Followers

Friday, August 29, 2014

Beraya bersama Schoolmate, Classmate, Bestmate!!

Hahahha tajuk tu, ada ke bestmate ek??
Hentam je la, sesuka ako je letak camtu :p


Tetiba plan datang nak gather-gather dengan derang ni.
Dah lama sangat tak jumpa.
Anak-anak memasing pun dah membesar bagai johan :-D

Maka setelah sebolat sore, tanggal 24 Ogos, kami pun bertemu.
Kisah nya lepas lunch kat rumah shai aritu, terus ako vroomm vrromm ke Putra Height.
Beraya la kejap kat umah member sorang ni.
Alang-alang nak pick up dia sekali kan....
Dapat la merasa air tangan dari sahabat itu.

"Memang sedap la weii spageti goreng ko tu Ayu!!!"


Dah kenyang-kenyang kat Putra Height, moh la kita gerak ke Meru plak.
Sebut Meru je dah terbayang jauhnya nak ke sana hahaha.
Berjanji la dengan sorang sahabat lain, bertemu kami di Tol Setia Alam.

Perjalanan agak baik pada mula nya.
Tapi memandangkan alamat yang di MEru tu takde plak dalam GPS,
maka nya dengan berpandukan map lisan sahaja dari tuan tanah.
Klu tak dek kerana sesat hampir ke Kapar, konpom bole sampai awal dah kat Meru tu.
Sorry kengkawan, GPS aii meragam plak aritu smp tersesat-sesat dibuatnya ye. 


Jam 6 ptg baru lah jumpa rumah tuan tanah.
Perghh...... klu awal2 bagitau jauh, konpom x datang ni hahaa... :p

Yeay yeay dapat makan laksa johor.
Nice try ija. Sedap cuma kuah kena kasi cair sket ye..
Hahaha banyak sangat komplen ye, jgn marah ye ija..
And jangan serik jemput kitrg lagi.

Bila dah lama tak jumpa, harusla macam-macam gosip dan cerita yang kuar.
Derang tu sumer dah jadi mak-mak oghang...
Aii ni je yang masih setia jaga anak tekak hahha.... 


Kisah nya, sahabat yang sorang ni baru je pindah ke Meru.
Dah seronok dok sana, beli la ia sebuah rumah yang cantek tersergam indah.
Memang teruja la kami untuk berposing sakan.
Pandai laki dia 'bela' umah tu.


Dah kenyang...
Dah gosip....
Moh kita bergambar sebagai kenang-kenangan...
Lepas ni, ntah bila dapat gather2 lagi kan... 


OK pose ala-ala masuk majalah gitu.
Lin, jangan lupa buat cover majalah, headline baeekk punya tau :p


Ni baru nampak gaya pose ala ala balik kampung...
Ija, kitorang suka la ngan pondok ni...!!


Bila mak-mak pun nak peace juga...
Peace Yo!! 


Amboiii korang.....suka main air ye!!


Last but not least, thanks Ija sebab sudi ajak kitorang melepak kat umah awak.
Next time klu laki awak takde, ajak kitorang lagi eh... hahahha....

Ni la syiok bila laki memasing kasi bini derang enjoy....
Selamat Hari Raya , korang!!
Best friend forever ya ... :-)


#Rasa nak colik je budak amoi ni hahaha....#

Nota Jemari: bahagia punya sahabat 

Thursday, August 28, 2014

Habis dah raya!!

Dah abesh rupa nya raya ye.
Kejap je kan...
Tahun ni memang tak beraya sangat pun.
Cuma minggu akhir raya baru-baru ni je, baru terhegeh-hegeh nak g beraya umah kengkawan.
Jadi la daripada tak pergi langsung.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jumaat, 22 Ogos


 .... beraya ke rumah budak mata bolat ni kat Sentul je.
Dekat je ngan rumah ako.
Dah lama ngidam nak jumpa dia, akhirnya tercapai juga hajat.

Ni anak kepada adik angkat kakak ako.
Budak sarawak ni .. mak bapak nya keje kat kay ell...


