Followers

Tuesday, May 31, 2011

Selamat Pengantin Baru, Ateh!

Selesai sudah majlis kawen si ateh ni..
Penat!
Malas nak citer pepanjang, jom la kita tengok gambar2 di hari kejadian je la ye.

~sebelum majlis bermula~

~debaran menanti~

~saat dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri~

~sah menjadi suami dan isteri~

~"terimalah mas kawen dari saya kepada awak"~

~"pasni u jaga i,
 i jaga u k"~

~resepsi ala-ala garden wedding di Taman Metropolitan Kepong~

~Dan akhir sekali, majlis sambut menantu di gombak setia~

Tahniah ateh & anwar!

Agak-agak lepas ni giliran sape plak ye?
Kena amek nombor ni, tahun ni dah penuh la weii.....
So, tahun depan sape yang kena!! :p

Nota Jemari: Giliran ako nombor bape la ye?!..... 

Monday, May 30, 2011

Biqque's May Lucky Follower

Cepat nya dah nak masuk bulan Jun kan...
Pejam celik pejam celik, dah nak setengah tahun.
Walau 'monthly lucky follower' puan biqque ni terlambat plak untuk bulan Mei, tatap juga dia buat entry untuk  ni di penghujung2 bulan ye. Ok la, cuma ingatkan aritu cam terlepas. Phew seb baek masih ada lagi. heheh

Wah kali ni ada kelainan sket.
Sempena masuk umah baru katanya.

Klu ako menang bulan ni, ako leh ajak salah sorang follower dia tuk menang satu hadiah juga. Menarik kan?!! 

SO apa tunggu lagi, jom la kowang join lucky follower beliau.
Untung-untung ada LUCK plak kali ni kan ;-)

Gud Luck ye!

Nota Jemari: Biqque, hope i lom terlepas peluang nak menang ya untuk bln Mei ni :p

Friday, May 27, 2011

Pre-wedding

Majlis nikah malam ni bertemakan 'taman'.
Simple dan nampak sweet sangat.

Pelamin nikah.
Menggunakan 'fresh flowers' keseluruhannya.

Walau ako x suker bunga tapi bila tengok bunga-bunga fresh yang banyak camni, nampak teruja plak aii.. muahahhaa... 

Bakal pengantin.

Menantikan debaran disatukan malam nanti.
Moga segalanya berjalan dengan lancar.

Pape pun Selamat Menempuh alam perkahwinan ye Cik Ateh!!

Nota Jemari: Tahniah!  

Menanti detik itu

Tik Tok Tik Tok

Arini mau half day...

Arini mau nikah..

Silap...

Arini mau menghadirkan diri ke majlis pernikahan..

Esok mau ke Taman Metropolitan Kepong plak.

Kenduri kawen di sana plak..

Lusa juga ada kenduri kawen..

Menghantar rombongan pengantin ke Gombak.

Kesimpulan nya, tiga hari berturut-turut makan lauk kenduri!

Arghhhhh!!

Nota Jemari: psstt.... bila awak nak ajak makan lauk kenduri kita ek? lalalala 

Thursday, May 26, 2011

TING TONG! Barang dah sampai pun!

Tadi siang ako dah mention yang ako ada order barang secara online?!
Dan ako mention ako soh dia hantar dalam jam 8-10 malam.
Lepas abes je aerodance kat lanai tadi, terus ako berdesup pulang ke umah.
Bukan apa, takot plak derang sampai before ako.

Jenuh juga la menunggu.
Jam 8 tak sampai lagi.
Jam 9 baru derang call minta direction ke umah ako.
Dan tepat jam 9:30 malam, derang dah selamat tiba depan umah.

Ako dah cakap dah ako tgu lori.
Memang betul-betul lori besar benti depan umah ako.

Bole tak kowang imagine lori kaler putih yang slalu orang hantar ais tu?
Tak pun, klu kowang keje area-area opis ako, kan slalu ada pasar tani kat JKR tu kan.
Ada satu lori jual susu dutch lady kat tepi jalan tu.
Ha lori camtu la yang derang bawa.

Memandangkan derang tak letak dalam plastik pun, so ako paksa derang hantar sampai ke dalam umah. Ater, bakul yang letak barang2 ako tu kan derang nak balik.

Tadaaa...
Akhirnya sumer barang sudah selamat sampai.

Sila check dulu sumer barang-barang dalam list.
Dan baru la kowang sign dan buat pembayaran.
Mudah kan!

