cepat sembuh la ye!!

Nota Jemari: ..masih tgu info details

"Biqque's April Lucky Follower"


Jeng jeng jeng.....
Sonok plak ek every month join contest puan biqque ni.
Apa tak nya, sebab kontest dia SIMPLE dan MUDAH!!
hahahaha...ako kan bab-bab senang ni memang laju je la kan.

Ok biqque...
This month pun i join lagi ur contest nih....

Klu kowang nak join pun bole..
Just klik je kat sini k.

Gud luck!

Nota Jemari: am i lucky this month?

Bersedekah juga amalan MULIA

Aktiviti minggu lepas.
Ako ni ngekor je mereka berdua.
Niat mereka mahu bersedekah.
Ako pun dah lama x buat xtvt bersedekah ni.
Lebih-lebih lagi kat anak-anak yatim.

psstt.... klu anak yatim cam ako, ada ke yang sudi nak bersedekah???

Ako follow je derang.
Syiok plak sekali sekala jadi penumpang.
Rileks gitu.
Tak yah pening-pening pikir pasal pemanduan.
Sonok jadi 'mem besar' kat seat belakang...

(ala kowang pun suka gak kan kan kan) :p

Sedekah apa ek?
Saja bagi anak-anak yatim tu makan sedap sket dari kebiasaan.

Jom ke lokasi yang terletak kat Setiawangsa.

Antara mereka.....

Rasa terharu bila dapat tahu yang anak-anak tu sumer seronok dapat makan walau KFC je pung. Dengar citer lagi, ada yang sampai 'sayang' nak makan ayam tu. Simpan untuk buat lauk waktu malam plak.

So, buat kowang yang mewah dengan makanan, hargai la ye walau sebutir nasi je pun.

Nota Jemari: .. bila kita cukup segala-galanya!

Gotong-royong amalan mulia

Cerita dah basi kisah nyaa...
Tapi nak citer juga kat sini..
Kejadian 2 minggu lepas.
Lokasi di gombak sana.

Gigih kazen mazen ako adakan sesi gotong-royong ni.
Ye la kan, sempena kazen yang sowang tu bakal nak nikah ujung minggu ni.
So, menolong la pape yang patut diubahsuai.

Memandangkan pagi sabtu tu ujan yang agak lebat, maka sesi mengecat hanya dapat dilakukan di bahgaian dalam umah sahaja. 

Yang laki-laki memang gigih la buat xtvt kaler mengaler.

Manakala yang pompuan plak gigih buat xtvt tampal menampal.
Tapi sebabkan banyak yang hendak ditampal, maka xtvt ni terpaksa la diteruskan oleh ako ngan si pengantin sahaja pada minggu lepas. 

"Penat weii penat!!" 
(luahan untuk si kazen-kazen, harap maklum! :)

Pastu kitorang buat sesi potong-memotong di sebelah petang nya. 
Buat kazen-kazen yang melopeh nak join xtvt ni.... 

Ako sajikan kowang gambar kek je la ye.
Dengan ucapan,

"sape soh kowang sumer balik awal aritu...!! Muahahahaha"

Nota Jemari: psstt.... berkumpul lagi kita minggu ni. Jangan lupa sesi makan-makan plak *wink

Friday, April 22, 2011

Crabtree & Evelyn Offer

Kowang pernah dengar tak jenama produk 'crabtree & evelyn'?
Produk ni ada jual kat Sogo.
Kan skrg ni Sogo tengah buat SALE, so harus la kedai-kedai sekitarnya pun sibuk nak buat SALE juga.

Kebetulan crabtree pun ada buat promosi untuk Hari Ibu.
Eh kowang tahu tak bila hari ibu?
Meh ako ingatkan, 8 haribulan Mei 2011.
Jangan lupa raikan hari IBU sama-sama ngan mak kowang.... sob sob

"Hat Box at sepcial Price"
Konpom la special kan.
Murah la juga daripada harga asal.

Apa salahnya kan bagi sesuatu yang berharga khas untuk ibu kita.
Kan kan kan.... ;-)

Tadi menyinggah la ke Sogo.
Cadangnya nak belikan hadiah untuk seorang ibu.
Bergegas la kami ke booth crabtree di situ.
Try punya try, akhirnya membeli juga la barangan yang dipromosikan.

