Followers

Tuesday, October 8, 2013

Dia PROMO lagi!!


Arghhhhhh!!!
Pagi tadi dapat email promo ke Indon....

8 Oktober 2013 - 20 Oktober 2013
1 November 2013 - 5 Ogos 2014

Baru kejap ni dapat plak lagi email promo ke China....

Ermm lepas ni promo ke mana plak??!!!

Time-time takde uwang lebih ke arah ini, dia buat promo lagi!
Kijaammmm!!
Aii pun nak join juga promo ni...
huuuwaaaa....

"awak oo awak, tolong saya beli promo ni seketul bole x?" :p

Nota Jemari: Aishhh untung la orang yang slalu je ada budget lebih ni kan.... #mode menjeles

Monday, October 7, 2013

Waffle Maker

"A homemade receipe
Everybody should taste it
You can make it by yourself!"

Waffle maker brand TAKADA + 2 kotak tepung waffle (perisa vanilla sahaja)
Pakej : RM150


Waffle maker brand TRIO + 3 kotak tepung (perisa vanilla sahaja)
Pakej: RM150

Apa beza antara dua?
Bezanya, yang brand TAKADA tu bila dimasak, waffle nya akan ranggup dan nipis.
Manakala yang brand TRIO tu, waffle tu bila dimasak akan jadi tebal sket.

Tepung tu brand apa?
Tepung pula adalah brand 'homemade'.
Iaitu dibuat sendiri oleh kawan adik saya.
Jadi ianya adalah HALAL.

Kalau nak tambah beli tepung lagi, BOLEH!
Sekotak harga nya RM12 sahaja.
Ada perisa vanilla dan juga coklat.
Harga boleh bagi diskaun lagi.
Just sms je kat nombor yang tertera kat bawah tu k untuk keterangan lanjut.

Pape pun, boleh terus sms/wassapp ke

012-2708075 (Fatma)
Email: fatma_fmy@yahoo.com


Harga semua dah termasuk kos penghantaran ;-)
Boleh buat bayaran ke:-
Acc Maybank: 164472229837 (Fatmawati Mohd Yusof)

Terima kasih.

Nota Jemari: Jimat dan mudah... boleh masak banyak kali untuk anak-anak kowang!

Thursday, September 12, 2013

Deman Jdorama

Hari tu gi umah sorang teman ni.
Kebetulan husband dia ada bawa balik dvd-dvd kat bawah ni.
Katanya kawan si hubby dah x nak tengok dah drama-drama tu semua.
Kira macam dia nak let go la.

At first ako ingat kan dvd drama korea.
Pastu belek punya belek, kebanyakkan nya adalah dvd drama-drama jepun.

Ok, nasib baik la ako memang layan drama jepun ni.
Boleh dikatakan sebelum demam korea ako dah kena tempias demam jepun terlebih dahulu.
Drama jepun ni dia x 'meleweh' sangat jalan citer nya kalau nak dibandingkan dengan jalan citer drama-drama korea.

Drama korea ni konsep dia sama je.
Mesti ada hero ngan heroin.
Pastu mesti ada orang ke tiga or ke empat.

Kalau jepun plak, ako suka sebab dia ada kelainan sket drama-dramanya.
Dia banyak berkisahkan kehidupan.
Kisah pekerjaan ke macam contoh kalau ko keje kat airport ke so dia akan berkisahkan suasana kat airport n perkara2 yang kita x tahu di sebalik pekerjaan2 kat airport.

Kalau kisah pasal hospital plak, ako suka especially kalau membabitkan emergency case ke, dalam bilik operation ke. Kalau nak harap citer malaysia buat macam tu memang nan hado la kan.


Antara drama yang ako dah abs tengok.
Marathon gitu.
Giler dah lama x marathon tengok citer sampai lewat pagi ni.

#Gambate ne!!


Antara dvd yang bakal ako tengok.
Perghh gigih nya!

Chaiyok!

Nota Jemari: Untuk drama jepun ni ako x tengok pelakon. Ako lebih prefer tengok jalan citer

Wednesday, September 11, 2013

ECONS Sector Hari Raya Celebration 2013

Majlis ni berlangsung hari Khamis lepas, 5 Sep 2013.



Orang kuat di belakang tabir menyiapkan tugas-tugas terakhir sebelum majlis bermula.