Bila punggah balik barang-barang sumer tu, ako check bawang ako ghase ako minta kat 4 unit dan kentang 5 unit je.

Ako assume 4 unit bersamaan dengan 4 biji.
Tapi sudahnya ako ghase macam 4 kilo bawang yang dia hantar.
Erkk.... ke maksudnya, 1 unit bersamaan 1kilo atau 100 gram??

Sudah!
Bawang banyak-banyak ni ako nak buat hape?
Bukan ako ghajin masak pun.

Aduss konpom x guna dalam masa seminggu ni, tumbuh la akar dia.
Pape pun, ako berpuas hati la!

Terima kasih doorstep.com.my.
Lain kali saya beli lagi ye.

Nota Jemari: Jimat duit minyak .. dan jimat tenaga juga!

Soping online @ Doorstep.com.my

Kowang pernah dengar tak iklan kat hot.fm pasal doorstep.com.my????
Ala soping barang-barang dapur secara online tu.
Ako dah lama dah pasang niat nak menyoping kat situ.
Tapi asek terlupa je...

So, semalam petang tetiba kawan depan ako ni buka mulut.
Dok tanya bila nak menyoping kat doorstep tu.
Ater, klu menyoping, dia nak menumpang sama katanya.

Kowang pernah ke menyoping barang-barang dapur secara online?
Hahaha...ako, ni lah first time nak menyoping.
Katanya ako ni kan dok sengsorang.
Klu nak ke GIANT, TESCO sengsorang semata-mata nak soping, ermm memang agak MALAS la gitu.

So bila ada kemudahan macam nih, opkos ako takkan lepaskan!
Senang sangat-sangat.
Memula, kowang kena lah buka website dia iaitu www.doorstep.com.my.

Lepas tu macam biasa jadi lah member kepada website tersebut.
Dah jadi member, kowang login je macam biasa.

Kemudian, bermula lah sesi pilih memilih.
Macam-macam ada.
Dari barang dapur hingga la ke barang-barang keperluan peribadi.
Macam syampu, ubat gigi, ubat kesihatan etc.

Walau takde la sebanyak macam kat supermarket barang-barangnya,
tapi cukup lah keperluan yang ako perlukan sumer ada kat dalam website tu.

Dari segi harga, tak jauh beza pun dari harga kat supermarket.
Cuma kat doorstep.com.my nih, derang ada juga jual barangan dengan harga rendah.
Kowang leh check kat ruangan 'HOT Deal PROMOSI'!

Dah siap pilih barang-barang yang kowang nak beli, pastu kowang leh pilih plak slot masa penghantaran. Klu pilihan kowang adalah slot bebila masa, maka charge penghantaran nya murah la sket iaitu lebih kurang RM3 sahaja. Kowang leh pilih hari bila nak hantar tapi derang akan hantar bebila derang suka la. So kat sini kowang kena sentiasa alert la atau kata lain kowang kena sentiasa ada kat umah la kan. Ye la sebab tak tahu bila exact time yang derang akan hantar.

Tapi kalau pilihan kowang adalah "delivery slot", makna nya kowang leh pilih waktu bila, paling tepat masa tu kowang leh tahu la derang akan datang time bila. Yang ni mahal sket la charge nya iaitu sebanyak RM5.

Sebab ako nak dia hantar hari ni (khamis 26/5), so ako tengok slot yang tinggal hanya antara pukul 6-8 ptg dan 8-10 malam sahaja. Maka ako pilih soh dia hantar dalam jam 8-10 malam.

Ok sekarang kita pilih cara pembayaran plak ye.
Boleh bayar masa derang hantar barang (C.O.D).
Atau kowang leh bayar dulu guna kredit kad atau internet banking.

Dah bayar, sila check balik barang-barang yang ko pilih tadi.

Pastu konpom kan order kowang.

Taadaaaa dah setel!
Derang dah terima order ako semalam.

Belum dapat barang lagi dah dapat shoping point.
Ok la kan.. So pasni bole la soping lagi kat sini.

Check email, derang dah terima dan dalam proses nak readykan barang-barang pesanan ako tu. Sebelum hantar, derang akan call dulu.

OK siap satu kerjarumah!
Hahahaha...  Mudah kan?!

So klu kowang ghase cam malas nak beratur panjang kat kaunter pembayaran, malas nak berlanggar2 montot ngan orang ramai, kowang leh try je beli kat doorstep.com.my nih.

