Followers

Thursday, January 30, 2014

Servis CIMB TERGENDALA!!


Servis bank CIMB akan tergendala mulai esok 31 Januari dari jam 11:45 malam hingga 3 Februari 6 pagi atas sebab penyelenggaraan untuk menaiktaraf servis derang.

Servis termasuk cash deposit, ATM dan juga online.

So, kengkawan yang menggunakan perkhidmatan CIMB bank harap bersiap sedia ya.
Readykan duit yang secukupnya sepanjang tempoh cuti-cuti ni.

Selamat Tahun Baru Cina.
Selamat Bercuti buat semua.

Nota Jemari: zasssss nak gi kuar duit sesiap!!

Monday, January 20, 2014

Reunion 3 sahabat

 Cuti thaipusam hari tu korang sumer ke mana aja?
Ako sudah plan cuti thaipusam ni sejak tahun lepas lagi.
Kebetulan dapat tiket promo AA maka nya awal2 sudah beli tiket terbang ke Jay Bee.

Balik JB?
Yeee..... ako suka balik JB.
Hahahah ibarat pulang ke kampung kekdahnya.

Apa ada kat JB?
Ermmm ada raaamaaaiii kengkawan kat JB.
Sebab kan ako membesar dan bersekolah kat sana, maka nya sudah tentu lah ramai kengkawan sekolah yang ako tingin sangat nak jumpa. Dan semestinya antara yang paaalinggg ako nak jumpa adalah BFF ako!

"Perhatian cik Huda, kitorang ni masih BFF ko lagi tau, kan cik Fara kan!"
hahaa..... 

Sudah la setahun lepas ako merajuk dengan derang.
Makanya sebagai menebus balik rajukan ako tu, plan berjumpa pun dibuat.

Deting awal pagi.
Selalu deting lewat petang.
Takpe, kali ni kita ubah sket masa tu ye kengkawan.


Camni la janji melayu.
Janji jam 7 pagi kuar umah.
Ako sudah sampai di lokasi, batang idong yang lelain pun x nampak.

"Cik Huda, bukan ke kita set 8 PAGI ye, bukan nya 8 MALAM"

Jenuh menunggu cik Huda kita sampai.
Kita pun melantak la dulu kan.


Bekfes pagi tu "Kacang Pol Haji"..
Pemes kacang pol ni.
Lokasi terletak di Medan Selera Larkin Bomba.

Ok honestly ako cakap, ako kurang gemor sket makanan yang satu tu.
Tapi kacang pol memang terkenal di Johor.
Mungkin korang yang tak pernah rasa, bole cuba ye satu hari nanti.


Dia bagi set sekali ngan lempeng kelapa/pisang.
Yang ni sedap sesangat!
Ranggup...


Macam biasa, bila dah jumpa segala macam cerita la kluar.
Maklum la setahun punya cerita asyik tertunggak je kan.

Yang pasti banyak perubahan kengkawan ako ni.

Miss Huda sudah jadi penyokong setia JDT.
Sampai 'season ticket' grand stand plak tu sanggup dibelinya.
I salute u la miss huda.
Takpe sambel cuci-cuci mata, mana tau bole sambar 'sekor' anak ikan..
hahahahaa......

Cik Fara, ermmm apa ye perubahan kat ko??!
Rasanya makin tabah dan kuat!
Dan makin kuat kot hahhahaa.......:p

Tentunya ako pun ada perubahan juga kan.....
Yang paling ketara, trademark kluar...
"foreigner bukan local"
hahahhaha!!!

Apa jua perubahan kita, hopefully our friendship still remain forever n ever.
K.A.W.A.N.S.E.L.A.M.A.N.Y.A

P/S: Buat NOrria dan Azrin, jangan sedih-sedih OK! Lenkali kita gather2 ngan korang plak k.....

Nota Jemari: Jangan sampai 'bom tangan' terlepas eh.. hahha 

Thursday, January 16, 2014

Orang BUJANG boros???


GUrlppp.....
Ngeri OK!!

Betul ke
  "orang BUJANG banyak BERHUTANG?"

erkk ako la tu hahahaha 
ok cer korang baca artikel kat bawah ni;






Nota Jemari: Peringatan untuk diri sendiri... gurlpp... erkk....

