Followers

Tuesday, February 28, 2012

Tolak-menolak

Salah satu sebab kenapa aku suka balik lambat setiap petang!


Tak payah susah-susah nak tolak kete yang park kat belakang kete aku.


Aish time ni la tetiba tenaga wanita terus bertukar jadi 'incredible hulk'!! Hahah..


Ok dah jom balik!


Nota Jemari: satu jari pun bole..wow!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

JJCM: Las Vacas Mount Kiara

Aiyoooo baru pasan entry ni terdampar kesepian dalam draft.
Sebab ako pun takde entry baru kan, so jom la ako teruskan juga menghabiskan citer Jalan-jalan Cari Makan kami untuk tahun 2012.

Tanggal 15 Feb 2012.
Hari Rabu!! Selalu nya klu sesi JJCM bersama anakomak ni, kitorang prefer buat hari Jumaat sebab panjang sket waktu lunch nya tu kan. Tapi ntah tetiba hasrat si kecik tu nak melantak kat tempat ni. Dia yang suggest tempat dan dia juga yang rekomen makanan-makanan yang bersesuai untuk ditelan.

So, apa tunggu lagi. Aiyo kita tengok tempat pilihan kami kali ni.
Tempat dituju ke Las Vacas (bunyi macam ala-ala Las Vegas plak kan :-D) yang terletak di Mont Kiara.
Mont Kiara ni adalah salah satu branch derang. Kedai utama adalah di Kelana Jaya (berdekatan Wisma FAM).


Wah-wah excited sungguh adik-adik tu nak melantak. Haha... Lapar sungguh kekdah nya ye :p
Kowang tahu area Mont Kiara? Sila google ye hehehe.. ater nak stori mori kat sini pun, erkk cam x reti nak explain. Cuma yang pasti klu kowang tahu balai polis mont kiara, mont kiara plaza, ha dah dekat la tu. Betul-betul tepi jalan. Lebih senang lagi, ianya terletak kat area Coach bus Odyssey to Singapore.














Ako pinjam la kejap map dalam website odyssey tu. Ada juga terpampang kan Las Vacas dalam map tu. hehehe ..

Ok dah dah jom citer apa makanan yang kami pilih kat kedai tersebut.



Sebenarnya, kedai ini adalah sejenis kedai yang menjual pelbagai jenis daging mentah. So, pemilik kedai tu telak commercialkan kedai tersebut menjadi sebuah restoran. Takde la besar mana pun cawangan dia ni. Sebab kat dalam hanya terdapat beberapa buah meja dan kerusi sahaja, maka pilihan tempat untuk santapan kami waktu tengahari itu adalah di bahagian luar kedai.




Pelbagai jenis daging menjadi pilihan.
Pelbagai jenis bahagian lembu boleh dicuba.




Duduk di bahagian luar, memang terasa bahang nya bila ditambah dengan terik matahari di waktu tengahari.



Tapi senyuman 'segar' tetap menten di wajah masing-masing.



Sebab duduk di bawah payung berwarna merah, dah tak pasal-pasal sumer gambar makanan pun jadi kaler merah. ermm.....

Btw, ini adalah sejenis makanan yang diberi nama "Beef Wrap" yang berharga RM18. Klu mengikut menu, makanan ini terletak di dalam kategori "LasVacas Special".



Yang ini plak nama nya "Roasted Potato" berharga RM7.

Kowang pernah makan kentang rebus kat Cameron tak?
Ha lebih kurang la macam gitu cuma kentang kat cameron tu kaler pepel kan, yang ni plak kentang nya jenis yang australian potato (klu x silap) . Ranggup cuma sedikit tawar. So, ko tambah la blackpepper or garam atas meja tu sendiri ye.



Ha camni la ghope kentang tu. Lembut!
Klu makan ni je pun ghase nya dah kenyang sebab banyak juga portion nya tu.



Kami nak cuba menu burger plak.
Jadi, kami order "Beef Burger" & "Lamb Burger".
Masing-masing berharga RM17 (150gm) & RM19 (150gm).

Besar juga portion burger derang ni. Tapi klu kowang rasa memang kowang tengah kebulur, rasa nya makan sengsorang burger besar ni pun dah cukup kot ;-) Tapi sebab kitorang mengamalkan konsep sharing is caring, maka segala menu-menu yang kitorang ni order, memang kitorang share sama rata. So kira sumer orang dapat rasa setiap jenis makanan tersebut. Dan paling penting secara tak langsung bole berjimat juga ;-)



Side dishes, kowang bole la pilih menu "Salad" berharga RM11.
Ako mengaku salad ni memang banyak dan better la kowang kongsi.



