Followers

Tuesday, September 27, 2011

Memasuki Gerbang Perkahwinan

Ada sowang oficer ni.
Dia nak pindah department dah.
So, mengemas la memana yang patut.
Kemas punya kemas, alih-alih dia murah hati.

"Memasuki Gerbang Perkahwinan".

Dia bagi ako buku itu.
Ermm....

Ok, ako terima dengan hati terbuka walau .... 

Nota Jemari: Ye la ye la nanti saya baca ..iskk!!

Monday, September 26, 2011

Oh Lola! Marc Jacobs

Ingat entry wangi ni lagi tak?
Sekarang ni bertambah lagi arr koleksi wangi ako.

Perfume keluaran 2011 baru dari Marc Jacobs.
Cop!!
Jangan tanya ako Marc Jacobs tu brand apa.
Erkk siyes, ni adalah pestime ako mendengo nya.
Ye ye, ako bukan mahir sangat pasal perfume-perfume ni.

Wangi!
Lembut je.

Oh Lola ako berwarna PINK.
Yang gambar kaler PEPEL ni, saja ako nak soh kakak LIN ni membelinya ;p

Awak o awak,
jom wangi sesame.

Nota Jemari: tengkiu sekali lagi

Spring Potato @ Sri Gombak

Malam tadi lepas melepak dan melantak kat rumah che ct, berjanji la plak dengan cik adik ni tuk jumpa. Walau perjanjian perjumpaan nya adalah lain tapi harap cik adik tu kecik hati la ye. Minta maaf banyak2 sebab TERmungkir janji plak. Harap-harap cik adik tu tak serik nak buat perjanjian dengan ako lagi ;-)

Memang dah FULL sangat pewot ni.

Tapi sebab dah mungkir janji ngan cik adik tu nak bawa gi rumah che ct, maka terpaksa la bawa dia gi melantak. Sebab aritu dah masuk jalan-jalan cari makan, maka destinasi melantak adalah ke Restoran Spring Potato di Sri Gombak.

Konon nya kedai ni ada menjual masakan Korea.
So, teringin la juga nak rasa. Klu ok, lepas ni tak yah la susah2 ako ke Sweetree kat Ampang sana.

Lokasi kedai ni ekceli tak susah mana. Tepi jalan je pun.
Cuma kadang-kadang, deretan kedai ni memang tak pasan sangat.
Yang pasti, klu kowang masuk je jalan Sri gombak tu, sila pastikan kowang jumpa dewan beringin dan sek kebangsaan sri gombak di sebelah kanan.

Deretan kedai ni adalah selepas trademark dewan & sekolah tu ye.
Dan sila pastikan kowang jumpa dulu Kedai Asam Pedas mak usu ni.
Sebab, Restoran Spring Potato tu adalah sederet je dengan kedai mak usu.

Menu korea idok le banyak mana.
Ada la dalam beberapa jenis.
Yang 3 atas ni antara menu yg derang offer.

Sebab aritu masa kat sweetree tak sempat nak rasa rice cake, so bila nmpk menu tu ada kat situ, terus je ako order menu no 2 tu. Tambah plak ako memang nak cari makanan pedas.

Kedainya berkonsepkan oren merah.
Ekceli kedai ni bukan hanya jual makanan korea, western dan melayu pun ada juga. So, klu sowang nak makan melayu, sorang nak makan omputih, sowang nak makan korea, ha leh arr try melantak kat kedai ni k ;-) Tak yah nak pening-pening pilih lokasi. Cuba aje makan kat situ.

Juice carrot - RM4
Teh o Limau - RM2

Klu makan sini, wajib order spring potato ni.
Klu idak cam x lengkap gitu.
Kami order yg small portion saja.

Harga nya dalam RM3.
Yang ni ada macam2 perasa.
Kami amek perasa bbq.
Ermm bole la, tapi bagi ako sedap lagi yg jual kat pasar malam. hehe..

Untuk makanan melayu, katanya ni salah satu makanan istimewa dan mendapat permintaan yang tinggi.

 Mi bandung harga nya RM6.00

Agak terlalu banyak sangat dia letak udang kering.
Rasa pun dah jadi terlalu manis sangat.
Dah macam makan mi gula plak rasa nya.