Ada 5 jenis produk wangian iaitu;
rosewater - konpom la bau bunga ros (tak suka sangat sebab bau nya terlalu kuat)
summer hill - lembut sket dari rosewater
lavendar - ada org suka bau lavender ni tapi bagi idong ako, sangat-sangat tidak menyukainya
nantucket briar -  ako tak sempat nak try, so tak tau la bau nya macam mana ye
iris - i like.. lembut sangat-sangat

Dalam banyak-banyak tadi, hanya tinggal rosewater dan summer hill je.
Yang lelain sudah kehabisan stok.
Jadi kami memilih untuk membeli wangian jenama summer hill.

Harapan moga si ibu yang menerima hadiah ini sebagai besday gift nya akan suka la ye dengan pilihan daripada kami sumer.

Nota Jemari: .. pengsan la klu pakai jenama ni selalu... 

CEKAL & TABAH

Come ON...
Chaiyok! Chaiyok!
Its a last day for suffering before PAY DAY...

Come on baby, u can do it!!
Affooooo.... aaaaffffooooooooo.....

Moga kecekalan akan berterusan..

Nota Jemari: struggle mode...

Thursday, April 21, 2011

Tahniah, BOS!

Tahniah buat BIG BIG BIG BOS ako sebab jawatannya dilanjutkan ke LIMA tahun lagi!!

Tahniah!
Tahniah!

Moga opis ako bertambah maju dibawah naungan beliau..

Hidup B.N.M!!!

Nota Jemari: Harap-harap bertambah lagi BONUS di tahun-tahun mendatang.

Restoran Sari Ratu


Tadi lunch tak plan nak melantak pun..
alih-alih tukang drebar bawa kami ke arah desa pandan.
Memang tak terpikir pun akan singgah kat kedai tu.
Tup tup dah sampai jer depan kedai.
Ni la syiok nya klu ada 'drebar' dan kita jadi penumpang.

Nak buat review pasal kedai makan yang satu ni.
Tapi macam malas nyaaa......
sebab ako tak amek gambar pun tadi.
Yang ada ni pun ako cilok dari google dan member punya henpon jer.

Memandangkan tak plan pun nak melantak kat sini, maka preparation dari segi kamera dan mental adalah kurang sket la ye. Nak bercerita pun cam malas-malas gitu. Tapi sebabkan ako tahu kowang pun sibuk nak tahu gak kedai mana ako melantak tadi, maka ako gagahkan juga mental untuk menyiapkan entry sebegini ghope.

Laayaaan...

Kedai ni adalah kedai makan Indonesia.
Memang pior lauk pauk dan tukang jual pun memang asli dari sana.
Terletak kat desa pandan.
Ini adalah cawangan pertama yang dibuka kat malaysia.
Cawangan-cawangan lain ada kat PJ, Kelana Jaya, Bukit Bintang.

Ako dah cakap, lauk pauk indonesia maka otomatik la lauk pauk yang berunsurkan makanan padang/minang. 

Makan bertiga.
Jadi setiap satu lauk cukup kami amek untuk satu portion sahaja.
Kowang nampak je sikit satu portion tu tapi bila dah macam-macam lauk depan mata. konpom la kowang rasa sket-sket aje kan. Bak kata owang tua-tua, "jangan tamak, nanti rugi!"

Nasi putih - RM1.50
Rendang daging - RM6
Terong goreng - RM3.50
Sambal kentang - RM5
Kuah sahaja - RM1.35
Ayam spesel - RM7.50
Air suam/ais - RM0.50
Teh Botol - RM3
Orang Juice - RM5

Sumer lauk-lauk adalah TERbest. Cuma ayam tu ako kureng sket. Tak feel macam makan kat restoran salero minang tempoh hari.

Yang kentang goreng memang sedap!
Rangup!
Macam ko makan keropok.
Pergh!

Rasa rendang tu macam ko makan kat kedai minang depan Sogo tu.

Dan paling spesel adalah Ikan Nila Goreng ni. Berharga RM18 seekor.
Ikan nila ni juga dipanggil 'ikan terbang'.
Sila jangan tanya ako nape nama nya sebegitu.
Better kowang tanya direct je kat owner kedai ni k.

