Followers

Friday, November 30, 2012

Apa nak jadi?

Penghujung November...
Wow, kejap je dah masuk bulan Disember...
Pastu Januari..
Bila dah masuk bulan Januari, maka nya dah masuk tahun baru la kan!!

Pejam celik pejam celik je..
Cepat sungguh masa berlalu sekarang ni.


Erm tahun ni tak banyak cerita yang ako kongsi kat sini kan.
Baru 107 saja kisah yang ako tempek untuk tahun ni.
Nampak gaya mood, masa, dan mungkin juga idea sudah mula jatuh menjunam.

Ye ye ako ngaku, tahun ni memang ako kurang berminat nak berkongsi sketsa hatta jalan cerita kat sini. Alasan nya, mungkin kah faktor usia membuatkan keMINATan sudah menurun untuk berblogging? Atau mungkin juga faktor sudah wujudnya pelbagai cenel untuk meluahkan seperti kat twitter, facebook dan lately kat instagram?!

Tapi sebenarnya bagi ako, walau dah wujudnya twitter, facebook dan juga instagram ni, blogging tetap jadi pilihan no 1 untuk berkongsi cerita dan pengalaman.

Harap-harap tahun depan ako akan lebih bersemangat dan bertambah idea dan kerajinan untuk melepak kat blogger ni lelama kan ;-)

OK la nak pi berHi-Tea petang ni ..

Sebulan lagi untuk memikirkan, apa rencana yang perlu ako tempek kat sini...



Nota Jemari: Hoyee... ABIN dah balik KL, maka kena la banyakkan xtvt bersama-sama! :-)

Wednesday, November 28, 2012

Sambutan Harijadi AirAsia! Tambang dari 11 sen saja!


Terbang dari Kuala Lumpur
BaliClarkHanoiHong Kong
JakartaJohor BahruKota BharuKrabi
LangkawiMakassarPulau PinangPhnom Penh
SingapuraSurabayaSurat ThaniYangon
dan banyak lagi destinasi!
Ketahui lebihTempah dari 26 Nov - 2 Dis 2012    Terbang dari 3 Dis 2012 - 31 Mac 2013
Tertakluk kepada terma & syarat.

Email ni dah 3 hari yang lepas dapat.
Ada masa lagi nak buat tempahan ni.
Tapi .....
Verangan aje la nak klik butang tempahan dan bayaran.
Hanya mampu menyibuk dan menyesakkan lagi website AA sahaja.

Sadis ;(

"Buchuk, banjer saya tiket kapal torobang, pelissssss!!"

Kowang plak macam mana?
Destinasi pilihan seterusnya?

Nota Jemari: Nak ke KT pun terpaksa dibatalkan gara-gara budget, apatah lagi nak menempah satu seat dalam kapal torobang kan huhu.... S.E.K.I.A.N!

Training ke Kursus?

Minggu ni bizi berkursus erk ke training ...
Eh kursus ngan Training sama x?

Yang best klu gi kursus erkk training ni adalah bila tiba nya masa M.A.K.A.N...
hehe

Waktu-waktu lain adalah membuhsankan :p


Training pada hari Isnin iaitu semalam.
Siyes je cik kak ni ..


Training pada hari ni...
Siyes juga cik kak ni.
Tapi ....

psstt konsentrasi ke mana tu cik kak :p


Memula memang bersemangat je dengar celoteh ..
Pastu dah makin merundum ...
Kemudian terus tertido ..
Erkk ...

Ok jom la kita teruskan pembelajaran ..
Moga bertahan sampai ke titik penghabisan.

ps: jgn la kawan saya marah sbb curi amek gambar dia :p

Nota Jemari: ... bila mood buhsan datang ..

Friday, November 23, 2012

Job Vacancies : Cupcake Chapter

Ha sesape yang tengah cari keje dan berminat plak dalam bidang pemakanan,
bole la cuba apply keje kat "Cupcake Chapter" ni.