Wednesday, January 15, 2014

Reunion 2014

Reunion awal tahun, pergh!!
Tetiap tahun kita gather-gather macam ni kan cuma tahun lepas je kita terlepas.
Ermm perkembangan tahun ni, SEMUA, semua OK dah BERDUA dan BERKELUARGA.
Ako juga yang masin menten cenggini..
Isskk.. x leh jadi ni....!!
OK ok nampak gaya dah kena start buka 'tender' la ye.


Alhamdulilah, bukan saja perubahan hidup tapi perubahan taraf hidup pun dah semakin baik ye kengkawan. Baguss!! Pasni agak-agak giliran sape plak yang nak ubah 'pendapatan' ek? :p

Bila dah setahun dah 'berjumpa', konpom la banyak je cerita nak kongsi kan?!
Yang penting Ija, WG jangan lupa ye.. hahaha..
Sumer pun mau perubahan yang menawan macam cik retis kita... ;-)


Acara yang wajib iaitu tukar-tukar hadiah.
Hahahah kisahnya ako pun terlupa OK pasal hal ni.
Pagi tadi baru terhegeh cari apa yang patut nak dibagi.
Dan akhirnya........
"puan farihah,
harap puan berkenan la ye dengan hadiah yang saya bagi itu"
;P


Terima kasih ija sebab bawakan kek harijadi.
Eh eh bukan ke besday gal nya ija sendiri?
hhehee adoiyaaiii.....

Pape pun kek itu memang sedap!

"Devils food salted ganache with kinder bueno and malteser"

Perghhhh panjang giler nama kek nya tu.
Tergeliat lidah nak nyebut!
Tengok nama kek cam seriau nak telan tapi bila dah telan, nyummm memang marbelessss!!!!
Sedap hingga menjilat jari jemari.


Happy belated besday IJA
Happy coming besday YAN

Harap besday tahun ni sangat bermakna eh buat korang dan yang lelain :-)



Thanks semua!
Sayaangg korang....
Tahun depan kita gather lagi k..

psstt macam la 'jauh' benor korang kan :p

Nota Jemari: "Terima kasih YAN, hadiah awak sangat best!!"

Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul


Nota Jemari: ....... 

Monday, January 13, 2014

Kenduri kesyukuran & Aqiqah

First of all, tahniah Angah sebab dapat baby aritu.
Bukan satu tapi sekali 2...
Seronok dengar bila orang dapat baby kembar ni. 
Asal la keturunan belah kita xde yang kembar eh angah? hahaha


Semalam gi kenduri qiqah anak sepupu ako kat sri kembangan.
Majlis start dalam kul 12.30 tghari.
Ako sampai je dah pukul 2 lebih.
Konpom la sampai-sampai baby pun dah membuta kan.


Alolo.... tomei nya derang.
Arghhh cecepat la nak dapat baby ni...


Thanks Angah sebab jemput kitorang.
Klu ada makan-makan, jangan segan-segan jemput kitorang lagi. 
hehehe....

Tahniah lagi sekali!
Moga dedua baby membesar dengan sihat dan jadi insan yang solehah.

Nota Jemari: tak makan pun kambeng tapi balik tu terus saket kepala yang dasyat!

Saturday, January 11, 2014

Penang Trip: 2D1N

Create on 6 Nov 2013 @ 5:30 pm

Berhabok betul blog ni kan!
Adoiyaaiii memang takde masa la sekarang nak berblog.
Hati memang meronta nak menghapdet.
Apakan daya, tenaga, masa dan idea tak mengizinkan ;-)
Yang ni ako try juga la ye hapdet sket mana yang termampu.

Trip yang dirancang secara tiba-tiba.
Hujung bulan lepas.
Itupun kebetulan sebab nak kena hadirkan kenduri kawen sepupu kat sana.
Maka nya, ako ajak le mereka untuk meneman.

Nak drive malas.
Penat pun iya.
So, kita cari lah tiket yang paling murah untuk ke sana.
Apa lagi kalau bukan kita gunakan khidmat Air Asia sahaja.
Seb baek KL-PEN harga tiketnya takde la mahal sangat masa tu.
Tak pikir panjang, terus je beli.

