Followers

Monday, January 30, 2012

Release stress

Ok pepetang camni, jom release tensi sket...


Tak tahu la Zul Ganu mana ye.
Coz ako dapat pun dari email,
Kot-kot zul terbaca, saya pinjam lawak awak ni,
buat penghibur di kala keTENSInan pepetang camni...

Nota Jemari: ustaz oo ustaz, camne ustaz jawab balik ek?

Demam K-Drama kembali!!!

Sebulan ako DEMAM!!!
DEMAM sebab tak dapat layan KBS.
KETAGIH sebab tak dapat tengok hero-hero pojaan hati.
Dan sebab dah tak tahan ketagihan tu, ako beralih sekejap ke maaduu.com.
Alhamdulilah, kurang sket rasa ketagih tu.
Reda sket demam yang melanda.

Dan dek sebab maaduu juga la ako telah berjumpa teman baru yang telah berjaya mencuit pandangan dan isihati diri ini.. (cheewaaahhh......!)

Ako layan BRAIN.
Dan setelah sebulan berkenalan, akhirnya dia telah menambat naluri kewanitaan ku.



Suka renungan mata nya.
Suka keEGOan nya.


Suka KARISMA kedoktoran nya.
Suka keMACHOan dan keJANTANan nya.. (erkk....)


Dan palingggg ako suka, SENYUMAN nya.

Shin Ha Gyun oppa,
sarang hae yo!!



Dan google punya goole,
ghope nya dia pernah berlakon dalam My Brother bergandingan dengan pelakon pojaan ako dulu, WON BIN....

arghhh awat x perasan dulu ni ek???!!!


Pape pun, TAHNIAH oppa, atas couple award yg dimenangi baru-baru ni.


Dan juga Grand Award 2011.
Tahniah !!!

Gambar sumer carian dari En google.

Nota Jemari: Lappppppppp u...... argghh makin ketagih lagi la ni..!!

GOODIES KEPADA WARGAKOTA SEMPENA SAMBUTAN HARI WILAYAH 2012

Panjang nya tajuk!!
Hehehe ako dapat dari email so meh kita share-share.
Khas untuk warga KAY ELL je ye ;-)

A. GOODIES DBKL KEPADA WARGAKOTA

1.       Semua kompaun trafik yang dikeluarkan oleh DBKL sebelum 1 Mac 2011 dikenakan kadar sebanyak RM30. Pembayaran boleh dibuat bermula 1 Februari hingga 28 Februari 2012 di lokasi seperti berikut :

i. Kaunter bayaran di ibu pejabat Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut;

ii. Kaunter bayaran Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Jalan Tun Razak; dan

iii. Semua kaunter bayaran Pejabat Cawangan DBKL kecuali Pejabat Cawangan Bukit Bintang dan Pejabat Cawangan Titiwangsa.

Nota : Orang awam yang mempunyai Notis Kompaun Trafik untuk tahun 2008, 2009 dan 2010 boleh menyemak status kesalahan di laman web DBKL. Sementara orang awam yang mempunyai Notis Kompaun Trafik tahun 2007 perlu mengemukakan notis kompaun asal semasa membuat bayaran.

2.       Penggunaan secara percuma untuk kemudahan sukan seperti futsal, tenis, badminton, kolam renang, squash, gimnasium, ping pong, padang bola sepak, gelanggang bola tampar dan gelanggang takraw bermula pada 1 Februari sehingga 7 Februari 2012.

3.       Yuran keahlian percuma untuk semua perpustakaan DBKL sepanjang bulan Februari 2012.

4.       Percuma menaiki bot dan pony ride di Taman Tasik Titiwangsa pada 1 Februari hingga 7 Februari 2012.
5.       Penggunaan tandas awam DBKL secara percuma mulai 1 Februari hingga 7 Februari 2012.


B. GOODIES DARIPADA PIHAK SWASTA

1.       Menaiki Hop On Hop Off dengan bayaran RM1 pada 1 Februari 2012 untuk pemegang My Kad.

2.       Bayaran masuk RM1 ke Petrosains (utk kanak-kanak sahaja), Taman Rama-Rama dan Taman Burung untuk pemegang My Kad sahaja pada 1 Februari 2012.