Apak eh kejam tau...
Suka sangat tempek gambar anak dia yang bambam ni.
Macam mana la aii tak tergoda nak jumpa dengan si bambam ni kan.
Tambah lagi bila apak eh tempek gambar macam kat atas tu dalam fb...
Aiyoo geram betul tengok an ...
Nasib la anak orang kan.. hahahha klu anak sendiri, konpom kena gomol-gomol :-D

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sabtu, 23 Ogos


Lunch raya kat rumah ahkak tu.
Eh pembetulan, rumah adik kepada ahkak tu hehehe :p


Makanan adalah sangat superb sedap!!
Terima kasih makcik, masakan makcik memang lazat hingga menjilat ibu jari tangan. :-D


Burlpp.... oppsssss!!
Hahaha kenyang sudah...
Dah kenyang, moh la kita balik...


Alololo tomei nya dia tido atas riba aunty comel tu hhahaha.... 
Nak balik tetiba si kecik ni leh terlelap lak atas riba aii...
Auuw..... mesti sedap dan empuk tu kan hahaha..
Untung la klu aii ada anak... mesti anak2 aii tak nak tido atas tilam biasa ... :-D
Verangan je ok....!! :p
Alaaa takpe verangan itu seronok.

Lepas kita beraya rumah ahkak tadi, kita terus vrroomm vrromm ke Saujana Utama Sungat Buloh.
Makan-makan rumah my lovely cousin.
Thanks Aye ... Sorry tak sempat lak nak bergambar kat umah ko ye! hehe..

Then jenjalan gi makan kat besday party plak.
Memakan sesajo seharian ni tau.
Makin bambam laaaa uhukk uhukk... 


Malam nya plak kita beraya ke rumah chef Siti Delima.
Kalau gi umah chef konpom dah terbayang makanan sedap-sedap kan :p


Red velvet tu memang terbaek la kak CT ...
Sedapppp!!
Nak tapau juga aritu tapi budak bunian tu dah tapau dulu hahha 
#totopmolot

Masakan yang lelain tu konpom la sedap kan.
Tak yah ragu-ragu lagi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ahad, 24 Ogos


Menjadi tetamu pertama yang tiba di lokasi makan-makan.


Perghhh..... lunch terus ni wei..
Sangat la sedap!
Terbau-bau petai nya weii..
Seminggu masuk jamban bau petai..
hahahahaha.......


Tengkiu tuan rumah sebab sudi menjamu kami melantak tengahari ahad tu.
Sangat sedap dan marbeles!!

psstt kak ct oo kak ct, rugi la melepas nak rasa kuih apam tu...the one n only je tu :p

Berakhir sudah raya tahun ni ...
Insyallah panjang umur, kita jumpa lagi di raya tahun depan ye..

Nota Jemari: pssttt orang johor, minggu ni bole 'beraya' juga tak? :p

Wednesday, August 27, 2014

Selamat Pengantin Baru, Najwa & Shah

Syiok nya nak tawennn!!!
hahahhaa...

15 Ogos lepas, berkesempatan pegi majlis nikah mempelai ni.
Anak ex-opismate ako.


Pape pun Tahniah untuk kedua mempelai ni.
Sangat comel pengantin pompuan ni kan :p
Mari lah bergambar dengan perantin.
Untung seri dan tuah perantin 'melompat' ke orang sebelah tu kan :-D


Dengan mak perantin.
Apo la yang hepi bonar oghang sobolah tu kan???

Kena juga bergambar dengan mak perantin, untung-untung leh dapat gak seri majlis macam ni..

"kan mama kan" :p
hahahhaa.... 


Pelamin angan ku musnah...
eh erkk.....

Kata nya simple tapi meriah giler u'ols ..
Cantek dan sweet kan.


Tok kadi dah ready dah tu...
Mana pengantin lelaki tak sampai lagi ni?? 


Pung pang pung pang, ketibaan rombongan perantin lelaki tepat jam 9.15 malam.


Hantaran kedua belah pihak.


"Aku nikah kan dikau ...... si polan binti si polan dengan mas kawen ...."
"Ako terima nikahnya......"

Sah?!

SAHHHHHHH!!

hahahaha...... laju je part sah tu kan :-D


ADoi yaiii..
part ni yang lomah sket ni....
Sah jadi bini, otomatik adegan ni mesti terjadi kan.