Hari Khamis dan Jumaat (24 & 25 Okt) ako dah bizi amek derang.
Sorang kat epot subang, sorang lagi kat times sqaure je.
Flight kami adalah pada awal pagi Sabtu (26 Okt).
Sebab takut tertinggal flight, makanya malam jumaat tu juga kami telah bertolak ke LCCT.

Jam 11 malam, bertolak dari Sg Besi menuju ke Nilai.
Singgah di Nilai untuk melantak.
Melepak di situ hingga jam 2 pagi.
Bertolak ke LCCT mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja.
Jadinya lebih kurang 2.30 pagi dah sampai LCCT.

Seronok sampai LCCT awal pagi.
Sebabnya parking adalah senang nak cari.
Banyak kosong, jadinya parking la betul2 menghadap pintu keluar domestik.
Senang sangat!

Berborak dalam kereta.
Memasing layan perasaan.
Cuba lelapkan mata.
Sudahnya, masing-masing x bole nak tido.

Terasa nak gi toilet.
Gerak la kami berjamaah menuju ke toilet.
Dah lepaskan hajat, melepak pulak di KFC.
Ramai sungguh orang yang melepak kat situ.
Rata-rata mereka juga seperti kitorang.
Tunggu waktu penerbangan pertama di awal pagi.

Kepenatan!
Jadinya tertido ako kejap kat situ.
Derang yang lain sibuk melayan internet.


Jam 3.30 pagi, terjaga dan rasa x selesa.
Ajak derang tido kat dalam kereta.
Dan dalam sejarah, membuta la kami di dalam kereta.
Penat yang amat, so konpom memang x ingat pape dah.
Terjaga bila suasana ada sket riuh.
Rupanya sudah subuh.
Terus kami bersiap-siap membersihkan diri dan sewaktu dengan nya.

Bekfes?
Memang tak sempat la.
Check-in luggage terus ke masuk ke ruang menuggu.
Alhamdulilah, flight kami tak delay!
Sebabkan masih ada saki baki ngantok, kami tertido hingga lah sampai ke destinasi.


Puas!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Edited on 10 Jan 2014 @ 5.16 pm

Ayat kat atas tu ako dah prepare sejak bulan November aritu.
Baru la pasan entry ni tersimpan dalam draf xde penyudahnya.
So, ni ako try la siapkan entry yang berkisahkan 3 bulan yang lepas iaitu percotian singkat ke Penang.

Jom sambung!


Sampai je Penang terus kami cari tempat tuk bekfes.
Lapar!
Tourist guide kami sangat impresif!
Macam tau-tau je kami tengah kebulur terus dibawanya kami ke kedai itu.
Alhamdulilah kenyang.
Eh eh korang tau mana lokasi kedai tu?
Hahha klu tanya ako konpom la ako cakap x tau..
Katanya kedai tu salah satu yg pemes klu nak makan roti canai.

Dah kenyang, dah moh kita round-round before check in resort.


Lama nya x datang Penang ni.
Last ntah tahun bila agaknya, ako pun dah x ingat.
Sebabkan yang lelain pun macam pertama kali sampai sana, so kita decide nak pegi Bukit Bendera iaitu salah satu tempat yang wajib singgah kalau ke Penang tu.


Maju dah tempat ni sekarang.
Gerabak pun dah baru.
Lagi luas dari yang dulu.
Lagi laju dan selesa.
Walau kena beratur panjang tapi bila dapat naik gerabak yang luas dan besar, sangat berbaloi dan puas hati.

Erkk apa ada kat atas bukit bendera tu ye?
Oooo bole skodeng pemandangan satu Pulau Pinang.
Kat atas tu ada masa-masa sejuk je.
Tapi kebanyakkan masa panas la ye. haha

Lama giler kitorang lepak kat atas tu.
Berehat, melantak, menyoping, memerhati gelagat orang :-D
Tourist guide kami x moh join naik.
Kesian juga la sebab kena tunggu kitorang sampai berejam-rejam.

Lepas ke Bukit Bendera kami ke rumah kelahiran P.Ramlee.


Memang teringin sangat nak pegi dan akhirnya tercapai juga hajat.