3.       Diskaun 30% utk bayaran tiket Aquaria pada 1 Februari 2012.

4.       Bayaran ‘flat rate’ kepada pemegang MyKad iaitu RM 20 (dewasa) dan RM 15 (kanak-kanak) bagi menaiki KL Tower pada 1 Februari 2012.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Dr. Ismail Stapa di emel : ismailstapa@dbkl.gov.my This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau di talian : 03-2617 9801.

Nota Jemari: Nak HOP ON HOP OFF, anyone nak join?????

Preparation in progress

Tahun 2012 kebarangkalian tahun untuk kami aktif semula mengembara. Untuk percutian pertama bagi tahun ni, alhamdulilah 70% persiapan sudah dibuat. Walau bagaimanapun, masih byk lagi mende yg perlu kami sediakan terutama sekali dr segi mental & fizikal. Kerna percutian kali ni mungkin akan mengubah jatidiri masing-masing.

Walau masih ada lebih kurang sebln lagi untuk buat persiapan bagi percutiaan ni, namun debaran tetap juga terasa. Harap-harap segala yang dirancang akan terlaksana..insyallah!!!

Nota Jemari: Nak terjun atau berenang???

Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, January 21, 2012

JJCM: Duduk Cafe

Dah lama rasanya tak buat entry pasal makan!! Kebetulan aritu member sebelah ni ternampak kat blog sape ntah, ada mention yg derang melantak kat cafe ni, so kitrg pun gedik juga la nak mencubanya. Dan jumaat baru-baru ni kitrg telah berjaya meloloskan diri ke sana lunch hour aritu.


Jom, kali ni kita bersiaran ke satu lagi restoran di sekitar Solaris Dutamas. Sape yang tak tahu tempat tu, sila gunakan khidmat en google ye ;-)

Moh kita melantak ke Duduk Cafe.

Cafe yang kami pergi ni adalah salah satu cawangan mereka.
Pada kowang yang berada di sekitar Damansara Jaya, mereka juga baru saja melancarkan outlet baru kat area situ.  No 55 Jalan SS22/19, Damansara Jaya. Dekat dengan Atria Shopping Center.


Memula sampai depan kedai ni, terus tertarik nak duduk bersila.
Pastu end up kitorang x sanggup nak melantak bersila, so duduk aje la atas kerusi ye. haahha


Konsep dia simple je tapi still nice.
Kedainya memang nampak natural, sometime nampak macam kosong.
Maksud ako too simple sangat kot hahha.
KLu kowang jenis yang x memandang sangat deco, so kira bole la melantak di situ ;)

Ekceli lebih tertarik nak melantak kat kedai Mz Nina, terletak sebelah je ngan kedai tu tapi sebab dah set mind nak makan DUDUK CAFE, so kita cuba je la dulu kat sini k. Maybe next round, kita bleh try plak kat MzNina ye kengkawan ;-)


Menu kitorang pilih simple je pun.
Yang ini nama nya Nasi Goreng Ala Duduk. Harga nya RM6.50.
Nasi ni, ako x sempat nak rasa aritu so x bole nak explain kesedapan nya.
Tapi mengikut ghope yang dihidangkan, ako rasa ok la kot macam makan nasi goreng kampung la gitu kot hehe :p Pape pun nasi goreng ni klu makan panas-panas gerenti sedap punya.


Ini Nasi Lemak. Harganya RM3.50.
Ye ye memang menu biasa je pun kan.
Boleh dapat kat memana.

Tapi kalau ko tambah rendang ayam & ayam berempah sebagai menu tembahan di dalam nasi lemak, maka ko tambah la RM4.50 bagi setiap satu ye.


Cop!
Nasi lemak ni memang sedap, OK!!
Sambal dia memang ada ummphhhh!!
Memang ako rekomen kat korang tuk cuba.


Fish Burger ni plak harga nya RM15.
Boleh tambah topping macam cheese, telur, streaky beef & chicken, dan setiap tambahan topping berharga RM2.50 satu.

Roti dia bukan macam roti burger biasa tau.
Klu x silap dia bagi roti wholemeal tuh.
Sedap! Dan rekomen juga.