Untung la ada MAK kan....sob sob....


Ciuman dari seorang bini....


Tahniah Kak Maznah!!!
Akhirnya dapat dah menantu baru ...


Para dayangs dan dayungs eh :-D


Dah moh makan....
Di akhiri dengan sesi bergambar bersama keluarga.


Majlis resepsi berlangsung pada 17 Ogos di Laman Kayangan Shah Alam.
Cantek kan!!
Moga bahagia dan kekal ke akhir hayat je buat Najwa & Shahriri.


Tak sempat nak bergambar ngan perantins ...
Pose sendiri sudah.....


Terima kasih dari keluarga perantin.
Posing sampai lebam..

Amin......

~credit photos to Yazrul~

Nota Jemari: Buat yang wajib je... simple janji SAH! hahah... kan ;-p

Trip Matahari Terbit: Perbelanjaan

Yen RM RM
Flight ticket :- 685
KL-Osaka 270
Tokyo-KL 414
Hotel :- 883
Green Hill Hotel Kobe (1N) 160
Hotel Taiyo Osaka (1N) 59
Capsule Ryokan Kyoto (1N) 129
Route Inn Toyama (1N) 160
Uluka Studio Tokyo (4N) 376
Places visit :- 733
Entrance Torii Gate 300 10
Entrance Kiyamizudera Temple 300 10
Entrance Train Sagano (pergi-balik) 1200 38
Hida Folks Village Entrance + Bus 930 30
Tateyama Alphine Route 9490 304
Entrance Fuji Q (1400+3000 yen) 4400 141
Entrance Disneyland 6200 202
Transport :- 1037
JR Pass (7 days) 918
Tram @ Hiroshima 640 20
Kyoto bus (1 day pass) 500 16
Bus to Kyoto Station 230 7
Bus to Shinano Omachi 1360 44
Tokyo Metro & Toei Subway (1 day pass) 1000 32
Foods :- 354
Dinner @ Toyama 1475 47
Redbull @ FamilyMart 206 7
Mineral @ FamilyMart 108 3
Ice cream @ Kobe Harborland 290 9
Lunch @ Osaka (set lunch ikan bakar) 600 19
Mineral @ Osaka Tower 108 3
Ice cream @ Kiyamizudera Temple 250 8
Sushi @ Kcircle 108 3
Mineral @ Kcircle 108 3
Sandwich telur @ Kcircle 195 6
Mineral @ Segano Train 130 4
Coke @ Segano 110 4
Roti 230 7
Sandwich telur @ Kcircle 329 11
Mineral @ Kyoto Station 226 7
Redbull @ Kyoto Station 206 7
Mineral + Coke + Starbuck 432 14
Mineral + Coke 730 23
Mineral + Starbuck 324 10
Roti + Sushi 308 10
Mineral @ FamilyMart 108 3
Sandwich 216 7
Starbuck + Sushi 338 11
Drinks @ Disneyland 460 15
Choclate Drink @ Tokyo Skytree 430 14
Fruits 115 4
Lunch @ Ginza 900 29
Biscuits @ Pierre Hermes 1188 38
Starbuck @ Shibuya 831 27
Souvenir :- 1238
T-shirt Otromen 2052 66
Chopstick 108 3
Firdge Magnet @ Segano 270 9
Fridge Magnet + Keychain HelloKitty @ Alphine 1242 40
Souvenir @ Disneyland 9400 301
Souvenir @ Hard Rock 6372 204
Fridge Magnet @ Asakusa 4860 156
Fridge Magnet @ Akihabara 972 31
@ Skytree 1490 48
Kad @ Itoya 1857 59
Photo @ Hida Village 1300 42
Photo @ Alphine Route 1300 42
Photo @ Fuji Q (2 pics) 1000 32
Post Card 110 4
Coklat @ Airport 3500 112
Tshirt @ Uniqlo airport 2858 91
Others:- 128
Locker @ Hiroshima Station 350 11
RainCoat @ Daiso 108 3
Cottonbud 108 3
Cuci Baju + Dryer 500 16
Lip Balm 358 11
Locker @ Nagoya 500 16
Luggage Delivery Service  to Tateyama 1525 49
Locker @ Shibuya 300 10
Stem @ Airport 246 8
TOTAL EXPENSES 5058


Just sharing perbelanjaan ako ke Jepun tempoh hari.
Rate masa ako pegi tu adalah 32 ye ...
Mana yang ako tertinggal tu, lebih kurang je la.
At least, korang bole gak buat budget memana yang patut if nak pegi nanti.