Ye ye kitorang memang buat kat situ.
Bukan kat department hatta cafe.
Tapi di bilik mesyuarat khas kat salah satu bangunan tu.
(kamu yang keje bersama pasti tahu)

Antara yang kami makan.
Semuanya marbeles.
Terima kasih Residence Hotel atas santapan tersebut.


Beriyani kambing in da house.
Ekceli sedap!
Tapi ada insiden hari tu.
So no komen lelebih la ye.



Model untuk 'fashion show' hari itu.
Sila tengok pada pakaian mereka sahaja.


Dan akhir sekali, gambar kami selepas melantak.
Sekian.

Nota Jemari: Jadi la hapdet yang x seberap, janji ado kan! hahaha

Thursday, September 5, 2013

Lawak Ke Der 3


Wah!
Dah kuar dah!
Dah bole beli dah!

So, tunggu apa lagi.
Cepat dapatkan tiket untuk tengok Lawak Ke Der yang ke-3.


Huwaaaaaaa!!
Nak tengok!
Anyone nak tengok sesama tak???

Nota Jemari: Awak, jom kita pegi!!

Tuesday, September 3, 2013

Merdeka! Merdeka!



Tahniah MALAYSIA!
Selamat Hari Jadi MALAYSIA!
Bangga menjadi anak MALAYSIA!

Jadi apa la sangat 20 sen tu kalau nak dibandingkan dengan 56 tahun.
Alhamdulilah, syukur atas nikmat dari-NYA.


MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!

Nota Jemari: Alhamdulilah rezeki pagi ini.

Thursday, August 29, 2013

Mini Makan 2013

Ha yang ini memang x plan!
Asalnya nak buat pot luck raya kat umah ako oleh kengkawan opis.
Sudahnya bila tiba hari Jumaat, sumer senyap seribu bahasa.
Makanya ako assume memang plan dicancel la kan.

Tengok memasing cam bizi je takde respon pun pasal pot luck raya tu.

Pastu men wassapps-wassapps dengan geng-geng KAMIE.
Ada yang teringin nak gi open house.
Ye la masa raya tempoh hari x dapat nak makan makanan raya.
Tambah plak mak pak si #khayla & #khadeeja mau beraya ke umah ako, maka nya ako war-warkan la pada yang lain ajak datang makan-makan pada petang ahad aritu.
Tapi ramai x bole nak join.
Takpe takpe, x ramai pun tapi masih bole buat juga makan-makan kan?!
Sebab tu tajuk entry ni ako nama kan "Mini Makan 2013". hehe


Tengahari tu ako pick up dak Asri kat umah dier.
Kemudian kitorang gi Tesco Ampang tuk shoping pape yang patut.
Al-maklum nak buat makan-makan tapi satu barang dapur pun xde kat umah.

Cadang menu untuk petang itu simple je pun iaitu bihun goreng, nasi impit dan kuah lodeh serta lemang dan juga sambal sotong. Nak buat rendang memang x sempat la kan. 

Lemang tu kita beli tepi jalan je.
Sebatang sudah, sebagai syarat je pun. heheh...

Jemput dak Asri jam 11.30 pagi.
Sampai Tesco jam 12 tghari.
Sudah soping jam 2 petang.
Erkk nak ajak orang makan jam 3 petang dan ke atas.

Perghhh kelam kabut dibuatnya.
Nak masak tu kejap je tapi nak menyediakan bahan-bahan tu yang ambil masa juga kan.


Dah macam nak wat kenduri besar-besaran plak.
Blender pun siap beli baru lagi kat Tesco aritu hahaa...

Mereka berdua menjadi assistant chef pada hari kejadian.
First time nak masak kuah lodeh ni.
Punya la google cari resepi dan cara masak yang paling senang.
Bukan apa, kadang tu ako tengok bahan-bahan dia terlalu byk sangat.
Ako memang pilih yang paling ringkas dan mudah nak buat je.
Sebab percubaan pertama la katakan.

Tapi memandangkan nak cepat dan mudah sangat, abesh sumer bahan ako blender je terus.
Contoh macam serai, elok sekadar kita titik kan aje.
Tapi ako bantai blender sekali dengan bawang dan segala mak nenek bahan yang lain.
Hhaahaha... senang kan!
Janji ada bau dan ghope ye.