Teok Bok Ki.
Ha camni la ghope makanan korea yang ako order.
Harga nya dalam RM6.

Portion nya macam nampak sket tapi bersesuaian la tu.
Kowang pun bukan leh makan byk sgt kan makanan korea.
Sekadar nak merasa dan mencuba, ok la dengan portion yang x terlalu banyak tu.

Pedas!
Ermm ok la not bad gak.
Sayur-sayuran, ada fishcake, rice cake.
Cuma kuahnya sket bebenor.
Tak puas nak menghirup sesuatu yang pedas.

Banana split sebagai pencuci mulut.
Harga nya RM5.00

Overall, ermm bole la kot klu tak tau nak makan kat mana, kowang cuba la kat sini k.
Sebab ako dah FULL sangat, so ako rasa so-so je la ye.


Alamat:

No 11, Jalan SG1/1,

Taman Sri Gombak,

68100 Batu Caves,

Selangor.



Tel : 03-61884471




View Spring Potato Cafe in a larger map

Nota Jemari: Selamat menjamu!

Senyum


Senyum!
Tak perlu kata apa-apa...

Senyum!

Burlpppp.............
Siyes senyum kekenyangan..
Tengkiu tuan-tuan rumah.
Masakan kamu sumer sangat syedap!

Kembung segala isi pewot, rasa sudah mau meletop.

Tengkiu Farihah!
Tengkiu en Asri!
Tengkiu Faiza!
Tengkiu kak Ct & Che Mat.

Panjang umur, murah rezeki, ajak la makan-makan lagi ye.
Saya sudahi penjelajahan makan-makan di Spring Potatao, Sri gombak.

ps: kredit to kak ct , gambar saya memang CUNgg! eheehe

Nota Jemari: Thanks for everything! I Like it!

Wednesday, September 21, 2011

Punya la PEMALAS!!

Ako ngaku, ako memang kurang rajin sket.
Tapi kadang bila nafsu RAJIN ako dah datang, jangan gatal2 ko tegur!

Lunch semalam tak tau nak ke mana.
Pastu tergerak plak kaki melangkah ke Sogo.
Situ je la tempat nak soping2 paling dekat pun.

Cop, ako mention soping tapi x semestinya ako nak menyoping.
Jalan-jalan tanpa arah tuju.
Tengok jari, tengok kuku.
Ermmm terus panjang melangkah sampai ke tingkat 7.

Bukan tak leh nak potong sendiri.
Boleh je tapi dah ada peluang camni, baiklah jangan tolak.
Gi je la tadah jari jemari ko kat amoi tu.

Ala, bukan soh wat hape pun sangat.
Just shaping je pung.
Saja nak manja2kan jari jemari cenggitu.

Mende FREE so tak yah kecoh2.
Ko gi je la tingkat 7 dan cuba tanya, kot2 ada kosong.
Ko tadah je tangan ko.
Tapi make sure ko ada voucher complimentary cam dalam gambar tu ye ;-)

Ako pasti, kowang yang jadi ahli sogo musti ada voucher tu kan?
So, apa tungggu lagi.
Cecepat redeem voucher tu k.
Hanya perlukan 15 je minit masa kowang.
Ok, selamat menggunakan voucher itu.

Nota Jemari: Pasni nak redeem voucher massage plak.

Tuesday, September 20, 2011

Raya AKO dan MEREKA - part 3

Salam hari selasa ye kengkawan,

Nari nak story mori pasal kenduri minggu lepas (sabtu,17 Sep).
Kenduri tahlil dan juga makan-makan raya.
Lokasi kat rumah kakak ako.
Rumah ako memang takde open open dah ye.
Tertutup je memanjang sekarang ni.
So, harap maklum!

Konsep menu adalah catering saja dari Zulja's Catering Selayang.
Tahun ni buat sesimple yang boleh, tak macam tahun-tahun sebelumnya.
Lepas zohor, buat tahlil sket untuk arwah ABAH ngan MAK.

Selesai tahlil, baru lah jemputan datang menderu-deru.