Licin............
Burlpp... alhamdulilah.
Murah rezeki tukang bayor.
Sok lusa tulat kita makan sini ramai-ramai lagi ye.
*sengih

Bagi kowang yang nak cuba, leh try ke cawangan di desa pandan ni.

Desa Pandan 26 & 28G, Jalan 4/76C, 55100, Kuala Lumpur
Phone (603) 92858811

Selain tu kowang leh baca review detail lagi pasal kedai ni di sini.
Selamat mencuba ye kawan-kawan!

Nota Jemari: ..dalam malas-malas tu, terhasil juga!

Wow! 50% discount at Pizza Hut


Introducing Pizza Hut’s Wow Savers! 
Enjoy great tasting dishes at even greater prices! 
It’s a daily treat you can’t afford to miss. 

Visit your nearest Pizza Hut restaurant today!

Nota Jemari: jom pizza.....

Wednesday, April 20, 2011

Cuba kowang bagitau ako

Saja nak ngetest...
Dalam 3 patah perkataan, cuba kowang cerita pasal AKO?
Maksudnya, cuba kowang describe tentang siapa ako di mata hati kowang??

Ala.. sesuka je pun...
Tapi mana tahu tetiba perkataan-perkataan kowang menarik minat kepala hotak ako nak buat sesuatu yang istimewa ker kan....

Opss tak kisah la puji ke kutuk ker, marah ke...
asal kowang leh bagi tau dengan 3 perkataan, jenis macamana ako ni kat mata kowang.

Nota Jemari: .. bila ako kurang idea...

Tuesday, April 19, 2011

Ako bukan PEMENANG

Bukan ako yang menang pun..
Tapi klu ako yang menang, konpom awal-awal dah buka dan lihat isi kandungan..


Ko takmoh amek kah hadiah yang ko menang ni?
Atau ko mahu bagi je hadiah ni kat ako sebagai jasa tolong simpankan hadiah ni?
Lalalalala.............. 

"psstt... ako, bab-bab hadiah ni memang tertarik je... ahaksss" :-D

Nota Jemari: ..sekadar satu persinggahan

Contest - MrJocko give away gifts

Glamer dah mamat ni...
Naik mencanak dah pengunjung-pengunjung ke blog dia.
Syabas bro!!

Dan sebagai menghargai pengunjung blog, dia telah berbesar hati nak bagi hadiah.
Hadiah? Perghh ako takmoh ketinggalan gak...
Agak-agak ko marah tak ek klu ako join sama?
muahahahaa.........

ah tak kira...
Nak join juga!!

Syarat-syaratnya senang jer. Meh baca meh...



1. Anda mesti ada BLOG. Buatkan satu entry, tulis sedikit komen dan pandangan anda tentang apa yang anda suka dan tak suka tentang MrJocko, Jocko Journey Blog,

2. Link kan JockoJourney blog di entry anda,

3. Komen dan letakkan link entry anda di KOMEN entry ini untuk saya lawati,

4. Pemenang berdasarkan entry mereka, cepat, pujian2 melabung (kalau ada) dan seIkhlas mungkin.

Kan, senang kan??!!

Jap jap kena komen pasal En Jocko eh?!!
Erkk.. cane ek memula ako kenal dia ni??
Sah, memang ako tak ingat.
Mungkin kenal melalui kawan atas kawan atas kawan la kot kan ;-)

Yang UTAMA ako kenal dia, sebab dia agen unit trust ako!!
Hahahah which mean memang ako TRUST abis-abisan la kat dia ni.
So far dah 2 tahun kot dia jadi agen ako dan banyak membantu ako dalam selok belok hal-hal pelaburan. *walau ako bukan la seorang pelabur yang tegar*

Pemurah!
YE la kan... Ko kan suka gak berkongsi-kongsi pengalaman, idea dan cerita.
Kira salah satu sifat pemurah juga la kan. hahahaha...

Berjaya!
Eh boleh dikira termasuk dalam kategori orang yang berjaya la juga.
Berjaya sampai boleh gi holiday merata tempat dengan hasil titik peloh yang berbaloi-baloi tu kan... Tahniah tau!! Paham, ko memang 'hotak keje'.. Gigih cari rezeki. Keep it up, bro!
Sok sok ko dah bertambah senang, leh gak ako menumpang dengo cerita-cerita terkini dan menarik dari ko!! ;-)

So, overall ako ghase, En Jocko ni adalah sangat-sangat HEBAT dari segi meluaskan empayar kerjaya dan keluarga... erkk..

