Followers

Friday, December 14, 2012

The RESULT


Jeng jeng jeng....
Masih ingatkah kowang tentang JASM GAMES 2012??


So, hari ini adalah hari penentuan.
Siapakah yang bakal menjadi JUARA untuk melayakkan mereka menerima piala pusingan bagi tahun 2012??!

Adakah kawt1m?
Ataupun Lowpie?
Mahupun Xtau?

Kita tunggu keputusannya petang nanti.

Nota Jemari: Debaran kian memuncak

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12


Hari ni kan hari spesel sket.
YE la kan, tarikh keramat 12.12.12.
Seratus taun lagi kot baru dapat nombor cantek camni..

Tergaru-garu memikirkan nak letak entry apa tuk hari spesel ni.
Akhirnya, terima kasih kawan opis.
Sebabkan email dia yang berintikan kata-kata kat atas tu, terus ako tertarik nak jadikan inti tersebut sebagai bahan entry khas 12.12.12 dalam blog ako ni.

Hepi besday pada yang nyambutnya pada hari ni.
Hepi annivesary pada yang celebrate pada hari ni juga.

Pape pun yang berlaku hari ini,
anggaplah itu salah satu keistimewaan tarikh

12.12.12

Nota Jemari: Buchuk!!!!! Takde sesuatu yang spesel ke hari ni????

Monday, December 10, 2012

Welkam to 30's Club

Eh eh bukan dah setahun lebih dalam senarai 30 an dah ke kan?! :p
OK la pape pun,

"Selamat Hari Jadi"
"Panjag umur, murah rezeki ..."
"Moga cepat dapat jodoh lagi ... eh silap .. dapat anak lagi!" :p



Orang kuat disebalik tabir 'makan-makan' mengejut.


Besday gal serba pink...
Kek pun ala-ala ceklat PINK gitu..

"Happy Besday!"

Nota Jemari: psst... jangan nak pasan 'muda' lagi .. hehe

Thursday, December 6, 2012

MrJocko Pembawa VIRUS!!!

Dah la dua hari lepas masalah Malware Virus ni hampir menyerang sumer blogger gara-gara NuffnangX.
Tapi pihak NuffnangX berjaya menyelesaikan isu tersebut.

Alih-alih pagi ni buka blog lagi, terus kuar mesej Malware ni lagi!
Kali ni plak berpunca dari blog MrJocko.com.

Adoiyaii... apakah punya sebenarnya ni???

Jadinya MrJocko, terpaksa la ako kuarkan dulu link anda dari senarai list opismet ako ye.
Maybe lepas selesainya isu dan masalah ni, 
ako akan tempek balik link blog anda ke dalam list ako!


Ada sesape tahu, camne nak selesaikan isu ni?
Jangan plak lepas ni ada lagi malware menyerang disebabkan link blog yang lelain plak..

Masak nanti!!

Nota Jemari: Ngadu kat blogger.com??

Wednesday, December 5, 2012

Mari Menderma Darah

Derma darah kali ke-2 untuk tahun ini.
Kali ni kempen derma darah ni adalah kerjasama bersama dengan Hospital Tampin.

Kawan sebelah ni yang beriyer ajak, alih-alih dia plak x boleh nak menderma.


Makanya menderma la ako sengsorang di situ.


Sangat lembut staf sepital masukkan jarum ke tangan ako.
Rasa macam nak menderma lagi je tadi.
Hahah melampau.

Pape pun, terima kasih pihak sepital tampin.
Alhamdulilah tangan saya x bengkak pun.
Moga jumlah darah yang dikehendaki pada hari ini mencukupi la ye.

Derma lah darah anda tapi bukan dara.
Sekian. :-D

Nota Jemari: "Derma darah menyelamatkan NYAWA!"

Tuesday, December 4, 2012

Hi-Tea Puspanita 2012

Tarikh: 30 November 2012
Tempat: MPH, Lanai Kijang.
Masa: 4.30-7.00 malam
Tema: Busana Antarabangsa


Ha kowang mampu nak pegi?
Seoul je la yang mampu, yang lelain tu dengar-dengar je la cerita travel member yang lelain. hehe..

Kisahnya, puspanita hi-tea tahun ni berkonsepkan busana antarabangsa.
Tapi macam biasa la kan, takde nya ako nak berhias sakan memperagakan pakaian 'antarabangsa'.
Datang makan, tengok persembahan, tunggu lucky draw, pastu balik!


Door gift pada hari itu.
Apa kebenda nya ni ek?
Nak kata handbag, bukan.
Nak kata wallet pun bukan..
Nak kata beg letak telekung, erkkk macam x sesuai plak.
Katanya 'wristlet' .. 

Jadi la kan. Barang FREE. hehe .. 
Dah, tak yah nak bising-bising.
Amek kasi simpan sudah kan :p


Awal gak kami sampai kat tempat makan tu.
Nak book tempat yang strategik la konon nya.
Nak dekat ngan makanan dan juga pemandangan 'clear' nak tgk show kat atas pentas tu.