Tengok rumah kampung macam tu, rindu plak kat kampung kita dulu.
Rindu zaman kanak-kanak kat kampung.
Rindu nak main dengan ayam itik. (eh dulu atok ako ada bela itik ke ek? haha)

Bila dah masuk dalam rumah, apa lagi, melepak macam buat rumah sendiri lagaknya memasing.


Sila fokus kat ic P.Ramlee tu.
Ye ye ako tahu memang kurang jelas pun... hehe


Kami bersama cik tourist guide aka sishoney.


Dah puas 'berkampung' kita minum petang plak ye.
Singgah kat area chowrasta nak beli jeruk dan yang sewaktu dengan nya.
Pastu melabuhkan punggung di Warung Ais Tingkap.
Exact lorong erkk ako x sure tu korang kena tanya ngan tourist guide kitorang sendiri la ye. hehe... 


Cuaca panas maka nya kita order cendol sama cucur udang panas.
Bila lapar sumernya rasa sedap kan :-)
Dah soping jeruk, dah soping tshirt, dah minum petang, moh la kita check-in.
Badan dah melengas dari malam x mandi2 lagi hahahaaa....


Taaaddaaaaaa kitorang dah wangi dah time ni.
Lepas check-in terus mandi bersiap-siap plak tuk naik feri nak ke seberang.
Tapi sebelom tu kita sempat la menyinggah ke Hard Rock Hotel yang terletak betul-betul bersebelahan ngan resort kitorang tu.


Heheheh jadi la dapat gak jejak kat Hard Rock ni.
Nak bermalam kat sini ermmm agak2 mampu x ek? hahaha...
Macam biasa klu dah ke HR ni wajib masuk kedai nya cari fridge magnet.


Ehemmm cantek kan!
Konpom sape minat pink mesti suka.


Tak dapat tido situ, jom la kita skodeng skodeng sat kat dalam hotel.


Best kan swimming pool dia.
Besar dan luas plak tu.
Agak-agak ada sape nak banjer tido situ tak? :p


Korang tengok, bilik pun betul-betul tepi kolam.
Kuar bilik je bole terjun terus.
OK ok kena kumpul duit ni nak cop bilik tepi kolam la. haha

Dah puas pusing-pusing dalam hotel, jom kita gerak naik feri plak.
Kali ni tourist guide kitorang nak bawa gi makan malam.


Daaaaaa...... hahaha gi seberang semata-mata nak makan char kue teow kerang ni je pun.
Fuh.... bertambah-tambah derang makan makna nya sedap la tu kan?!
Ako x berapa minat sangat kuew teo basah2 ni...
Sebab tu x pasti la sedap ke tak. Tapi bak ako kata tadi, klu dah derang yang lain makan bertambah-tambah, memang sedap la tu!

Itu makan malam.
Masuk pulau balik ingat nak melantak pasembor plak tapi susah la hai nak cari parking nya.
Jadi x dapat makan pasembor, dan tak dapat juga makan nasi kandar.
Nampak gaya memang kena datang lagi ni.

Percotian yang singkat sangat.
Semalam je pun.
Esok nya dah bizi kena attend kenduri kawen sepupu.
Pastu flight kitrg plak pukul 4 ptg. Memang masa itu padat nak buat macam-macam.

Wahai awak, awak dan awak yang lain, jom kita plan cuti ke Penang lagi!
Kali ni kita bercoti lama sket baru puas nak round-round satu pulau ;-)

Nota Jemari: 3H2M yok... :p

Friday, January 10, 2014

Rezeki jangan ditolak


Macam mana la x bolat.... 
Ada je rezeki orang bagi...
Nak tak nak kena terima juga la, ye tak?

Dulu slalu gak share-share ngan orang sebelah.
Tapi skrg ni mana ada orang kat sebelah dah..
Jadinya kena la melantak sengsorang kan?!
Hahahaha.... ke aku pas kat ko je la nanti sis lin.. 

Apa? Ko ingt ko sorg je nak kecut!
Mana aci kecut sengsorg...
Gemok biar sengsoranf tapi klu nak mengecil biar kongsi reramai ilmunya, tak gitu awak :p

Anyway tengkiu kepada yang memberi.
Lenkali bagu benda lain plak bole?
Hahaha apa kes ko lak yang nak demand2 kan...