Budak tembam ni, klu dah jumpa 'kawan', bukan main susah lagi nak ajak bergambar.
Jenuh la dok menarik dia ajak bergambar.
Sudahnya, seb baek dapat la juga bergambar ngan dia cenggini.
Jadi lah ...

Kata nya menumpang rumah 'owang' maka jemputan saya idok le ramai mana.
Yang berkesempatan datang, terima kasih la banyak-banyak ye.
Maaf la layanan tak seberapa.
Ater tetiba ako rasa cam , "erkk... tak tahu nak layan yang mana satu dulu!"
hehhehe... 

Thanks ila coz sudi gak datang walau sesat mencari rumah.
Harap-harap lepas ni dah x sesat lagi ye ;-)

Dan juga geng KAMIE.
Walau tak semua yang hadir tapi yang datang ni pun dah memadai kan ;-)

Terima kasih buat Che Mat & Kak CT sekeluarga.
Tak lupa juga En Shaizhar dan 'Cik' Diela aka bondarock :p

psstt aci tak ako letak 'cik' kat depan nama ko tu diela??? hahhaha

My ex-classmate.
Thanks Lin. Sorry, dah lama x melepak ngan awak.
Insyallah, lepas2 ni klu ada rezeki, kita gather-gather ngan Ija & Marsha sekali k ;-)

Dan tak lupa terima kasih buat kak zie & man sekeluarga.
Hehe sorry la yek, gambar kowang sekeluarga tak sempat plak nak snappy.
Ater masa ni ako dah menyibukkan diri kat dapur.

Harap-harap sumer yang hadir, tak serik la nak kunjung melantak lagi di tahun2 mendatang ye :-)
Buat yang tak berkesempatan, insyallah panjang umur, murah rezeki, ako jemput lagi ye!

Nota Jemari: alhamdulilah, sumer berjalan dengan lancar

Monday, September 19, 2011

Raya AKO dan MEREKA - part 2

Salam kengkawan,

Revised balik ye perjalanan raya kita... "FAMILY RAYA OUTING"

Jumaat (16 September 2011)

10:00-10:45 pagi - Rumah nenek 'Majenah' aka Kak Maznah - pandan (bekfes time! konpom lama melepak ni, klu start lambat , maka perjalanan kita pun abesh lambat la ye, harap maklum disitu, so pepandai la kita budget masa melepak tu ye :p)
10:55-11:20 pagi - Rumah kakak een - pandan juga (rumah kakak een x leh lelama sebab dah kenyang melantak kat umah nenek majenah hehee)
11:30-12:45 tghari - Rumah kakak aidah - nilai (sila menikmati hidangan seperti makan tengahari ye)
12:55-1:30 petang - Rumah Ija - kajang (tambahan ye!)
1:40-2:15 ptg - Rumah farihah - cheras (dah kenyang, so minum ayor je la, tu pun konpom haus sebab perjalanan jauh dari nilai tuh :p)
2:20-3:00 petang - Rumah Sri - cheras (tak yah makan gak.. kasi ringan-ringan sudah!)
3:15-4:00 petang - Rumah Kak Ani - Taman Permata (Lunch time! Wajib makan kenyang-kenyang!)
4:15-4:45 petang - Rumah Murshi - Wangsa maju (itu pun klu dia ada umah ye ;-)
5:00-5:30 petang - Rumah Ila - Taman Melati (makan dan minum mana yang termampu :p)
5:45-6:15 petang - Rumah Kak Sahrah - Selayang (minum petang pelissss :p)
6:30-7:00 petang - Rumah Ita - Danau kota (makan je la apa yang ada hehehe, harap2 tuan umah dah ada kat umah time ni!)

Masa adalah anggaran sahaja. Masa juga mungkin akan berubah-rubah.
Terlebih , terkurang pepandai la adjust nanti kan;-)
Ada tambahan rumah nak beraya, sila maklum kan ye so kita leh adjust perjalanan raya kita ni lagi. ;-)
atau ada sesape nak join lagi pun, dialu-alukan ye ;-)

Harap-harap tuan umah, sabar menanti dan sabar menanti dan sabar menanti ye dan sedia menerima kunjungan para pengunjung dengan hati terbuka ye :p.

