Followers

Sunday, March 25, 2012

1 2 3 Terbang!

Babai Malaysia..

Welkam Christchurch!!


Nota Jemari: Suka dalam duka


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, March 23, 2012

Vandalisme???

Ni la salah satu contoh 'vandalisme'..


Macam mana la taman permainan kanak-kanak tak cepat rosak klu yang main ghope gitu orangnya!!!


Kanak-kanak ke org tua yg lelebih nak main???


Ermmm


Nota Jemari: Sedar-sedar la sikit!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, March 22, 2012

Mak Pesan Belajar Tinggi-tinggi!!

Ha amek ko!!!
Lagi tinggi tempat belajar lagi tinggi ilmu dia kot..
hehehe....

~Suka suki hari khamis~

Mood holiday sudah mari.... 

Nota Jemari: Counting days ... 3 days to go!!

Tuesday, March 20, 2012

REUNION 2012

REUNION kembali!!!

Tahun lepas kita berkumpul time besday ako, kan ;-)
Tahun ni plak kebetulan kita berkumpul lagi time besday 'puan' noorium.
Tahun depan, agak-agak kowang kita patut berkumpul bulan Jan, Okt atau Dis?
ermm....... *wink

Aktiviti berkumpul ni kena buat slalu.
Al-maklum kowang sumer kan 'jauh-jauh' di mata ako.
hahahaa...
Walau sebenarnya, 'dekat' je ngan hati ako ni..
chewaahhh :p

psstt ntah bila 'famiily trip' plan nak menjadi realiti ek??
psstt... ako x kisah, walau 'famili' ako belum wujud, tapi ako bole aje buat 'instant famili' khas untuk kowang. hahahahaa.... 


Begini la serius nya muka memasing bila mendengat 'khutbah'.
Khutbah pasal kesihatan masing-masing punya la serius dan tercengang-cengang.
Bila sampai ke 'khutbah' ke gerbang perkahwinan, wah wah makin berseri-seri muka sekor-sekor. Erkk... ako juga ke??? hahahaa.... 


Konsep perjumpaan kita tetap sama kan ;-)
Tukar hadiah!
Bukan nilai barang yang kita cari tapi nilai persahabatan tu yang kita kejar!!

Yang ako x tahan tu, ako siap dapat set 'punch bowl'.
Ok ok ako tahu tinggal ako sorang je yang belom ikot jejak kowang.
 Ater, gamak nya pasni klu ako join kowang, dah x dapat hadiah kawen la ek???
hahahaha..... mana aci weiii :p

Thanks Yan...
Berguna juga tu.
Department ako kan suka wat makan-makan.
Ha memang sesuai la gamaknya ako letak kat opis je kan ;p


Tahun lepas memasing masih 'kecut' lagi.


Tahun ni ghase nya sekor-sekor dah 'mengembang'.
Erkk gurlppp huwaaaaa... 

"psttt Puan Noorium malu-malu bila bercerita kisah alam perkahwinan..."
Usikan kawan-kawan akan kowang ingat sampai bebila.. Usikan bahagia nama nya tuh.
Pasni, giliran ako!
Gurlp!!
Ok FULL STOP!

Walau slalu je nampak depan mata tapi kowang tetap jauh 'nun' kat tempat memasing.
Friendships will remain and never can end!!

Nota Jemari: K.A.W.A.N.S.E.L.A.M.A.N.Y.A

Monday, March 19, 2012

'Then and Now : 50th Anniversary of the Bank Negara Malaysia Collection' Runs


MAG is pleased to present 'Then and Now: 50th Anniversary of the Bank Negara Malaysia Collection'.

Open daily to the public from 19 March to 19 September 2012, this show features selected artworks of the Central Bank of Malaysia's collection acquired since 1962, reflecting the Central Bank's support for Malaysian art, whilst recording the nation's economic and social achievements through artists' eyes. Entry to the exhibition is free and the opening hours are from 10am to 6pm.

Witness the nation's memorable 50 year transformational journey with artworks of different media and form by formative artists such as Fung Yow Chork and Mohd. Hoessein Enas, to established contemporary artists like Ahmad Zakii Anwar, Jalaini Abu Hassan and Abdul Multhalib Musa.
We'd love to know what you think of this show so be sure to sign in our Guest Book!

