Followers

Wednesday, July 31, 2013

K. Roger's Shortbread & Butter Cookies

STICKY POST

Scroll down for new entry!


Salam Semua,

Suka makan Shortbread/ butter cookies??
Mahukan kelainan???
Memperkenalkan Biskut terbaru , paling sedap dan paling laris keluaran MALAYSIA.

Diperakui HALAL oleh JAKIM MALAYSIA
Sesuai dijadikan Hadiah Korporat, Door gift utk sebarang Majlis dan juga sebagai Biskut RAYA






Terdapat dalam 4 perasa:-

  1. Almond & Cocoa Chip
  2. Rasberry & Almond Chips
  3. Blueberry
  4. Cornflakes & Cereal

Harga RM25 setin. Berat bersih: 400g/tin (48-52 keping/tin)
Promosi sempena Ramadhan, 4 tin cuma RM90.
Penghantaran boleh dibuat jika berada di luar kawasan.
Pos caj akan dikenakan mengikut berat.
Cepat-cepat!

Berminat???

Tempahan melalui :-
Email : farihah.ahmad@yahoo.com      
Wassapp/sms : 017-2197788 (Farihah)


Nota Jemari: "Sekali Makan tak boleh Berhenti" :D

Tuesday, July 30, 2013

JJCM: Little Taiwan

Salam ramadhan lagi.
Dah 21 hari ye kita berpuasa.
Ada lagi seminggu lebih nak masuk hari raya kan.
So camne persiapan korang?
Semuanya dah ready ke?
Untuk diri ako, alhamdulilah rasanya cukup la kot apa yang dah ada tu.
Bukan nak raya sakan pun, ye dak!

OK meh nak share waktu berbuka kami tempoh hari.
Sebelum ni kami teringin nak makan makanan Korea.
So kami sepakat berbuka di Sweetree, Ampang.

Tahun lepas plak kita makan stimbot.
Malaya Stimbot menjadi pilihan.

Tahun ni memasing pakat nak 'terbang' ke Taiwan plak.
Kebetulan ada promosi kat groupon harga RM13 untuk satu set makanan, jadi kita pun cecepat je la grab.

Highlights
  • Ramadhan set meal with drinks at Little Taiwan.
  • Choose from special chili fish, KOU SHUI JI rice, apple curry chicken, or braised beef rice set.
  • Includes side dish of kurma,cucur, and acar.
  • Choose from calamansi basil seed green tea or calamansi basil seed red tea.

Bincang punya bincang, akhirnya pada 18 Julai 2013 kita selamat 'mendarat' di Little Taiwan Sphere, Bangsar South. Tak susah nak cari tempat ni, kalau korang tahu Kerinchi, ha gerenti jumpa punya la kedai tu.

Dalam promosi groupon tu, dia hanya ada 5 tempat je yang offer ramadhan set ni.
Salah satunya kat The Sphere, Bangsar South tu la.
Sebab senang nak ke sana dan tempat tu crowded sangat, so tu yang kita gi situ je la.


Very very the friendly staff kat situ.
Tempat pun bersih dan selesa.
Ruang di luar lebih luas.

Tak perlu risau, surau ada disediakan di bahagian bawah bangunan tu.

Ahli jemaah yang berjaya 'terbang' bersama-sama pada hari kejadian.

Camni la ghopenya set RM13 dari pembelian di groupon.

Ini adalah set Apple Curry Chicken.
Agak penuh ngan rempah ratus.
So, ako kurang menggemarinya.


Ini plak set Chilli fish.
Siyes memang sangat pedas!
Pedas tapi sedap!


Yang ini plak set braised beef rice.

Ermmm tak menepati citarasa ako langsung.
Bau daging yang sangat kuat.

Ako dah la kureng sket bau daging lembu yang lepas kena sembelih tu.
Memang x makan la.


Ini lah side dish nya.
Side dish of kurma,cucur, and acar.
Cucur dia sedap.
Ingat nak tapau cucur tu je tapi x jual plak coz dia sekali ngan set ramadhan tu.


Pastu kita tambah lagi makanan lain.
Ini nama nya Golden Yam Ball.
Harganya RM5.90


Kue teow goreng ni memang superb sedap!
Harganya RM7.90


Special combination.
Harga dalam RM14.90.
Ada cheese dalam nya.
Makan panas-panas memang menyelerakan.