Menurut email yang ako dapat, derang memang tengah cari pekerja-pekerja dalam bidang tertentu.

Meh tengok, kot-kot korang memenuhi kriteria mereka, bole la cuba aply k ;-)







Jika ada sesiapa berminat untuk apply kerja di Cupcake Chapter, sila email pada Encik Yusof/ Encik Hafez di email add: hazryzal@gmail.com. Insyaallah pekerja2 akan bermula bekerja pada bulan Dis 2012.

Nota Jemari: Kena try nanti!

Four Leaves@Sogo TAK HALAL?

Dapat email dari seorang kawan.

From: Steven Ong
To: thahirah3110@yahoo.com
Cc: Four Leaves / Malaysia ; Jeslin Tang ; 'Ginn Tan'
Sent: Wednesday, November 21, 2012 7:35 AM
Subject: Re: FourLeaves.com.sg Inquiry Form - by thahirah3110@yahoo.com


Dear Thahirah,

Further to your enquiry, we are sorry to inform you that our shop in KL Sogo is not HALAL-certified.

Thank you very much for your interest in our company.

Best Regards,
FOUR LEAVES PTE LTD (198003150E)
11 Enterprise Road Singapore 629823
STEVEN ONG
GENERAL MANAGER
Tel  :  6268-6516     Fax :  6266-5470
stevenong@fourleaves.com.sg
http://www.fourleaves.com.sg/

Four Leaves ni ghopenya produk dari Singapura.
Even ako check kat kat MUIS halal directory pun takde plak tersenarai company Four Leaves ni
Maka nya, klu kat sana pun xde sijil halal, kemungkinan juga kat Msia tak dapat sijil halal yang sah, kan?!


SO kengkawan yang slalu ke Four Leaves Sogo tu, moh la kita check sendiri sijil halal nya tu ye.
Ataupun moh kita tanya pihak JAKIM sendiri.


Nota Jemari: Klu x silap isu HALAL ni dah lama dah ako dengar .. dari awal2 ako masuk keje lagi ...

Thursday, November 22, 2012

J.A.S.M Mind Games

Phew, abes sudah!
Lega!

Berpeluh ketiak..
Padahal main games yang banyak gunakan hotak je pun.
Tapi semangat kesukanan punya pasal, dari guna hotak terus jadi games yang banyak gunakan tenaga batin. Eh ..?!

Selesai sudah JASM Mind Games yang berlangsung lunch tadi.
Konsep games ni adalah relay games.
Maksudnya, selepas satu games kena pas baton untuk games seterusnya plak.

Ada lima games menanti.

Game pertama - "memory card" .. Konsepnya kena cari 5 pasang gambar yg sepadan.
Game kedua - "carom" .. Caranya hanya perlu memasuk kan 5 biji buah carom ke dalam lubang.
Game ketiga - "jenga" .. Kena bentuk kan kayu jenga tu menjadi sebuah tower.
Game keempat - "rubber band" .. Ini game zaman kecik2 ako. Lastik botol gunakan getah dan kertas.
Game kelima- "jigsaw puzzle" .. Yang mencabarnya, sebab puzzle adalah dalam bentuk Lenticular Puzzle. Camne lentizular tu?? Lebih kurang macam 3D la gambar nya. So klu kowang jenis yang mata sensitif, agak jenuh juga mata nak menyusun puzzle-puzzle tu sumer.

Dan gini la ghope baton nya.
Kena pastikan baton sentiasa ada, klu tidak kowang x leh start the game. ;-)

Ingat!
Lepas kowang siap game pertama, pastikan pemain kat situ bawa baton ni menuju ke permainan kedua dan pas baton tu kepada pemain yang sudah siap sedia di situ.

Pemain-pemain di game yang pertama sudah siap sedia untuk memulakan acara.

Kedengaran saja tiupan 'wisel' menandakan acara bermula, tak tunggu lama, para pemain bertungkus lumus memasang strategi permainan.

Mata kena tajam!
Ingatan juga kena peka! 