Tetamu pertama kamie yang sampai.
Masa ni ako masih lagi sibuk memasak di dapur.
Memang x siap lagi menu nya.


Taddaaaa.... akhirnya menjadi juga kuah lodeh ako.
Nyum...nyumm...
Walau takde la sesedap macam korang punya tapi perasaan bangga tu tetap ada sebab ini adalah percubaan pertama hasil dari air tangan ako sendiri.

Ye ye ako kan mana la reti masak memasak ni.
So, bila satu makanan tu menjadi, rasa kembang juga la lobang idong ni.
Muahahaa... klu korang, tak bangga ke kan?!!


Dan ini juga percubaan pertama ako.
Sambal sotong versi kak een.
Sebab ako suka sambal sotong yang kak een slalu buat, maka nya nak juga la mencuba sendiri kan. Dan alhamdulilah, walau x sesedap macam kak een punya tapi menjadi juga la.

Nampak macam pedas sangat kan tapi hakikatnya bagi ako yang kuat pedas ni, sambal tu cam ada kureng pedas sket la. Mungkin ako terlebih letak gula kot dalam sambal tu hehe..


Bihun goreng yang kurang pedas juga.


Antara menu-menu yang lain juga.
Asalnya nak buat makan untuk minum petang je.
So, plan mmg nak soh si Karni belikan pisang goreng cicah kicap.
Tapi jadi la cucur ikan bilis cicah sambal sotong hahahaha.....

Kuih-muih raya masih banyak lagi kat umah tu.
Nampak gaya kena bawa la ke opis seminggu depan ni.


Dah, tunggu apa lagi?
Jom makan jom!


Chef-chef in da house!


Gosip-ing sambel tunggu budak berdua ni sampai.
Ada kiriman dari orang Selatan ghopenya.
Tu yang memasing sanggup menunggu sampai ke malam.



Hoyeeeee!!
Pemanis mulut sudah sampai!
Terima kasih orang Selatan.
Lenkali bole kirim banyak-banyak lagi :p


Last but not least, dah kenyang dah pung...
Last pic of da day.

Thanks for coming!
Tahun depan kita buat lagi k.

Nota Jemari: Last minit sangat ni tapi alhamdulilah menjadi juga ;-)

Tuesday, August 27, 2013

Event: Relay For Life - KL 2013


Hari Sabtu lepas, ako join event "Relay for Life" anjuran National Cancer Society Malaysia di Dataran Petaling Jaya sebelah A&W dan berhadapan dengan Amcopr Mall.

Event ni start dalam pukul 6 petang dan abes sampai jam 10 pagi keesokkan harinya.
So, kira kan overnight event la ni.


Pihak penganjur siap sediakan khemah buat mereka yang join event aritu.
Ada juga yang bawa khemah sendiri.
Meriah. Dah macam berkelah atas padang plak ako tengok kan.

Ekceli event ni dah setiap tahun ada.
Cuma ako je yang baru tahu pasal event yang satu ni.
Itupun sebab volunteer kat opis ako ni yang dok promote.

Event ni adalah nak bantu bagi semangat kepada mereka yang menghidap cancer untuk terus hidup.

Macam-macam aktiviti ada kat situ.


Ada konsert dari local artis.
Jangan di tanya siapa yang melalak.
Sesungguhnya ako tidak kenal akan mereka semua.


Yang ini plak show dari mereka, penghidap cancer yang masih survive hingga kini.
Semangat mereka ni buat persembahan.


Perarakan bermula dengan Survivors.
Kemudian diikuti dengan kelab dan persatuan atau agensi-agensi yang lain.


Berjalan selama 16 jam.
Tapi berganti-ganti la ye.
Mampu ke ko berjalan 16 jam tanpa henti?
Haaahaha.....
Yang pasti, kena sentiasa ada orang berjalan kat track tu.


Bila malam, derang pasang lantern.
Tapi yang ni simple je.
Takde la derang lepaskan ke udara ye.
Just letak mengelilingi kawasan perkhemahan.

Macam-macam derang tulih kat lantern tu.
Tapi sebab ako snap dari belakang, maka nya x nampak tulisan-tulisan atau gambar yang menarik kat kertas lantern tu. Yang ni xde paksaan. Sape nak buat, pasang la.
Sape x nak, duduk je la dendiam eh.
Coz waktu ni derang bertafakur kejap, mengingati mereka yang telah pergi akibat cancer.