Date: 19 March onwards
Time: 10.00am - 6.00pm
Venue: Art Gallery, Level 3, Museum and Art Gallery, Sasana Kijang
Admission: Free

~~~~~~~~~~~~~

Semua yang berminat dijemput datang melawat Muzium Matawang & Galeri Seni Lukis Bank Negara Malaysia.

Nota Jemari: Sekeping gambar , banyak makna nyaa :-)

Tuesday, March 13, 2012

AirAsia X gantung khidmat ke Christchurch

AirAsia X gantung khidmat ke Christchurch
Oleh Aizuddin Sapian

2012/03/13

AIRASIA X, syarikat penerbangan jarak jauh dalam kumpulan AirAsia Bhd, akan menggantung perkhidmatannya ke Christchurch, New Zealand sebagai sebahagian daripada penyusunan semula rangkaiannya bagi menumpukan pasaran utama. 

Penerbangan empat kali seminggu dari Kuala Lumpur dan Christchurch akan digantung dengan penerbangan terakhir dari Kuala Lumpur pada 30 Mei depan dan 31 Mei depan, dari Christchurch.



AirAsia X akan menawarkan kepada pelanggannya yang mempunyai tempatan pada tarikh berkenaan untuk memilih sama ada pembayaran penuh atau penukaran laluan ke destinasi AAX lain seperti Australia ke Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur ke Utara Asia. Mereka juga boleh memilih penerbangan pulang sebelum 31 Mei depan.Semua perubahan itu dilakukan tanpa sebarang kos tambahan bagi mengatasi ketidakselesaan yang berlaku kesan daripada penangguhan perkhidmatan itu.

Semua penumpang yang terjejas akan menerima e-mel menyatakan pilihan laluan sedia ada.

Penangguhan perkhidmatan itu adalah usahanya selepas tindakan sama dilakukan terhadap laluan ke Eropah dan India, awal tahun ini bagi memperbaiki kelancaran kos operasi dan memberikan tumpuan kapasiti AAX kepada pasaran utama seperti Australia, China, Taiwan, Jepun, Korea serta Iran.

Ketua Eksekutifnya, Azran Osman-Rani berkata, keputusan itu adalah sesuatu yang sukar tetapi terpaksa dilakukan selepas mengambil kira tumpuan strategik AAX dalam menyusun semula laluan ke pasarannya yang lebih stabil dan menguntungkan.
“Sejak penangguhan perkhidmatan kami ke Eropah dan India, kami sudah meningkatkan kekerapan penerbangan ke Tokyo dan membuka laluan baru ke Sydney, Australia.

“AirAsia X akan terus berkembang terutama dalam pasaran utama kami dan menambah kekerapan bagi laluan sedia ada,” katanya dalam kenyataan itu.

“Perkhidmatan penerbangan kami ke Christchurch mencatatkan prestasi kukuh sejak pelancarannya, April tahun lalu dengan 80 peratus kapasiti pada 2011. Bagaimanapun, laluan itu terjejas akibat kos bahan api jet yang meningkat tinggi pada 30 peratus, sejak laluan itu mula dilancarkan,” katanya.

Beliau berkata, peningkatan kos itu menjejaskan kemampuan AirAsia X dan tawaran perkhidmatan pada harga yang rendah.

“Kami berterima kasih terhadap sokongan yang diberikan lapangan terbang Chirstchurch, majlis bandaran Christchurch dan pelancongan New Zealand dan juga merekodkan penghargaan kami terhadap segala kerjasama yang diberi-kan,” katanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Fuh!!
Berdebor jantung aii!
Dengar berita pagi tadi pasal penerbangan ke christchurch akan ditamatkan.

Mau tak tersentap jantung dibuatnya, dah la tinggal seminggu je lagi.
Alih-alih dapat tahu pasal berita ni.
Cecepat cari akhbar nak pastikan kesahihan nya.

Fuh, lega!!
Coz derang akan tamatkan terus penerbangan pada 30 May 2012 nanti.
*kesat peloh

Dah la sumer persiapan dah hampir 90% siap.
Nampak gaya, nasib menyebelahi kami.
Masih diberi peluang untuk menerbangkan diri ke sana.
Alhamdulilah.

Yeeehaaaa NZ, i'm coming!!

Nota Jemari: tido malam senyum lebor :-)

Monday, March 12, 2012

Sate Kebab

Sate kebab!
Sate kebab!
Sate kebab!

Mari beli mari beli...

Al-kisahnya, sahabat waktu sekolah dulu sekarang ni dah jadi tokei kebab.
Maka, tergedik la kami nak mencuba.
Ater kata nya sate kebab pertama di Malaysia.

