Wow lama nya tak menaip, tergendala lepas raya aritu.
Ok jom sambung cerita--cerita terkini.

Pada 27-28 Julai yang lepas, department ako ada buat aktiviti team-building bertempat di Lembah Temir Resort, Raub Pahang. Perjalanan ke sana, ada yang naik bas dan ada juga yang drive terus ke sana. Bagi yang naik bas, awal-awal lagi dah ready kat bank dan tepat jam 9 pagi, bas terus gerak ke Lembah Temir.

Ako and the geng naik kete sebab nya ada yang rajin nak drive.
Of coz ako jadi penumpang. Dah lama sungguh tak jadi penumpang kat belakang.
Anggaran perjalanan megambil masa lebih kurang sejam 45 minit dari Kay Ell. 


On da way ke Lembah Temir tu, kitorang plan nak singgah melantak kat Lemang To Ki yang femes kata nya kat area Bentong. Memang senang nak cari Lemang To Ki ni, tepi jalan je pun. Dari jauh dah nampak banyak kereta dok parking kiri kanan jalan.


Belum bekfes kan!
So memang cantek arr sampai situ untuk sarapan.
Hari Jumaat, masa tu pulak baru pukul 10 pagi.
Nasib tak ramai sangat orang.
Senang dapat meja.


Self service ye, harap maklum.
Pegi order kat kaunter sendiri.
Selain lemang, ada juga makanan lain macam nasi lemak, mi goreng & etc.
So, kalau tak terasa nak makan lemang pagi-pagi, boleh je order makanan lain kat situ.


Order lemang kat kaunter ni ye.


Nak makan set lemang termasuk lemang & rendang.
Lemang ayam - RM5
Lemang daging -RM5
Lemang campur (daging & ayam) - RM7

Kalau nak beli sebatang bawa balik pun bole.
Harga macam dalam gambar ye.
 

Tengok cam menarik nya rendang dia.
Ini ako beli rendang campur. Saja nak rasa dedua rendang.


Memandangkan rendang nampak mengiurkan, ako soh dia tambah lemang tu sket.
Sedap weiii!!!
Lemang tu biasa la kan rasa lemang hahaa..
Tapi rendang dia memang sedap, daging & ayam pun lembut je bila digigit.
Memang terbaek laa!!
Boleh rekomen kat korang.
So, kalau rasa nak makan lemang pepagi tu, bole la google or waze "Lemang To Ki" kat Bentong. kalau tak silap, derang ada 2 branch. Yang ako pegi ni branch kedua dia. Senang waze yang ini sebab memang tepi jalan je pun.

Dari KL, korang exit signboard Raub. Terus sampai pekan Raub.
Lebih kurang 8Km kalau tak silap, korang akan sampai kat kawasan lemang ni.

Dah kenyang, moh la kita gerak cepat.
Ada lagi lebih kurang 30 minit perjalanan ke Lembah Temir.
Kali ni ako plak yang jadi drebar.

Alhamdulilah, perjalanan sangat lancar.
Jalan ke sana pun takde la teruk sangat.
Korang akan melalui ladang kelapa sawit sepangjang perjalanan tu.
Rasa macam lalu kawasan felda tapi tak perasan plak nama felda tu.


Video atas ni, antara laluan ke Lembah Temir.
Sorry la video ni memang kena tengok dengan kepala senget hahaha..

Lebih kurang jam 12:30 tengahari, kami sampai kat resort.
Kawasan nya memang jauh ke dalam.
Bila dah sampai situ, memang tak terpikir nak kuar dari kawasan tu.
Suasana nya memang menghijau, penuh pokok-pokok sekeliling.
Dan paling best nya, kitorang disajikan dengan curahan air terjun dari atas bukit temir.

Harga untuk book resort ni, dewasa RM250 & kanak-kanak RM125 seorang termasuk makan minum. Boleh rujuk kat website dia. --> Lembah Temir Resort

Includes:
  • Accommodation (minimum 2, maximum 4 adults per room)
  • Buffet Style Meals: Lunch, Tea, Dinner, Breakfast and Lunch AFTER checking out
  • Orchard Tour on a 4WD
  • Access to the pool, waterfalls and rivers around LTR
  • Use of other facilities like the futsal field for telematches etc
  • Use of other amenities (depending on availability)



Rombongan Cik Kiah sedang membawang.
Memasing dah excited.
Ada yang tak sabar nak mandi air terjun.


Kita kasi isi perut dulu.
Dah bgtau tadi kan, harga pakej termasuk makan pagi, tengahari, petang & malam.
Termasuk juga lunch lepas korang check out. Kira memang tak putus makanan la bila menginap kat situ. Makan..makan..makan.. Alhamdulilah memang kenyang sentiasa.


Jom kita tengok antara jenis-jenis bilik kat situ.
Yang ni jenis chalet.
Ada yang 1 katil queen size.
Ada yang 2 katil queen size.
Ada yang  2 katil queen plus 1 single size.
Besar-besar bilik nya.


Yang ini pulak jenis bilik kena naik tangga.
Nasib la kalau dapat tingkat paling atas.
Yang best nya bilik paling atas tu, kemudahan wifi sangat la effective.
So, kalau korang memang jenis suka bertenet, wifi sangat penting di dalam bilik kan.
Bilik-bilik lain, connection wifi adalah sangat susah nak dapat.


Yang ini pulak, bilik yang betul-betul menghadap air terjun.
Memang sesuai untuk korang yang bujang-bujang terutama nya lelaki.
Sebab bilik ni terletak jauh sket dari hall utama.
Dan jalan ke sana kena daki tangga yang curam.
So untuk yang berkeluarga yang ada anak kecil tu, tak payah la tergedik tempah bilik ni k.




Kat atas tu kita kasi share antara bilik nya ye.
Nampak selesa kan.
Rasa nya berbaloi kan harga dengan keluasan bilik. ;-)


OK berbalik pada kisah team building ako tu.
Lepas lunch, 2:30 kitorang berkumpul kat tepi kolam untuk sesi gambar beramai-ramai.
Waktu ni semua dah bertukar wajah dah. Dah wangi-wangi.
Baju pun dah pakai baju khas untuk aktiviti petang tu.

Nanti la kita sambung citer seterusnya.. Tunggu!!

Nota Jemari: Rasa macam dah lama tak gi team building... tapi rasa macam makan lagi banyak dari buat aktiviti lasak.  :-D