Ako bawa cash RM3000 je... yang lelain tu ako bayar ansuran kt kad je ngan Murshi..
Mana yang bole beli online, ako beli sesiap dulu...
Cash yang ako bawa tu ngam2 untuk makan dan souvenir dan lain-lain perbelanjaan je.

So, berakhir dah citer pasal Jepun. Next trip ke mana plak ye?
Hahaha tunggu lagi 2 tahun :-D

Nota Jemari:  Target destinasi seterus nya...... tetttttt....!!

Thursday, August 21, 2014

Trip Matajari Terbit: Tokyo-KL (Last Day)

Last day!
Kejap je kan ... 
Pong pang pong pang, dah hari terakhir di bumi jepun.
Ekceli memang dah x sabar dah nak balik. :p
Rindu dah nak makan nasi lauk rendang, makan ayam.. 
Dah buhsan dah, tiap pagi makan biskut kering cicah milo.
Nak mi goreng!
Nak nasi lemak!
Perghh .....

Sejujurnya memang rasa penat sesangat hari terakhir ni.
Mood pun dah ke laut gitu.
Takde perasaan sangat dah nak round-round bandar Tokyo ni.


Hari terakhir. Kita plan nak letak beg dalam loker kat area Shibuya.


Last beli tiket dari Miyamaedaira menuju ke Shibuya.
Tengah nak menghabiskan saki baki duit syiling yang ada.


Babai Miyamaedaira.
Ntah bila akan bersua lagi.


Menunggu tren ke Shibuya.


Pagi Sabtu, lenggang la sket dalam tren sebab hari cuti kan.
Risau gak nak menghangkut beg berat-berat dalam tren yang ramai orang.


Sampai-sampai je Shibuya, terus bergegas cari loker.


FULL!!!
Adoiyaaaiii......
tak sangka rupa2nya orang jepun ni klu kuar time wiken,
derang akan menggunakan loker2 ni.

Jenuh mencari satu stesen tu, akhirnya jumpa la seketul yang kosong.
Alhamdulilah.
Lepas setel urusan loker, kita pun plan gerak ke Ginza.
Dengar kabor area ni high class area.
Dan yang paling unik, jalan raya kat area tu akan ditutup daripada kenderaan lalu lalang pada hujung minggu.


Tadaaaaa.....
Dah sampai Ginza area ... 
Syiok kan bole jalan-jalan dengan bebas atas jalan raya.


Ha, pernah tengok orang melepak, berehat tengah-tengah jalan?


The Ginza (銀座) is Tokyo's most famous upmarket shopping, dining and entertainment district, featuring numerous department stores, boutiques, art galleries, restaurants, night clubs and cafes.
One square meter of land in the district's center is worth over ten million yen, making it one of the most expensive real estate in Japan. It is where you can find the infamous $10 cups of coffee and where virtually every leading brand name in fashion and cosmetics has a presence. - google.com


A visit is most pleasant on weekend afternoons when the central Chuo Dori street is closed to automobile traffic and become a large pedestrian zone. The road closure takes place from 12:00 to 17:00 (until 18:00 from April through September). - google.com


Betul la kat sini semua nya butik-butik besar je.
Branded products ... 


Lapaarrrr!!
Memandangkan hari terakhir dah kan, kita decide nak makan makanan jepun lagi.
Kita tengok menu dan dia bagitau dia guna minyak sayuran sahaja.
Maka, tu yang kita masuk je kedai ni.


Ermm... nak makan apa ye?


Tempura lagi!!
Orait jom order tempura set ni je la.


Suasana dalam kedai.


Bersih je.