Ni ako cakap sedap-sedap ni mengikut citarasa anak tekak ako la ye.
Tapi klu kowang cuba dan rasa x sedap, so jangan salah kan ako. 
Ye la kan, citarasa tekak ako ngan tekak kowang, mana la nak sama kan ;-)

Kowang bole review menu dia kat sini k.


Tadaaaaa!!
Ni salah satu speciality menu derang.

Deja Vuu Cheese Cake Cravers. Wah nama tak agak-agak panjang kan..
Sedap juga! Kek eskrem. RM5 satu.


Dan ada 7 jenis perasa. So far yang ako dah try, Lemon Cheese Cake, Tiramisu, Chocolate Cheese & Strawberry Cheese. Semua nya sedap-sedap belaka. Enak hingga menjilat bibir... wwoopppssss :p

Klu kowang singgah terlalu kat depan kedai, cuba try rasa eskrem cake ni k ;)
Ako suka! Ako suka! Creamy nyummyy!!


Masa bila ntah kedai ni dah dipromosikan dalam rancangan JJCM TV3.
Ye la kan, ako ni kan lbh kurang sebulan lebih dah x ngadap tb.

Pape pun, selamat mencoba la ye kawan-kawan.
Ako sekadar berkongsi santapan, mana tahu kowang yang xde idea nak makan kat mana, boleh gak mencuba kat sini k ;)



Nota Jemari: alhamdulilah

Published with Blogger-droid v2.0.3

Thursday, January 19, 2012

Answer & Get Lucky!

Weiii ako letak balik tajuk yang sama eh ngan entry ko :p

Yuuhuu kowang.. jom join Giveaway 'kakak comei' ni.
Dia tengah membaikpulih blog jualbeli dia kot ni?
heehe...

Ok meh kita jawab soklan-soklan giveaway dia ni. Mana tahu, untung-untung kowang antara yang bertuah nanti ;-)

1. What are the things you expected to see/get/buy at Moving Out sale?
(eg: books, toys, souvenirs, appliances, bags etc)

----->> ermm for me, ako suka tengok barangan COKE hehehe.. Memang ako tengah mencari pape je barang berkaitan dengan COKE. 


2. Whats the expected price range for the answer(s) above?
(eg: from RM1 - RM10)

------>>> Expected price of course arr below RM20. Tapi ako paham sebab barangan COKE ni macam terhad, so bawah RM50 pun still ok lagi ;-) What d'u expect harga cadar COKE dalam range RM10 kan? hehehe (klu ada let me know ya :p)
3. How many percents should go to Charity? give example on the products and prices
(eg: 10% on toys or 50% on clothes; pls give reasonable answers)

-----> Depends pada harga asal laa.. Klu RM50, 10% daripada tu kira ok la kan. Tapi klu harga dia rendah lagi, ermm 50% pun still ok lagi.

So, ok Puan Ely, saya sudah jawab ye :p
Sila amek perhatian hahaha..

Nota Jemari: Kowang yang lain, jom la jawab k ;-)

Bantuan lagi!!!


Ni ha, camne plak nak add DATE kat atas tajuk entry ye?
Jenuh dah ako google.
Dapat la cari tutorial nya kat sini tapi dah try n error tak menjadi plak.

Rasa nya apa ye yang tak lengkap code html template ni??
Anyone boleh tolong??

Thanks in advance.

Nota Jemari: ..last last pakai je header cam kat atas tu...

Wednesday, January 18, 2012

Minta bantuan!!!

Nak minta jasa baik kowang tolong bagi tau kat mana ako nak adjust gambar header ako ni kasi reduce sket kebesaran nya???!!!

Ako nak tengok html code, klu bole kowang bagi hint kat mana nak edit.
Code yang mana satu nak edit.
Pening dah ni dok belek kat edit html tu tak juga jumpa-jumpa!!!

Ke masa nak dload gambar tu, kena reduce size pic??
Standard berapa ye? Coz memula ako kecikkan size gmbar dia jadi mengecut sesangat..
Then ako amek size yang asal, besar gedabak plak yang kuar.
Alahaaii... maklum arrr i ni kan bab-bab html coding memang fail laaa..

