Followers

Tuesday, September 30, 2014

Cabaran "Winter in Busan, Korea"

Alamak baru pasan entry ni dah lama terperuk dalam draft...
Harap-harap masih sempat lagi nak hantar ye....!!

Ako masuk blog Jocko.
Terbaca entry pasal "Cabaran Winter in Busan".
Macam tertarik dan menarik.
Cabaran ni adalah anjuran Bloggers.com dan Majalah Libur" khas untuk para bloggers.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cabaran Winter In Busan Blooggers Majalah Libur - Task 1
Cabaran : Tulis satu entry "Apa Yang Menarik Di Busan"
Apa sahaja yang anda rasakan menarik di Busan dan ia menjadi tarikan untuk anda ke Busan, Korea Selatan.

Syarat Tambahan 
1. Entry mesti sekurang-kurangnya 200 patah perkataan (atau lebih)
2. Sertakan back link untuk www.Blooggers.com dan http://libur.karangkraf.com
3. Penyertaan Task 1 pada 15 September 2014 - 30 September 2014. 
4. Sertakan permalink entry anda ke blooggers@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bila sebut Korea, konpom dah terbayang Seoul, Nami Island, Namisan Tower, etc.
Tapi bila sebut Busan, memang ako blur.
Sejujurnya memang ako x pernah amek tahu sangat pasal Busan ni.
Yang pasti Busan ni adalah bandar kedua terbesar di Korea.
Dan pelabuhan antarabangsa ke lima terbesar di dunia.
Eh eh dunia ke Asia ek? hehehe....

Kalau dah ko x amek tahu pasal Busan, konpom la tak tahu sangat apa yang menarik di sana kan?!
Maka nya ako buat la sket kajian, carian di google maklumat yang menarik.
Rupanya Busan terkenal dengan makanan seafood dan pantai-pantai yang cantik.
Sebut saja seafood, ako dah terliur..
Dah terbayang udang besar, ketam manis, ikan siakap masak stim...dan macam-macam lagi arr :-D
Dengar katanya pasar di Busan memang terdapat ikan-ikan dan hidupan laut yang sangat-sangat besar di waktu pagi. [Kalau la dapat makan ikan pari bakar cicah sambal, perghh!].

Banyak juga tempat-tempat yang menarik kita bole pegi eh rupa nya...
Tapi salah satu tempat yang betul-betul menarik minat ako ialah "Gwangwan Bridge atau Diamond Bridge". Dengar-dengar nya pemandangan kat situ teruatam sekali waktu malam sangat cantek. Ada bunga-bunga api yang akan bersinar di sepanjang jambatan tu yang buatkan kelihatan nampak macam diamond. Wah, diamond eh? Hahah tak dapat sentuh, dapat tengok pun jadi la kan :p

"Busan International Film Festival Sqaure" (BIFF) juga menjadi tarikan. Rasa nya area ni macam "Fame of Walk" kat Hong Kong kot.. Sebab klu tak silap, di BIFF ni ada juga tapak-tapak tangan celebriti Korea. Mana tau, untung-untung bukan saja tapak tangan, tapi bole terjumpa ke empunya diri kan?! :-D

"Gamcheon Cultural Village/ Taegeukdo Village", ok ni juga salah satu tempat yang memang rasa wajib pegi ni. Hahaha gara-gara penangan tengok Running Man. Kan diorang ada buat shooting kat situ. Ala yang episod Choi Ji Woo tu ... ha korang google la ek episod tu :p Perkampungan ni nampak colorful sangat, lain dari yang lain. Rumah-rumah kat situ di bina bertingkat-tingkat kan?! Cuma kena hati-hati sket la dengan tangga dan kecuraman jalan-jalan kat situ ye.

"Busan Tower" .. rasa nya tak lengkap kalau ke satu-satu tempat kita tak naik tower kan?! Ye la contoh kalau pegi Jepun mesti nak naik Tokyo Tower, Kalau ke Paris, mesti sekurang-kurang nya bergambar la depan Eiffel Tower, ye tak?! ;p Kalau tourist datang KL pun konpom punya la akan amek gambar kat Menara KLCC atau KL Tower kan :p. Jadi, kalau dah ke Busan moh la kita jengah Busan Tower juga. Menara ni takde la tinggi sangat macam Seoul Tower tapi cukup la dapat juga tengok pemadangan sekitar pekan Busan tu. Mesti cantek kan, kurang pencemaran, kurang jerebu nya.

"Gukje International Market"... ni pasar tradisional kat Busan. Serupa macam Namdaemun Market di Seoul. Mesti boleh cari souvenir kat situ kan hehee...