Alhamdulilah, rasa satu pasti nak cuba lagi.
Memang terbaeekk laaa...!!


Ada 3 perisa.

Beriani macam kat atas tu.


Perisa pedas macam gambar atas dan black pepper (tiada gambar).

Harga sepaket RM12 sahaja (ada 20 cucuk dalam tu)

Dalam banyak-banyak perisa, ako prefer black pepper dan pedas.
Tapi klu kowang tak makan pedas, beriani tu pun ok je.

Macam-macam cara kowang leh masak, bakar, goreng, rebus.
Tapi selama ako beli, ako prefer goreng aje.
Sedap!!! 

Kowang patut cuba k ;-)

Nak order boleh contact terus ke 
Puan Haslina 
016-3445 992

Bole baca flyers tentang kebab ni kat sini


Nota Jemari: nyummm nyummm

Published with Blogger-droid v2.0.4

Pre Trip: Things Preparation

Nak melancong ke negara owang ni, salah satu bende wajib yang kena bawa adalah adapter!
Adapter ni penting, penyambung tuk charge henpon kowang, charge bateri kamera dan sewaktu dengannya.

Setiap negara berlainan jenis adapter nya.
Untuk negara yang bakal ako pegi dalam masa lebih kurang seminggu lebih ni, adapter nya lebih kurang macam dalam gambar kat bawah ni.



Nasib baik ako dah sesiap beli masa ke korea tempoh hari.
Hahah memang silap beli aritu. So tersalah beli pun nasib baik ada guna juga akhirnya kan.

Klu tempat yang kowang pegi tu tengah musim sejuk, better kowang sediakan 'long john'.
Sejenis baju dalam macam dalam gambar kat bawah ni.


Ekceli ada banyak jenis. Depends la pada kowang, klu berkemampuan bole la beli jenis mahal. Klu tak berkemampuan macam ako, cukup sekadar klu ko beli jenis kain cotton sahaja.

Ekceli long john ni klu tak beli pun takpe tapi klu ko jenis yang memang tak tahan sangat sejuk, better la pakai ye. Kang takut plak badan kowang tak leh nak tahan suhu beku kat sana.

Tapi kan, ako rasa klu kowang x moh pakai masa nak kuar siang, ko pakai je masa nak tido.
Hahha bukan ada sape nak tengok pun. Selesa bole gak kurang kan rasa sejuk tu. :p


Sarung tangan pun wajib la kan.
Ater kita ni kan orang Malaysia.
Mana nak tahan sejuk sejuk kat negara owang tu kan.

Selain tu, baju sejuk jangan lupa.

Dan sebab takut susah nak cari makanan halal kat tempat owang, kowang bawa la megi ke, biskut ke. Tapi kena tahu gak, klu negara yang kowang pegi tu bole x bawa masuk certain2 makanan kan.
Macam negara yang bakal ako pegi ni, makanan daging lembu dan ayam tak dibenarkan. Contoh klu ko nak bawa serunding, baiklah ko bawa je serunding ikan. 

Yang ako dengar, klu ko nak bawa sangat, takut kena declare. Proses nak declare tu yang takut buang masa je. So to be safe, bawa je la makanan yang agak2 tak menyusahkan urusan imigresen kat sana macam tuna, biskut sayur, megi etc.

Dah siap berkemas ni. *sengih
Fuh....!
Bukan apa, kemas sesiap boleh pastikan takde barang yang tertinggal.
Ater ako kan akan bizi coming wiken ni.
So, takut gak takde masa nak mengemas sok.

Harap-harap sumer nya berjalan dengan lancar.

Nota Jemari: kasut, coat..... passport!!!! 

Volunteer : Shopping Trip

Ako tak pernah buat aktiviti sukarelawan. Eh rasa nya cam jarang sekali ako buat xtvt volunteer ni. Maka, sabtu lepas (10 Mac 2012), ako telah menjoinkan diri untuk xtvt sukarelawan kat opis ako. Program ni adalah anjuran bersama dari Generasi Gemilang (GG). Derang memang slalu buat xtvt-xtvt camni cuma sabtu aritu baru ako berkesempatan ikut serta.

Program ni khas untuk para ibu tunggal dan keluarga yang berpendapatan rendah.
Setiap mereka yang terpilih tuk join program ni dikehendaki menghadiri kursus "cara-cara menguruskan/membelanjakan wang.." lebih kurang la camtu tajuk kursus nya atau lebih specific Literacy Financial Programme (FLP). Klu tak silap ako derang kena pegi kursus ni selama sebulan. (erkk ako pun kurang arif sket pasal kusus yang satu ni)