"Beef Bruschetta" - RM10
Daging yang fresh.
Sedap!
Bagi kowang yang just nak rasa-rasa je, ako rekomen cuba je la makanan ni.
Simple tapi still bole menikmati rasa daging nya tu.

"Garlic Bread" - RM4, nampak cam biasa je kan tapi roti dia lembut dan sedap.
Ada rasa kelainan tapi tak reti nak explain. Mungkin bagi tekak ako la kot. 
Takut juga bila kowang cuba, rasa nya cam biasa-biasa je mengikut citarasa tekak kowang kan ;-)
Tapi tak salah klu mencuba kan *wink



Sebab harga makanan pun sudah melampaui budget masing-masing, so kitorang hanya mampu mengorder "warm water" yang berharga RM1 segelas (bapak mahal air suam dia....!!!!)

Dan sebab teringin nak membasahi tekak dengan "Coke", maka order la juga dua ketul tin coke yang berharga RM5.50 setin. (bak kata mereka, tak sah klu makan daging x minum ngan coke!! erkk tapi betul laaa.. rasa satu kePUASan gitu bila dapat minum!!)



Last but not least, wajib la bergambar depan kedai kan.
So, next JJCM, ke mana ye???


Bole klik tuk tengok list menu kat situ.

Mont Kiara (next to Baskin Robbins)

Operating Hours
Mondays (Closed)
Tues – Thurs= 10am – 10:30pm
Fri – Sun= 10am – 11pm
 
LG, Lot 1A, New Wing Mont Kiara Shoplex
Jalan Kiara, Mont Kiara
50480 Kuala Lumpur, Malaysia
 
Tel: +603-62052258


Nota Jemari: nak cari kedai ikan plak laa...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, February 15, 2012

Trend BEAR kat MONTOT kete

gambar: ako google ye!!


Pernah nampak tak orang slalu letak teddy bear kecik macam dalam gambar atas tu kat montot kete derang?
Comei???
Heheeh bagi ako pestime nampak memang comei sesangat.
Sweet siot! Dan opkos nak tahu gak nape derang letak camtu.
Sesaja atau ada makna tersendiri kan ;-)

Terbaca la kat blog si mekcu pasal persoalan ako tu.
So cam tertarik nak share ngan kowang.
Nak tahu apa kisah di sebalik teddy bear comei tu, moh kita sesama baca kat blog mekcu k.

Nota Jemari: psstt alang-alang letak je teddy bear beso ,, huh tak moh plak kan :p

Friday, February 10, 2012

Y-Pad for Kids



Sana sini dok cerita pasal "ipad for kids". Jenuh la jugak aku google rupanya bkn ipad tapi "Y-pad for kids".

Dan kebetulan aritu adik aku soh carikan kat kl, maka gigih la kakaknya yg sorang lg gi cari.

Ypad ni jgn plak ko ingat mcm ipad yg bole bertukar-tukar skrin nya. Statik aje, ok!!
Takde la games segala bagai kan.
Dah kata learning so apa yang ko nampak kat wall ypad tu, cenggitu juga la ye, takde berubah-rubah.

Ada dua kaler.
Biru dan Pink!



Ako beli aritu dalam RM25.
Itu harga tak termasuk postage la.
Pos maybe lebih kurang dalam RM30 la kan. (harga pos anggaran RM4-RM6)
Batteri termasuk la ye. Kira batteri tu PERCUMA la gitu.


Sesuai la untuk anak-anak yang dalam linkungan 3-4 tahun yang baru nak belajar membaca dan mendengar.
Kalau yang dah terror baca tu, maybe agak buhsan la kot bagi derang.

Budak-budak zaman sekrang, belajar pun nak canggih-canggih kan ;-)

Nota Jemari: tak sabar nak 'belajar' ngan ABIN !!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, February 8, 2012

Trip KL-JB-Spore

Sabtu, 4 Feb bertolak dari KL jam 7.40 pagi. Dengan pemanduan yang 'berhemah' dari sang drebar, kami telah 'selamat' sampai di Johor Bahru lebih kurang jam 10.15 pagi. Sangat impresif!!

Menyinggah kejap ke Bukit Indah. Kemudian dengan menaiki bas CW3 di hentian Bukit Indah, dengan tambang RM5 kami menuju ke Singapura. Hampir terlepas bas gara-gara menukar uwang terlebih dahulu di tepi bus stand itu. Sesi kejar mengejar disulami jeritan halus berkumandang di area situ. Nasib baik lah drebar terpandang ke arah kami.

Penat!!


Tapi nasib baik dapat la juga duduk di bahagian enjin bas.
Panas montot!

Sampai check point JB, sila turun untuk mengecop pasport.
Kemudian berlari-lari lagi untuk mengejar bas. (tak tahu nape perlu berlari-lari)
motip memasing nak dapat tempat duduk kekdahnya.
iskkk typical Malaysian.