Menu : -
Nasi Lemak - Nenek Majenah
Soto - Kak aidah
Nasi Tomato - Kak Ani
Bakso - Ita
Kuih-muih - Nazreen
Bihun goreng - Kak Sahrah


Tukang KONVOI :-
AKO & ABIN
Farihah & family
Kak Sahrah & anak
Sri
Ija & anak (konvoi belah pagi je sampai la ke umah dia)
*Een (klu dia larat nak membawa badan, insyallah dia follow too)
*Murshi (klu tak penat insyallah dia join)
*Dila & anak (akan confirm kemudian)

ps: Kak Ani & ita, sila bagi alamat umah ye, kang sesat plak heheh... ----->>> Thank you kak ani & ita atas alamat dan map yang diberikan

Thank you.
Pape kemusykilan atau pertanyaan, nanti kita buat mesyuarat ye esp buat farihah, kak sahrah & sri ye :p

akhir kata,

"Majulah RAYA untuk KITA!!"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Ok first of all, nak bagi tau, entry ni agak panjang la sket ye. Bertempek gambar-gambar nya. So, harap sabar membaca sampai ke penghujung.

Bahagian kat atas yang memula kowang baca, itu adalah perancangan perjalanan raya kami. 
Target memang nak pegi kesemua rumah yang dalam list raya tu. Dalam banyak-banyak tu cuma rumah farihah & murshi saje kami tak sempat nak jejak. Mungkin kah minggu ni projek beraya boleh diteruskan lagi? Jeng jeng jeng.... 

Jom baca kisah konvoi raya AKO dan MEREKA kat bawah ni.

Rumah Pertama
Dalam itenary kami, kena budget sampai kat rumah pertama untuk bekfes adalah jam 10 pagi. Tapi dek disebabkan masalah kecik, ako adalah terlewat sedikit sampai dari mereka. Tapi memang sedang-sedang elok juga sampai dalam waktu yang ditetapkan. :p

Kata bekfes kan, so menu di rumah Puan Maznah adalah nasi lemak beserta bihun goreng, ayam goreng, sambal udang, lemang dan rendang etc. Erkk... ghase cam bukan makan untuk bekfes gitu. Semuanya sedap-sedap belaka. Tapi sebabkan cam dah bekfes kat umah roti canai so makan ala kadar je la kat situ. (dah tau nak bekfes raya, pi gatal bekfes juga sape soh kan, iskk....)

Tuan umah memang sibuk sungguh.
Sampai tak sempat nak bergambar bersama.
Pape pun, terima kasih la ye buat Kak Maznah sekeluarga sebab sudi layan kami melantak pepagi di rumah beliau. Ikutkan hati nak juga bagi tupperware tuk buat bekal. Hahaha tapi sangat melampau la kan :p

 Bebudak, memula memang malu-malu kucing lagi.
Lama-lama bila dah ada keserasian, bukan main ligat derang bermain bersama.

Konvoi yang ni ako bawa ABIN sekali.
Farihah sekeluarga.
Sri plak ngan anak buah dia si Balqis.
Manakala, kak sahrah n Ija, memasing bawa sorang anak je.


Riuh kejap umah nenek majenah ye pagi tu.
Eh eh, mana pigi cucu tuan umah ye?
Laaa.. baru nak ajak ramas mesra, ghopenya cucu tuan umah baru bangun tido la pulak.

ABIN, klu dah jumpa rakan 'sepasukan', memang tak ingat dunia dah.
Sakan dia bersokaria.
Sampai tak keruan plak ako dibuatnya.
Hahahaha... tak concentrate ako nak melantak dan menghayati makanan-makanan kat umah mereka. Tapi enjoy tatap enjoy la ye. Bukan senang nak ajak derang ni berKONVOI. 

Sepatutnya jam 10:45 sudah gerak ke rumah kedua tapi tapi kami ditahan untuk beberapa minit sebab kena tunggu BIG BOS datang bertandang. Adoiyaaii sudah lari waktu perjalanan ni.

Bila rumah pertama sudah lari tune masa nya, so kowang pepaham la ye. Konpom rumah-rumah seterusnya juga akan terlibat sama. Dan sangat kesian ok bila sampai ke umah yang ujung-ujung. 

