Followers

Wednesday, October 31, 2012

VITAGEN Kolagen

Suka minum VITAGEN tak?

Zaman ako kecik-kecik cukup suka minum vitagen ni tapi klu x silap macam mahal la kan.
Ye la klu dolu-dolu harga skrg ni dah rasa mahal la sangat maka nya mak abah ako idok le mampu nak beli nya slalu. Untung budak-budak skrg kan, minta je nak minum itu nak minum ini, senang-senang mak bapak derang belikan, kan?!

Ni ha kat opis ako ada buat promosi air VITAGEN.
Ako jarang beli maka ako x sure murah ke idak klu nak di bandingkan dengan harga kat luar.
Tapi dah kata pun promosi, harus la murah sket dari pasaran luar , ye tak?!

Kawan ako beli.
Pastu ako ternampak VITAGEN COLLAGEN.
Eh macam baru plak rasa nya.

Maka terbeli juga la yang ada tertulis KOLAGEN itu. Harga promosi dia jual tadi dalam RM5.20. Klu kat luar agak2 berapa la ye?

VITAGEN Collagen Less Sugar is the revolutionary new cultured milk drink innovation that combines the benefits of good bacteria with collagen peptides. Each delicious bottle of VITAGEN Collagen Less Sugar contains 30mg of vitamin C and 500mg of collagen peptides for a dazzling you. 



Kata nya kurang gula.
Tapi bila ako rasa, masih manis dan erkk macam sama je xde pape kelainan pun dengan VITAGEN biasa. Ke ako yang x reti nak beza? Al-maklum jarang membeli kan.

Untuk keterangan lebih lanjut perbezaan yang biasa dan Kolagen ni, kowang leh baca kat website dia.

5 botol sehari ni je dah boleh abesh.
Kurang-kurang minum sampai soploh botol.
Tapi erkk lalu ke nak minum bebanyak kan?!

Ako google dan masuk website VITAGEN.
Baru ako tau ghopenya VITAGEN ni adalah produk Singapore.
"VITAGEN - Singapore’s 1st Cultured Milk Drink
The VITAGEN story begins in 1977 with the understanding that a healthy digestive system is the key to helping Singaporeans lead healthier lifestyles, MDI introduced VITAGEN, which became the premier cultured milk brand in Singapore."



*Ako dah cakap dah tadi, by the time kowang baca entry ni, VITAGEN dah pun abesh ako minum.

Nota Jemari: .. nak cantek!

Tuesday, October 30, 2012

Selamat Pengantin Baru

Tahniah Ila n Jamal!
Akhirnya penantian mereka untuk bersatu terlaksana sudah.
Alhamdulilah.
Tersenyum mereka sekeliling terutama pasti lah abah dan mak.
Insyallah tahun depan boleh dapat cucu... hahaa...

Memandangkan cousin ako ni dok kat kampung di mana penduduk nya pun dah suam suam kuku, maka plan untuk mengadakan majlis pernikahan seterusnya persandingan diadakan di kolumpo je la. Tambahan pula, kakitangan yang akan 'bekerja' pada hari tersebut pun kebanyakkan kami sumer berada di kota keriangan eh silap kota kesibukan. Jadi setelah berbincang erkk silap setelah muafakat, eh bukan bukan... initiatif bakal pengantin sendiri mencari tempat yang senang dan sesuai untuk dijadikan tempat berlangsungnya majlis tersebut.

Dan akhirnya setelah setahun lebih mencari tempat, terjumpa la bakal pengantin dengan tempat ini. Sangat strategik, luas dan selesa.

'Villa Ukhwah' ...
Sebuah banglo 2 tingkat ...
Terletak di Tasik Titiwangsa..
Lokasi yang strategik untuk majls-majlis keraian dan pelbagai lagi majlis.
Dimiliki oleh Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad.
Kowang leh layari website dia untuk keterangan lanjut.
Mempunyai 8 buah bilik tido dan 3 bilik air.
Lengkap dengan perabut asas.
Ada UNIFi dan juga WIFI.

*credit photo from website ukhwah

Banglo ni style lama kan.
Macam rumah gomen dolu-dolu.
Ala klu dah area titiwangsa tu konpom la kita akan nampak banglo lelama camni.
Sebelum dihias nampak simple je kan.