Dapat aje 5 pasang padanan, terus gigih kitorang berlari ke stesen berikutnya iaitu permainan carom.


Klu dah pemain bank yang main, konpom la mereka yang mendahului games yang satu ni kan. hehe
 

Stesen ketiga .. Permainan jenga plak.
Slalunya main jenga ni memerlukan kita tarik satu kayu dan pastikan ia tak terjatuh kan.
Tapi konsep permainan kitorang kali ni berlainan sket.


Setiap grup dikehendaki menyiapkan jenga yang tersusun rapi tadi menjadi sebuah tower seperti dalam gambar. Kena pastikan kedudukan jenga tersebut mesti sama dengan yang sedia ada.

Klu tiada kelembutan dan konsentrasi yang tinggi, susah juga nak pastikan jenga berdiri teguh menjadi sebuah tower.


Dah setel buat tower, terus kita ke stesen berikutnya iaitu lastik guna getah.
Ni, klu bebudak zaman dulu konpom pernah main permainan ni kan.


Ok, kita kasi peluang couple ni bermain. *wink


Target jangan x target.
Kena pastikan sekurang-kurangnya 2 botol jatuh menghempap lantai. :p


Dan akhir sekali, jigsaw puzzle.
Nampak mudah game yang satu ni tapi klu dah guna 3D puzzle, konpom la berpinau biji mata tuh.

Nak kena konsentrasi yang mendalam gitu. hehe


Setelah berhempas pulas, akhirnya grup kami menjadi JUARA untuk permainan kali ni.

Yeehaaaa!!
Hoyeeee kami MENANG!!
Tahniah untuk LowPie.

Dengar-dengar cite, ada satu lagi game ek?!
Aiyak baru nak rasa kemenangan keseluruhan tapi nampak gaya, simpan dulu la perasaan hepi tu ye.

Pape pun, tahniah untuk grup X Tau dan juga Kawt1m.
Semangat kesukanan yang sihat sesama kita.

Go Go Go ....

Nota Jemari: senyum :-)

The END of J.A.S.M Games

1) Jigsaw puzzle solving - Arranging a simple jigsaw puzzle (about 20-30 pieces) in the fastest time  
2)  Carom - Pocketing five carom mens in the fastest time
3) Memory card game - picking up five pairs in the fastest time
4) Jenga tower building - Building a replica jenga tower in the fastest time
5) Lastik/Catapult to hit target  in the fastest time

Wednesday, November 21, 2012

Mana pegi gambar????



Dah lama ako pasan.
Pening juga mikir kan.
Pelik pun ada.

Ada sesape tau kenapa gambar-gambar dalam entry lelama akan hilang?
Ada effect ke kat blogger klu kita delete gambar dalam picasa?
Sebabkan blogger dan picasa ni kan bawah satu 'bumbung' iaitu google.

Kowang tau x?

Nota Jemari: heran dan ajaib ... 

Happy Belated Birthday

Surprise!!!!!
Pepagi dah buat surprise tuk bday gal.
Ekceli bday nya jatuh pada hari Ahad, 18 November.

Jadi memasing berpakat la nak adakan 'makan-makan surprise' ni pada hari Isnin iaitu 19 November lepas.


Macam biasa konsepnya adalah 'pot luck simple and easy' :-)


Untuk kelainan, kami sediakan pulut kuning khas untuk bday gal.

"Happy Belated Birthday, Kak Aidah!!"

Moga bahagia slalu, 
panjang umur dan boleh tambah anak lagi kan?!
hehehe.... 

Nota Jemari: murah rezeki lagi ye

Tuesday, November 20, 2012

Dah tua .. camni la gamak nya!!


Macam biasa ..
Pepagi buka je pintu terus sarung sipar.
Sidai baju dulu, buang sampah.
Start enjin kete, panas kan enjin kejap.
Then buka pagar.

Kunci pintu.
Terus masuk dalam kete.
Undurkan kete keluar pagar.

