Sabtu, 4 Feb bertolak dari KL jam 7.40 pagi. Dengan pemanduan yang 'berhemah' dari sang drebar, kami telah 'selamat' sampai di Johor Bahru lebih kurang jam 10.15 pagi. Sangat impresif!!

Menyinggah kejap ke Bukit Indah. Kemudian dengan menaiki bas CW3 di hentian Bukit Indah, dengan tambang RM5 kami menuju ke Singapura. Hampir terlepas bas gara-gara menukar uwang terlebih dahulu di tepi bus stand itu. Sesi kejar mengejar disulami jeritan halus berkumandang di area situ. Nasib baik lah drebar terpandang ke arah kami.

Penat!!


Tapi nasib baik dapat la juga duduk di bahagian enjin bas.
Panas montot!

Sampai check point JB, sila turun untuk mengecop pasport.
Kemudian berlari-lari lagi untuk mengejar bas. (tak tahu nape perlu berlari-lari)
motip memasing nak dapat tempat duduk kekdahnya.
iskkk typical Malaysian.

Menyeberang sempadan dan tiba di checkpoint Singapura. Turun kembali dan adegan berlumba lari pun bermula lagi. Klu dapat pegawai imigresen yang x cerewet memang cepat je laluan ngeCOPnya tu. Tapi klu dapat yang cerewet, kena la layan soklan-soklan yang diajukan.

Dah selesai COP passport, scan beg, ntah kenapa sesi berlarian sekali lagi.
Letih ahkak dibuatnya. Dan sila la ke tempat menunggu bas yang tertera CW3 di belah kanan bila kuar sahaja dari kompleks mengeCOP tadi.

Owang dah pesan soh naik bas CW3 so nanti dia akan benti kat last station di Jurong East tapi ntah tetiba kitorang ternaik bas no berapa, terus benti kat station bus/MRT Boon Lay. Tersilap pun tetap tak menyusahkan sebab ko naik je MRT yang berdekatan dan terus ke destinasi pilihan.

Sebab ako nak ke area Mustafa maka ako naik la MRT menuju ke Farrer Park. Dari Boon Lay (East West Line - kaler hijau) ke Farrer Park station (North East line - kaler pepel), harga nya dalam SGD2.30 (single trip). KLu ko beli single trip ticket, nnt dah sampai destinasi jangan lupa amek duit balance SGD1 kat mesin tiket tu k ;-) Jangan lupa tukar tren kat station Outram Park.

Jenjalan kat area Mustafa. Ekceli mencari sesuatu tapi takde yang berkenan di mata hati maka, terus buat planning untuk berdeting.


Berjumpa mamat ni merangkap ex-Exec ako dulu. 
Banyak story mory la kita kongsi sesama.
Tengok dia sangat hepi dengan work & personal life di situ.
Next jumpa lagi, harus kena soh banjer lebih lagi. :-D


Dari Farrer Park (NEL) kita ke Clementi (EWL), sama juga kena tukar balik tren kat station Outram Park. Tambang nya dalam SGD2.10
Malam, deting ngan owang lain plak. Tengkiu sudi banjer buffet kat Sakura ni.
Sedap walaweiiii!!
Ingatkan makanan jepun rupa nya macam-macam ado.
Puas hati dan klu x silap buffet nya dalam SGD25++
Berbaloi... eh memang la berbaloi, dah owang yang blanjer kan hahaha

Sakura ni terletak kat area West Coast. Atas bukit dan bersebelahan dengan Masjid Tentera.
Dekat la juga dengan National University of Singapore (NUS).
So dari Clementi tadi kita naik cab aje lor.

Makan punya makan sampai tak ingat nak snapy gambar.
Next time la klu menyinggah lagi ke situ, ako snap barang seketul dua ye ;-)

Dah kenyang, lebih kurang jam 9.30 malam baru kita gerak ke station bus di Jurong East. Dari Sakura ke Jurong East kitorang naik bas no 51. Tak ingat berapa sen tambang nya.

Sampai station, nasib baik last bus (CW3- Bukit Indah) yang masuk JB jam 11.45 malam. Tambang dari Spore ke Bukit Indah, JB SGD4 sorang.


Dah selamat dapat bas alih-alih kat hway menuju ke TUAS, bole plak rosak. Aiyoooo!!
Tak tahu la apa yang rosak.
Then bas pertama yang sampai boleh plak dia isi penuh, so macam mana kitorang nak tumpang naik, kan?!! Maka terpaksa la menunggu bas yang kedua sampai. 

Kali ni sebab terlalu ramai, maka terpaksa la berdiri sampai ke JB.
Jauh juga coz bas menyinggah dulu ke Gelang Patah.
Pape pun, pengalaman berlarian tu yang 'mahal'. adehh.... 

Nota Jemari: Tak dapat yang dihajati tapi atlis dapat berdeting haha puas hati!!

Published with Blogger-droid v2.0.4