Lepas dimakeover, nampak meriah!
Baru la nampak sket suasana owang kawen. heheh..


Bahagian dalam yang sangat-sangat luas!!!
Teruja i ...
Kosong!
Sekosong jiwa ini ... ecehceh ...


Tadaaaaa.....
Terhias pelamin tersergam indah..
Simple but still nice, rite?!


Apa kes ni hantaran x siap lagi???
Erkk.... kisah nya ako pun baru tahu yang pagi sebelum nikah tu, kelam kabut ghope nya hantaran x siap lagi. Gurlpppp!!!

Nasib baik la ada cousin yang baik hati tolong resque tuk siapkan sumer hantaran.
Phew!! Nak tak nak aii pun kena tolong la juga walaupun aii ni bukan nya kretip mana pun. hehe..
Sebab kan bakal pengantin nak guna bunga idop maka aii pun men cucuk cucuk aje la munger2 tu sumer. Janji menjadi juga ghope hiasan hantaran nya ... ;-)


Yeayyyy!!
Siap juga!
Inilah antara hantaran yang berjaya dihasilkan sepenuhnya oleh lovely cousin atas bantuan ako yang kurang kretip ini. Jadi la kan. 


Hari nikah.
Tok kadi dah sampai, mana daa pengantin nya?!!!
hehehe... 


Tu diaaa... akhirnya sampai juga.
Debaran sang pengantin sampai terlupa .."nya" diucapkan dalam lafaz nikah.
Sabar ye ... aii tahu u berdebar .. hehe..
Akhirnya dengan 3 kali lafaz, selamat juga sang lelaki menjadi seorang suami.
Alhamdulilah.... 


Kretip cousin aii ni.
Ala yang dah jadi pengantin tu la.
Kelasssss ko, penanggah sumer ada badge memasing.
Senang nak terima aduan, panggil je nama eh .. hahah ..


Motip ai kena jaga tipon kat tepi pintu pagar???
Huwaaaa... 

Ai kena jaga Guestbook ghope nya.
Kowang dah sign, pastu aii amek gambar u'ols guna kamera palaroid.
Pastu i terus tempek gambar u'ols kat tempat u'ols sign guestbook tadi.
Wah wah ... budget artiss you!!

Sok giliran aii kawen lak, erkk aii pun nak gak ada polaroid tu eh ...
*sambel jejeling manja kat cousin aii tu... ehehe

*ko tengok, pengantin sporting tau pakai badge juga!! :p


Ok citer panjang pun bukan kowang heran.
Akhir kata untuk pengantin, 

"Selamat Pengantin Baru"
Tahun depan mak abah dapat cucu....

Eh?!! 

hehehe... 

Tahniah!
Tahniah!
Moga kekal hingga akhir waktu.

Nota Jemari: ..dan bila pulak giliran ai ye, YOU?!!! *wink

Thursday, October 25, 2012

Party @ Jkids Playground

Dapat undangan....
Eh silap silap....
Dipaksa meneman sebenarnya tapi bersyarat juga la kan.
Pagi ako teman dia, petang dia plak kena teman ako.

Sabtu lepas ako ke Paradigm Mall.
Ada party kisahnya.
Besday party budak-budak kecik.
Ngekot je la mereka.
Ater ako bukan nya ada anak pun kan.
Maka menumpang kasih je la atas anak-anak mereka.

Besday party itu diadakan di Jkids Playground.
Meriah u'ols.
Tempat pun cantek!
Besar dan luas gitu.

Kat situ ada 3 bilik untuk buat party.
Eh lebih specific tempat makan la.
Makanan kena la bawa sendiri.
Klu nak order dengan derang, konpom la bayaran nya lagi mahal kan.
So, berpatutan la kita bawa saja makanan dari rumah.
Erkk maksud ako, tuan rumah la yang bawakan makanan.
Jimat sket kan hehe ;-)

Tentang decoration ako x pasti.
Rasa nya pihak Jkids yang akan hias kot.
Oh ye bilik tuk party tu harga nya RM100 untuk 2 jam.
OK kot harga nya coz dia unlimited untuk main kat playground situ.


Ini besday kek untuk si kakak.


Dan ini pula besday kek untuk si adik.


Hepi besday untuk Safiyya & Sabrina.
Comei-comei belaka mereka kan ;-)


Sibuk sungguk si ibu ini melayan karenah anak-anak nya.


