Followers

Monday, April 29, 2013

Teater: Nyonya & The Gang in Istana Budaya

Salam ceria & salam teater!




Saksikan Amy Mastura, Misha Omar, Fara Fauzana, Rozita Che Wan, Mardiana Alwi, Taiyuddin Bakadan ramai lagi beraksi dalam teater terbitan ke-31 CTRA Production Nyonya & The Gang di Panggung Sari, Istana Budaya daripada 14 - 20 Jun 2013.
 
Gabungan 2 teater dalam 1 persembahan ini bakal diarahkan oleh Rosminah Mohd Tahir (Nyonya) & Siti Rohayah Attan (The Gang).

Dapatkan tiket anda di http://www.AirAsiaRedTix.com atau Rock Corner dan Victoria Music sekarang! Harga tiket bermula daripada RM35 sehingga RM155. 

Untuk maklumat lanjut, layari blog rasmi Nyonya & The Gang di http://www.nyonyathegang.blogspot.com dan 'Like' laman Facebook kami di http://www.facebook.com/nyonyathegang 

Jumpa di sana!

-CTRA Production-


Nota Jemari: forwarded email

Tuesday, April 16, 2013

Autumn in My House??!!


Musim luruh dah tiba ke kat Malaysia ni?
Berguguran dedaun kering berterabur di halaman rumah.
Cop!!!
Tu bukan daun-daun dari pokok kat umah ku.
Itu dedaun dari pokok jiran sebelah.

Musim panas sekarang ni kan.
Eh tapi kekadang musim hujan x menentu juga.
Tapi memang sejak akhir-akhir ni, dedaun kering banyak bergelimpangan di depan umah.

Alahaii.... ko sapu la tetiap hari hatta tiap masa sekali pun.
Lepas tu berterabur dia jatuh lagi.

Sudahnya, malas nak sapu dah!
Biar lah musim luruh berlalu dulu.
Kita tunggu plak musim bunga.
Yeehaaa...

Tapi bukan sekarang ni tengah musim pilihanraya ke?
Arghhh lagi tension.
Depan rumah pun ada bendera.
Satu taman dah penuh bendera kaler biru.

Jangan lepas mengundi sok, bendera-bendera tu plak berterabur bergelimpangan di jalan raya.
Siap kowang!!

Nota Jemari: Rumah dah la x berapa nak kemas, aisshh luaran pun nak menyemak juga ke??

Friday, April 12, 2013

Happy Weekend


Nota Jemari: weekend ni nak mengamit kenangan lalu

Ayoh kita ke JAY BEE

6 April, 7:15 pagi dah terpacak kat opis.
"Mana la derang ni?" gumam ako sengsorang.

Wassapp si teman.

A: Mana korang x sampai lagi ni?
F: Cik Siantan x sampai lagi.
A: Lambat lagi la tu... erm..
F: Macam x biasa
(ekekeke... ako kasi ubah ayat, kasi rencah sket la ye)

F: Kakak Z dah sampai?
A: Otw....

Kitorang janji nak jumpa kat opis dalam jam 7.30 pagi.
Biasa la klu orang kita berjanji kan... wwopppsss...

Lebih kurang jam 7.50 pagi, kakak Z pun tiba dan terus memungut kami.
(pungut pigi nya hahahaa)


Orait, jom kita ke Jay Bee!!
Misi mencari lauk kenduri kawen.
Yeehaaaa........!

Pemanduan kejap kejap berhemah, kejap kejap terlebih hemah nya, membawa kita sampai di Jay Bee lebih kurang jam 12:30 tengahari. Itupun setelah sejam berhenti bekfes di R&R Seremban terlebih dahulu.

Jalan adalah sangat licin (eh smooth la kan.. hahhaa).
Bagus!!


Lokasi kenduri adalah di Maktab Sultan Abu Bakar.
Atau lebih dikenali dengan nama English College.
Ye ye sape orang-orang JB tentu tahu kan sek EC ni.
Kelassss ko, EC ada dewan yang sangat besar!!
Hahaha.....

pssstt wahai kengkawan sekolah ku, haa kowang x nak buat kenduri kat dewan sekolah kita kah?? :p


Misi berjaya.
Tunggu apa lagi, jom kita makan!!!!


Simple dan cantek!


Jam 1.30 petang, pengantin pun berarak masuk ke dalam dewan.
Aisshh sape plak yang bertudung biru menghalang pandangan ni??