Rumah Kedua
Kami melangkah menuju ke rumah kedua agak lewat dari masa yang diplan kan.
Lepak pun agak lama juga la kat situ.
Walau makan kuih-muih je pun tapi bila dah kumpul ramai-ramai tambah plak bila budak-budak dah jadi ramai, konpom memasing naik syeh nak bermain dan berborak.

Terima kasih kak een sebab sudi terima kunjungan kami.
Walaupun tak larat kerna berbadan dua, harap-harap kedatangan kami tak menyusahkan la ye ;-)
Insyallah, tahun depan kitorang serang lagi! :)

Rumah Ketiga
Dari Pandan kitorang terus shoot ke Nilai.
Sampai-sampai je dah nak masuk waktu solat Jumaat.

Time ni si ABIN dah wat perangai dah.
Sebab mungkin dia kepenatan dan mengantuk.
Terpaksa la ada sesi pujuk memujuk.
Seriau gak ako klu tetiba dia cakap nak balik jumpa MAMA dia.
Erkk satu keje plak ako nak patah balik KL time2 gitu.

Setelah sesi pujuk memujuk berjaya, baru lah dapat melantak dengan tenteram dan aman.
Terima kasih Kak Aidah atas layanan dan makanan yang dihidangkan.
Kami melepak sampai jam 3 lebih kan.
Memang agak lama la juga.

Rumah Keempat
Dari Nilai kita ke Kajang.
Makan plak mi kari Jawa (erkk betul tak ija?)

Adoiyai, kat umah Ija ni, abesh sumer barang-barang permainan si Hakim derang dok kejekan. ABIN kan main ligat lagi dia. Satu barang ke satu barang dia kuarkan. Erkk... ai malu tau! haahaha.. Ni anak buah sape yang memang tak reti malu, buat macam rumah sendiri gitu. Harus lepas ni, klu nak bawa budak ni, kena kasi ikat sket pergerakan dia. :p

Rumah Kelima
Pastu dari Kajang kita ke Bandar Tun Razak.
Rumah Cik Sri Salwani plak.

psstt Sri, sedap bihun goreng lada hitam mak ko!
Ingatkan ko yang masak :p

Rumah Keenam
Hujan dah mula turun time ni.
Kita menyinggah plak ke Ulu Klang.
Kali ni rumah Kak Ani sasaran kami.

Erkk tak tau plak ghope nya kak ani memang buat open house.
Nasi tomato dan laksa penang menjadi santapan.
Sedap!!

Kat sini memang kejap sesangat.
Memang sampai terus melantak n terus balik.
Hehehe... ater dah jam 6 petang time tu.
Hujan lebat plak lagi. Klu melepak lelama, konpom memang tak abesh la sumer rumah.

Rumah Ketujuh
Dalam hujan lebat, kami redah juga ke Selayang.
Nasib baik la jalan tak berapa nak sesak sangat.
Biasa la, klu area MRR2 bila hujan, konpom sesak teruk.

Alhamdulilah selamat juga sampai ke rumah Kak Sahrah lebih kurang jam 6:45 petang.

ABIN oo ABIN, wah wah ko buat macam rumah sendiri nampak!!!
Siap sesuka hati dia je dok meniarap camtu.
Plak tu, ko sorang je plak yang conquer bantal tu ye. Isskk.... 

Terima kasih Kak Sahrah sebab jamukan kitorang mi goreng.
Penat dah masa ni.
Muka pun dah berminyak-minyak.
Kami check-out dari rumah kak sahrah lepas sumer nya selamat solat maghrib.

 Rumah Kelapan
Tiba di lokasi Taman Melati lebih kurang jam 8 malam.
Sorry ye Ila sebab jauh tersasar tiba kat umah ko.
Harap ko x menyesal terima kunjungan kami yang kelewatan itu.

Macam-macam juga ko masak ye.
psstt cake red velvet tu sedap. Ingat nak minta tapau tapi tetiba keMALUan ako menyerlah plak. hehehe

Rumah Kesembilan
Rumah terakhir!
Penat nyaaaaa....