Menyeberang sempadan dan tiba di checkpoint Singapura. Turun kembali dan adegan berlumba lari pun bermula lagi. Klu dapat pegawai imigresen yang x cerewet memang cepat je laluan ngeCOPnya tu. Tapi klu dapat yang cerewet, kena la layan soklan-soklan yang diajukan.

Dah selesai COP passport, scan beg, ntah kenapa sesi berlarian sekali lagi.
Letih ahkak dibuatnya. Dan sila la ke tempat menunggu bas yang tertera CW3 di belah kanan bila kuar sahaja dari kompleks mengeCOP tadi.

Owang dah pesan soh naik bas CW3 so nanti dia akan benti kat last station di Jurong East tapi ntah tetiba kitorang ternaik bas no berapa, terus benti kat station bus/MRT Boon Lay. Tersilap pun tetap tak menyusahkan sebab ko naik je MRT yang berdekatan dan terus ke destinasi pilihan.

Sebab ako nak ke area Mustafa maka ako naik la MRT menuju ke Farrer Park. Dari Boon Lay (East West Line - kaler hijau) ke Farrer Park station (North East line - kaler pepel), harga nya dalam SGD2.30 (single trip). KLu ko beli single trip ticket, nnt dah sampai destinasi jangan lupa amek duit balance SGD1 kat mesin tiket tu k ;-) Jangan lupa tukar tren kat station Outram Park.

Jenjalan kat area Mustafa. Ekceli mencari sesuatu tapi takde yang berkenan di mata hati maka, terus buat planning untuk berdeting.


Berjumpa mamat ni merangkap ex-Exec ako dulu. 
Banyak story mory la kita kongsi sesama.
Tengok dia sangat hepi dengan work & personal life di situ.
Next jumpa lagi, harus kena soh banjer lebih lagi. :-D


Dari Farrer Park (NEL) kita ke Clementi (EWL), sama juga kena tukar balik tren kat station Outram Park. Tambang nya dalam SGD2.10
Malam, deting ngan owang lain plak. Tengkiu sudi banjer buffet kat Sakura ni.
Sedap walaweiiii!!
Ingatkan makanan jepun rupa nya macam-macam ado.
Puas hati dan klu x silap buffet nya dalam SGD25++
Berbaloi... eh memang la berbaloi, dah owang yang blanjer kan hahaha

Sakura ni terletak kat area West Coast. Atas bukit dan bersebelahan dengan Masjid Tentera.
Dekat la juga dengan National University of Singapore (NUS).
So dari Clementi tadi kita naik cab aje lor.

Makan punya makan sampai tak ingat nak snapy gambar.
Next time la klu menyinggah lagi ke situ, ako snap barang seketul dua ye ;-)

Dah kenyang, lebih kurang jam 9.30 malam baru kita gerak ke station bus di Jurong East. Dari Sakura ke Jurong East kitorang naik bas no 51. Tak ingat berapa sen tambang nya.

Sampai station, nasib baik last bus (CW3- Bukit Indah) yang masuk JB jam 11.45 malam. Tambang dari Spore ke Bukit Indah, JB SGD4 sorang.


Dah selamat dapat bas alih-alih kat hway menuju ke TUAS, bole plak rosak. Aiyoooo!!
Tak tahu la apa yang rosak.
Then bas pertama yang sampai boleh plak dia isi penuh, so macam mana kitorang nak tumpang naik, kan?!! Maka terpaksa la menunggu bas yang kedua sampai. 

Kali ni sebab terlalu ramai, maka terpaksa la berdiri sampai ke JB.
Jauh juga coz bas menyinggah dulu ke Gelang Patah.
Pape pun, pengalaman berlarian tu yang 'mahal'. adehh.... 

Nota Jemari: Tak dapat yang dihajati tapi atlis dapat berdeting haha puas hati!!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, February 2, 2012

Moga Success!!

13tahun dah, perghhh!! Dasat macam tak caya je!!
Klu kawen awal aritu konpom dah Form 1 anak ako..
Macam tak caya je masih boleh bertahan selama ini.
Moga akan kekal dan success selalu.

2 Feb 1999.
Hari ni 2 Feb 2012.

Selamat Ulang Tahun Ako Bekerja.
Setia bersama mu selalu.

Sayaaangg!
Saaayanggg kamu banget!!
Terima kasih opis ku!!
Ako akan dan masih tatap ingin bertahan bersama mu selama nya...
erkk mungkin kah?? Gurlpp...

Nota Jemari: Ooo opis ku, i lap u laaa...

Annivesary

Daisypath Anniversary tickers