Seri pengantin.
Simple je mekap dan baju pengantin kan.
Pape pun, tahniah Iman dan Suami.


Sebelum balik, marilah bergambar beramai-ramai.


Di pintu keluar ternampak ahkak ni.
Sape kenal?
HAhahha sape lagi klu bukan Che Lah salah sorang peserta masterchef tu.

Kelasss ko Che Lah tapi tolong jangan nyanyi lagi ye.
Ke laut piginya...
Hahahhaa... *(jgn amek hari ye wink )


Madu pemberian ikhlas dari pihak pengantin.
Simbolik moga perkahwinan mereka semanis madu itu.
Wah yo yo je ako. ahahaha

Dah selesai melantak, kami menyinggah sebentar ke Bukit Indah untuk beristirehat.
Kami pulang ke Kay Ell lebih kurang jam 4.30 petang hari itu juga.

Sekian cerita hari minggu kami yang lepas.

Nota Jemari: Long Journey Weekend

Wednesday, April 10, 2013

Semak Daftar Pemilih

Tak yah citer pepanjang.
Ni, nak tanya, kowang dah daftar belum untuk mengundi nanti?
Kalau dah daftar, kownag bole check status tempat mengundi kowang.
Sila layari website ni,


Selamat Mengundi!

Nota Jemari: Mari lah mari pegi mengundi....... psstt erkk ngundi ke? wopsss

Appreciation Lunch


Roses are red 
Violets are blue
We want you to know 
How much we appreciate you! 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Please join us at a luncheon to express our appreciation for all of your hard work and dedication in ensuring the success of the production for the 2012 Annual Report and Financial Stability and Payment Systems Report. 

Details of the appreciation lunch are as follows:

When:   10 April 2013 (Wednesday), at 12.30 pm
Where:  Melting Pot Cafe, Concorde Hotel, Kuala Lumpur

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hoyeeeeee makan FREE!!!
See you there *wink

Nota Jemari: Rezeki jangan ditolak... nom nom nom

Saturday, April 6, 2013

Long journey Weekend

Yezzaa... we're now heading to Johor Bahru. 

KL-JB-KL

Gi kenduri paling jauh tapi balik hari je pun..  Pergh!!

"psst awak,  tunggu kedatangan saya ye!"

Nota Jemari: Kenduri sendiri...............???!!!! tetttttttttttt...

Published with Blogger-droid v2.0.8

Thursday, April 4, 2013

"Hi, nama saya Rayyan! Nama Awak?"

Jarang citer pasal budak ni kan?!
Asek-asek dok citer pasal ABIN ngan adik dier.
Hehehe...

Dok belek entry lelama, hanya ada 2 entry je ako dok selitkan pasal budak ni.
Satu pasal kedatangan dia kat dunia ni.
Dan satu lagi pasal raya bersama-sama.

Ye la, camne la nak bercerita pasal si kenit ni.
Jumpa pun setahun sekali je.
Itupun kejap-kejap.
So, aktiviti bersama memang agak terbatas la sket.

Maka sebab itulah ako jarang sangat bercerita pasal si kecik ni.


"Hai kengkawan aunty. Nama saya Ruzain Rayyan. Umur saya baru nak masuk 2 tahun"


Ni je la satu-satu nya gambar ako berdua dengan dia.
Sebabnya budak ini adalah menyombong dan susah betul nak didekati.

Itulah padahnya klu jarang-jarang berjumpa kan. huhu...
Takpe la, jangan dah besar sok, ko lupa kat makcik-makcik ko, udah la ye.

OK la, tu je nak update!
Hehehe...

Nota Jemari: Tengah kekeringan idea ni...

Wednesday, April 3, 2013

Sekitar Pengumuman Pembubaran Parlimen

Pagi tadi tepat jam 11.30 pagi, kitorang dah siap sedia terpacak depan tibi.
Gara-gara nak dengar pengumuman oleh PM pasal pembubaran Parlimen.
Excited!!


..dengan lafaz bismillah.. erkk ada ke dia sebut tu tadi ek?
Dengan rasminya , parlimen dibubarkan....!!


Kusyuk betul derang.


Serius nya cik kak oiiii!!
Rileks arr.... Pasni jangan lupa gi mengundi ye :p


"Hoyeeeee.....! Jom mengundi!"