Pada yang tahu, minta advice ye.
Thanks ;-)

Nota Jemari: tu arr malas nak tukar tapi buhsan laakk tengok plain je...huhu

Apa itu Flashmob???

Saja nak kongsi ngan kowang coz ada plak yang bertanya, apa itu flashmob??
Ekceli ako pun x tahu memula tu then ako try search dalam internet pastu ako dapat la info ni.
So, meh kita kongsi sesama k.

Flash mob (atau flashmob)[1] ialah sekumpulan besar orang ramai yang berhimpun secara mengejut di tempat awam untuk melakukan persembahan yang aneh dan tidak bererti untuk seketika, kemudian bersurai.-wikipedia


Jom kita baca sejarah pasal Flash Mob ni yang ako dapat dari wikipedia.



One of the first flash mobs was created in Manhattan in May 2003, by Bill Wasik, senior editor of Harper's Magazine.[7][10] The first attempt was unsuccessful after the targeted retail store was tipped off about the plan for people to gather.[13] Wasik avoided such problems during the second flash mob, which occurred on June 3, 2003, at Macy's department store, by sending participants to preliminary staging areas – in four prearranged Manhattan bars – where they received further instructions about the ultimate event and location just before the event began.[14]
More than 130 people converged upon the ninth floor rug department of the store, gathering around an expensive rug. Anyone approached by a sales assistant was advised to say that the gatherers lived together in a warehouse on the outskirts of New York, that they were shopping for a "love rug", and that they made all their purchase decisions as a group.[15] Subsequently, 200 people flooded the lobby and mezzanine of theHyatt hotel in synchronized applause for about 15 seconds, and a shoe boutique in SoHo was invaded by participants pretending to be tourists on a bus trip.[10]
Wasik claimed that he created flash mobs as a social experiment designed to poke fun at hipsters and to highlight the cultural atmosphere ofconformity and of wanting to be an insider or part of "the next big thing".[10] The Vancouver Sun wrote, "It may have backfired on him ... [Wasik] may instead have ended up giving conformity a vehicle that allowed it to appear nonconforming."[16] In another interview he said "the mobs started as a kind of playful social experiment meant to encourage spontaneity and big gatherings to temporarily take over commercial and public areas simply to show that they could".[17]

Baca seterusnya, kowang leh klik kat sini .
Nota Jemari: ..."the mobs started as a kind of playful social experiment meant to encourage spontaneity and big gatherings to temporarily take over commercial and public areas simply to show that they could"

Tuesday, January 17, 2012

Dubai Airport Flash Mob

Oooo musim ngeMOB eh skrg ni??!!!
Sana sini flash mob..
Klu cari kat youtube, ghopenya dah banyak airport buat mende alah ni..
Yang ni kat Dubai Airport plak..
Laayaaann...




Cool kan ;-)

Nota Jemari

MAS Flash Mob

Cool siot!!!
Rata-rata kat facebook tengah share link ni. Enjoy la ;-)
Korang dah layan belom???
Klu belom, meh tengok youtube ni. Ako share link direct from youtube MAS.




Passengers arriving at Kuala Lumpur International Airport (KLIA) on Saturday, 14 January 2012 were greeted with a flash mob as they made their way out of the Arrival Hall on Level 3. Much to the delight of unsuspecting onlookers, plus the odd stare in disbelief, visitors at KLIA witnessed some 100 singers and dancers break into spontaneous entertainment as part of Malaysia Airlines' special flash mob event held to welcome the New Year with a bang.

Themed 'Missing You', the flash mob at the Arrival Hall lasting 10 minutes featured a fun medley of eight popular hit songs in various languages.

The event kick-started with Malaysia Airlines' theme song "We fly" followed by Janet Jackson's racy track 'Miss You Much' to set the tone for the flash mob in which a young man with a guitar in hand walked up to his girlfriend and suddenly broke into a song and dance. This was immediately followed in another corner of the Hall by a supposedly heart-broken young man belting out Rahim Maarof's hit 'Istana Menanti' backed by a group singing acapella echoing his emotion. Soon after, the melodious sounds of popular Hindi tune 'Aankhein Khuli' from the movie Mohabbatein filled the air.

