Followers

Wednesday, January 23, 2013

Jemputan kawen naik 'belon'

Tengkiu bakal perantin!!
Tapi sorry eh x dapat nak hadirkan diri.  Sebabnya dok tunggu tiket sponsor tapi x sampai2 pun :p

So,  congrats again! 
Have a nice and great Nikah Day!

Nota Jemari: ole-ole jgn lupa.. meow!

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, January 22, 2013

Krunchy Karemel in da House!

Tadi petang turun klinik jap tapi tutup plak.
Ingat nak amek result darah aritu , nampak gaya esok je la.
Aishh...

Pastu naik lif tadi terserempak ngan si Maya.
Kata nya ada sesuatu nak dibagi.
Pesanan dari orang.

Kisah nya orang tersebut minta tolong ako promotekan makanan kat bawah ni.
Oooo fuh, ingat kan apa la tadi kan!
Hehehe...


Maka, dengan rasminya ako pun tolong la ye war-warkan kat sini.
Sebalang kecil tu harga nya dalam RM22.

Sedap!


Krunchy karamel eh nama nya!
Hahahah ako baru pasan.
Tahu makan je dari tadi.

Ngap ngap memang sekali ngap je.
Ranggup!!
Manis!!

Ngap!!! :p


Klu ada sesape nak beli, boleh contact mereka yang tertera nama di atas kad tu k.
Untuk warga opis ako, kowang leh contact Maya (ext sila cari sendiri dalam kijang.net ok :p),
kat tingkat 8B kay.

(psst maya, ke sape nama akak tu ek? Lupa lak ako nak tanya tadi hehehe)

Pape pun, sila la sila la ye.
Buat kowang yang memang suka melantak, memang sesuai ar krunchy ni dijadikan kudapan kowang.

Selamat Mencuba!

Nota Jemari:  nyum nyum ... lama menyepi tetiba entry makan kan haaha...! Tunggu entry makan lagi ! :p

Friday, January 11, 2013

ECONS Sector Family Day ... Coming Soon!



Tak sabar rasa nya!


Geng-geng seangkatan, jumpa kowang di sana esok!!!

Nak lucky draw pelisssssssss!!!

Nota Jemari: Ipad. DSLR, Galaxy Tab, Samsung Nexus!!!

Tuesday, January 8, 2013

R.I.N.D.U

Rindu nya nak terbang ke blog kowang.
Rindu nya nak jenjalan baca entry kowang.
Rindunya nak menyembang kat blog sendiri.

Arrghh... tunggu ye, ako kehabisan waktu.
Eh, ako ketiadaan masa.
Erkk .. lebih kepada kemalasan dan juga kepenatan.


Beberapa hari ni asek balik lambat.
Tapi ako tetap pastikan ako sempat tengok ADAM & HAWA.. hehe..
Cuma bila dah lewat balik ni, kekadang sampai umah terus nak masuk tido je.

Pape pun, rindu sungguh nak berceloteh dan berkongsi entry ngan kowang.
Tunggu ye...

I'll be back!!! hehe

Nota Jemari: medical check-up .. 

Friday, January 4, 2013

Pemenangnya adalah ...

Aiyooo.... lama nya entry ni tertangguh.
Update secara ringkas je la ye.

Majlis "Hari Penghargaan", "Penyampaian Hadiah" dan juga "Sambutan Hari Jadi" telah berlangsung dengan jayanya pada 14 Disember 2012 yang lalu. 

Lebih-lebih lagi majlis ini adalah majlis yang dinanti-nantikan oleh sumer warga opis ako setelah sepanjang tahun lepas berpenat lelah mengadakan pelbagai aktiviti bersama.

Seperti biasa, acara bertukar-tukar hadiah iaitu acara wajib setiap ujung tahun juga turut diadakan.


Pelbagai jenis makanan terhidang untuk santapan kami semua.
Menu kali ni adalah mi rebus, serawa durian bersama roti jala.
Ayam tandori dan juga sedikit dizert dan juga buah-buahan.

Alhamdulilah, murah rezeki memasing.


Hadiah-hadiah tersusun rapi.


Konsep tukar-tukar hadiah tahun ini agak berlainan sedikit.
Di mana, setiap orang dikehendaki menulis mesej hadiah apa yang diingini secara kreatif.


Dear Amazing Person X,

(Write message here)

Love, (Name) 



Setiap orang akan cabut satu mesej daripada salah sorang dari kita, lepas tu gigih la usaha untuk cari hadiah yang dikehendaki oleh mereka itu.

Harga hadiah adalah antara RM30 ke RM50 sahaja.
Jadi kena la pastikan hadiah yang kita nak tu klu bole takde la lebih-lebih harga nya kan.


Mereka yang mendapat penghargaan.
Tahun ni sila vote saya ye, sambel jeling kawan sebelah.
Muahahaha :p


Apa yang anda dapat tidak sama dengan apa yang anda inginkan.
Jadi la ye!

Makna nya dia x paham mesej yang ko tulih la tu heheh :p


Dan ako sangat gumbira sebab mendapat hadiah yang ako inginkan.
Oh, what a perfect give for me!!
Yeehaaa, tengkiu tukang yang beli!!


Taadaaaa... juara JASM GAMES 2012 jatuh kepada ......
Kumpulan Low PIE!!!

Hoyeee!!!
Hoyee!!!

Clap! Clap! Big Clap!

Dengan mendapat sebijik hamper dan piala pusingan beserta voucher Sogo bernilai RM50 seorang.
Tocheee penganjur majlis!!


Tempat kedua jatuh kepada kumpulan XTau.
Tahniah! Tahniah!


Dan akhir sekali, tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan KAWT1M.

Yeeeaayyy!!!


Tahniah buat anda kerna memenangi peserta terbaik bowling.


Abesh dah dok soping guna voucher ini.


Hadiah yang ako minta!!
Yeehaaaaa!!!

Harus mulakan misi mencari gambar-gambar ni.

Sekian, majlis ujung tahun kami.
Tahun ini apa aktiviti lagi ye?

Tunggu....

Nota Jemari: Selamat Tahun Baru 2013

Annivesary

Daisypath Anniversary tickers