Dah memalam sket, tetiba artis datang.
Join la kejap berjalan keliling padang tu.
Yang lelain ako x kenal.
Cuma si shasha saidin tu je la yang ako nampak ..
hehehe.... 

Ako takde la nak tunggu sampai pagi esok kan.
Cukup 4 kali pusing, cukup buat ako berpeluh, lebih kurang jam 11 malam ako pun balik je la. Dah ada yang volunteer nak tunggu sampai pagi esok. So, watpe nak tunggu lelama kan, ada peluang, balik je la. 

Maka nya, ako xde la sempat nak bermalam di situ bersama yang lain.
Tepat jam 12 tgh malam ako sampai rumah, terus ZZzzzzzzzz.

Sekian.

Nota Jemari: charity event

Friday, August 23, 2013

Teater: Maduku KALUT


Teater selama 1jam 30minit bergenre fast komedi ini diarahkan oleh Muhammad Azhar Zainal. Teater ini bakal mencuit hati penonton dengan kisah si suami yang beristeri dua.

Kisah komedi yang berlatarbelakangkan era moden, mengisahkan tentang kehidupan seorang pemandu teksi yang terpaksa memberikan komitment terhadap kerjayanya yang tidak menentu masa dan kehidupan rumah tangganya bersama dua orang isteri. 

Dimana isteri pertama dan kedua tidak tahu yang mereka dimadukan. Kekalutan demi kekalutan terus berlaku dan akhirnya rahsianya terbongkar namun semua orang orang tidak lagi mempercayainya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Eh eh ni sape peminat Izue Islam ngan Nad Zainal, bole la rembat tiket tengok teater ni kat Istana Budaya.
Teater ni akan berlangsung dari 27 hingga 30 September 2013.
Kowang boleh beli tiket ni di :-


Tadi sesaja la klik nak tengok rege tiket.
Pastu sesaja klik nak tengok banyak lagi seat tak.
Aikk tapi sejak bila istana budaya ni pentas dia kat tengah-tengah ek?
Coz sekarang ni kiri kanan pentas dah boleh duduk.
Ada sesape pernah gi istana budaya bebaru ni tak?

Lama giler tak tengok teater.
Anyone nak jadi peneman aii tak??
#nak gi deting arr

Nota Jemari: Asri oo Asri, awak nak jadi peneman saya tak? :p

BNM Raya 2013


Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, Gabenor dengan sukacitanya mengundang semua warga kerja Bank dan keluarga ke Majlis Rumah Terbuka Bank yang akan diadakan pada: 

Tarikh: 23 Ogos 2013 (Jumaat)
Masa: 12.30 tengah hari - 4.30 petang
Tempat: Dewan Persidangan 1 dan 2, Sasana Kijang

Marilah kita bersama-sama memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Bank.



Jom beraya!
Tak sabar nak makan lemang dan rendang!

Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir dan Batin!

Nota Jemari: OPis korang camne plak?!

Thursday, August 22, 2013

Derma Pakaian Baru/Terpakai

Memang dah lama niat nak dermakan sebahagian pakaian ako kat sesape.
Tapi tu la pertama, tak tahu nak salurkan ke mana.
Kedua, malas nak mengemas pun iye juga.
Asyik la bertangguh-tangguh nak kumpulkan baju-baju tu sumer.

Malam tadi ntah semangat apa muncul, berkobar-kobar ako melipat kain baju yang rasa-rasa nak let go tu.



Bukan satu lemari tapi 3 lemari.
Sebabkan 3 gobok tu la juga kemalasan mengatasi kerajinan.
#abaikan keadaan serabut dalam lemari tu ye!


Masa dok melipat baju-baju tu, rasa sayang pun ada.
Apa taknya, ada juga baju yang ako x pernah pakai langsung sejak dibuat.
Ye la, camne nak pakai.
Masa menyiapkan baju tu, badan mengecut je.
Bila baju nya dah siap, badan ni membesar bagai johan tak henti-henti.
Hahaha... abih camno nak pakai baju baru gamaknya.