Nota Jemari: tak sabar nak tunggu "lori" doorstep depan umah malam ni..

Wednesday, May 25, 2011

Secret Recipe TAK HALAL!?

Kowang tahu tak kek yang dijual kat secret recipe TIDAK HALAL??!!

PENEMUAN DNA BABI DALAM BAHAN RAMUAN SYARIKAT PURATOS MALAYSIA SDN BHD


Kowang tahu tak siapa SYARIKAT PURATOS??
Syarikat ni adalah salah satu syarikat yang mengeluarkan bahan mentah untuk secret recipe membuat ramuan keknya.



8. TALENTO BROWNIES CONCENTRATESECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD. 
30/11/2011 PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
9. TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD. 
30/11/2011 PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.


Ni ako baca dalam website HALAL JAKIM.


Masalahnya sekarang, hanya certain-certain kek sahaja yang menggunakan bahan mentah dari syarikat tersebut. Klu dibelek dalam website JAKIM tu, ada juga kek-kek secret recipe yang tak menggunakan produk dari syarikat puratos.


Mungkin kowang pikir, kek dari bahan puratos sahaja yang TIDAK HALAL.
Abih tu, bila kowang dah sampai kat secret recipe, kowang leh tahu ke mana satu kek yang menggunakan bahan dari puratos, betul tak?


Dan bukan ke pisau yang digunakan untuk memotong kek adalah pisau yang sama sahaja??


Adoi yaii...
Berapa banyak dah kek yang dah masuk dalam perut dan jadi darah daging nih???!!


So, harap pihak secret recipe cepat-cepat la ambil tindakan sewajarnya ye.
Tukar la supplier yang bertauliah dan cari la bahan yang betul2 diiktiraf keHALALan oleh JAKIM.



Aduan :
Assalamualaikum,
adakah premis restoran The Manhattan Fish Market?
Conothnya di Alamanda Putrajaya, Ikano Power centre, Sogo dan Centre Point mendapat Logo Halal from HDC atau JAKIM.
Tarikh Aduan :
14/04/2009 - 01:28:47
Jawapan :
Waalaikumsalam, Restoran tersebut tiada didalam rekod JAKIM/HDC. Sekian. Terima Kasih


Yang ni plak...
erkk............ baru je lepas melantak fish manhattan...
Adeh.... patot arr perot asek meragam je, erkk gurlp!!


Slalunya klu kat foodcourt soping complex, jarang kita nampak tanda HALAL dari JAKIM. Bih camno tuh?? GHamai gak owang melantak... Nampak gaya kena bawa bekal la camni.


Nota Jemari: susah juga nak makan kat msia skrg ni ye....

Janji hapdet ek!

Ako memang tengah takde mood nak BERblog nih...
Tak sangka, walau takde citer berhapdet kat sini,
tapi masih ada juga yang sudi jengah ke sini ek.

Tengkiu la so much!!!

Memang, konpom dan sahih, mood menghapdet ako dah hilang kejap.
Insyallah, bila mood tu dah datang balik, ako kasi hapdet pape yang patut kat sini ye.

Takde citer,
itu pun salah satu alasan tak berhapdet gak tu.

Ermm...
mood nak g holiday je skrg nih..
hahahaa....

Lambat nyaa....!!

OK la, bila en RAJIN dah datang, ako story mory k..

Nota Jemari: ..nak jengah blog owang pun, MALAS!

Monday, May 23, 2011

BNM akan keluarkan siri wang kertas, syiling baru

Eh klu tak baca kat blog si Tinie, sahih ako tak tahu pun..
Erk nampak sangat tak mengikuti berita sekeliling..
Gurlpp!!

