Followers

Thursday, November 8, 2012

Vietnam Trip: Arrival @ Day 1

(entry yang panjang dan penuh dengan gambar ... )

Trip pada 17-20 Mei 2012 yang lalu.

Beli tiket promo AA tu sejak tahun lepas lagi.
Mula nya nak pegi dalam 10 orang tapi bila dah saat-saat akhir, hanya kami berENAM sahaja yang berjaya meloloskan diri ke Bandar Ho Chi Minh.

Sebab nak dapatkan harga yang murah maka, pembelian tiket, waktu dan flight adalah lain-lain.
Flight pertama pada jam 2:55 petang (waktu Msia).
Flight kedua plak pada jam 7 malam.


Perjalanan bermula.
Menaiki komuter menuju ke Nilai.
Di sana nanti, sorang teman sudah menanti.
Dari Nilai ke LCCT, hubby teman itu tolong hantarkan hingga ke airport.


Macam biasa, sampai je kat LCCT, urusan check-in luggage dilakukan.
Tak banyak pun, sorang satu luggage yang besar-besar.
Lagak macam nak pegi berminggu-minggu, walhal 4 hari je pun. ;-)
Biar beg besar tapi isi dalamnya kurang.
Balik KL sok, penuh la beg tersebut.
Senang kan, konpom nak bersoping sakan.
Bila beg dah besar, x payah risau klu x cukup ruang dan kena beli beg extra plak. ;-)


Setel check in, kita melantak dulu.
Lunch time dah pun masa tu!
Lapar!


Flight tak delay.
Smooth je.. ikot masa yang dijadualkan.
Bagus!!

Perjalanan sejam setengah lebih kurang la kan.
Apa yang boleh dibuat kat atas awan.
Baca buku? Majalah? Paper? atau sekadar berdengkur?


Kebetulan masa tu tengah ketagih main game teka logo.
Ini lah yang kami layan sepanjang waktu sejam lebih itu.


Hampir hendak mendarat.
Padat betulkan bandar Ho Chi Minh.
Macam seragam je kan bentuk bangunan kat sana.


Alhamdulilah, selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat, Vietnam..
Selesai je urusan kastam dan imigresen, kluar je dari pintu terus kowang pandang ke kiri.
Kat situ berderet kaunter-kaunter teksi kupon yang bertauliah. (refer anak panah kaler kuning)
Tapi setelah buat research, rata-rata mencadangkan kita naik teksi VINASUN.
Harga dari airport ke bandar Ho Chi Minh (district 1) lebih kurang VN150,000 sahaja bersamaan RM21-RM30 (anggaran je la ek, bergantung pada exchange rate kowang).
Murah kan ;-)

Klu tersilap amek teksi yang x bertauliah, silap haribulan kowang bole terkena byar sampai beratus-ratus ringgit. Jadi sila pastikan kowang amek VINASUN k.


Selesai urusan pembayaran, kowang terus kluar dari area kaunter tadi, dan cari nombor 1 iaitu parking teksi paling ujung sekali di belah kiri ye. Klu kowang x nampak teksi nya, jangan risau. Nanti ada lah yang akan panggilkan teksi tu untuk kita.


Camni la ghope teksi nya ye.
Jangan konpius tau coz klu x silap ada satu company teksi nama pun lebih kurang bunyi cam VINASUN juga. Kaler teksi pun lebih kurang so, pada kowang yang pestime tu, just berhati-hati ye.


Dah ready ke kita nak jelajah bandari Ho Chi Minh?
Kak aidah merangkap tukang bayar dan collect duit sepanjang kami di sana.

Walau negara derang ni x berapa nak canggih tapi meter teksi derang sangat la canggih klu nak dibandingkan dengan negara kita. auwww i malu u!!

Kenapa la pemandu-pemandu teksi kat Malaysia ni x boleh nak sediakan perkhidmatan meter yang berkualiti macam negara-negara lain????!!


Ready nak terokai bandar HCM??
Memang la rasa kelainan.
Sana sini motor sesaja.
Tapi ako suka tengok helmet-helmet derang.
Macam-macam bentuk, dah jadi satu fesyen/trend plak.
Ingat nak beli satu bawa balik Malaysia tapi dok pikir, bila masa plak ako naik motor kat sini kan?! Terus terbantut niat tu. hehe..