Belek punya belek, wah banyak juga baju ako dari dulu sampai skrg.
Pelbagai fesyen dan gaya.
Dari kebaya nyonya, kebarung dan baju kurug.
Tak lupa juga kain 'thai' yang kena ikat tu. (erkk korang pernah pakai x?)

Dari Perempuan ke Gaz Butik.
Malah First Lady pun ada juga.
Yang x berjenama apatah lagi.
Kain dari obersee pun nak sebut juga. 
#muahahaha

Ada juga antara baju-baju tu, ako baru pakai sekali je pun.
Sebab 'meriah' sangat kot jadi cam erkk x sesuai nak pakai selalu.
Tambah lagi x pegi function memana, lagi la x tau bila masa nak pakai baju tu.
Sudahnya, x yah pikir lelama, kita kasi orang juga la ye.
Untung-untung dapat pahala bagi orang lain pakai baju baru kita kan ;-)


Ok dah SIAP!
Perghhh ni baru satu beg.

Oh ye beg tu pun ako baru pakai sekali.
Still in good condition, so ako niat dermakan juga la.
Beg banyak-banyak pun buat nyemak bilik ako je.

Korang ada pakaian yang nak didermakan?
Lagi bagus klu ada pakaian budak kan.
Coz ako rasa kebanyakkan orang mesti akan derma baju-baju dewasa je.
KLu ada, bole tanya detail kat ako k camne nak dermakan.
Email me at : anakomak6@gmail.com

Nota Jemari: Sumbangan bermula dari 19 Ogos - 6 Sep sahaja.

Saturday, August 17, 2013

ABIN nak pegi mana tu?


Wah.. banyak nya duit ABIN!


Statement spontan dari ABIN dengan nada marah kepada adiknya,

"ADIK! Jangan usik duit ABIN laaa....!! Duit ABIN dah cukup nak naik ketapi ni."

Erkk... ABIN nak gi mana naik ketapi tu?
Cukup ke tu duitnya?
Klu x cukup, nanti soh MAMA tambah ye :p

Nota Jemari: Gara-gara nak gi bercuti lagi la tu...

Friday, August 16, 2013

Happy belated Birthday, ABIN!

7 Ogos 2008.
7 Ogos 2013

Genap 5 tahun.


Kali ni besday DIA jatuh sehari sebelum raya.
Jadi, memang x plan pape la kan.
Tapi hari tu MAMA terpikir nak belikan DIA kek.
So, moh la kita nyanyi hepi besedei untuk DIA.


Happy belated birthday, ABIN.
Dah 5 tahun umurnya tu,
Moga jadi anak yang soleh dan budak yang mendengar kata ye.

Jangan noti-noti.

#cepat tiup lilin tu ABIN, adik dah x sabar nak makan kek tuh :p


"ABIN, kita tiup LILIN tau bukan PELITA!"

hehehe....

Nota Jemari: Miss you, ABIN.....!

Berbuka di 'Kotak Merah'

Cepatnya, dah raya ye!
Harap belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya buat anda semua.

Dah masuk syawal dah pun tapi entry tetap pasal ramadhan lagi.
Hahahaa... takpe la kan janji hapdet juga!


Ha ni nak citer sket.
Kisah hari Selasa, sebelum nak ghaye aritu.
Ini memang x plan langsung.
Tetiba kawan nan satu tu menyuarakan hajat.
Ajak berbuka di 'kotak merah'.

Dan kebetulan memasing memang xde plan lain, maka setuju je la.
Kami je pun yang tinggal kat opis masa tu.
Ramai dah start cuti.
Jadinya, berbuka aje la kami di kotak merah.
Makan-makan sambel menghiburkan hati.


Elok sangat la tu kan.
Malam terakhir terawikh, kami di situ.

Anak rantau, raya pun kat KL je.
Sedih sedih, tu yang hiburkan hati.
hahahaa tapi yang sebenar nak sampaikan hajat orang tu.
Gian nak melalak kekdahnya.

Layaan kan aje.
Melalak lagu-lagu raya plak tu.
Mana tak sadis dibuatnya.
Sedap x sedap sore belakang citer, janji puas hati.

So, sekali lagi, Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin.

Moga raya kowang kali ni bertambah-tambah berkat.

Nota Jemari: Minggu ni nak beraya ke mana ye?