Nota Jemari: kowang pun leh join sama... Jom la ke blog dia.. Gud Luck, sumer!

Monday, April 18, 2011

Petua sakit GIGI dan GUSI??

Saya saket GIGI aka GUSI dari semalam..
So klu saya TERsenyap atau TERbisu, harap maklum.
Puas sudah saya gosok GIGI, ingatkan saket tu boleh dikurangkan tapi hampa.
Makin bertambah-tambah plak denyutan nadi di GUSI saya.

AddOOiii.....

Kalau lah ada penawar tanpa perlu berjumpa doktor GIGI..??!
Ooo saya sungguh tidak berminat berjumpa doktor GIGI..
Sejak dari skolah rendah lagi memang FOBIA dengan GIGI..
Sampaikan saya skrg ni pun memang jarang-jarang menjenguk ke klinik GIGI..

Adakah sudah sampai masa nyaa saya perlu hilangkan GEMURUH bila berjumpa dengan doktor GIGI??


~Petua saket gigi, anyone nak share?~

Nota Jemari: .. tambah saya poser arini, makin rasa tak selesa la jawabnya..

Friday, April 15, 2011

Putus Cinta, dapat CUTI?!

Cuba kowang baca artikel kat bawah nih..


WOW, klu lah kat Malaysia buat cuti macam ni, konpom ramai la yang putus cinta sebab gara-gara nak dapat cuti FREE...

Nota Jemari: uishh klu setahun sampai soploh kali putus cinta... ermmm?!!!

Thursday, April 14, 2011

Coca Cola Can Glasses

Kowang minat COKE?
Ako minat sangat-sangat.
Dari dulu lagi..
Sebab ianya kaler MERAH gitu..
Kowang leh tengok beberapa koleksi yang ako ada kat sini.

Tapi ako bukan la pengumpul barangan COKE yang tegar macam sesetangah owang. Cukup lah apa yang ako ada setakat ni. Kadang-kadang terpikir gak nak cari barangan coke ni tapi memikirkan kewangan tak cukup ke arah itu, so lupa kan aje la ye.

Dan pernah terpikir nak beli satu lemari khas untuk letak sumer barangan coke tu. Siap dah survey kat IEKA lagi tapi masih juga belum mampu mengeluarkan uwang ke arah itu.

Tadi member sowang tu gi McD.
Dia dapat pamplet iklan ni.
Wah mcD akan kuarkan gelas coke yang baru.
Kali ni nampak unik sket.
Ala-ala ghope air tin gitu.

Sabar...
Belom start lagi...
Promosi nya bermula 28 April 2011.

So pada yang suka kumpul barangan coke macam ako, mungkin ini bole menambahkan lagi koleksi yang sedia akan kan ;-)

Macam biasa, ada beberapa kaler.
Dan macam biasa juga, setiap minggu satu kaler yang akan derang promote.

Get ready ye kengkawan.!

Tapi nak kena beli set besar mcValue meal..
Erkkk mampos makin membolat arr klu ako asek makan mekdi je ni..

Gurlpp......??!!

Nota Jemari: psstt.. kowang beli meal, gelas bagi kat ako, amacam??? *wink

Cepat lah pulang

Bila kawan sebelah takde.....

terasa sunyi sepi ...
erkk...

"aluuu cik sebelah, bila nak balik ni???"

erkk ni belom dia pegi untuk 2, 3 tahun...
Klu setengah hari dah buhsan, bayangkan klu 3 tahun mendatang...
Harus ako kejung kat sini sengsowang..

arghh tidaaakkkkkk!!!

Nota Jemari: ... psstt psstt

"Ouch, saket nya mata!!"

Konpom kowang dah baca kisah Amyza Adnan masuk spital gara-gara bulu mata palsu.

Ako tak pakai tapi bila baca, seolah ako dapat rasa gak la kesaketan Amyza tu.