Nota Jemari:  alhamdulilah....

Kalendar berKUDA, please!!


Mana nak cari kalendar kuda camni eh???
Dah masuk tahun baru ni tapi satu kalendar pun ako x dapat lagi ni.
Aishh...... korang ada extra tak?

Nota Jemari: kalendar meja pun xde juga .... huhu

Bercuti bersama ABIN

Dah lama rasanya tak bercerita pasal ABIN kan?!
Dah besar dah budak sorang tu.
Dah makin bolat pun iyer jugak..
Molot tu jangan cakap la, becok dah macam oghang tua.
Arghhh ni yang buat ako rindu kat ABIN ni!!

"ABIN, nina miss you so much!"

November lepas ako ajak ABIN gi holiday.
Kan main excited budak tu.
Ako cakap nak gi holiday naik kapal torobang.
Pastu nak bawa ABIN gi obersee kekdahnya.
Al-maklum nak pecahkan rekod untuk passport ABIN.

Ala x gi jauh mana pun.
Just gi seberang tambak johor je pun.


Flight kitorang awal giler hari tu.
Maklum la, ako cari tiket yang murah-murah aje lorr.
So, memang excited kemain lagi si ABIN.
Malam tu jenuh ako dok paksa dia tido. Bukan apa, takot dia susah nak bangun awal pagi esok nya.

GUess what?
Wah bukan main senang lagi nak kejot ABIN.
Tak banyak ragam, kejut je terus mandi n siap.
Tapi sian kat adik pagi tu sebab kena paksa bangun juga gara2 nak ikot hantar ABIN gi KL sentral je pun.

Pepagi naik bas adalah senang untuk ke LCCT.
ABIN memang la suka naik BAS.

Alhamdulilah perjalanan kami pagi tu lancar je.
Sampai kat LCCT pun masih awal lagi.
Selesai urusan check-in luggage pun senang pagi tu.

Ako cakap kat ABIN, kita tak payah makan la kat LCCT ni.
Nanti sampai Singapore baru kita bekfes.
Hahah giler kejam aunty nana x bagi ABIN makan kan?!
Tapi ako xde la kejam sangat pun hahah.
Ako beli la jgk snek dalam flight tuk alas perut dia.


Hoyeeee ABIN dah sampai epot changi!
Excited , excited juga tapi sebabkan ABIN kurang sihat hari tu, makanya insiden muntah di epot pun terjadi.

Adoiyaaaiii nasib baik juga ako sempat budget nak singgah ke toilet dulu lepas kuar je dari kapal torobang. Jadinya, kemuntahan itu dapat juga diatasi dari berterabur di jalanan epot. 

Yang menjemput sudah menanti.
So apa lagi, kita bekfes kat epot je la dulu ye.
Memasing dah kebulur sangat dah time tu.


"Nina, nina, akhirnya ABIN dah sampai luar negara kan Nina?!!"

Excited OK!
Nina pun excited juga, ABIN! Sebab dapat jumpa ngan uncle cina....
Hahahahaha......


"Kita pegi mana tu ABIN?"
"Kita pegi tengok dinasor la nina!"

Tapi ABIN penakot dinasor la.
Nampak je cam berani dan kuat.
Bila soh gambar dengan dinosor yang boleh gerak2 terus menyorok belakang ako.
Alahaaaaiiiii ABIN oiii......


Lagi nina bawa ABIN pegi Zoo.
Masa ni ako dah mula x sedap badan.
Tetiba diserang selsema dan demam.
Ni yang x best klu berjalan tapi badan x sihat, kan?!

Memandangkan dah jauh bercoti ni, gagahkan juga la badan tu demi ABIN.
Zoo adalah satu tempat kesukaan dia.
Klu kat KL ni, dah banyak kali sampai ako naik muak dibuatnya.
Ntah apa yang best sangat pegi zoo ni kan?!
Hahahaha klu sekali tu ok la juga, tapi bila dah asyik2 pegi zoo, nak muntah dibuatnya :p

Kat Zoo Singapore ni, selain tengok binatang, salah satu attraction kat situ ada tempat mandi u'olls!! Mau tak budak-budak suka pegi zoo. Sebab ada waterpark kat dalam zoo.

video
~sikit gambaran kat waterpark untuk tatapan korang~



Last day kita pegi Orchard kan ABIN.
Nak soping baju untuk adik.
Sian dia x dapat ikot so ABIN nak belikan sesuatu untuk adik.
Nanti adik x sedih sebab x dapat ikot ABIN kan nina kan.....