Ini mereka, antara yang gigih menukar baju.
Cantek!
Eh saya cakap cantek hanbok kakak tu ... (nanti kawan saya perasan plak :p)
Tapi dia punya pun cantek juga. Baju nya tu hehe..


Tu dia, SIAM mai da....
Heheeh... bila PUNJABI bertemu SIAM.


"Arigato!"
"Arigato!"

Minah jepun pun ada.
Yang mahal tu, sipar jepun menjadi taruhah. hehhee...


Ada macam-macam show.
Ni tarian jawa ni.
Lupa lak nama nya.


Yang ini plak nama nya tarian orang portugis.
"Jingling Nona" kan klu x silap.



Pastu ada "Fashion Show".
Macam-macam baju kowang leh tengok.


Paling best ako rasa tarian india ni la.
Hahaha... Sumer pun macam terpegun kejap.
Al-maklum lagu rancak la katakan....


Rasa cam nak menari sama.
Rasa cam dah ada kat India.
haahaha.... (propa)

"size doesn't matter" ...

Ye ye, sape kata orang badan besar x leh menari?!
Sudah terbukti, berkesan secara klinikal lagi... :p

1 malaysia la kata kan...
Cina, India, Melayu bersatu di atas satu pentas ...
Pape pun, derang memang best!


Mereka yang berjaya mendapat gelaran 'best dress' petang itu.
Tahniah!

"awak, saya suka hanbok awak! hehe"


Lucky draw.
Jadi laaaa.....
Kebetulan memang tengah cari thumdrive.
Tumbdrive pun x mampu nak beli sendiri.
Kesian kan ... huhu ...

Kesimpulan nya, ok la not so bad terutama makanan memang superb sangat!
Terima kasih Puspanita Kijang, tahun depan insyallah saya datang lagi!

Nota Jemari: Wanita - puspanita ... Klu Lelaki???

Monday, December 3, 2012

Birthday Man

Sabtu aritu ada orang tu jemput kitorang gi umah dia.
Sempena majlis memotong kek katanya.
Pestime tu nak ke teratak dia yang jauh nun kat Klang sana.
Ye la ako rasa Klang sangat jauh, OK!
Hampir sejam juga perjalanan dari umah ako kat Sentul tu.
Dengan hujan yang turun dengan lebat sekali.
Konpom la kan laluan sana sini adalah sesak di mana-mana.

Daerah Klang adalah di luar kebiasaan ako memandu.
Tanpa GPS kak aidah, belom tentu kitorang akan tiba di teratak tukang jemput dengan selamat.

Katanya majlis memotong kek bermula jam 4 petang.
Tapi jam 4 petang tu la baru terhegeh-hegeh nak kuar umah.
Memula cam malas nak pegi coz hujan yang lebat dan juga terdengar kesesakan lalulintas yang melampau-lampau gegara ada bola kat Bukit Jalil. Sudahnya bila dok pikir jemputan yang jarang-jarang sekali akan diterima, maka terus aje kitorang bersetuju tuk ke sana juga.


Alhamdulilah, lebih kurang jam 5:30 petang, berjaya juga kitorang menjejakkan kaki ke teratak beliau dengan selamat.

Katanya sebelum cuti wiken aritu, kek stroberi cheese ni awal-awal lagi sudah beliau siapkan.
Sedap!!
Dia memang pakar membuat cheese cake!


Pastu dia rajin plak membuat lagi satu kek.
Walau dia x makan coklat apatah lagi kek yang berunsur coklat, tapi ntah mimpi apa buat julung-julung kalinya kitorang berjaya merasa hasil buatan kek coklat beliau.

Nyummm!!
Sedap penuh dengan salutan coklatnya.


Life begins at 40!
Hepi besday, Yazrul!!
Ni lah bday man @ bday cake man .. :p


Jauh kami datang.
Semata-mata nak jenguk teratak dan juga makan cheese cake awak.
Tak sangka plak bukan setakat kek saja kami dapat makan.
Special ayam belanda grill terhidang untuk santapan kami juga.
Pestime nak makan ayam belanda.
Sedap ghope nya ye. 

Terima kasih daun keladi,
Klu jemput, pasti kami datang lagi. ;-)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Isnin kat opis, pagi ni ada surprise makan-makan.
Section beliau yang anjurkan.
Bekfes FREE la katakan.


Kendian, lagu hepi besday pun dinyanyikan beramai-ramai. 


Semoga panjang umur,
murah rezeki,
cepat dapat jodoh!

"psstt... klu awak nak memetik bunga depan mata, bole kami tolong risikkan" .. hahaha *wink

Pape pun, Selamat Hari Jadi sekali lagi.
Bak kata orang, "Life begins at 40!"
So, tunggu apa lagi ... :p

Nota Jemari: murah rezeki ...

Annivesary

Daisypath Anniversary tickers