Ibu yang ini pun x kurang sibuk juga memerhati si keciknya melantak.


Tapi apa jadi pada si ibu anak ini????
Di mana kah dia?


Laaaaaaa sibuk melayan anak orang bermain ghope nya!!
hehehehe.... 


Menumpang kasih bersama ibu-ibu seOPIS.
Erkk bila saya jadi bakal ibu ye?
Opppssss ... 


Suka la tempat ni!
Best nya jadi bebudak skrg ni.
Ako dulu x merasa nak g playground cenggini.
Apatah lagi playground kat taman perumahan.
Mak bapak aii dolu x suke melepak kat taman. hehe ..

Pada kowang yang nak buat party kat sini, kowang leh gi kat website dia kat sini.
Dia ada cawangan lain macam kat e-curve & Tropicana Mall.
Tapi klu  x silap yang kat Paradigm Mall ni paling luas dan besar la.

Yuran masuk : RM20/weekdays, RM30/weekends & Holidays
Segala info secara terperinci, kowang leh layari website JKIDS Msia k.

Lepas selesai berparty kat situ, kitorang menuju plak ke Putra Height untuk party yang seterusnya....

Nota Jemari: sonok sekali sekala jadi kanak-kanak kan ;-)

Selamat Menyambut Aidil Adha 1433 H

Tak sempat nak sambung cerita ceriti lagi dah...
So sempena nak ghaye esok ni,
ako nak ucapkan kepada sumer,


Berkorban apa saja....
Nyawa atau pun harta...

Erkk ada ke yang nak korban nyawa maupun harta???
*wink

Pape pun, pada yang berkorban untuk tahun ni, selamat makan daging korban ye.
Moga ibadah korban kowang diberkati olehNYA.



Hati-hati masa pegang lembu tu esok!
Jangan sampai lembu amarah, kowang lak yang terkorban ye hehe ;-)

Nak lemangggg!!!!!
Nak rendanggg!!!
Ada sesape nak sedekah tak lemang ngan rendang esok pagi???

Nota Jemari: anak 'rantau' beraya sendiri aje lhor .. huhu

Friday, October 19, 2012

Bagus sangat ke BLOG kowang?!!!

Hahaha saja kasi gempak je tajuk nya tu...

Ni, nak bagitau sket.
Ako ni kan bizi sokmo je lately ni.
Ntah apa yang membizi pun x pasti.
Cuma yang ako bole konpomkan, ako skrg cam dah susah sket nak menempek lelama kat blogger ni.

Aishh bukan sombong.
Bukan x sudi..
Cuma masa dan keadaan yang kurang mengizinkan.
Walau hati memang gedik gedik gedik sesangat nak berblogging macam dolu kala.

Bila ada citer tapi takde masa yang sesuai nak menulis.
Bila buhsan melanda, hati gedik nak berjalan-jalan ke blog kowang.

Kowang jangan ingat ako
jarang dah menulis,
jarang dah menempek komen kat entry kowang, 
jarang blogwalking...

Tapi ako tatap mengikuti perkembangan kowang.
Tatap membaca kisah-kisah menarik kowang.

Macam mana?


Ha ni la ako nak citer.
Ako slalu akan masuk blogger.
Bukan nak menghapdet cuma akan rajin klik kat punat atas tu.
Kowang nampak tak?
Punat tu klu kowang masuk ke database blogger yang baru, nanti kowang akan nampak la.

Ako akan klik punat "view google reader" tu.



*erkk sorry erin, blog awak jadi model kita ye :p

Nanti dia akan kuar satu pop window macam kat atas ni. 
Tapi dengan syarat sumer list dalam tu adalah blog yang kowang follow la kan.
Maksimum follow list adalah 300 sahaja.


Bila buka dari blogger reader ni, ada banyak list2 entry terbaru dari kowang.
So ako x yah la nak klik sesatu blog kowang kan.
AKo hanya perlu klik entry2 terkini je kat list tu.
Secara tak lansung ako boleh baca sekali gus.
Tak yah nak tunggu loading dari sorang-sorang punya blog.

Cuma yang x best nya, bila view dari google reader ni, kowang x leh nak komen la kan.
Maka nya,
jangan kata ako x jenguk blog kowang,
x baca entry kowang.
AKo baca cuma x tinggal komen saja.