Dessert - Snowy Ice (RM8.90)
Macam-macam perasa ada.

Kalau korang nak air suam, harga nya RM1.50.

Air yang kami dapat tu dah termasuk dalam pakej set ramadhan tadi ye.


Kenyang sudah.....
Eh ini gambar sebelum melantak.
Pape pun, tahun depan ke mana plak kita ye?

Nota Jemari: Selamat Berbuka buat kowang pembaca setia.

Tuesday, July 23, 2013

JJCM: Dip n Dip - DILARANG MASUK SINI JIKA ANDA BERPUASA!

Salam ramadhan kengkawan.
Pejam celik pejam celik dah 14 ramadhan.
Setengah bulan sudah berlalu.
Kejap je kan.

Tak banyak aktiviti dalam bulan pose ni.
Rasanya macam sama je ngan bulan-bulan yang lain.
Waktu keje pun masih sama.
Ramai juga yang tukar flexi hour mereka.
Mungkin sebab derang sibuk nak memasak.

Bagi orang-orang single macam ako, balik lambat adalah saat-saat yang paling bahagia dalam bulan puasa ni. Apa taknya, jalan adalah lenggang di waktu-waktu senja.
Soploh atau lima belas minit sudah sampai umah.
Sampai-sampai je sudah tiba waktu berbuka.

Nikmat!

OK la takmoh citer pasal waktu berbuka atau sewaktu dengannya.
Aci tak kalau ako citer pasal tempat makan dan juga makanan.
Hahahahaa..... nasib korang la ye klu ada yang terliur.
Ako dah warning awal-awal kat tajuk tu.
Hahahaha....


Sebelum berpuasa hari tu, kitorang ada plan nak makan-makan kat Restoran Dip-n Dip ni.
Selalu dengar citer je. Kali ni ada peluang, so moh la kita plak yang pegi mencuba.

Apa ke bende Dip n Dip ni kan?
Kedai makan yang menjual dessert sahaja.
Jangan plak ko minta nak makan mi goreng ke nasi pataya ke.
Memang la kena sepak terajang kang.
Hahahaha....

Orang dah cakap makan dessert sahaja OK!!
Pape pasal Dip n Dip ni kowang leh masuk website dia k.



Kedai ni terletak kat Jalan Telawi, Bangsar.
Memang ramai orang.
Masa kitorang sampai tu, dah penuh.
Kedai dia kecik je. So kalau ko datang ramai-ramai konpom kena tunggu la ye.

Alang-alang dah sampai sana, sanggup je la kita menunggu.
Lebih kurang 30 minit juga la.
Kitorang pegi tu Jumaat malam sabtu, permulaan malam minggu plak tu, memang la sesak.
Nak nak kat area Bangsar tu kan.
Mungkin kalau korang pegi hari biasa, kurang la sket orang gaknya.


Tengok menu. Hurrmm...............
Semua nampak menarik dan sedap.
Tapi bila tengok tang rege.... telan air liur juga la banyak kali.
Hahahahaa..... 


Ni nama nya 'dip n dip eclair pyramid'.
(11 pieces of mini eclair pyramid style topped with chocolate)

Ala eclair ni kalau x silap ako nama komersil nya 'creme puff' yang kecik-kecik tu.
Pastu derang simbah la ceklat.
Ceklat derang ni bukan ceklat yang cikai-cikai ye.
Ceklat Belgian tau!

Sedap! Memang sedap hingga menjilat bibir dan jari :p


Puff tadi kan cam kosong je kan.
Pastu masa waiter tu hantar ke meja, dia pun tunjuk kan la aksi menuang ceklat tu ke dalam pinggan puff itu. Pekat dan likat coklat nya.


Taaadaaaaa!!!!
Dah penuh dengan coklat eclair puff nya tu.


Nikmat!!!
Lazat hingga tak terkata.


Yang ini plak 'Tripple Chocolate Crepe'.
(folded crepe, filled with chocolate and topped with 3 kinds of chocolate - milk, dark, white)

Cantekkan?!
Sayang giler nak makan.
Hahahaha....


Besar tau!
Memang kena share.
Kitorang aritu pun share berempat.
Portion yang besar. Serius walau banyak coklat tapi x muak pun.