Bagus ABIN coz ingat juga kat adik.
Ha macam tu la jadi abang, kena ingat kat adik walau ABIN sorg je yang dapat gi holiday.

Tak puas plak jenjalan kat Orchard sebab hujan waktu tu.
Jadi perjalanan agak terbantut sket.
Hajat dihati nak tengok lampu2 warna warni sepanjang jalan Orchard tu.
Ermm nampak gaya hujung tahun ni kena pegi lagi la ABIN kan kan ;p



video

video


Hari sebelum balik.
Pagi-pagi ABIN dah ajak pegi eksesais.
Mana plak ako nak merayau pepagi buta kat tempat orang semata-mata nak gi eksesais, ye tak?!
Nasib la ada taman permainan sekitar tempat tinggal ako yang sediakan tapak eksesais.
So ako sudahi entry ABIN pegi bercoti dengan video-video ABIN pegi bersenam. hahaha Laayaaannn!

Nota Jemari: Tahun ni kita nak gi bercoti ke mana eh ABIN???

Thursday, January 9, 2014

Lunch Date: KL Tower

Belek-belek groupon ternampak promo ni.
Pakej lunch kat KL Tower plus dapat bertenggek kat observation deck sambel tengok-tengok hidupan laut kat dalam aquarium. Kalau tak silap sumer sekali pakej nya dalam RM78 seorang. Apa lagi, grab aje la coz rasanya dah murah dah tu.

Dan kebetulan nak ajak orang tu berdeting. Tambah lagi orang tu pun belom lagi jejak ke menara KL, makanya terbeli juga la pakej tersebut. Awal-awal dah siap warning orang tu, soh FREE kan diri pada hari kejadian. Klu tak, moncong 44 hari ako dibuatnya... *motip 44 hari kan?? hhaha



Eh korang tau kat Menara KL skrg ni dah ada akuarium?
Lebih kurang macam Aquaria tapi kecik je pun.
Bole la kalau nak bawa anak-anak tengok ikan-ikan comel.
Nak ke Aquaria tu kan mahal, so bole la singgah ke KL Tower je pasni.
Kalau x silap tiket takde la mahal sangat. Tapi sebab ako dah beli pakej sekali hari tu, makanya ako pun x pasti la harga tiket yang asal ye.

Kowang tengok je la info detail kat website KL Tower tu eh :p


Pastu kan skrg ni derang dah buat konsep ala-ala mini malaysia gitu.
Ada beberapa replika rumah-rumah kampung kat sana.
Yang ni free je la. Buhsan-buhsan, bole la lepak kat situ.


Ako punya lunch date ada lah dari jam 1:30 hingga 3:30 sahaja.
Ramai OK!!
Terpaksa nak menunggu tu yang x tahan tu.
Nak makan punya la sekejap je pun.

So far, seriously ako cakap, makanan nya xde la berapa sedap sangat. So so je la.
Ako rasa cater yang dulu tu juga yang sedap makanan nya.
Dengar-dengar KL Tower dah tukar management.
Harap-harap, pasni ada pembaikan la ye ... 

Oh ye, restoran tu xde "sky juice"...
Klu ko nak ayor masak, beli la mineral sebotol kecik harga nya RM3.

Tak sure pasni nak makan lagi ke x kat situ.
Tapi maybe bole cuba dinner nya plak kan...
Mungkin lagi sedap dari masakan lunch, mana tahu kan?!
Pape pun, terima kasih kat orang tu sebab sudi jadi lunch partner kita.
Lepas ni kita cari tempat lain plak eh untuk lunch date ;-)

Nota Jemari: .. sudah ada perkembangan dari segi 'perbualan'...

Wednesday, January 8, 2014

Bahayanya Wanita (sambungan ke?)


Nota Jemari: sekadar berkongsi... tapi betul kan?!! ;p