Sekian.

Nota Jemari: sudah senang, sudah mudah .. 

Thursday, October 18, 2012

Tips Penjagaan Duit Kertas Polimer

Ako baca artikel ni yang dipublish di laman sesawang opis ako.
Ako rasa sangat berguna artikel ni, maka ako suka sesangat nak share dengan kowang sumer.
Info yang berguna elok dikongsi dan diwar-warkan bersama, betul tak?!
Harap ianya serba sedikit dapat membantu kowang bagaimana nak jaga duit kertas polimer dengan cara yang betul, k ;-)

~~~~~~~~~~~~


Polymer banknotes were introduced in the new Malaysian currency series for the RM1 and RM 5 denomination. Some of the features of polymers banknotes are :
  1. It does not absorb water and other liquids.
  2. It is non-fibrous - therefore does not break- easily with repeated folding.
  3. It is difficult to tear. However, once there is a tear, the polymer banknote will rip easily.
  4. It does not stain or accumulate dirt easily. It is also more hygienic as it minimizes bacterial growth.
  5. Stronger and more durable than paper banknotes.
  6. Difficult, time consuming and costly to counterfeit.
We would like to share the following tips to ensure that the polymer banknotes are handled correctly. These tips will not only extend the polymer banknotes' life span, but will also save the Bank's resources and cost in managing the supply and circulation of the banknotes. We hope you will be able to share these handling tips with your family members and friends.



What To Do
  1. Keep the polymer banknotes flat in your wallet. The banknotes should not be folded as it will leave a permanent crease.



  2. Use paper bands when packing polymer banknotes.



  3. Stained polymer banknotes can be cleaned with soap and cold water.



What Not To Do
  1. Do not expose the polymer banknote to direct heat or high temperatures.



  2. Do not fold the polymer banknote repeatedly e.g using it for decorative or leisure activities.



  3. Do not use rubber bands to bundle the polymer banknotes during packing.



  4. Do not use staples or pins on the polymer banknotes.



  5. Do not use scissors, knife or any sharp edged instruments to unpack polymer banknotes.

Sumber: kijangnet portal.

Nota Jemari: Duit kita, nyawa kita juga kan, so kena la jaga lek lok ye ;-)


Monday, October 15, 2012

JASM Rock n Bowl

Sabtu lepas kan department ako ada buat bowling tournament.
Lawan kat Midvalley.
Ako plak aritu TERdatang lambat dek gara-gara 'ketapi' buat hal.
Kebetulan terserempak dengan si Yazrul maka bersepakat bergather-gather mengambil teksi kupon dari KL sentral ke Midvalley dengan harga RM12.

Sampai-sampai je memasing dah nak start lawan.
Memang x toleh kiri kanan, terus je amek kasut bowling n terus melepak kat lane grup ako.

Macam kelam kabut tapi tetap syabas juga la buat penganjur eh.
Walau..... ermm... erkk... 


Macam-macam gaya..
Macam-macam aksi..
Macam-macam lagak...
Macam-macam kerenah.

Yang mak sibuk nak main...
Yang si bapak sibuk nak membaling..
Yang si anak juga tak ketinggalan sibuk nak 'menyibuk' ..hehe ...

Yang keBUJANGan tak kurang sibuk nya...
Sibuk! Sibuk! Sibuk!

Ako idok la terror main nya.
Sekadar nak soh baling, anytime ako leh baling je bola boling tu.
Klu takat JUARA segala longkang, memang boleh kasi je kat ako!!
hahaha.. pape pun janji puas! *erkk puas ke?


Dan keputusan nyaaa......

2nd runner up piginya kepada kumpulan "KawT1M"!!!!
Tahniah! Semangat kesukanan itu yang penting.


1st Runner Up jatuh kepada kumpulan "X Tau"!!

Tahniah juga...
Ni grup paling kecohhhh!!! 

"kecoh la lu olang!"
hahahaha .. opssss laarikkkk :p


Dan juara adalah datangnya dari kumpulan "Low Pi"

