Terkial-kial kami tengok dia.
Terkial-kial nak sangkut beg kuning itu.
Terkial-kial kat tengah jalan.

Kesian!

Lalu sebagai seorang manusia yang prihatin, terdetik nak tolong.
Ako sangkut kan beg kuning di pemegang kusi rodanya.
Lantas bertanya kan destinasi tujuan.

Kesian!

Berada di tengah-tengah jalan raya yang sibuk.
Terkontang kanting tanpa bantuan.
Hairan!
Macam mana dia boleh berada di atas jalan berseorangan?

Ku naik kan dia di atas tebing jalan.
Lalu berjalan la kami beriringan.

Dia hanya meminta ako meletakkan nya di hujung jalan berdekatan lampu isyarat.
Katanya, sebentar lagi seorang teman akan sampai berjumpa dengan nya.

Kesian!
Dan juga hairan!

Selepas meletakkan dia di tepi, maka ako meneruskan perjalanan ke destinasi ako plak.
Sambel kepala terpikir, apakah yang akan terjadi pada beliau nanti?

Tak sampai 10 minit ako kembali ke tempat dia yang kutinggalkan.
Sudah tiada!
Aikkk... cepat sungguh dia menghilang.
Barangkali sahabatnya sudah sampai dan menemuinya.

Alhamdulilah.
Moga dia selamat sampai ke destinasi tujuan sebenar.

Tak sampai hati nak menjeling ke dalam beg kuning itu.
Nak juga tau, pengemis kah dia?
Jangan berprasangka buruk ... :-)

Nota Jemari: .. hari ni kita tolong mereka, esok lusa mereka pulak tolong kita !