'My Boyfriend's Back' showcased a group of guys returning from holiday only to be greeted by an enthusiastic group of girlfriends. Next was Richie Ren's version of 'Lang Hua Yi Duo Duo' sung by a group of Chinese tourist lads, complete with group leader waving a flag, on their way out of the Arrival Hall door. Saving the best for last, the flash mob continued with hits 'Rindu', 'Balik Kampung' and 'Signed, Sealed, Delivered,' featuring Malaysia Airlines cabin crew in full uniform.

The 'Missing You' flash mob finale was a 200-strong group performance of 'Akan Datang' which had the audience clapping and cheering on the performers.

Flash mob is a new trend worldwide involving a sizeable group of people who, out-of-the-blue, break into a dance act at a public place, for just a brief time, and disperse into the crowd as soon as it ends.

Malaysia Airlines' flash mob was put together with the talents from Kit Kat Klub a subsidiary of Enfiniti Vision Media, Malaysia Airlines staff & family, students from Unisel and renowned Malaysian professional dance choreographer Pat Ibrahim of Puteri Gunung Ledang, P. Ramlee and The Secret Life of Nora musicals fame.

Nota Jemari: pada yang x suker tu, x yah nak komen lelebih.. Klu x suka,  xyah la tengok!!! (ntah pape la komen yg ako baca dari youtube dia)

Wednesday, January 11, 2012

Buntu! Buntu!


Idea, idea sila mari..
Kakak ko tengah buntu sesangat ni..

Erkk.... arghh....

Mari oo mari..

Sekarang ni tengah masyuk melayan korean online kat maaduu.com


Nota Jemari: tengok hero korea, idea pun tarak mari juga.... iskk

Friday, January 6, 2012

Johor Premium Outlet





Balik JB aritu berkesempatan menyinggah kejap ke Johor Premium Outlet (JPO) ni.
Apa yang best ek?
Erkk.... maybe bagi kaki soping, memang seronok la kot.
Tapi bagi ako yang kureng menyoping, rasa nya takde apa yang best.
Biasa-biasa je cuma ada pelbagai macam deretan kedai-kedai branded la kat situ.

Esprit je den mampu nak masuk.
hahahahah yg lelain jenguk-jenguk aje la dari luar.

Murah ke?
erkk.. ntah ek.. Dah ku bilang tadi, ako ni bukan kaki soping...
Klu kat KL pun ako x tau harga nya, apatah lagi nak survey2 rege kat situ. 
Nak banding-banding.... 

Ye ye saya bukan kaki 'branded'...
Saya pakai jenama cikai-cikai saja lor...
Den tak mampu.... :p

Pape pun, klu kowang nak try cuba cuba melawat JPO, sila la.
Rasai pengalaman bersoping kat sana sendiri.
pssttt window soping pun ok gak.... macam saya :p

Nota Jemari: bukan saja barang yang mahal, nak melantak pun mahal juga kat sana huhu

Thursday, January 5, 2012

Batam Trip: Departure

31 Dis 2011.
Semalam je kami di Batam.
Sesiap untuk berangkat pulang.
Tapi sempat plak kami suruh pak supir hantarkan kami ke kedai yang ada jual cendramata.


Kampung Oleh-oleh nama kedai nya.
Terletak kat area Nagoya juga.
Maybe tempat lain ada juga kot.


Ermmm memang banyak pilihan cuma harga nya agak terbatas.
Maksud ako harga nya tak bole tawar menawar.
Harga tetap gitu!

Kualiti t-shirt nya sama je tapi kat sini lagi mahal sket la daripada di Gedung Matahari.
Mahal-mahal pun menyoping juga la caro souvenir kan.
Kang rugi plak, datang jejauh (eh jauh ker? :p) tak beli pape.


Pastu kami singgah plak ke kedai Oleh-oleh dari Batam.
Katanya, ole-ole yang wajib di beli untuk dibawa pulang.
Kek pisang.