So lepas ni kowang yang suka pakai bulu mata palsu ni, baik berjaga-jaga kan.
Tapi agak-agak kowang nape ek bleh jadi camtu?
Adakah disebabkan bulu mata tu dia pakai berulang-ulang?
Bila asek pakai bulu mata yang sama mungkin dah x elok sangat tu yg kena infection?

Atau pakai terlalu lama?
Kan klu nak pakai bulu mata ni kena letak gam dia sket baru leh bulu tu lekat kat mata.
Erkk disebabkan gam tu ker????

Aisshh ngilu dibuatnya.
Baik la kowang beli je mascara yang leh lebat dan panjangkan bulu mata original kowang. Ghase nya lebih selamat kot. Cantek pun cantek gak, kan??!

Ada sorang hamba allah ni, gara-gara bulu mata palsu, terus bulu mata yang original dia tercabut sekali. Kesan nya tak tumbuh-tumbuh dah dan terpaksa pakai bulu mata palsu tuk kaber kecacatan kat mata tu.

Iskk kesian kan...
So better la kita bersyukur apa yang ada kat badan kita ni kan...

"psstt tapi kan klu cukur bulu kat tempat-tempat yang sepatutnya, ok tak?!! muahahahha"... lalaala

Nota Jemari: walau x secantek kamu tapi tatap bersyukur.. TQ pada NYA

Tajuk dan ISI tak relevan?!

Ako terbaca tajuk berita ni lam harian metro online.

So cam tertarik nak baca lebih lanjut.
Bila ako baca, ermm banyak kali tau ako ulang baca tapi asal tajuk dan isi takde kena mengena langsung????

Moskel...

Cuba kowang lak baca..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kereta terbalik angkara nyamuk



MELAKA: Nyawa sebuah keluarga yang sedang tidur hampir melayang apabila pagar kediaman mereka dirempuh sebuah lori di Taman Paya Rumput Permai, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, lori tanpa muatan yang ditinggalkan pemiliknya itu dikatakan tiba-tiba menggelongsor lalu merempuh pagar rumah seorang penduduk dipercayai selepas pemandunya terlupa menarik brek tangan.

Difahamkan, pemandu lori berkenaan meninggalkan kenderaan berat itu berhampiran kediaman mangsa dan ke rumah kakaknya yang terletak tidak jauh dari situ.
Pemilik rumah, Mohd Nizar Shariff, 36, berkata, dia yang ketika itu sedang tidur di dalam sebuah bilik bersama isterinya, Mazrynawati Bahari, 26, dan anak perempuannya, Nur Sarah Najwa, 2, dikejutkan dengan satu dentuman kuat menyebabkan mereka terjaga.

“Saya terus berlari keluar untuk memeriksa apa yang berlaku dan terkejut selepas mendapati sebuah lori tanpa pemandu didapati merempuh pagar rumah.

“Berikutan kejadian itu, pagar rumah saya rosak teruk,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Menurutnya, dia bernasib baik kerana lori berkenaan tersangkut di pada pagar.

“Kalau tidak saya tidak tahu apa akan jadi pada kami sekeluarga.


“Kejadian ini bukan kali pertama berlaku kerana sebelum ini ada kereta yang terbabas dan hampir melanggar rumah penduduk di sini,” katanya.