Ok ok, ako ghase konpom ada yang dah tahu kan..
Takpe la meh ako share juga la biter yang satu ni ngan kowang sumer k..
Ni pun ako copy dari berita harian online.
~~~~~~~~~~

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa satu siri reka bentuk baru wang kertas dan duit syiling Malaysia akan berada dalam edaran pada awal 2012. 

Langkah itu dilakukan secara berkala dalam setiap tempoh 12 tahun.

"Reka bentuk mata wang siri baharu itu akan mengandungi ciri-ciri yang khusus bagi Malaysia," kata BNM dalam satu kenyataan hari ini.
Siri wang kertas itu, katanya, mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih sejajar dengan kemajuan teknologi wang kertas mutakhir ini. 

Reka bentuk wang kertas siri ke-empat yang baru itu adalah untuk wang kertas dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100. 

Reka bentuk terkini wang kertas RM50 yang sudah pun berada dalam edaran sejak bulan Disember 2007 bagi memperingati Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia akan terus dikekalkan dalam edaran. 

Bentuk baru itu adalah siri yang ke-tiga bagi denominasi 5 sen, 10 sen dan 50 sen, kata BNM. 
"Siri baru wang kertas dan duit syiling ini akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada sehingga siri tersebut dikeluarkan secara beransur-ansur dari edaran," katanya. 

Dalam membuat persediaan untuk mengeluarkan siri baru mata wang ini, BNM akan bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, perusahaan perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai bagi memastikan peralihan kepada siri baru ini berjalan lancar. 

Katanya, vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memastikan orang ramai dapat menggunakan mata wang baru itu dengan mudah. 

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang siri baru mata wang ini, BNM akan mengeluarkan duit syiling peringatan untuk siri ketiga dan mempamerkan reka bentuk wang kertas siri ke-empat yang baru pada suku ketiga 2011. - BERNAMA



Nota Jemari: Lagi canggih? Cantek? Cun??

Sunday, May 22, 2011

Something BIG is BACK!!

Lately ni cam buhsan sket nak menghapdet.
Nak share citer pun, takde yang menarik.
Nak kongsi info terkini pun macam malas nak tempek.
So, ako bagi je la entry mcm kat bawah ni untuk kowang baca.


Dengar citer Air Asia nak buat BIG SALE!
Wah apa lah yang BESAR sangat tu kan?
Adakah harga tiket murah secara BESAR-BESARan?

So klu nak tahu, jangan lupa ye 23 May 2011 tepat jam 12 tengahari!!
Jom ramai-ramai serbu website AirAsia.com.

Jumpa kowang kat situ k ;-)

Nota Jemari: BIG DEAL??

Thursday, May 19, 2011

Facebook & Twitter, Boleh jejas karier!!

Konpom kowang sumer ni memang boleh dikatakan 24 jam akan berFB atau berTWEET.
Cuba kowang dapatkan majalan mingguan wanita keluaran Mei 2011 yang cover depan adalah Tiz Zaqyah.

Bukan,
bukan nak citer pasal Tiz Zagyah tapi nak citer pasal kegilaan kita sumer berFB dan berTwEET.

Klu kowang nak dapatkan tips macam mana nak elakkan daripada terjejas karier kowang, better gi cari majalah tu cepat! Baca dan fahami apa yang penulis tu cuba sampaikan.

Jangan lupa ye, cari majalah tu dan buka mukasurat 82.
Baca! Baca! Baca!
Moga jadi panduan kita bersama!

Nota Jemari: sharing kan caring... :-)

Monday, May 16, 2011

AWAS!!! Minyak masak tiruan

Rasa nya isu MINYAK TIRUAN ni dah lama...
Takpe la meh kita baca dan alert balik k..



~klik gambar untuk pemBESARan~

Nota Jemari: Lepas ni apa lagi plak yang tiruan ek?

McD's coupon.. again ;)

McD wat promosi lagi weiii!!
Apa tunggu lagi.
Pi cepat tukarkan kupon ni dan dapat burger FREE!

Atau kowang gi kat website dia dan print je kupon ni k.

Nota Jemari: Buy 1, get 1 FREE

Salam

Buka email.
Bila kowang nampak tajuk email macam ni, "Salam".. tentu kowang tak sabar nak baca kan. Ye la maybe dari kawan lama yang bertanyakan kabar.


Tapi buka je email tuk baca,
ermm tengok je nama pengirim,
tertanya-tanya dibuatnya.