Hoyeeee!!!!

Syabas buat grup ako!
Kowang memang poyo tapi erkk ok la!!
hahaha... (ye ye grup ako kan memang poyos sumernyaaa... mati arr klu derang baca haha)

Pape pun menang kalah , kita tetap

J.A.S.M

*wink
#photos kredit to yazrul

Nota Jemari: .... bila mereka berkumpul ... 

Wednesday, October 3, 2012

3 Lagi Galeri Baru Dibuka di BNM Muzium dan Galeri Seni

BNM Muzium dan Galeri Seni dengan bangganya mengumumkan bahawa pada 15 Sept 2012, tiga lagi galeri kami kini dibuka kepada orang ramai. Galeri yang dinanti-nantikan Galeri Kanak-kanak, Galeri Kewangan Islam, dan Galeri Bank Negara Malaysia.

Berikut adalah coretan apa yang anda boleh harapkan dari 3 galeri baru dibuka:


Galeri Kanak-kanak (Aras bawah):

Disasarkan untuk kanak-kanak berusia 5-12 tahun, Galeri Kanak-kanak menyediakan permainan dan interaktif tangan-pameran untuk membantu kanak-kanak untuk memahami kepentingan wang dan perancangan dan pengurusan kewangan yang mantap.

Pasti perhatian kikir, 'Million Ringgit Terowong' terdiri kesemua empat siri wang kertas Malaysia yang terdiri daripada semua mazhab yang berjumlah lebih daripada RM1 juta dalam nilai.

Satu lagi kemuncak galeri ini adalah 'Pelaburan & Permainan Simpanan' yang menggalakkan keupayaan kanak-kanak untuk berfikir dan membuat keputusan mengenai membida bagi pelaburan yang mereka mahu ambil.



Kewangan Islam Galeri (Aras 1):

Galeri ini memperkenalkan dan memberikan gambaran perbankan dan kewangan Islam dari perspektif muzium. Ia menyediakan peluang pembelajaran yang berbeza kepada semua pelawat pada asal-usul dan pembangunan Kewangan Islam di Malaysia melalui skrin sentuh interaktif, video dan permainan. Kemuncak utama galeri ini adalah dunia interaktif digantung, memaparkan maklumat mengenai pembangunan kewangan Islam di seluruh dunia.



Galeri Bank Negara Malaysia (Aras 1):

Galeri korporat kami mencatat sejarah dan peranan Bank Negara Malaysia dalam pembangunan negara. Antara acara kemuncak galeri ini adalah Mesin penempaan syiling - di mana pengunjung dapat melihat dan belajar bagaimana syiling yang dicetak.

Tidak lupa anda boleh juga melihat 'Wang Kertas Pertama Dikeluarkan oleh Bank" dipaparkan. Lihat pembangunan ciri-ciri keselamatan dari yang pertama untuk terbitan terbaru, penandatangan yang berbeza, dan mazhab yang membawa identiti Malaysia yang unik dan imej kami.


Jadi apa yang anda tunggu? Bawa rakan-rakan dan keluarga anda ke BNM Muzium dan Galeri Seni hari ini dan meneroka semua 5 galeri yang terdapat di situ!

Kami mengalu-alukan maklum balas anda. Sila menandatangani Buku Tamu kami di kaunter Penerimaan atau menulis kepada kami di infomuseum@bnm.gov.my.


Waktu dibuka:
 Isnin hingga Ahad

Masa dibuka:
10:00-06:00

Yuran Kemasukan:
PERCUMA

Galeri dibuka:
Art Gallery (L3)
Numismatics Galeri (L2)
Bank Negara Malaysia dan Galeri Galeri Kewangan Islam (L1)
Galeri Kanak-kanak (GF)

Parking:
Tempat letak kereta yang mencukupi di LG4, LG5 dengan tempat letak kereta rata kadar bayaran sebanyak RM3

Muzium Cafe:
Menyajikan snek ringan dan minuman 8:30 pagi - 8:30 malam

Kedai Muzium:
Cenderamata dan Penerbitan Esklusif Bank Negara Malaysia, dibuka dari jam 10:00 pagi hingga 5:45 petang

Kemudahan keperluan khas:
Kemudahan kerusi roda disediakan dalam tandas, lif dan akses jalan

Nota Jemari: Meh la datang ramai-ramai, cuti sekolah pun nak dekat dah kan, cikgu-cikgu pun bole buat rombongan untuk anak-anak murid, pengiat seni bole menikmati pemandangan hasil lukisan pelukis-pelukis terkenal.

sumber: BNM Museum & Art Gallery

Annivesary

Daisypath Anniversary tickers