Hahaha... Sekian.

Nota Jemari: psstt ako x pernah lagi mengundi ni.. syyhhhh :p

PM to address nation over live television at 11.30am


KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak is scheduled to address the nation live over television at 11.30am today, the Prime Minister”s Department said in a Twitter message.
Media reports had indicated that the prime minister would announce the dissolution of the Dewan Rakyat today to pave the way for the 13th general election.
Earlier today, Najib had an audience with Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu”adzam Shah at Istana Negara.
The official car of the prime minister was seen entering the Istana Negara compound at 8.10am today and leaving about an hour later.
At 9.50am, Najib, attired in a dark lounge suit and a red tie and looking cheerful, arrived at the Perdana Putra complex in Putrajaya to chair the weekly meeting of the cabinet.
He was greeted by the members of his cabinet who applauded him upon arrival and congratulated him on his fourth anniversary today as the prime minister.
Also present was the Chief Secretary to the Government, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, and the Deputy Secretary-General (Cabinet) Tan Sri Mazidah Abdul Majid.
Najib is expected to pose for a group photograph with the members of his cabinet after chairing the meeting.
Today is the fourth anniversary of Najib”s tenure as the prime minister.
He assumed the position in 2009, succeeding Tun Abdullah Ahmad Badawi. — Bernama

Read more: http://www.theborneopost.com/2013/04/03/pm-to-address-nation-over-live-television-at-11-30am/#ixzz2PMnGm0Y9


Nota Jemari: Jom reramai tunggu depan tibi tepat jam 11.30 pagi ini!!

Tuesday, April 2, 2013

Bila Abang dan Adik ke Zoo Negara

Satu hari tu ako amek coti.
Saja bawa budak-budak berdua ni pegi Zoo Negara.
Memang mencabar bila terpaksa jadi 'babysitter' untuk budak berdua ni.
Ako dan mereka sahaja!
Perghh, layan kan aje.


Abang memang kaki berposing.
Si adik plak kuat makan dan minum.
Aishh.....

Pegi pagi, seb baek x ramai orang.
Lega la juga sebab x yah nak bersesak-sesak dengan orang ramai.
Pepaham je la bila sendirian jadi babysitter, harus la mengeletar lutut kepala nak layan perangai sorang-sorang.

Ala, pegi Zoo je pun.
Balik-balik tengok binatang je pun kan.
So, x yah la ako citer setiap binatang yang ada kat situ ek.


Ekceli seronok jalan dengan derang bertiga je.
Kita bole buat apa saja kan Abin.
Kita bole makan apa aje kan Aqeem.
KLu ada mama ngan abah, mesti kena catu-catu kan ..
Syyhhhhh :p

Si Adik, pantang tengok abang buat sesuatu.
Mesti nak ikot.

Abang tengah main-main dengan topi, adik pun sibuk la nak pusing-pusingkan topi dia juga.


Abang kehausan.
ADik pun sama la cari botol air dia.
Haus juga katanya.

ABIN kedekut, sket pun x offer kat nina air tau!


Abang nak makan eskrem.
Adik pun nak makan juga.
Lantak kowang la.
Klu sorang demam, dedua pun kena demam..
Hehhehee...

Dah la dedua tengah batuk time tu.

Adik pun kedekut tak moh share makan eskrem ngan nina.
Macam la dia bole abeskan satu kon eksrem tapi hakikatnya memang dia makan sampai abs pun eksrem tu. Perghhh......

SApe salah? Nina juga dipersalahkan...


Abang suka main ngan payung.


Dia pun sibuk juga nak pegang payung.
Dah x pasal-pasal ako kena beli payung extra untuk sorang satu.

Sape soh ako layan kan sangat permintaan derang kan?
Ater, ngan sape lagi ako nak laburkan duit, betul tak?

Hahahaha untung derang dapat aunty yang baik macam nina... kan kan :p

Pape pun, seronok menghabiskan masa hanya kami bertiga je.
Tunggu coti sekolah lagi, kita gi holiday sesama yek ;-)


Nota Jemari: Rindu kat derang! Naughty boys!

Monday, April 1, 2013

Berdoa lah!


Bertabah lah!
Mari sama-sama panjatkan doa sesama kita.
Moga diberkati hidup dunia dan akhirat.

AMIN.

Nota Jemari: Syukur masih diberi peluang untuk beramal lagi.