Cukup la kot sampai sini dulu...
Kalau banyak-banyak kang belum tentu dapat pegi hahaa...
Pape pun, harap-harap suatu hari nanti tercapai juga la hasrat nak jejak ke Busan dan juga Jeju.

Nota Jemari: sempat lagi kan hantar peraduan tu arini? :p

Wednesday, September 24, 2014

Wedding: Tahniah Murshi & Azeem

First of all, Tahniah untuk mereka!
Perancangan 3 bulan akhirnya selesai juga dengan jayanya.

Teman bercuti...
Teman menjelajah...
Teman melancong...

Lopeh ni takdo dah...huhu...
Pape pun tahniah lagi sekali dan terima kasih atas jemputan ke majlis makan-makan nya tu.


Jumaat, 12 September adalah malam berinai.
Memandangkan ako memang tak pernah tengok majlis berinai, maka nya berpakat la kami untuk melihat sendiri bagaimana acara nya yang akan berlangsung itu.
Tambahan plak, majlis ni adalah majlis yang memang jarang kita dapat pergi kan.
So memang tak nak lepaskan peluang la ye.


Cantek berseri awak ye malam tu!
Kita tertarik kat baju awak.. hhehee...
Sweet laa kaler dier...


Dah ready dah nak di'inai'kan.


Sorang demi sorang menepung tawar...
Eh silap, sorang demi sorang ahli keluarga memulakan majlis berinai.


Punya la ramai sedara mara pengantin hhehe....
Sumer nya nak sampaikan berkat kepada bakal pengantin.


First time ni nak inai-inai orang hehehe...
Nak juga merasa pengalaman tu.
Berdebar-debar aii hahaha.... 


Ok ni bahan-bahan yang derang gunakan untuk majlis berinai.
Kunyit, inai dan juga buah delima.


Lepas dah tempek-tempek kunyit dan inai atas daun sirih tu, ko bagi plak bakal pengantin makan buah delima. Sebagai ganti manisan kot rasanya buah delima tu.

Setel!
Perasaan?
Hahahha lega!
Poyo je kan... hahahaha.... 
Merasa la seumur hidup menginaikan bakal pengantin.


Ahad, 14 September, majlis nikah di sebelah pagi.
Majlis di adakan di Masjid Usamah bin Zaid, wangsa maju.


Tempat khas berlangsungnya majlis nikah.


Debaran bakal pengantin kian terasa...
Ke debaran 'dayang-dayang' kat tetepi..
Mana tau, ada yang jeling menjeling kan mencari-cari calon gak .. #oppssss :p


Antara hantaran dari kedua-dua belah pihak.


Moh kita bergambar ngan pengantin selepas sah jadi laki bini.
Hehehe... 


Malam nya pulak adalah majlis resepsi di Dewan CAC, UIA Gombak.
Kitorang sampai sebelum kul 8 malam.
Masuk masuk je, dah penuh satu dewan.
Dah macam attend annual dinner plak ghasenya. hahah
Meriah u'olss!!


Nasib baik lah pengantin dah sesiap reserve meja untuk kami semua.
Kalau tidak, konpom x dapat nak duduk kat dalam dewan.
Gila, bapak ramai jemputan pengantin ni.


Pengantin berarak masuk tepat jam 8.30 malam.


Ooo majlis sangat simple.
Pengantin masuk.
Duduk atas pelamin.
Baca doa dan selawat.
Pastu bapak pengantin lelaki bagi ucapan sket.
Makan sambel dihidangkan dengan muzik-muzik bollywood.
Masa ni ghase cam nak menari dah hahaha...

Makan abs tepat jam 9 malam.
Pengantin bangun dan terus ke luar pintu untuk bersalam dengan para jemputan.

Perghhh majlis yang sangat simple!
9.30 malam ako dah selamat landing atas katil.

Tahniah Murshi & Azeem.
Moga bahagia selalu....

Nota Jemari: @_______@

Monday, September 8, 2014

JJCM: Cucur Udang Alor Gajah

Kita citer pasal makan lagi ye.
Hari tu on the way balik ke KL, teringin plak nak makan cucur udang kat Alor Gajah tu.
Kalau korang dari arah selatan, better korang kluar dari tol Ayer Keroh je.
Lebih kurang 25 minit perjalanan nak ke Alor Gajah tu.


No. 1 Medan Selera Pasar Menggong, Alor Gajah Melaka.

Senang je nak cari. Dia betul-betul kat bas stand Alor Gajah.



Sebab tamak aritu, ako pun order la untuk 3 orang makan.
Padahal berdua je pun.
Agak lama x makan cucur udang ni, so x sure portion dia macam mana skrg ni.
Tu yang main order untuk 3 orang makan.


Kalau rasa nak buat tempahan pun boleh tu.
Waktu berniaga 12 tenghari sampai 8 malam.
Nasib la masa ako sampai kul 7 tu masih banyak lagi cucur udang yang masih panas.