Sapekah gerangan pengirim email ni??

salam,my name is laila mohd faisal,i am presently in Uk, My father is from (sabah) Malaysia and my mum from UK,i will be coming to Malaysia for my Vacation soon.i want us to be close before i come to Malaysia so that you can show me around Malaysia when i visit.please feel free to write me ,so we can get to know our self more. hope to hear from you,, my email is lailamohdfaisal@yahoo.com


Moskel seh!!!


Pastu siap tempek gambar dia lagi tu..
Ngeri!



Erkkk..... taakooottttt!!

Nota Jemari: psstt klu kowang nak kenal, sila la hahaha *gigil  

Awas! Daging 'lembu' diproses daripada daging KHINZIR

Ako dapat info ni pun dari email.
Share ngan kowang, apa salahnya kan.
So beware ye kawan-kawan!

Just a note for MUSLIM FRIENDS :-)


Isu telur tiruan dari negara China pernah hangat baru baru ini. Diam tak diam, negara China yang sememangnya terkenal dengan kepakaran menghasilkan barang tiruan sekali lagi telah menghasilkan satu inovatif baru iaitu menghasilkan daging lembu daripada daging babi.

Media tempatan melaporkan, ekstrak perasa daging lembu di jual di Shanghai dan digunakan di restoran untuk membuat daging lembu palsu. Memasak daging babi mentah dengan bahan aditif selama 90 minit mampu memberikan rasa daging babi kepada daging lembu.

Berikut merupakan proses menghasilkan daging lembu tiruan selama 90 minit: 

1: Ekstrak Daging Lembu bermutu tinggi yang membolehkan daging babi menjadi daging lembu.

2: Agen glazing, untuk menghilangkan rasa daging babi. Pek kecil ini cukup untuk 50 kg daging babi.

3: Proses memerap daging babi dilakukan selepas ditambah ekstrak daging lembu
4: Perbezaan daging babi yang telah diekstrak dengan yang asli.

5: Perbandingan antara daging babi asli dan daging lembu palsu selepas dimasak selama 2 jam memasak. Daging babi telah di ekstrak mirip dengan daging lembu.


Sebotol ekstrak daging lembu seberat 500 gram dijual dengan harga 20 yuan (RM 9.13) cukup untuk mengubah rasa 25kg daging babi. Harga daging babi adalah setengah daripada harga dari daging lembu, dan ini berpotensi memberi penjimatan lebih dari 1,000 yuan (RM 456.55) jika 25 kg daging digunakan.

Menurut Fang Youzong daripada Jawatankuasa Penasihat Shanghai Food Drug Administration, Bahan penambah rasa ini banyak digunakan untuk memberikan rasa daging lembu didalam mee segera, katanya kepada Times Global. Dan China hanya melarang penggunaan bahan penambah rasa ini kedalam beberapa produk makanan yang meliputi makanan bayi dan susu, kata Fang lagi.


Dan baru-baru ini, sebuah jabatan industri dan perdagangan di Heifei telah mengatakan bahan penambah rasa ”ekstrak daging lembu” yang banyak di edar di pasaran, membolehkan daging ayam diproses menjadi “daging lembu”. Seorang penduduk bandar mendedahkan bahawa “ekstrak daging lembu” telah menjadi ”resepi rahsia” di beberapa restoran-restoran kecil. Doktor juga telah mengesahkan penggunaan jangka panjang dari bahan penambah rasa ini, boleh menyebabkan keracunan jangka masa panjang, kecacatan, dan juga kanser.

Tak mustahil ‘kepakaran’ ini akan sampai ke Malaysia. Seeperti telur tiruan yang kita sendiri tak sangka dengan kehadirannya. Soal makanan kita kena lah ambil berat sebab ianya akan sebati dalam badan kita dan menjadi darah daging. 

- MyChinaViews.com


Nota Jemari: macam-macam skrg ni kan.. Nak makan pun susah. So berhati-hati la ye kengkawan! Peringatan untuk diri sendiri dan kowang juga ;-)

Thursday, May 12, 2011

Jawatan Kosong: Konstabel Polis Bantuan

Kami ingin memaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan Konstabel Polis Bantuan di Jabatan Keselamatan, terbuka untuk calon-calon luar yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut :

  • Calon lelaki sahaja
  • Lulusan SPM dengan kredit dalam 5 mata pelajaran, termasuk Bahasa Melayu
  • Minimum ketinggian : 170cm
  • Minimum berat : 50 kg
  • Sihat tubuh badan dan memiliki daya penglihatan yang baik