Jap jap bukan setakat kek pisang cam jual kat pasar malam tu je.
Ada pelbagai perasa.
Ada ceklat, ada blueberry, ada badam, ada cheese dan juga mocha.
So far, ako paling suka perasa blueberry dan mocha.


Selain kek pisang, kowang leh gak cari kedai yang jual kek durian, kek buah naga & juga kek kentang.
Cuba la rasa k. Ada pelbagai jenis campuran. Lain dari yang lain.
Nak tunjuk kat kowang pun dah abes ditelan.
heehhehe.. 

Cuma kek ni bole bertahan 4 ke 5 hari sahaja.
Klu masuk peti ais bole la tahan sampai seminggu.
So, klu kowang nak bawa balik Msia, make sure beli time hari nak balik.
Kek fresh yang baru kuar dari oven jam 11 pagi.
Sebab time tu la derang start masak yang baru.


Jangan risau nak bawa balik Msia coz klu kowang beli banyak, dia akan packing guna kotak khas.
Senang kan ;-)



Dah pun sampai jeti batam.
Kami dah ready nak balik ni.
Oh ye, ingat lagi tak masa memula aritu beli tiket ako beli tiket open untuk balik?!
So sampai je kat jeti tu, cecepat kowang cari kaunter yang kowang agak2 nak naik ferinya k.
Adalah 2 3 pilihan. Cuba la naik feri yang lain plak.
Jangan lupa tambahan bayaran tax Rp105,000 ye.


Balik Msia kitorang naik feri Ceria Indomas (dah macam bunyi Indomi plak :p)


Bersih dan selesa daripada yang awal kita naik.
Cuma seat nya agak sempit sedikit.
But still much better la dari Pintasan Samudra tu.


Dalam perjalanan pulang, ako membuta je.
Pening plak kepala.

Tengok hasil tangkapan si Amat, teringat plak kapal Titanic heheh..
Sebab kali ni feri yang kita naik tingkap nya rendah so memang bole nampak la banyak kapal-kapal besar kat tengah-tengah laut tu.

Jadi la percutian mengejut 2hari 1malam.
Makan!
Soping!
Makan!
Soping!

Maybe klu teringin nak datang lagi, kita balik hari sudah!!

Nota Jemari: Next destinasi?!

Batam Trip: Seafood

Nyumm nyumm....
Dinner time!


Kata nya kat sana pemes ngan makanan laut. Tu yang malam tu jugak kitorang soh pak supir hantar kitorang ke kedai seafood. Klu tak silap restoran ni terletak kat area Batu Ampar. Kira memang tepi laut la gitu. Ada banyak kedai tapi pak supir syorkan kitorang makan kat kedai atas tu.



Sumer nya masih fresh-fresh lagi.
Nak makan kena tangkap sendiri dan baru derang terus masak.
Rasa nya klu kat memana kedai seafood pun konsep nya macam ni kan ;-)
Tangkap dan terus masak.


Ermm.. kowang kira sendiri la ye harga nya.
Boleh tahan juga la kami kena bayar. Tapi rasa nya berbaloi sebab sumer lauk-pauk memang sedap hingga menjilat jari.


Lobster pun besar-besar belaka. Tapi takde la nak mencuba kan. Ater uwang yang dibawa pun cukup-cukup aje lor :p


Ikan siakap yang berjaya kami tangkap.
Terkedu jap tengok dia hempas ikan tu supaya kasi hilang nyawa..
erkk.... sian!

Opsss jangan kesian kang tak lalu lak nak telan.


Konsep tempat makan nya sangat teratur dan selesa.
Kira macam satu pondok, satu pondok.
Tak crowded sangat macam kat Todak.
Tapi ada juga tempat makan yang terbuka yang betul-betul nampak lautnya.
Tak lupa juga ada 'live band' yang turut menghiburkan pengunjung.


Air kelapa dia besar.
Banyak air dan isi juga.
Puas!


Ketam masak pedas.
Perghhhh memang terasa pedas dan manis.


Kangkung goreng belacan.
Pun lagi sedap daripada yang pernah ako rasa.
Memang cukup rasa pedas dan belacan nya.


Udang goreng tepung.
Yang ni agak kurenggg sket rasa nya.