Beliau berkata, pemilik lori diminta berhati-hati ketika meletakkan kenderaan mereka berhampiran rumah penduduk bagi mengelak kejadian sama daripada berulang di masa depan.
~~~~~~~~~~~~~~

Nota Jemari: AKo ke yang silap pandang??? artiket ni kuar dalam ruangan MUTAKHIR.

Wednesday, April 13, 2011

Promosi McD


Nota Jemari: Biar lah gambar saja yang berbicara.. 

Hantaran: Pemberian buku unik

Ako terbaca artikel ni kat dalam harian metro online.
Macam menarik plak nak kongsi ngan kowang sumer.
Ye la kan slalu nya owang bagi hantaran ni barang-barang gadget etc.

Klu mereka tu kurang mampu nak bagi barang-barang gadget ni, apa kata kowang bagi hantaran berupa buku. Tak kisah la buku jenis apa pun asalkan menarik dan berguna untuk bakal penerima.

Jom baca artikel ni.

TARIKAN hantaran bukan saja terletak pada hiasan, tetapi pengisian digunakan. Kini penggunaan barang berteknologi seperti telefon bimbit, kamera digital dan komputer tablet memecah tradisi dalam pemberian hantaran untuk perkahwinan. Bagi pasangan yang inginkan kelainan, pemberian buku juga dilihat sebagai unik, jarang digunakan serta bermaklumat untuk pasangan.

Menurut Zaifie Zainal daripada Zaifie Zainal Creation Bridal Gallery, sejak menjalankan rundingan perkahwinan lima tahun lalu, seiring peredaran semasa hiasan hantaran juga berubah mengikut perkembangan teknologi. Sesuai perubahan zaman pemberian barang seperti telefon bimbit, komputer riba serta buku dilihat sesuatu yang unik dan menarik perhatian. 

“Penampilan hantaran lain daripada lain pastinya memeriahkan lagi majlis perkahwinan. Ini kerana selain pengantin, barang hantaran sering menjadi tumpuan utama dan ditunggu-tunggu tetamu. Hantaran yang menyerlah tentunya menjadi ikutan untuk majlis seterusnya,” katanya.

Bagi menampilkan kesederhanaan, hiasan perlu ringkas namun memenuhi tema. Pastikan buku digunakan tebal dan lebih daripada satu, seeloknya lima buku. Ini kerana ruang digunakan dapat memenuhi alas dulang ditambah hiasan bunga segar dan riben penambah seri.

Untuk menambah kemasan pastikan buku disusun secara berdiri mengikut ukuran besar dan kecil. Kemudian ikat riben mengikut cita rasa masing-masing.

"Terima kasih Zaifie Zainal Creation Bridal Gallery, Cheras Kuala Lumpur atau layari laman sesawang www. zaifiezainal.blogspot.com"

Nota Jemari:  Sumber dari harian metro online ... Sharing is caring ;-)

Tuesday, April 12, 2011

Murah rezeki lagi

Dolu-dolu ako suker banjer owang...
Nak-nak time besedei ako..
Ye gamaknya patot deme yang banjer ako..
tapi end up awok yang banjer deme.
Ah tak kisah la sebab bila kita banjer owang ni, tu nama nya murah rezeki kita.

Tapi skrg ako dah tak banjer dah.
Bukan .. bukan sebab ako kedekut tapi sebab tak cukup pulus..
Belum ada rezeki nak banjer owang lagi..

Insyallah esok ada rezeki terpijak..
Ye ye ada la yang sudi nak banjer makan-makan untuk bekfes.
Alhamdulilah, memang murah rezeki mereka sumer..

Citer pasal makan ni makin laapr plak pewot ako dibuatnya!
Adehh.. cepat arrr masa berlalu..
Nak balik nak makan!

Nota Jemari: .. laaparr!

Santapan berbuka

Arini ako poser..
Ala poser ganti..
Merangkap poser nak kurangkan makan.. (konon nya la).

Dah petang pun kan..
So berpikir-pikir la nak berbuka ngan apa.
Dah beli nasi goreng letak telor goreng sama wedges goreng.

Pastu tetiba terbaca kat blog dia ni citer pasal sambal sardin.
Tidaaakkk!!
Tak pasal-pasal sudah terbayang sambal sardin lam kepala hotak ni.
Erkk tetiba ghase cam nak masak sardin.

Psstt perlu tak ek?
Tapi boleh cicah ngan roti gak kan..
Nyummm nyumm sedap nyaa!

Arrghhh....