Yeay makanan dah sampai!!
"Itadakimasu"


Makan nasi ngan tempura je pun.
Yang lelain x sentuh pun.
Harga satu set tempura 720 yen, harga tea 180 yen


Alhamdulilah, kenyang.
Sedap sesangat!
Tempura derang memang fresh la.
Ako dah la jenis x makan cendawan, terung tapi bila goreng ngan tepung tempura ni, tak terasa pun cendawan atau terung. Crispy nyumm nyummm.....!!


Lepas makan, pusing-pusing kejap sepanjang jalan area tu.
Jenjalan kat luar kedai je pun.
Nak masuk memang ahkak takde kemampuan :p


Tapi terjengah juga la satu tempat ni.
Ingat nak cari roti.
Macam supermarket tapi high class ko supermarket dia.
Sumer barang-barang berjenama sesajo.


Tup tup ternampak macaron pemes dari peghancis ni.
Memang si murshi tercari-cari macaron ni.
Mengidam kata nya.
Sudah nya terjumpa plak kat jepun.


So, apa lagi ... kasi beli la.
Tutup mata je la bila tengok rege.
Rasa?
Memang sedap!!


Pas beli, kita pusing-pusing dalam kedai.
Ermmm sumer nya branded sesajok.


Ako pun snap la sket.


Lepas snap je kedai ni, terus kena sound,
"NO PITCHER! NO PITCHER!"

Ohh.... ok ok la no pitcher no pitcher..
Ermm.... #sambel#kuiskuiskaki#danberlalupergi


Jom gerak ke tempat lain plak.


Ramai nya orang.... teka kat mana?
Shibuya??
Bukan bukan... belum lagi nak lepak kat shibuya.


Tadaaa.... kitorang ke Harajuku plak.
Kata nak tengok orang pakai pelik-pelik kan.
Ha.... sini la tempat nya.


Jalan-jalan tanpa hala tuju.
Ramai giler orang hujung minggu.
Sesak ...


Ekceli kita ada terbaca satu brochure ni.
Ada mention tempat-tempat yang menarik yang boleh kita pegi.
So, sebab kita dah ada kat Harajuku, dan tujuan nak cari budak-budak yang akan dress up pelik-pelik, dalam buku tu ada mention satu tempat ni. Nama tempat tu "Dokidoki" ...

Maka nya berjalan la mencari arah di mana letak nya Dokidoki ni.
Tertanya-tanya apakah Dokidoki ni tempat budak-budak pelik ni melepak???


Masuk lorong kuar lorong ...
Macam-macam ada...
Try masuk kedai aksesori henpon ni.
Kot-kot la bole tukar cover telepon ke kan.
Tapi nan ado ...
Kebanyakkan nya cover iphong je... huhu ..


Antara kedai-kedai ...


Eh eh Barbie??


Sape minat Barbie mesti suka masuk kedai ni.


Ok jom jom teruskan pencarian.


Nampak derang ni tengah buat promosi kedai makan dia.
Cute je kepala ikan tu hahaha ... 
Tanya direction kat derang.


Taadaaa dah jumpa.
Ermmm laaaaa Dokidoki ni kedai baju rupa nya.
Budak-budak yang berpakaian pelik2 ni akan sewa baju-baju kat kedai tu.
Aisshhh ingat kan Dokidoki ni tempat derang melepak.


Kitorang try lagi jenjalan kat situ.
Kot-kot la bole terserempak ke ngan budak-budak yang pelik
 (haha apa kes la nak cari gak budak pelik ni kan)


Jalan-jalan situ macam jalan kat Orchard Singapore je.
Masih dikelilingi butik-butik berjenama.


Penat dah berjalan ni.


Moh la kita balik.
Takde yang menarik lagi nak jenjalan kat situ.


Tahu area ni?
Pada yang dah pegi konpom tahu punya la kan...


Antara 10 perkara yang wajib dibuat ketika berada di Tokyo!
Shibuya crossing!
It would be a shame to come to Tokyo and not take a walk across the famous intersection outside Shibuya Station. On sunny afternoons or clear evenings, the surrounding area is packed with shoppers, students, young couples and commuters. When the lights turn red at this busy junction, they all turn red at the same time in every direction. Traffic stops completely and pedestrians surge into the intersection from all sides, like marbles spilling out of a box. You can observe this moment of organized chaos from the second-story window of the Starbucks in the Tsutaya building on the crossing's north side. - Time.com


Excited nak pegi sini kalau dah ada kat Tokyo.
Memang plan pegi hari terakhir.
Boleh lepak lelama sket.