Mocca frappe
(chocolate, espresso in a cold icy creamy mixture)

dan juga

Caramel frappe
(caramel flavored frappe)


Strawberry milk Shake


Fondant
(chocolate rich fondant baked fresh, prepared from famous Belgian chocolate, served with ice-cream, whipped cream and topped with chocolate)


Licin!

Kalau bole nak jilat-jilat pinggan tu.
Hhahha bughok pangai kan.

Ikotkan hati nak order lagi tapi makan 3 jenis ni pun dah bole kenyang perut.
Pape pun overall memang sedap dap dap!

Tang rege nya tu, kalau x silap ako paling murah dalam RM17, dan paling mahal lebih kurang dalam RM200. So kowang agak-agak je la ek berapa harga rata-rata dessert kat situ.

      Jalan Telawi, Bangsar,
      59100 Kuala Lumpur, Malaysia. map it
      Phone: 60322015052
      Opening hours: Sat-Thu 11:00am - 1:00am, Fri 2:30pm - 12:00am

      Nota Jemari: Selamat Berbuka semua hehhe jangan marah ek entry makan-makan ni hahah :p

Thursday, July 18, 2013

Jom gi "TAIWAN"!

Hahahha bertuah badan kalau dapat gi holiday saat-saat cenggini.
Verangan je la yek.

Ni ha nak bagitau, petang nanti kitorang nak berbuka kat "Little Taiwan".
Tak dapat pergi Taiwan, dapat makan makanan Taiwan pun jadi la ye.
Haahaa....


Promosi kat groupon.
Kowang cari la ye kalau teringin nak makan juga.
Harga voucher hanya RM13 sahaja.

Nota Jemari: Tak sabar nak 'terbang' ke TAIWAN!

Perbezaan Maksud Antara Sahabat, Kawan, Rakan Dan Kenalan

Definisi kawan dan sahabat kadangkala dianggap mengelirukan bagi sesetengah individu. Berikut adalah definisi atau maksud bagi istilah sahabat, kawan, rakan dan kenalan. 

Sahabat 
Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu.

Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.

Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita.

Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.

Kawan 
Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.

Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Kita selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan .

Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.

Rakan
Rakan ialah perantaraan antara kawan daan kenalan. Rakan ialah orang yang berkongsi minat, kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya. Contohnya, ada rakan satu tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu kelab dan sebagainya.

Rakan biasanya orang yang boleh mewujudkan kerjasama. Contohnya boleh belajar bersama-sama dengan rakan sekelas, boleh membuat tugasan berkumpulan bersama-sama rakan satu tingkatan, bekerjasama dengan rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan pihak lawan dalam pertandingan bola sepak, dan rakan-rakan sekerja mengadakan mesyuarat untuk syarikat kami dan sebagainya.

Ada rakan yang rapat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai sahabat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai kawan, dan ada pula rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan.

Kenalan 
Kenalan mungkin wujud sebagai rakan. Contohnya rakan chatting, rakan siber dan rakan blogger. Apabila mengenali seseorang itu dalam bentuk atau identiti tertentu, maka dia adalah kenalan. Kenalan adalah orang yang pernah berinteraksi dengan kita tetapi tidak dapat mengesahkan identiti atau kewujudan sebenarnya. Kita perlu berwaspada dengan kenalan-kenalan siber kerana, di luar alam siber, mereka tidak semestinya orang yang sama seperti yang kita pernah kenal di internet.

Kenalan boleh meluahkan perasaan mereka, masalah mereka kepada menerusi ruangan komen, e-mel dan kemudahan-kemudahan interaksi yang lain di internet, tetapi tidak 100% boleh dipercayai. Kenalan kadangkala wujud sebagai satu hiburan, tetapi kadangkala tidak mustahil mereka boleh memberi kebaikan kepada menerusi perkongsian pendapat, idea dan penyelesaian masalah.


#carian google

Nota Jemari: Fahami di mana kedudukan kita dalam berkawan...

Wednesday, July 17, 2013

Azam baru ke tu ABIN?

Awal ramadhan hari tu ABIN balik KL.
Sonok giler!
Sebab ako ada geng nak ajak melepak.
Hahahaa.....


Adegan ni lepas berbuka tempoh hari.
Solat maghrib.
Abang beriyer-iyer nak solat.
Si adik nya pun nak juga solat.

