, ,

Throwback: Raya di Jay Bee 2015

Hari tu, orang semua pakat dok cuti raya, ako rajin plak bekerja.
Lepas derang semua dah masuk opis balik, ako plak pakat amek cuti raya.
Yeeehaaaaaa sangat heaven sebab tak payah ber'gaduh' atau be'rebut' di jalan raya.

Cuti-cuti, moh la kita pulang ke 'kampung'.
Jay Bee, here i come!!!
Vrrommmm........

23 Julai

Dari KL ako menyinggah kejap ke Batu Pahat sebab nak hangkut budak-budak berdua ni.
Pastu terus shoot ke Johor Bahru. Sampai kat Bukit Indah dah petang. Malam nya kami 'beraya' la di Kedai Pizza milik sahabat blogger kami iaitu Nad di Delish Family Bistro kat Senai sana. 


Serious memang sedap pizza diorang ni.
Selain pizza, korang leh gak try menu2 yang lain.
Makanan kat kedai ni ada western food, italian food, dan ada jual cookies juga.


Salah satu pizza yang kami cuba....
Nyummyyy sangat!!


Thanks Nad for the delicious foods..
Insyallah akan datang lagi kat kedai awak.
Moga kedai awak makin maju dan terus maju ye ;-)


24 Julai (siang)
Esoknya kita beraya dengan bff merangkap ex-classmates gitu.


Bergegar-gegar gambar jadi nya.
Gini la kalau minta budak-budak yang tolong snapkan gambar kan ;)


Susah betul dapat gather-gather macam ni selalu kan?!


Haaa amek ko!!!
Perbincangan tentang percotian kami.
Hasil tangkapan dari si aqeem.
Separuh muka je yang nampak, jadi laaaaa hahaha... 


Friendship Forever ya, sampai ke tuaaaaaaaa... muahahhahaa!!

24 Julai (malam)
Malam nya kita gi beraya ke rumah 'pengantin baru'.


Berseri-seri pengantin baru ni.
Makanan pun nampak berseri gak bila pengantin laki yang masak kan hahahaa...


Terima kasih cikgu linda sebab sudi menerima kedatangan kami...
Next time leh singgah lagi :p


Budak berdua ni juga yang hepi....

25 Julai
Jom ke Sedenak pulak!!


Budak-budak ni jumpa uwan kat sedenak.
Kalau ke sedenak, rumah sape lagi yang patut korang kunjung kalau bukan ke rumah Mat Gebu, pemilik blog http://www.tiffinbiru.com/ yang pemes pasal masak-memasak tu kan.... ;)


Pastu bila dah datang rumah Mat Gebu ni, wajib melepak kat dapur dia.
Untung-untung boleh dapat resepi or petua-petua pasal masak memasak.
Lagi untung boleh korek-korek makanan kat dapur dia ahahaa...


Orang kuat mat gebu ni...
Kalau dia datang konpom jadi pembantu yang berdedikasi hhahaa...
Bagus hasil kerja dia ni. Ghase-ghase kalau nak amek jadi pembantu bole contact mat gebu hahaah...
Tentang bayaran, upah je dia makan, gerenti dia suka punya :p

26 Julai


Sebelum balik KL aritu, sempat menyinggah ke rumah Kak Intan. 
Susah-susah 'masak' kan untuk kami aritu.


Yang palingggg gumbira, budak-budak berdua ni.
Tahun ni beraya dengan Nina... tahun depan kita jalan-jalan raya bertiga lagi ye.

Raya dah abesh dah kan... tunggu rumah terakhir yang kami pergi selepas berakhirnya syawal :p

Nota Jemari: Raya Haji bakal tiba.... jom raya lagi haha
Share:

3 comments:

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.