harus cari sardin balik ni kang...
Adeh... kan x pasal-pasal ngidam sardin plak..

Help me! Help me!

Nota Jemari: best klu ada orang tolong masakkan...

Rutin Harian

Pagi gi keje...
5.30 petang dah balik..
Naik lrt dari bandaraya ke stesen sentul.
Amek kete, drive ikot DUKE highway..
Paling-paling kurang sampai umah jam 6 petang.

Sampai umah, check surat.
Buka lampu, buka kipas.
Buka tibi ... 
Tutup tingkap..
Masuk bilik terus mandi.

Pastu, tengok tibi..
Slalu nya time petang-petang camtu ako suka tgk channel KBS.
Ye ye channel korea.

Tak pun kadang-kadang ako tukar tukar channel ke 701, 702.
Paling kurang pun ako layan la citer cina kat 107 atau 102.
Sampai la jam 7.23 petang.
Pastu terus stick kat channel KBS 391.

Ako dah kurang sket layan drama melayu kat tb3.
Kadang-kadang klu tgh takde citer yang best, baru layan drama kat tb3.
Bukan.. bukan ako boikot drama melayu.
Cuma drama korea lebih menguasai minda & perasaan ako di kala ni.

Jam 8 malam abesh citer.
Setelkan pape yang patot, solat or watever.
Biarkan tibi sentiasa ON je.
Ater, ako kan dok sengsorang skrg ni.
Taakooottt hehehe...

Berita?
Tak.. tak tengok pun.
Buhsan, balik balik citer yang sama jer.

So bila time-time 8 hingga 8.30 malam adalah saat-saat yang sangat membosankan. Unless klu ada citer menarik especially kat channel 701 or 702. Tapi skrg ni 702 tayang Biggest Looser, 701 plak kadang-kadang ada CSI, amazing race etc.

Start 8.30 malam, ako check-check channel dl.
Tengok memana yang menarik.
Kejap kejap tekan 701,
kejap-kejap tekan 702,
pastu seterusnya sampai la ako jumpa channel yang menayangkan citer yang menarik nak tengok.

Tepat jam 9 malam, 
ako layan diari AF kejap.
Tapi ermmm macam kureng sket la diari skrg ni.
Ntah mana yang silap...

Ye ye kehidupan hiburan ako bergantung pada channel 701, 702 & 391 sahaja.
Klu ada CSI, Leverage, NCIS: LA, dan yang sewaktu dengannya, konpom ako dok depan tibi sampai jam 12 malam.

Klu takde citer menarik, jam 10 ako dah masuk bilik.

Bila dah masuk bilik, tak terus tido, ako ON netbook.
Walau internet takde tapi ako akan main game solitaire spider.
Main sampai la mata ako terpejam sendiri.
Tapi ako tatap akan terjaga tengah malam.

Dan kemudian setiap sejam ako pasti akan terjaga tido terjaga tido sampai la jam 6 pagi.

Camtu la rutin harian ako setiap hari.
Bosan kan?
Nak wat camne, camni la life orang BUJANG!!

Sekian.

Nota Jemari: cik sebelah, ako dah hapdet tau! lalalaa

Monday, April 11, 2011

Jelak dan MUAK, ok!!

Kawen!
Kawen!
Kawen!

Naik jelak dan muak bila soklan camtu berkumandang kat lobang tinger ako!

Arghh.....
Klu camni arr...
tak koser nak attend memana kenduri..

Lantak, ko nak cakap ako sombong ke..
lupa daratan ke..
yang penting hati tak saket!

Damn it!!
Mencik tul arr...

Nota Jemari: baru ingat nak jenguk kampung tapi klu camni arr...

Bila baby dah pandai POSING

~baru dalam hari tdo dh pandai posing.. iskh.. iskh~

Hai... terbaca kat fb MAMA si ABIN.
Amboii amboi baby yang satu tu.
Kecik-kecik dah pandai posing eh.
Tido pun nak kena ada gaya ker??
iskk.. iskk...

Ha tu la adik si ABIN.
Klu tak silap nama nya AQIM atau nama penuh nya MUSTAQEEM
Eee tak sabar nak jumpa ngan baby lagi.
Cepat weii balik sini.
Tak puas nak gomol-gomol lagi ni.
hahaha...

Nota Jemari: Klu kecik dah posing camtu, bila besar sok...??!!

KFC Lunch Treats

Lunch time!
Eh tak, ni lunch masa Jumaat aritu.
Kan ako gi The Mall kan, tetiba lak terasa nak melantak KFC.

Kan sekarang KFC dah ada promosi lunch treat macam McD, Pizza etc.
Slalu ternampak iklan ni lam lrt.
So saja la nak try kan.