Ketam masak blackpepper.
Perghhhh terangkat sehh!!!
Ako ni kurang sket makan ketam sebab ako rasa ketam ni jenis x banyak isi.
Tak puas nak makan.
Tapi yang ni kira ok la. 


Ikan siakap masak tiga rasa.
Lembut isi ikan nya.
Memang betul-betul segar.

Jumlah semua sekali yang kami kena bayar termasuk minuman , nasi putih adalah lebih kurang dalam Rp450,000. Kowang convert la sendiri ye.

Overall, PUAS HATI!!!
Malam tu memang terbongkang tido kekenyangan..

ZzzzzZZZZ kroohhh krooHhhh.

Nota Jemari: Kedai makan ni waktu siang pun dibuka juga!

Wednesday, January 4, 2012

Batam Trip: Lunch, Jenjalan & Soping

bizi nya arini......!
Tapi gedik nak menghapdet juga.
Layan je la yek ;-)

Ok, lepas kitorang check-in, kitorang terus cari tempat untuk melantak.
Lapar sungguh dah time tu.
Pak supir nya bawa kami ke satu restoran ni tapi sampai-sampai dibilang sama pekerja di situ kedai nya tutup. Ooo patut arr, hari Jumaat, tutup tuk solat Jumaat ghope nya. Sudahnya kita suruh pak supir mutar-mutar sekitar bandar batam. Dibawanya kami ke gedung Matahari. Kata nya gedung terawal dan terbesar la di sana. Tapi pada pandangan khidmat mata ako, erkk bole laaa layan gedung Matahari ni. Ala-ala ko soping kat Jusco Bukit Indah je pun. (erkkk jusco tebrau city?! erkk klu kat KL erkk macam ko soping kat sogo la gitu :p)


Pose dulu depan kedai makan.
Memang saja cari makanan minang atau padang.
Klu takat ko nak cari mi goreng mamak, or nasi goreng pataya, baiklah ko gi makan kat kolumpo je.


Gedung Matahari ni ada banyak cawangan klu x silap ako.
Yang kami pergi ni kat area Nagoya.
Luar nampak GAH! hehee dalam nya macam ako cakap tadi la, better soping kat Sogo je.


Cop cop....
Jangan la ko pegi yang belah dalam.
Cuba ko cari kat belah luar.
Kat belah kaki lima gedung ni.
Baru ko nampak dereten kedai macam kat Central Market.
Barang-barang kat sini bole lagi tawar menawar.
So, pandai-pandai la kowang ye.


Susah betul nak cari t-shirt tulisan batam.
Fridge magnet apatah lagi.
Yang ada pun x banyak pilihan.
Agak-agaknya derang ni x reti nak jual cenderamata sangat kot.
Tapi kualiti kain dia sangat bagus.
Tebal dan kemas jahitan nya.

Eh silap silap, bukan takde jual barangan cendrahati cuma mereka ni ada kedai2 specific yang menjual dengan harga yang agak mahal la jugak. Klu beli kat kedai macam dalam gambar atas tu masih bole tawar menawar. Tapi klu dibawa nya ke kedai khas jual barang2 tu ermm pepaham la ye. Konpom la tukang kedai akan jual dengan harga pelancong!


Nasi padang.
Sape pernah makan musti tahu konsep nasi padang ni.
Derang akan hidang sumer lauk-pauk then kita pilih la mana yang kita nak makan sahaja.
Yang x moh makan tu sila la ketepikan sesiap k.
Bukan apa, once kowang dah colek sket pun dia tetap akan kira juga harga sepinggan lauk tu.


Ingat kan ikan masin goreng.
Tapi bila ako tengok dah cam was-was nak telan.
Kawan nan satu tu beriyer sebut itu ikan masin.
Sudah nya, dah kenyang, dah licin baru tahu ghope2 nya belut goreng.

Gurlpppp!!

Meremang anak tekak. Seb baek la TERwas-was nak makan. hehehe..
Dah la harga sepinggan tu mahal nak mampus dalam Rp60,000.
Lauk yang lelain lebih kurang Rp15000 ke Rp20000 je.


