Followers

Tuesday, August 28, 2012

TIPS Fotografi

Ehem...
Ehem..

Eh cop!!

Ako bukan nya pakar dalam fotografi.
Apatah lagi memiliki kamera yang canggih manggih.
Tidak!
Ako belom mampu nak jadi pakar apatah lagi mampu nak beli kamera memahal.

Cuma ako tertarik dengan satu entry tentang TIPS pasal FOTOGRAFI ni.
Bagi ako yang ZERO ilmu tentang gambar bergambar ni, rasa nya memang kagum la bila baca entry tersebut.

Tapi bagi korang yang dah jadi PAKAR tentang pengGAMBARan ni, mungkin entry yang ako bakal kongsi nanti x menjadi tarikan buat kowang.

Pape pun, ILMU dan INFO tak salah klu kita pun turut sama mengkongsikan nya dengan mereka yang betul-betul ingin belajar dan tambah pengetahuan, tak gitu?!

So, jom ako kongsi ngan kowang TIPS FOTOGRAFI yang ako baca dari blog bakal chef yang tengah naik nama nya ni.


Heheh... ala ako share link je la ek.
Itu je satu-satu cara yang MAMPU ako buat.. :p

Selamat Membaca & Menambah ilmu ye kengkawan ;-)

Nota Jemari: Che CT oo Che CT, kita share link awak tu kat sini ye :p

Friday, August 10, 2012

Terjahan Berbuka Puasa

Jeng Jeng Jeng....
Tetiba rasa nak makan 'masakan rumah'.
Maka dengan tak tahu malu kitorang terjah aje ke rumah sorang teman ni.

Untung si teman ada di rumah.
Malu kata nya nak ajak kami berbuka di rumah tapi dek kerna konsep 'suka hati', maka lepas opis saja terus kami menuju ke kawasan rumah beliau.


Kata nya ini aje yang mampu dihidangkan.
Eh eh ini pun dah cukup bagus.
Bukan nak makan banyak pun, sekadar mengisi perut yang seharian kelaparan.

Pape pun sambal ikan bilis itu memang lazat lemak berkrim.
Siyes sedap, tambah plak ako pun dah lama x dapat masakan pedas-pedas ni.
Memang laju je la nyumbat ke dalam molot.


Kami sempat la menyinggah ke bazar ramadhan sekitar rumah beliau.
Belian kami pun sekadar yang mampu sahaja.
Jadi la sebagai makanan tambahan malam itu.



Doa berbuka puasa.
Alhamdulilah murah rezeki tuan rumah kerna sudi menjamu kami.
Setahun sekali je kan dapat macam ni.

Dah lama x makan nasi, sekali makan, berselera gamak nya.
Burlpp alhamdulilah kenyang.

Terima kasih daun keladi,
esok lusa umur panjang kami kunjung lagi.


Nota Jemari: sape lagi sudi jadi terjahan kami? hehe

Starbucks Voucher


Fuh.... sejak kes voucher KFC semalam, ako cukup berhati-hati klu nak share tempek voucher lain untuk kowang. Yang ini ako pasti dan confirm voucher offer yang ASLI coz ako dah check dengan website dia. 

So, pada yang minat ngan starbuck ni, jangan lepaskan peluang tuk menikmati OFFER yang satu ni k.

Kesian pada mereka yang gi tukar voucher KFC tiruan semalam.
Tapi ada KFC yang 'terima' je voucher tu.
Tak pasti pekerja KFC kat situ x alert tentang voucher tiruan atau mereka malas nak bising-bising so terima aje voucher tersbeut??
Ermm... sape nak tanggungjawab tu ek?

Harap pihak yang berkenaan kena la lebih berwaspada dan amek tindakan yang sewajarnya kepada mereka yang menghasilkan voucher-voucher tiruan ni.

Apa nak jadi ngan orang-orang cenggini..
Dalam bulan mulia pun masih nak buat benda-benda x elok.

Wallahualam

Nota Jemari: yang HALAL itu FARDHU!!

Thursday, August 9, 2012

KFC Voucher

Tadi ada buat satu entry pasal vocuher KFC ni.
Pastu thanks to Ayeesha yg alert pasal voucher tiruan ni.
Memang ada dengar gak tapi selepas masuk website facebook KFC, then baru konpom, memang ada yang buat voucher tiruan ni.

Aishh..... macam-macam la kan.

Terima kasih la pada Ayeesha sebab prihatin.
Klu tak, tak pasal-pasal ako jadi 'mangsa' keadaan. hahahah

So kengkawan, lepas ni kena lebih berhati-hati la ye dengan promosi-promosi ni sumer.

Nota Jemari: Jom buka kat pizza je la hari ni :p

Tuesday, August 7, 2012

Happy Birthday, ABIN!!

Hoyeeeee!!!!
Hari ni bertambah lagi setahun umur ABIN...
Bertambah umur, bertambah nakal, bertambah degil dan bertambah 'cerdik' nya.


"Happy 4th Birthday, ABIN!!!"

Nanti claim 'cake' dari mama ye.
Aunty nana takde duit nak beli kek hahhaa :p


Nanti aunty nana bawa ABIN jenjalan gi genting lagi ek.
Kita deting berdua je tau..