Sampai pun dah ja 9 malam.
Kenyang!
Terima kasih Ita sebab sudi sambut kami.

Sorry ita, tak sempat nak makan bakso ko.
Dengar-dengar nya marbeles tapi perut sudah FULL sangat time tu.
psstt awat tak tapaukan tuk ako ek? :p
hahahaha... 

Masa ni, jumpa plak ngan Mya.
So, last but not least, ayoh la kita bergambar beramai-ramai.
Eh eh macam ramai la sangat kan.
hehehhe rumah akhir ni tinggal ako ngan farihah je la gigih berkonvoi sampai ke hujung.

Lebih kurang jam 10 malam, ako beransur pulang.
ABIN pun dah bosan dan mengantuk.
Kesian plak dia.

Sudah nya, rumah cousin sendiri tak sempat nak pegi.

Pengsan!!

Thanks to ALL yang sudi menjayakan xtvt berkonvoi kali ni.
Insyallah umur panjang, tahun depan kita konvoi lagi k ;-)

Nota Jemari: Rumah murshi & farihah, minggu ni ke? hehehe

Tolong AJAR sket!!!

Nak minta tolong jasa baik kowang ni.
Ako pasan button page ni.
Ako dah add dalam page element ako.
Tapi yang jadi masalah nya, ako leh add satu button je.
Ako nak add banyak lagi button.

So, agak-agak, kowang leh tolong explain kat ako tak, camne nak tambah lagi banyak button dalam pages tu?

Dah try godek godek, try nak add button selain 'home' tapi erkk cam blur blur gitu.
Ke, ako yang tersilap add ye?

Ala, ako rasa kowang pun ada gak button bebanyak kat add bar header tu kan ;-)
Tolong pelisssss.....!!
Saja nak try test kot2 menarik di letakkan kat situ, nak juga ako letak kan.

So, ada sesape yang leh tolong advice tak?
Erkk jap , ako harap ko paham la ye apa yang ako maksud kan 'tab button' tu yek *wink

Nota Jemari: Tutorial pelisss...

Sunday, September 18, 2011

Lelong! Lelong! Lelong!

...soklan sama..
buhsan!


Situasi pertama


Pakcik: Bila lagi?
Ako: senyum
Pakteh: Bila lagi? Tak sabar nak makan nasi minyak ni.
Pakcik: Ada sorang ni, pak cik rekomen nak? Dia duda kematian bini.
Ako: ermmm... senyum lagi.
Pakcik: Nanti pakcik bincang ngan bla bla bla... Calon dah ada ni, tunggu tuan punya badan je. Klu cakap OK, kita ON aje. Semalam ada borak ngan bla bla bla.... memang calon dah ada dah tu.
Ako: dah mula nak wat muka seposen tapi masih lagi senyum..

Situasi kedua

Abang : Eh lama x jumpa kan?
Ako: Ye la tahun lepas tak datang raya pun kan.
Abang: Aha.. bizi la, mak plak x sihat skrg ni.
Ako: Ooo ye la...
Abang: Eh dah berdua kan?
Ako: Erkk belom belom, hehe single lagi.
Abang: wah menten lagi ek..
Ako: sekadar senyum

Dah berlalu pergi, alih-alih dia patah balik....

Abang: Kita kenalkan ngan kawan kita, nak?
Ako: Ooo ye ke? senyum lagi
Abang: Dia keje kat spital... Spital bla bla... (sungguh ako x dengar dah ayat seterusnya lepas tu)
Ako: erkk... oo insyallah ;-)
Abang: Nanti kita tolong arrange kan ye.. dia plak senyum
Ako: senyum tp cam tergamam..

Klu ada situasi ketiga aritu,, memang ako mengamuk kat situ.
Ok, dah berNANAH tinger dok dengar bende yg sama je.

Senyum bukan bererti SUKA!
Diam bukan bererti SETUJU!

OK, pasni peliass arr eh NO MORE soal jawab macam ni.
TAHUN DEPAN insyallah ako akan pastikan title SINGLE berubah.
Sila ALERT!!!