Situasi biasa di sana.
Suka hati mak bapak derang.
Lalulintas tanpa undang-undang.
Yang penting kowang kena KONFIDEN!!
Baik melintas jalan, mahupun memandu di sana.

~Tran Nguyen Han - Sebuah patung berkuda yang menggambarkan seorang general vietnam yang terkenal~

"This statue of the general is on a major and large traffic circle near the centre of Ho Chi Minh City, in District 1. The general is on horseback, holding up in his right hand what looks to be a dove. He is wearing armour, with a sword on his left hip. The horse is in fluid motion, as if rapidly stopping from a gallop. Overall, it appears as if the general has raced to this spot, pulled to a stop, and is offering the dove of peace to the people. In size, much larger than life-sized, maybe three, four?"
Bacaan seterusnya klik sini .. 

Klu dah nampak statue ni, makna nya kowang dah sampai la kat bandar HCM.
Betul-betul kat area District 1. Berdekatan dengan Pasar Ben Thant.


Saigon Pink2 tempat penginapan kami sepanjang kat sana.
Alhamdulilah booking dengan agoda.com dengan harga yang berpatutan.
Nampak macam serabut je kan kawasan hotel nya.
Jadi la sekadar untuk bermalam sahaja.
Nak cari yang memahal, jauh plak dari ben thant tu. Lagi pun watpe nak membazir kan. 
Tujuan asal memang nak menyopingkan diri je, maka kena la cari hotel-hotel yang berdekatan situ sahaja.


Kata nya memula konon nak pegi sampai soploh orang, maka kitorang buat la booking bilik sampai 4 buah.
Bilik kami memang tertulis untuk 3 orang.
Tapi luas nya boleh muat untuk 5-6 orang.
Sangat selesa dan puas hati!!


Yang 3 lagi bilik, lebih kurang macam kat atas ni.
Masih lagi selesa.


Dah masuk bilik, dah bersihkan badan, dah rileks-rileks sket, pastu kita terus saja menuju ke market.
Ala dekat je pun, jalan kaki lebih kurang macam dari Sogo ke Medan MARA je pun. Tak pun kowang bayangkan dari LRT Bandaraya ke Sogo je. Ha, dekat kan ;-)

So, jom kita tengok apa yang ada kat dalam pasar ben thant ni.


Saja la konon nak beli cermin mata cikai kat sana.
Harga nya x berpatutan dengan kualiti yang x seberapa itu.
So, kengkawan klu nak beli yang murah sekali pun, kena la juga tengok kualiti nya, tak gitu?!

"Dah moh, moh tak yah beli. Kat dalam mesti ada yang lagi bagus dan cantek!"


Wah, macam-macam ada!
Sediakan je la uwang USD atau RM atau Dong.
Sumer nya boleh digunakan kat pasar ben thant ni.
Cuma kena pandai la tawar-menawar ye tuk dapatkan harga yang kita mampu.
Tapi orang-orang vietnam ni dah pandai, sebab orang kita slalu sangat ke sana so derang cam dah susah nak bagi murah-murah.

Masa ni lah skil pujuk memujuk atau tawar menawar kowang kena kuat & kebal!!


Owang kata telekung kat sana cantek-cantek dan murah-murah.
Jangan konpius.
Bunga sket memang la murah, tapi klu bunga yang banyak berkuntum-kuntum rasa nya mahal juga harga nya. Bak kata ako awal tadi, klu kowang plan nak beli banyak, skill tawar menawar kowang memang kena KUAT la ye!!

Masa kitorang sampai kat pasar tu dah jam 6 petang.
Jadi kebanyakkan kedai-kedai sudah tutup.
Sebab derang kena buat persiapan untuk menjual kat luar kawasan pasar plak di waktu malam.

Memandangkan kami kesuntukkan masa petang itu, jadi sesi menyoping di dalam pasar terpaksa ditangguhkan ke hari berikutnya.