So, ABIN,
Dah besar dah pun kan.
Be a good boy.
Jangan BULI adik.
Jangan nangis-nangis cam girl-girl.
Yang penting, jadi budak baik dan anak yang soleh, OK ;-)

Nota Jemari: 4 tahun dah ek... ermm

Pizza Hut Offer Coupon


Aritu klu x silap McD ada buat offer coupon jugak kan, "Buy 1, Get 1 Free Chicken Foldover".

Kali ni Pizza Hut pun x lepaskan peluang offer coupon FREE untuk kowang.
"Buy 1 Regular Pizza, FREE 1 Regular Pizza".
Offer ni bermula dari 8 hingga 10 Ogos sahaja.
Dari jam 11 pagi hingga 11 malam.

So, apa tunggu lagi, moh la kita ke Pizza hut sekarang juga!

Selamat Berbuka makan pizza ;-)

Nota Jemari: Offer untuk TAKE AWAY ONLY!!

Monday, August 6, 2012

MSJBOX Iftar 2012 - Selatan

Iftar belah KL x pegi tapi tup tup 'terbang' ke Selatan terus.
Kecik hati ahkak ko ni dik oii..Ada plak dibuat iftar belah KL hari Jumaat, hari yang ahkak ko kena 'terbang' pulang ke kampung halaman. Huhu takpe la, tu nama nya takde rezeki kan ;-)

So, seperti yang dirancang, Iftar MSJBOX belah Selatan telah berjaya diadakan pada hari Sabtu lepas.
Kat mana?
Kat Restoran Anjung Warisan, JB.
Walau kali ni geng-geng dari Singapore tak dapat join, tapi yang ada ni pun dah cukup meriah nya.
Terima kasih sumer yang datang especially BIG BOS sebab sudi gak turun ke Selatan tahun ni. hehe..

Takde rezeki nak tumpang kete baru. 
Next event, jangan lupakan daku ye wahai en BOS hahaa..


Macam biasa...
Before ke destinasi, berposing dah macam nak nyambut ghaya lagaknya.


Berkonvoi dengan 3 biji kereta sahaja ke tempat kejadian.
Berkonsepkan ala-ala pulang ke kampung.
Sebelum masuk waktunya, menanti dengan sabar untuk menyentap eh silap menyantap.


Sejurus azan berkumandang, menyantap dengan lahapnya.
Sebab kan tempat kami di atas 'pokok', maka agak menyusahkan untuk berulang-alik ke tempat buffet.
Bila malas menyerang, maka terpaksa melaksanakan konsep 'sharing is caring'. :p


Tak toleh kiri kanan.
Makanan nya bagi ako agak kurang sket menepati citarasa.
Memandangkan ako tengah mengalami penyakit 'gatal-gatal', so tak sesuai untuk melantak lauk-pauk yang berunsurkan seafood.

Sekadar mampu berbuka dengan mi goreng sahaja. *kesian!!



Sambel melantak, sambel dihiburkan dengan alunan muzik angklong.
Sangat mendayu syahdu.
Pandai budak ni main.
Sangat terpesona.


Abeh melantak, moh la kita pulang.
Hati-hati melangkah, bergegar tangga tu!
Tetiba rindu plak nak balik kampung.. *huwaaaaaaa


Oh ye, thanks to Oeya coz sudi join iftar kali ni.
Next time jangan serik join kami lagi ;-)
Terima kasih jugak atas naskhah Al-Quran nya itu.
Tetiba rasa insaf... huhu... *kerdil diri



So, pada kowang yang nak try berbuka kat situ, boleh la contact nombor yang tertera kat atas tu ye.

Harga buffet :-
dewasa : RM25
kanak-kanan : RM13

Cukup 10 orang, boleh dapat 1 harga FREE.

Restoran Anjung Warisan
JKR296, Jalan Petri,
Kampung Baharu,
80100 Johor Bahru

gambar kredit to en burung dan pn pepel.

Nota Jemari: first time buka kat luar untuk ramadhan kali ni...

Wednesday, August 1, 2012

Novel & Filem: MENCARI CINTA

Wah dalam diam-diam novelis yang satu ni sibuk menulis rupanya.
Patut la lama x nampak dia beronline atau menghapdet blog.
Tahniah Kak Norz, novel baru dah kuar ye.

For info, novel ni adalah adaptasi daripada filem "Mencari Cinta" yang bakal berada di pawagam bulan Disember 2012 nanti.

So, pada sesape yang berminat nak dapatkan novel terbaru daripada novelis Norzailina Nordin, boleh la  email nama & alamat kowang kepada: norzailina.online@gmail.com


Sudah berada di pasaran!!Novel terbaru karya saya, MENCARI CINTA berdasarkan filem (judul sama) skrip dan arahan Shirin Hj Khuzaimi dan diterbitkan oleh Armnet Integrated. Setiap pembelian buku setebal 427 halaman dan berharga RM25 ini akan mendapat cd tujuh buah lagu yang dipetik dari filem tersebut. Filem lakonan Rusdi Ramli dan Nora Danish ini dijangka berada di pawagam pada bulan Disember 2012. Beberapa foto adegan menarik turut dimasukkan ke dalam novel.

Nota Jemari: sebarang pertanyaan boleh terus ke sini.

Annivesary

Daisypath Anniversary tickers