Nota Jemari: sedih... macam-macam dalam kepala hotak. MAK, owang RINDU!! ;(

Thursday, September 15, 2011

Raya AKO dan MEREKA - part 1

Aritu ako ada ngadu kat FB, time mood ako nak beraya, takde plak yang jemput datang umah. Tapi bila mood raya ako lari kejap ntah ke mana, ada je la yang sudi mengajak makan.

Kejadian ni kebetulan mood raya ako tengah naik mencanak ni.
Tapi tak tau plak nak ghaye umah sape sengsorang.
Pastu bila si diela dok roger mau follow beliaukah ke umah puan ros, maka segera ako bagitau nak pollow. Memang tahap kebosanan dah minggu lepas.
Tu yang bila ada orang ajak, harus la cecepat cakap NAK IKUT!!

Janji ngan si tipah kat tepi highway.
Ater ako mana le tau umah si tuan umah tu kan.
Walau diela yang mengajak, dia sendiri pun belom pernah sampai ke teratak puan ros tu.

Tak kisah la kan, janji i selamat sampai dan dapat makan. :p

Minta maaf la ye.
Ku kirakan diri mu membikin bihun goreng singapore.
Ku kunyah-kunyah, terasa kenyal dan liat sedikit.
Ku kira barangkali diri mu mau cepat dan hanya rendam bihun tu sekejap sahaja.

Tapi ghope nya diri mu membikin bihun goreng SUP.
Alahaaaaiii... minta maaf la ye.
Mana la ako tahu ko buat bihun sup kekdahnya.
hahhahaa...

Walau bukan peminat sup tulang, tapi masih ok lagi la nak telan sama itu bihun goreng.
Syabas! 
Paling diminati adalah cili kicap marbeles kamu!!
Siyes sedap.
Puas hati dengan tahap kepedasan nya ;-)

Sampai jam 1 tengahari.
Pot pet pot pet melantak sampai jam 2 petang.
Tunggu plak si atie kecik datang.
Melepak la lagi kat situ.
Sempat order teh o panas dari tuan umah.

Pot pet pot pet, jam sudah tunjuk angka 3 ke 4 gitu.
Ada lagi yang mau menyinggah.
Terpaksa menanti lagi.
Sudahnya, jam 5 lebih baru berangkat pulang ke sarang.

Adoiyaaaii.... melepak raya bapak punya lama satu je pun rumah nya.
Sampai mengantuk-ngantuk dibuatnya.
Harap tuan umah tak serik la ye menerima kunjungan kami.

Ada rezeki, ada jodoh, jumpa lagi di raya tahun hadapan.
Insyallah ;-)

Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir Batin.

Nota Jemari: Esok mau beraya sakan.... are u ready gals?

Merdeka Raya JASM-JEK 2011

Bertangguh-tangguh citer nan satu ni.
Asek terperuk je dalam draft.
Ater mood nak menghapdet cam lari ke mana ntah.

Jom la sambung, sementara tengah mood menaik ni kan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Atas kehendak pengarah-pengarah kami, jumaat lepas (9 Sep 2011) telah berlangsung satu majlis jamuan hari raya antara department ako dan department kat bawah opis ako.

Konsep hari raya tahun ni adalah tema warna jalur gemilang iaitu merah, biru, kuning dan putih.
Bila dua department bergabung, konpom arr meriah.
Alhamdulilah plan yang dirancang last minit, berjalan dengan lancar dan jaya nya.
Terima kasih la pada mereka-mereka yang bertungkus lumus menjayakan jamuan kali ni.
Tahun depan, insyallah bergabung tenaga plak dengan yang lain kan ;-)
Bak kata pepatah, "ikut turn" :p

MC for the day.
Yew Keat & Emilia.

Ok, ako tak tahu pun yang dedua PENGARAH ni ghopenya ada sesi berbalas-balas pantun.
Ingatkan sekadar ucapan dari setiap orang, rupa-rupanya baru pasan, dedua berucap lebih kurang serentak sambel terselit acara berbalas pantun. Wah wah, kelassssss ko ye wahai pengarah-pengarah sekalian :p

Masa ni ako kan kat belakang belakang tabir je pun. Memang tak dengar sangat n tak pasan situasi kat atas ni. Sibuk dok nyambut tetamu depan pintu la katakan.