  • Berumur antara 18 hingga 25 tahun

Calon yang memenuhi syarat-syarat yang telah dinyatakan di atas, digalakkan untuk menghantar permohonan melalui www.jobstreet.com/my/bnm sebelum 20 Mei 2011.


Kowang leh tengok jawatan kosong yang lain-lain jugak.
Just klik je kat link jobstreet tu k ;-)

Nota Jemari: banyak benefit tau!!

YM, FB, Twitter melalui yahoo.mail

Kowang tahu tak?
Tak tahu?
Meh ako nak kongsi sket.

Klu kat opis ako ni nak berYM melalui application YM yang betul-betul, konpom la memang tak boleh kan. So, kita try cari alternatif lain.

Kali ni mari kita berYM melalui yahoo mail.
Mudah jer. Asal kowang ada account yahoo je dah cukup.
Tapi disarankan, ko pakai la yahoo beta.
Ni latest punya version.

Buka la melalui http://mail.yahoo.com
Pastu login macam biasa.
Better login guna id facebook.
Ye la kan, kadang-kadang ada sesetengah yang x bole nak masuk website FB.
Lebih-lebih lagi kat opis kan.

Pastu nanti ko nampak 
1. list kengkawan kat YM ko
2. Button updates. Maksudnya apa jua status dalam FB atau twitter, kowang leh tahu juga. 

So takde la kowang ketinggalan kan nak tahu status kengkawan kowang hari-hari.


Selain kowang leh tengok list kengkawan YM, kowang leh juga tengok list chat kengkawan yang dalam FB.

Sekarang nak berchat ngan kengkawan YM dan fb melalui yahoo mail sangat-sangat senang.
Macam exactly kowang chat guna YM atau fb chat.
Cool kan!! 

Buka satu application je, sumer kowang leh layan.
Facebook, YM dan juga twitter.
Senang & simple kan! ;-)

Lain la klu kowang ada ipad, iphone atau henpon kowang mmg canggih kan.

So pada kengkawan yang tercari-cari macam mana nak berFB, berTwitter atau berYM, tapi kena banned, jangan risau, login je yahoo mail. Gerenti sumer masalah dan keinginan tecapai. 

Gud luck and all the best k!!

ps: ako takde la menggalakkan kowang berYM, berFB sampai mengganggu keje kowang kat opis, paham-paham sendiri la ye.

Nota Jemari: Selesai 3 in 1

Wednesday, May 11, 2011

Tengkiu Mr Jocko

Aritu join contest en jocko ni.
Alhamdulilah..
Lucky la juga.
Saja suka-suka meramaikan undangan kontest.

Terima kasih la ye en jocko atas hadiah nya tu.
Bertambah lagi koleksi keychain yang sedia ada.

pstt... ko dah tukar link kah??
Bukan dulu www.jockojourney.blogspot.com?
Sekarang sudah tukar ke www.mrjocko.com?
Ooo ni sahih ko pakai wordpress ek??

Ok noted..
Tak pasal-pasal ako add dedua link sekali.

Nota Jemari: murah rezeki en jocko sekeluarga. tapi tatap nak jeles, asek coti-coti je nih.. ;p 

Nape satu jari je?

Semalam kan dah citer ako beli inai.
So malam tadi saja la nak ngetest.
Ako try tempek inai yang tiub.
Dan hasilnya.....

Aikk satu jari je ker?
Iskk kata ngeTEST je kan.

Slalu ako suka pakai 2 jari je.
Jari ujung ngan jari manis.

Klu ako pakai soploh jari kang ada plak yang pikir lain.
Tapi ni ako baru pakai satu jari je, ada juga yang bersore tu.
Ermm....

Bagus la inai ni.
Pakai dalam soploh minit je dah jadi merah camtu.
Klu ako pakai sejam, konpom merah hitam jadinya.
Merah ke oren ke hitam ke, pakai inai ni ekceli bergantung juga pada darah kita.
Betul tak??

Kowang plak suka pakai inai tak??

Nota Jemari: mcm comei je jari jemari ku yang sedia comei ni..:p

Tuesday, May 10, 2011

Saya suka jari kaler merah

MERAH!

Opkos, apa saja yang berwarna MERAH, pasti ako suka!
Aritu masa kenduri kazen baru-baru ni tak sempat nak memerahkan jari jemari.
So, untuk kenduri kazen yang akan datang ni, sure takmoh lepaskan peluang mahu merah-merahkan jari jemari ku ini.

Lunch tadi, gigih la ke Mydin nak cari inai.
Banyakkkkk ko!!
Pilih jangan tak pilih, rambang mata ako nak pilih yang mana satu.
Last-last ako amek 2 kotak inai serbuk macam lam gambar dan satu kotak inai tiub.

Kotak serbuk inai tu harganya RM1.90 je.
Yang kotai inai tiub plak harga nya RM2.00.

Hoyeeee tak sabar nak memerahkan jari jemari.

Nota Jemari: Kowang suka MERAH??

Annivesary

Daisypath Anniversary tickers