Dah waktu malam.
Jam 7 malam waktu tempatan, derang dah ready buka bazaar kat luar kawasan pasar ben thant tu.
Memang sepanjang jalan dan keliling pasar tu, kowang akan lihat deretan gerai menjual pelbagai jenis barang. Beza nya barang-barang yang dijual di dalam dan di luar, yang ako perasan klu kowang nak cari kain-kain ela, better beli kat dalam pasar coz yang kat luar rasa nya x banyak pilihan.

Peniaga-peniaga waktu malam ni agak aggresif sket.
Klu kowang x nak beli tapi kowang dok terhegeh-hegeh tanya harga kat derang, pastu kowang blah je macam tu, x pasal-pasal kowang kena maki je dengan peniaga tersebut.

Ako pun x paham konsep derang nak tarik pelanggan.
Derang dok panggil-panggil kita soh datang beli kat kedai derang tapi opkos la kita nak tanya harga dulu kan. Kita mesti la nak banding-bandingkan harga, klu berpatutan baru la kita beli, betul tak?! Tapi klu kita rasa x menepati budget kita, mesti lah kita dengan segera beredar dari kedai tersebut. Bila kita blah je terus peniaga tersebut akan marah dan maki-maki kita. Dan salah satu ayat yang kowang akan dengar,

"Don't want to buy, don't waste our time!!"

Eh??!!! Ko pehal kan?!! 
Klu kitorang buang masa ko, baik ko tak yah niaga. Kan?!!! Kan!! Kan!!


Ok yang ini bukan bra ye.


Itu adalah penutup mulut.
Kan kat sana majoriti penduduknya lebih suka membonceng motorsikal.
Jadi dengan pemakaian penutup mulut tu, menghindarkan mereka dari tersedut asap-asap kenderaan la ye.

Cantek, macam-macam pilihan.
Sebab kan wang yang ako bawa cukup-cukup untuk beli barang-barang yang dalam senarai, so maybe klu ada peluang ke sana lagi, insyallah boleh sambar barang seketul dua kan hehehe.


Aksesori pelbagai bentuk.


Baju-baju kurung jangan cakap la.
Bersepah-sepah kat pasar mahupun bazaar.
Cuma waktu ako ke sana, ako peratikan derang cam dah kurang menggunakan kain cotton. 
Yang dijual ketika itu kebanyakkan nya adalah kain jenis jersi atau lycra.



Bukan la ORIGINAL.
Rasa nya x mampu nak beli yang ASLI.
Tapi seb baek ako tak minat jenama yang satu ini.
Klu kowang jenis x kisah nak pakai barang yang bukan asli, so kowang memang sesuai beli kat pasar ni sebab banyak pilihan serta cantek-cantek plak tu.


Dan malam itu, kami menyoping hingga larut malam.
Kepenatan sudah terasa.
Muka sudah keminyakkan.
Mata sudah keletihan.
Maka beradu dulu la ye kami sumer.
Esok hari kita sambung lagi.
Sepanjang hari apa aktiviti kami selain menyoping?


Nota Jemari: ako sekadar bawa USD30, RM250 dan beberapa keping dong.... 

5 comments:

Biqque said...

ha lama ako tak buat entry jalan2 :D

wah sopink sakan ek? mmg, kt sana penjual nyer agresif skit, so if nak betul2 baru terjah n terus angkat (if murah).

lagi! lagi!

retna yusof said...

hi biqque...
yup lama x update..

betul tu, klu betul2 nk beli baru betul2 tawar rite ;-)

klu sekadar nk tanya2 harga pastu x moh beli, baik hentikan je la niat tu ;-)

Farihah said...

ehem...
model gambar2 tu minta duit royalti..
asala banyak gambar dia dari gambar ko??? hehehe

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara said...

sambung lagi please...
walaupun dah lama korang pegi ke sinun...
rasa mcm baru pegi semalam je hehehe :D

retna yusof said...

Puan Farihah,
royalti dalam bentuk eskrem bole x? :p ahahaha penulis mcm kurang bergambo time tu ..ater sibuk mengetest ipad baru kata nya ahaha

Puan Erin,
ye ye tengah cari mood nak menghapdet ni hehe tunggu ek ;-)