Si abang beriyer-iyer baca al-fatihah.
Si adik pun beriyer-iyer terkumat kamit.

Yang paling syahdu, bila si adik dok berdiri depan abang, dan time-time jgk la abang nak rukuk.
Apa lagi, cepat je tangan si abang pukul si adik.

"Tepi laaa aqeemmm!!!"

Dan dengan sepantas kilat juga si adik membalas pukulan abang.
Dah x pasal-pasal jadi insiden pukul memukul plak.
Tapi sekejap je, lepas adik ke tepi, abang pun teruskan solat.

(sila abaikan wayar yang berselirat dalam gambar tu)



Sesudah solat, si abang ntah lari ke mana.
Si adik tetiba mengemas sejadah.

Ermm ako pun terkedu jap sebab x sangka dia akan 'gulung-gulung' sejadah tu.
Lepas tu sangkut kat tempat penyidai.

Ako jerit panggil abang, buat dek je dia ye.
Amboiiii ABIN, kemain lagi awak ye!
Solat tu dah ok dah , tang nak soh mengemas, mmg hazab betul!

Takpe la dik, dapat juga awak pahala kan, AQEEM ;-)

Moga berkekalan la situasi macam ni sampai bebila.
Sejuk hati mama korang!

Nota Jemari: abaikan keserabutan bilik tu yek hahaa..

Tuesday, July 16, 2013

Zakat 2013


Kowang dah bayar zakat?
Aku dah! Sama macam tahun lepas. Masih RM7 seorang.
Tahun ni cepat je aku tunaikan kewajipan yang satu tu. 
 
Alhamdulilah takde halangan.
Bukan apa,  takut lambat2 kang musti terlupa punya.
So,  kowang tunggu apa lagi?  Pi la cepat membayar zakat ye.

Nota Jemari: rezeki mereka
Published with Blogger-droid v2.0.10

Dah raya ke?


Pagi-pagi sampai opis dah nampak sesuatu atas meja.  Eh eh sampul raya la!
Dah nak ghaye ek?  :p

Kowang camne plak pagi tadi?
Ada sesuatu tak atas meja? *wink

Nota Jemari: Terima kasih kepada pemberi,  tahun depan bagi lagi hehe

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, July 15, 2013

Apps TV3

Malas tengok tb kat ruang tamu.
Senang leh golek2 je atas katil.
Install je la apps tv3 kat playstore korang. #bagi pengguna android

Kalau mata dah ngantok sangat,  terus je lelap.  Tak yah susah2 tutup tb,  tutup lampu n masuk bilik.  Hehehe dasar pemalas sungguh!

Pape pun,  gud apps for me n maybw for you too.  #checkitout!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Ramadhan Food Box Drive

"Can you imagine if you have to live on less than RM800 per month? In a big city like Kuala Lumpur where the cost of living is way beyond that? Well, there are some who are unfortunate to have endured a life of hardship and are struggling to make ends meet. In the spirit of Ramadan, let’s space some thoughts to those who are less fortunate.

BNM Volunteers is collaborating with Islamic Relief Malaysia (IRM) and Carefugees to sponsor 500 food boxes[1] to alleviate the burden faced by the underprivileged throughout Malaysia and refugee families in Kuala Lumpur. Each food box will contain items such as rice, sugar, oil, coffee and tea, potatoes, onions etc. BNM Volunteers aims to collect RM 30,000[2] to support this initiative and we appeal to all Bank staff to donate generously."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

So, dijadikan citer, hari Sabtu yang lepas (13 Jul) ako join la volunteer group ni untuk packing kotak-kotak yang berisi dengan pelbagai jenis makanan kering. Ada lebih kurang 400 kotak yang dapat kitorang packing pada hari tu. Alhamdulilah, pada mulanya memang x ramai sangat volunteers yang datang. Memang jenuh juga la nak masukkan 14 jenis bahan makanan ke dalam kotak-kotak tersebut. Tapi kemudian, makin ramai plak yang hadirkan diri tuk bersama-sama join dalam aktiviti ini. 

Ada yang bawa kawan, ada yang bawa sedara mara, malah ada jgk yang bawa anak tuk sama-sama membantu dalam menjayakan misi ini. Oh ye, pada hari itu, kanak-kanak dibawah 12 tahun dikecualikan. Maknanya, boleh bawa anak! (info tuk rakan sekerja, al-maklum tempatnya kat lanai kan..)