Kuar kete, tutup pagar.
Kemudian, terus memandu ke jalan besar.

On radio.
Dengar lagu.
Jalan lenggang, maklum la coti sekolah.
Sangat hepi.

Ada polis trafik.
Lagi bertambah hepi.
Jalan sangat lancar.

Hampir sampai ke LRT Sentul.
Seluk beg cari duit RM3.
Buat bayar parking.

Dah bayar cari parking.
Alhamdulilah dapat park dekat sket dengan pintu masuk.
Cuti sekolah, kete pun x banyak lagi.
Bagus kan.

Matikan enjin.
Buka kunci pintu.
Pandang bawah.

WHAT?????!!!!!!!
Pakai sipar???!!!
Tidaaaakkkkkk!!!!!

Buka boot belakang.
Tengok ada kasut yang sesuai ke idak.
Cari-cari ada 3 pasang.
Tapi...

Satu dah putus tali.
Satu dah terkoyak tepi.
Satu dah lama x pakai, lusuh sudah.

Ermmm..... Kesian!
Last-last tawakal aje.
Tutup boot.
Kunci kete.
Dan dengan bangga nya berjalan menuju LRT dengan berselipar jepun.

Eh Eh. ..


Sipar bukan sebarang sipar.
Sipar angry bird nama diberi.

Sekian.

Nota Jemari: ..memang dah pernah terpk satu hari akan berlaku mcm ni..

Monday, November 19, 2012

Vietnam Trip: Last Day @ Day 4

Dah hari terakhir..
Kejap je kan.
Macam x puas plak, ghase nya memang wajib kena ulang balik ni.

Takde aktiviti untuk hari terakhir.
Cuma sebabkan dah hari terakhir, ditambah plak makanan2 yang dibawa sudah kehabisan, maka bekfes pagi itu adalah ke kedai di depan hotel saja.

Walau kecik je kedai nya tapi makanan dia memang sedap.
Ako ni kan klu bab makan nasi lemak, ako mesti tengok jenis sambal dia dulu.
Dan nasi lemak sambal kedai tu memang dijamin sedap untuk anak tekak ako.

Masa kitorang sampai tu plak, derang tengah sibuk mengoreng ayam,
lagi ar bertambah selera dapat makan ayam goreng pepanas kan.


Dah makan, kita menyinggah kejap ke kedai tailor.
Ye la kan, baju yang ditempah tempoh hari ada problem sket.
Untung klu baju yang ditempah dihantar awal so kita bole try dulu dan klu ada masalah bole terus minta derang alter.

Macam kes kawan ako ni sebab kan terlalu ramai orang yang membuat tempahan, maka proses mengalter terpaksa mengambil masa agak lama sket. Jadinya tepaksa la pepagi sebelum kami pulang, kena jejak kan kaki ke kedai tailor itu lagi.

Risau sungguh kawan ako tu, ye la kan, pestime nak cuba hasil jahitan orang vietnam.
Tambah plak dia bukan nya jahit baju kurung biasa, nak mencuba pakaian orang vietnam katanya.
Tu yang kena excited dan sanggup menunggu baju nya siap.


Penerbangan kami adalah di sebelah pagi.
Tu yang x sempat nak buat last soping kat Ben Thant Market.
Takpe la mungkin ada rezeki kami datang lagi.

Pagi Isnin, hari bekerja.
So kena la cecepat gi Airport.
Katanya pagi hari waktu bekerja adalah waktu sesak sekitar bandar Ho Chi Minh.
Jadi, klu silap perhitungan mau nya tersangkut dalam trafic jam.
Tapi alhamdulilah, perjalanan kami ke airport sangat lancar.


Dan kami tinggalkan bandar Ho Chi Minh dengan seribu kenangan yang mungkin akan berulang lagi?!
hehee...

Babai Ho Chi Minh City.
Ada rezeki kami singgah lagi ye.

Nota Jemari: Destinasi seterusnya 2013?

Annivesary

Daisypath Anniversary tickers