So, lepas sebulan gi kursus, pihak GG dan volunteer opis ako bermurah hati akan sponsor derang sebanyak RM150 untuk derang soping. Dan untuk program kali ni, derang telah memilih penduduk di PPR Sri Pantai.

Tempat soping adalah di Giant Kinrara Puchong.


Para sukarelawan sedang di beri penerangan terlebih dahulu.
Tugas sukarelawan ni ekceli senang je.
Kowang diamanahkan untuk memegang wang RM150 sehingga urusan pembayaran selesai.

Dalam masa yang sama kowang bole juga bagi nasihat barang-barang yang perlu derang beli tapi keputusan nya tetap mereka yang akan buat.

Selain teman derang bersoping, kowang leh gak beramas mesra dengan keluarga mereka.


Antara mereka yang terlibat dengan program ni.
Mereka yang terpilih untuk bersoping ni sebab rajin menghadirkan diri ke setiap kelas kursus.
Ada lebih kurang 15 buah keluarga.

So setiap sukarelawan ditugaskan untuk menjaga satu keluarga.


Ini keluarga yang ako kena jaga.
Ako kira makcik ni seorang ibu tunggal bersama 3 orang anak.
Tapi kira dia beruntung juga la coz anak-anak dia dah besar panjang.


Jumlah yang mereka telah belanja kurang daripada RM150.
Ermm ako x pasti duit baki nya, sama ada dibagi sahaja kepada mereka atau pihak GG amek balik. Sebab lepas bersoping, bergambar dan bersalam, ako terus pulang ke umah.

Patut nya ada sesi gradusi dan penyampaian sijil tapi ako takde la tunggu sampai abesh.
Malas.... (erkkk bole gitu??? haha)

Sebahagian hasil soping mereka.

Pengalaman bersama mereka.
Maybe next trip akan join lagi.

Nota Jemari: Ako ni pun x pandai bab2 menguruskan kewangan.... camno tu?? gurlpp

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, March 7, 2012

Gulap gulita

"Beribu bintang di langit kini menghilang

Meraba aku dalam GELAP

Rambulan mengambang kini makun suram

Pudar ilham ku tanpa arah.."


Memang tengah meraba je ni ha..

Huwaaa ..


Adusss sampai bila xde api ni wei!???

Henpon dah suku baterinya..

Baju keje x bergosok lagi..

Dan paling frust, dah terlepas drama korea aku..!!!


Arghhh mana TNB tak sampai2 lagi ni??


Nota Jemari: nyanyi lelebih kang makin lebat lk ujan ni kang..gurlppp


Published with Blogger-droid v2.0.4

Biqque's Feb 2012 Lucky Follower


Yuuhuuuu it's back again!!
Rasa nya dah lama tak join contest ni.
Sampai gambar profile pun dah bertukar.
Dah tak bole dah nak pakai template yang lama, so terpaksa la cut, copy & paste gambar follower yang baru.

Gigih cari gambar profile sendiri.
Ater dah ghamai betul follower u ye cik kak oii...
hehehe...

Ok pape pun,
Puan biqque, please count me in!!
yeehaaa...

Kowang kat luar sana tu pun leh join sama.
Mana tahu kowang bertuah juga.
Untung-untung leh dapat hadiah dari negara matahari terbit...
hehehe..

Nak join, Jom arr klik kat sini.

Nota Jemari: ..

Tuesday, March 6, 2012

Pre Trip: Itinery Preparation

Menghitung hari je lagi ni....
Masing-masing dah teruja yang amat!!
Tapi memandangkan tempat yang bakal kami kunjung tuk kali ni agak tak familiar lagi, maka kena la buat preparation awal-awal dari sini.




Kami amek beberapa hari juga la nak menyiapkan itinery tuk holiday akan datang ni.
Harus kena check betul-betul tempat-tempat yang bakal kami terjah.
Wajib mencari-cari info tempat yang bakal kami tinggal.
Dan paling penting, kena juga tahu anggaran perbelanjaan yang bakal kami abiskan.




Dek terlalu teruja sangat, ako tak lepaskan peluang menonton rancangan "Gegar Aizat di TV9" untuk mencari feel yang lebih.

Terima kasih juga buat kowang yang menjadi tempat rujukan ako dalam mencari info-info yang menarik di sana. Ako pasti kowang tahu sape kowang *wink*

Pape pun, harap percotian kali ni tiada halangan dan berjalan seperti yang dirancang.
Dag Dig Dug!!

Nota Jemari: Kia Ora!!

 Published with Blogger-droid v2.0.4

Annivesary

Daisypath Anniversary tickers