Sebahagian daripada mereka yang bertungkus lumus menyiapkan kotak-kotak.


Nampak mudah tapi hakikatnya berpeluh ahkak dibuatnya.


Antara makanan yang kami dermakan.


Dan begini la kotak-kotak yang sudah siap dibungkus.


Kami yang keletihan.
Saket-saket pinggang ako tapi alhamdulilah pahala tu yang penting.
Murah rezeki orang yang menerimanya kan.

Ahadnya plak ako x join.
Derang sepakat menghantar kotak-kotak tersebut kepada mereka yang layak menerimanya.
Kawasan yang terpilih adalah di sekitar Kampung Sg Tekali & Kampung Perdek.


Dan juga sekitar Hero Supermarket, Ampang.


Lori yang membawa kotak sudah sampai di lokasi.


Kerja-kerja penurunan kotak-kotak sedang dijalankan.


Salah seorang penerima.
Betapa daifnya beliau.
Tido beralaskan simen sahaja.
Klu tau awal-awal, konpom ada yang sedekahkan tikar ataupun bantal.


Gembira hatinya.
Derma kilat dibuat kerna kasihan pada beliau hanya menerima sumbangan daripada pihak berkenaan sebanyak RM90 sahaja. Katanya mau kerja tapi takde sape nak amek beliau berkerja disebabkan beliau berpenyakit.


Pakcik ni plak menghidap kanser.
Hanya mampu terlantar sahaja di atas katil.

Moga dengan kehadiran penyumbang di sana dan juga sedikit bantuan, dapat meringankan beban mereka semua. Tambah-tambah lagi dalam bulan ramadhan yang mulia ni.

#gambar kredit to Diella.

Nota Jemari: Nasib kita belum tau lagi... Jadi bersyukur la.

Tuesday, July 9, 2013

Niat Berpuasa & Taqwim Puasa 2013 Kuala Lumpur-Putrajaya

Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, in shaa Allah..

NIAT PUASA UNTUK SEBULAN
 

NIAT PUASA HARIAN DI BULAN RAMADHAN


DOA BERBUKA PUASA

SELAMAT BERPUASA DAN BERBUKA
hehehe... ;-)


Nota Jemari: Esok dah start puasa tapi takde persiapan pape pun. Ermm...

Monday, July 8, 2013

Bila BUJANG terlepas kandang!

...rentetan cerita sebelum ni.


Ok yang minah sorang tu memang dah x bujang lagi.
Hahaaha..... tapi xpe kita kasi dia chance join bekfes sesama pagi tu.
Bangun pun dah lambat pagi ahad tu, so bekfes merangkap makan tengahari sekali la ye gamaknya.
Tak kisah, janji makan kan! hahaha...

Lepas makan ako singgah opis jap.
Ada mende nak kena setel.
Yang lelain merayap ke Sogo.

Berwindow soping katanya.


Pastu memasing nak tengok wayang.
Setelah berbincang, semua sebulat suara nak layan movie ni.
So, kita soh orang yang lambat tolong belikan tiket dulu.

Show jam 3.15 petang.
Ngam-ngam sampai kat The Mines.
Movie dah start dah.

Gelap!
Siyes x nampak nombor seat.
Ok, pelan-pelan masuk sambel kuarkan henpon.
Menyuluh pada tempat itu.

Duduk!
Senyap!
Khusyuk layan.

Overall, movie adalah superb BEST!
Terbaeeeekkkkk!!
Gi google sendiri cari sinopsis atau trailer.
Memang rekomen tengok!


Dah abesh wayang, lapar plak!
Bincang lagi nak makan apa.
Suggest Johnny's.
Tapi kat The Mines takde plak.

Google!
Johnny's ada kat JUSCO Cheras Selatan.
Oooo x jauh pun, terus vrroomm ke sana.


Bila lapar, semua sedap!
Jangan jeles ek Sis Lin. :p
Lenkali kita ajak awak ye.
Tapi awak bujang lagi ke? :D

Muahahahahaa...... #gelakdengki


Dah kenyang.
Green Box kita?!
Ngeeh.... la la la....

Seharian bersama orang-orang bujang.

Next, bila lagi ek?

Nota Jemari: Selamat Menyambut Ramadhan semua ;-)