Amboiii cik kak dowang ni, kan main lagi melalak ye.
Masa ni, acara belum setart lagi.
So, sesape yang nak try test sore, boleh la menyumbangsihkan lagu-lagu raya.
Tak sempat nak celah, ater derang dah berebut-rebut 'mic'. ish ish.... mak-mak aka bini-bini sape la tu kan :p

Penghayatan lebih nampak nya ahkak-ahkak kita tu.
Hahahaha.. feel or naik sheh dah gamak nya.
Kasi layan je la kan.

psstt dah dah moh kita gi karoks moh, dah lama x wat projek karok hari jemaat kan :p

Konon nya nak buat ala-ala kad raya gergasi gitu.
Ai bagi u, u bagi ai balik.
So, letak ar dua kad dan minta la mereka-mereka turunkan signature memasing kat tempat yang sepatutnya.

Gabra!
Dah lama tak menulis kan.
Nak sign pun gigil, OK!!
Tak sempat pun nak coret pape kat situ.

I atas , u bawah.
U bawah, i atas.
hehehe...

Kad atas tu dari JASM untuk JEK staff.
Kad bawah plak sebaliknya la ye.
Kasi frame ke hape ke, letak kat department memasing sebagai kenang-kenangan.

"Semoga keakraban kita berkekalan"

 Department ako ni,tak sah klu wat jamuan makan besar-besaran , bukan hanya datang melantak je ye! Ada hiburan, ada permainan.

Kali ni kitorang buat games ala-ala 'crazy jumble word'.
Tema masih mengekalkan raya dan merdeka.
Masa round pertama, agak senang la juga.
So, memasing pakat jawab tiru meniru kat org sebelah menyebelah.

Masuk round kedua, kasi kejam sket.
Satu soalan ke satu soalan cepat je kasi tukar.
Hahaha ater kata memasing dah terror kan. So pepandai la kowang tulis jawapan dalam kertas yang disediakan ye.

Sape cepat dia menang.
Ala walau voucher Sogo RM50 pun, jadi la kan ;-)
Tak nak?
Rugi! hahaha.... 50, duit juga tu kan kan :p

Tengok muka memasing.
Teruja betul nak jawab soklan.

"hai bos, sampai pening-pening ke?" 
hehehe...

Pape pun derang sumer memang sporting!

Ada kek.
Memula ako pun x paham apa fungsi kek ni tau.
Macam takde ocassion yang sesuai.
Letak plak kat penjuru pintu masuk yang sebelah sign kad tadi tu.

Macam terbiar je.
Sian.
Dah hujung-hujung memasing masih tak perasan kewujudan kek ni.
Pastu, ako terus alert derang yang sepatutnya.
Alang-alang nak bergambar, so baik lah kita bergambar sekali dengan kek ni.

 Dan kebetulan ada plak yang celebrate besday aritu, so ramai-ramai terus nyanyi lagu besday untuk beliau.
Mana yang masih tertinggal kat situ, dapat la merasa kek tersebut.
Dengar nya sedap!
Moist ceklat kek.

Erkk ako x sempat nak rasa.
Kekenyang sudah!

Kek ditempah dari residence hotel merangkap cafe kita.

Tahniah!
Tahniah!

Mereka menang best costume sebab mengikut tema.
Lengkap sumer kaler.
Memang kalerful sungguh.

Merdeka!
Merdeka!

pssstt ijat, kopiah putih ko tetiba lak hilang ek? :p

Last but not least, harus la bergambar beramai-ramai.
Sebabkan ramai yang sudah pulang ke 'sarang', maka mereka ni je la yang dapat ditempekkan muka nya kat sini. Baru sebahagian je ni. Tak kisah la kan, tahun depan kita bergambar lagi.

Terima kasih la pada yang menganjurkan jamuan ni.
Terima kasih juga la pada yang jadi 'orang kuat' tuk jayakan majlis ni.
Walau last minit, tapi alhamdulilah hasilnya sangat SUPERB!!

Akhir kata dari ako,
"majulah RAYA untuk KITA"

Nota Jemari: selesai juga cerita raya ni!

Annivesary

Daisypath Anniversary tickers