Taadaaaa..... banyak plak bila dah dapat.
Gagah juga la nak ngabihkan nya.
Bukan takat cucur udang je, ada juga nugget dan tauhu.
Paling penting, sos cili nya yang marbeles!!
Sekali rasa pasti nak berulang kali makan...
Percaya la!

So lepas ni, korang bole la try ye.

Nota Jemari: sis lin, nanti bole cuba ye bila singgah amek yana tu :p

Wednesday, September 3, 2014

JJCM: La Gourmet Dessert

Last week ako gi JB kan.
Pastu memasing ngidam nak makan La Gourmet Dessert.
Sebelum ni pernah cuba yang kat Danga Bay.
Tapi kali ni nak cuba yang kat Taman Pelangi.

11, Jalan Kuning 2, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor, Malaysia
+60 7-336 1911

Sebelum tu nak bagitau dulu ye,

To our Muslims customers,

Pls be informed that La Gourmet Desserts are not halal certified.
However, we do not sell pork, lard or alcohol. And we do have halal certificates from our raw food suppliers.

Dig into our exotic fruit desserts, colorful ice shavings, towering icy mountains or sweet broths. We only use fresh fruits and ingredients, handpicked by our chefs to ensure quality and freshness.

We recommend you to sample our specialties: Mango Ice Mountain (芒果冰山), La Gourmet Loh (乜都捞), Mango Ice Hill (芒果神冰) and our deeply satisfying Durian with Mango Ice (榴芒). Made from 100% natural mangoes, our mango desserts are so addictive you'll be craving for more. 


~credit google pics~


Nama dessert ni adalah "La Gourmet Loh"
Harga nya RM35.90 untuk 6 orang makan.


Tapi kitorang makan dalam 10 orang pun masih x bole nak abiskan.
Rasanya kalau korang datang dengan perut yang kosong dan dalam cuaca yang panas, maybe la kot bole abis sekali makan dengan 6 orang je.


Penuh dengan buah-buahan sesajo.
Buah-buahan tu x bole nak pilih-pilih.
Dah memang derang bagi jenis buah yang itu je.

Derang akan bagi susu pekat ngan air gula melaka sebagai penambah rasa.
Dan juga jelly yg mcm korang minum kat chatime tu.


Yang ini sago durian.
Kalau suka durian, konpom suka dessert yang satu ni.

OK dah, gi la try.
Kalau was-was jangan cuba. hhhahaha..
Pape pun ako makan buah je pun...
Mangga dia perghh beso2 ...

Selamat Menjamu selera...

Nota Jemari: slurpppp

Tuesday, September 2, 2014

OLD B.E.S.T.F.R.I.E.N.D.S

Last weekend ako balik JB.
Sebab cuti hujung minggu yang panjang kan, so saja la vroom vroom ke sana.
Kali ni plan nak gather ngan bestfriends yang agak lama juga la tak jumpa.

Ako ke JB Jumaat petang.
Terus plan nak jumpa dengan derang ni, malam jumaat tu juga.
Kira macam dah rindu sangat la gamak nya.
Hahaha x menyempat-nyempat nak jumpa hari lain kan. :-D
#rindu ke??


Zaman dah berubah....
Adoiyaaiii bila mengimbas balik gegambar lelama ni, konpom memang gelak sakan la kan.
Ater gambo lama kan, konpom la muka pun muda belia lagi.


Hari terakhir sekolah sebelum SPM.
Adeh dehh deh... skema nya memasing...
Awat serius sangat tu kan hhahaa :-D


Taaaadaaaaa!!
Nak dibandingkan dengan dulu, konpom la jauh benor beza nya kan...
wakakakaka....

Tapi paling sama sampai sekarang ni,
havoc,kecoh, gamat macam 50 orang berkumpul.


Macam x cukup korum je kan?!
So, M ... tunggu tahun depan, genap 20 tahun kita kawan, kita buat gathering besar-besaran sket ye. :p

psstt ke nak jemput sekali Cikgu Norhashim tu sekali?
Mana la tahu, kot-kot ada yang rindu kan :-D

Atau atau... korang nak jemput FSTB or Pn Aru??
damnn.... wakakaka!!

Pape pun, harap persahabatan yang dah lama terjalin ni akan berkekalan ya...
Gaduh-gaduh pun tetap bersatu balik kan :p

friendship forever tau korang!!
saaayaaanggg korang semua...

Nota Jemari: Jangan sampai dapat 'bom tangan" kan dari cik fara hahahaha

IKLAN: Tips to neutralise spicy and oily food

by



Baca tau!
Bagus untuk pengetahuan kesihatan korang hehehe... 


Nota Jemari: Good info!!