Ingatkan nak la juga cari Ikan Nila Goreng macam yang ako pernah makan kat Restoran Sari Ratu. Tapi nan ado pun. Yang pemes kat sana ada lah 'ayam POP' macam dalam gambar. Erkk.... apa yang special pun ako x tau. Rasa nya cam makan ayam goreng biasa je pun pastu ko cicah la kicap lado. Cuma ako pasan, maybe la derang guna ayam kampung kot.


Ha amekk.... LICIN!!
Hahahhaa nampak sangat kebulur nya tu.
Tengah panas-panas camtu, pekena plak teh botol sejuk.
Perghhhhhhh terangkat wa cakap!!

By the way, ako tak rekomen kowang makan begedil dia.
Ermm x sedap langsung. Yang lelain memang marbeles arr.
Klu gi sana soh ajak makan lagi, memang takkan tolak la. :p


Dessert pun not bad juga.
Campuran nata de coco, kiwi, mangga.
Slurpppp... tak terkata sedapnya!


Dah kenyang, moh kita jenjalan lagi.
Pak supirnya bawa kita ke DC Mall.
Ermm apa yang ako boleh katakan, DC Mall ni ada macam-macam jenis barangan yang dijual kat situ. Suasana nya macam kat masjid india cuma konsepnya lebih kepada indoor shoping.

Ala, kira macam klu ko pegi Pasar Payang tu, macam-macam ado la kan.
Ada tudung, ada baju, ada beg ada barangan elektrik juga. Tapi ako tengok an, barangan letrik nya macam barangan terpakai je.


Fesyen tudung nya cam gitu la. Better ko beli je la kat masjid india kan ;)


Tak sah klu dah sampai ke Batam ni tak singgah ke Jambatan Barelang.
Perjalanan ambil masa lebih kurang sejam dari bandar.

The Barelang Bridge (Jembatan Barelang) is a chain of 6 bridges of various types that connect the islands of Batam, Rempang, and Galang, giving the system its name. The smaller islands of Tonton, Nipah, and Setotok (considered as parts of the Batam Island chain itself) connect Batam and Rempang.
The bridge is an icon of the local area and is a popular tourism site. Some locals call the bridgeJembatan Habibie after Jusuf Habibie, who oversaw the project in construction, aiming to transform the Rempang and Galang islands into industrial sites (resembling present-day Batam). However, the bridge site has grown more into a tourist attraction rather than a transportation route.

The total stretch of all 6 bridges total to 2 kilometers. Traveling from the first bridge to the last takes about 20 minutes. Construction of the bridges started in 1992 and took names from fifteenth- to eighteenth-century rulers of the Melayu-Riau Kingdom.

The Tengku Fisabilillah bridge connects Batam and Tonton island. It stretches for 642 meters and is the most popular bridge of all, being a cable-stayed bridge with two pylons. The remaining 5 bridges are mostly standard beam bridges.



Jambatan ni pemes la kat sana.
Klu kat Msia ni, tak sah klu ko gi Penang tak lalu kat Jambatannya.
Dan klu ko g Putrajaya pun, x sah kalau ko tak memandu kat atas jambatan tu.

Macam biasa la kan, ekceli tak bole nak benti kat atas jambatan tu. Tapi kita ni, lagi ditegah, lagi kita nak buat, betul tak?! ;-)


Ramai je yang melepak tepi jambatan tu. Siap berkhelah lagi tu.
Kat msia takde la sampai nak berkhelah bagai kan.
hhahaa kang tak pasal-pasal kena saman plak.


Pernah cuba makan sate padang?
Mereka cuba tapi ako tak!
hehehhe ater ako ni kan cam payah nak cuba mencuba makanan yang lain dari anak tekak ako pernah rasa.

Sedap ke tak, itu kowang kena tanya dia dan dia.
Ako tengok derang selera je telan so sedap la gaknya tu. hehe



Camni la ghope sate tu lepas dibakar.
Harga nya Rp10000 untuk 8 cucuk plus seketul nasi impit.


Macam-macam jenis penjaja ada.


Tapi klu jualan kayak gini, kamu bisa telan?
hehehe...

Nota Jemari: pasni kita makan seafood plak k ;)

Annivesary

Daisypath Anniversary tickers