Nampak tak bangunan Tsutaya tu?
Dalam tu ada Starbuck kan?
Kata orang, nak dapat view yang menarik tengok orang melintas kat Shibuya road ni, tengok la dari tingkap starbuck.


So apa lagi, kitorang pun melintas la untuk ke kedai starbucks.
Nak melepak kat starbuck kena la beli sesuatu dari situ.
Then baru la dapat naik kat bahagian atas tempat melepak tu.


Jadi laaa....
Dapat pulak view yang menarik.
So, ok la.
Memang lama la juga melepak kat situ, sampai orang kiri kanan pun bertukar ganti.
Dah kata nak melintas kat "shibuya crossing" ni sesuatu yang menarik,
 harus la takmoh tengok kejap je kan. :p 


A prominent landmark of Shibuya is the large intersection in front of the station's Hachiko Exit. The intersection is heavily decorated by neon advertisements and giant video screens and gets flooded by pedestrians each time the crossing light turns green, making it a popular photo and movie filming spot.
Yang menarik nya cara orang melintas secara serentak dari semua arah.
Dalam ramai-ramai tu, takde plak nak berlanggar-langgar. 
Memasing macam tahu bila melintas je, otomatik akan bagi ruang kat orang lain juga yang melintas sama.
Kalau tetiba kita terbenti kat tengah-tengah jalan tu, takde plak orang lain akan TERlanggar kita.
Menakjubkan!!!

video


Moh kita cuba melintas.
Lenggang... lenggang kangkung...


Spot me!!


Yeay, berjaya melintas!
Hahaha poyo je kan. ...
Berapa kali ntah ako melintas sesajo.
Pastu ada plak model tengah buat shooting...
Aii pun try la melintas sebelah menyebelah...
Hahhaha , nak gak feel ala-ala tengah buat filem kan :-D


Kalau kat Malaysia, mau kena hon tetiba ko benti tengah jalan kan...
hahahhaa...... 

Tengok la video kat atas tu, nanti korang boleh dapat bayangkan k ;-)
Video tu kitorang amek dalam pukul 4.15 petang.


Kenal ni???
Eh bukan ako... tu patung anjing tu.
Nama dia Hachiko.
Ada sejarah pasal anjing dan tuan nya.
Kalau rajin, google la, baca kisah derang k.

A statue of a loyal dog named Hachiko. According to a famous story, the dog waited for his master every day in front of Shibuya Station, and continued to do so for years even after his master had passed away. It is one of Tokyo's most popular meeting points.


Sedih nya nak balik dah ....
Last naik JR tren.


Last beli tiket kat mesin dia.


Last naik tren.


Last tunggu tren ..


Last ada dalam tren.
Sumer nya last .... nak balik doh...
Tak sabar weiii ... 


Penantian satu penyeksaan.
Dah la sampai epot punya la awal.
Kaunter pun tak buka lagi.

Sementara menuggu kaunter buka, sempat la juga pi charge henpon kat tempat yang derang sedia kan.
Pastu sempat la tulis poskad dan sempat la pos sekali poskad tu hahaha...
Sumer nya last minit.


Yeay .....!!!
Cepat cepat kitorang nak balik dah ni.
Time ni la sumer nya slow-slow buat keje.
Orang punya la dah ramai beratur tapi kaunter ciput je dia buka.
Aishhh...... 


Copek la amoi oii....


YES!!!
MALAYSIA, i'm coming back!!
Wait for me....
hahaha.....

Sekian, berakhir sudah cerita percutian, perjalanan dan pengalaman selama 9 hari di bumi matahari terbit.
Ada rezeki mungkin bole la jenguk ke sana lagi. :p
Hopefully, perkongsian cerita kali ni bole jadi sumber rujukan pada korang yang teringin/akan ke Jepun nanti. Nanti kalau ada masa, ako try kongsi budget nya  ok...

Nota Jemari: Sayonara minasan!!