Maka, mengORDER la set macam lam gambar kat atas tu.

Dan ako expect apa yang ako order sama la macam yang diiklankan.

Tapi bila dapat, erkk awat lain??
Ala.... ako nak exactly macam dalam gambar.
Maksud ako, bekas dia tu.
Asal tak sama macam lam gambar??
Nape? Nape? Nape???

Pastu dibaginya ako sudu cinonet camtu.
Makan coslo bole la pakai sudu kecik kan.
Adehh... ko ingat molot ahkak ni kocik yo ko???
Malas nak argue, makan je la.

Ermm nasib nasib!

Pasni sila ye adik-adik yang kat kaunter KFC ke McD ke memana je la, pastikan la sumer nya disediakan dengan rapi dan teratur especially tang tisu! So takde la customer macam ahkak yang kena bawa 'anak-anak' kelam kabut nak ulang-alik ke kaunter semula.

Nota Jemari: nak makan susah, tak makan pun susah

Friday, April 8, 2011

Telur Tiruan

Ekceli ako baru je tau.
Memang dah lama tak tengok TV.
Tu pun sebab kawan kat sebelah yang bagitau.
Tambah kuat bila dapat email berkenaan cerita ni.

So jom kita baca k.



Telur goreng, telur rebus, atau apa sahaja jenis masakan berasaskan telur merupakan menu ringkas kegemaran ramai. Tapi berhati hati lah ketika membeli telur terutamanya yang diimport dariChina. Sebab telur telur ni dibuat di dalam makmal menggunakan bahan kimia.

Bukan itu saja, malahan kat China siap ada sekolah lagi untuk mengajar sesiapa yang berminat dengan proses pembuatan barang tiruan termasuklah telur ayam tiruan. Dan di katakan kelas untuk membuat telur tiruan mendapat sambutan yang paling menggalakkan.

Percaya atau tak untuk menghasilkan telur, ayam sudah tak diperlukan lagi. Tapi itulah hakikatnya di sana. Jom tengok proses pembuatan telur tiruan ni.

Bahan-Bahan Untuk Membuat Telur Tiruan:

Glucolactone
Asid Benzoic
Kalsium Klorida
Selulosa
Alum
Asid Amino
Pewarna Makanan
Sodium alginate
Gelatin




1 : ‘Magic Water’ yang mengandungi Kalsium Klorida + Pewarna Makanan = Untuk telur kuning
2: ‘Magic Water’ yang mengandungi Kalsium Klorida tanpa pewarna makanan = Putih telur
3: Acuan untuk putih telur
4: Acuan untuk kuning telur


Telur kuning dihasilkan daripada bancuhan Kalsium Kloride, air dan beberapa bahan kimia yang lain (‘Magic Water’) dan pewarna makanan ditambah untuk hasilkan warna kuning. Bancuhan tadi dimasukkan kedalam acuan (4) sebanyak 2/3 daripada isipadu acuan (4) tadi.


Lepas telur kuning tadi dah beku keluarkan dan masukkan ke dalam acuan (3). Bahagian acuan (3) tadi dicelupkan kedalam bekas yang mengandungi Kalsium Klorida, air dan beberapa bahan kimia yang lain (‘Magic Water’) untuk menghasilkan lapisan putih telur. Biarkan telur selama 1 jam untuk membeku dan telur boleh dibasuh selepas itu.

Dengan menggunakan benang, telur yang tadinya dah membeku direndam dalam larutan parafin. Yang ni untuk proses membentuk cengkerang telur.


Dan ini hasilnya tapi telur tiruan ini dikatakan lebih mudah pecah berbanding dengan telur ayam biasa tu.Tapi kalau dari segi rupa memang saling tak tumpah. Rasanya pon lebih sedap dari telur ayam sebenar dan rasa sedap inilah punca keracunan makanan.

Dikatakan kos untuk membuat telur tiruan ini cuma 0.55 Yuan setiap sekilogram kalau nak dibandingkan kos untuk telur ayam sebenar ialah 5.6 Yuan sekilogram. Patut lah pon siap buat kelas buat telur tiruan sebab untung banyak kalau nak dibandingkan dengan telur ayam. Dan khabarnya, telur tiruan ni telah menyumbang kepada masalah keracunan makanan yang semakin meningkat di China.

So, hati hati lah time kita nak beli telur. Tak pasti sama ada telur tiruan ni dah ada di Malaysia atau belum. 


Nota Jemari: .. apa lagi yang tak tiruan ek?

Annivesary

Daisypath Anniversary tickers