Summer Trip: Hong Kong 2018 - Day 4 (Observant Wheel, Golden Bauhinia Square, Ani-Com Park@Harbour FUN, Sedap Gurih Restoran, Ladies Market)

Hari keempat ni memang santai sesangat.
Apa tak nya, bangun pun agak lewat.
Bermalas-malasan gitu.
Pukul 6 bangun, tido balik.
Pukul 8 bangun, tido balik.
Pukul 10 bangun, tido balik.
Sudahnya lebih kurang jam 1 tengahari baru bangun terus.
Hahahaha... memang dasat memasing lawan dengkur hahah😆

Kisah nya hari ini memang takde arah tuju.
Bangun baru decide nak ke mana.
So lepas mandi, 'brekfast' roti cicah milo panas, ako decide nak makan eskrem.
Sislin ngekot aje. Cantekkk!!

So dari Yau Ma Tei ke HK Observation Wheel, ha ako copy je la dari website DiscoverHongKong

How to get there
  1. MTR Hong Kong Station, Exit A2 or MTR Central Station, Exit A. Walk to the site along Man Yiu Street; or,
  2. Central Pier 7, walk to Pier 9, which is next to the wheel.
Hari tu kitorang benti kat HK Station kalau tak silap, lupa plak ako hahaha..
Sebab terkejut kuar MTR je nampak ribuan manosia kat tepi tepi jalan.

Seriously ramai gila orang-orang dari Indonesia & Filipino melepak kat tepi-tepi jalan. Ada juga ako terbaca, derang ni hujung minggu akan berniaga secara haram kat tepi-tepi tu. Tapi memandangkan hari yang kitorang pergi tu, penguatkuasa HK ada je kat situ, maka nya diorang ni tak dapat la buka kedai. Itu yang ramai gila dok bertenggek, kat tepi-tepi tangga, kat semua celah la ada diorang.



Siap ada grup-grup plak tu. Tak tau la memang ada contest ke or derang sesaje release tension ke haaha, yang pasti setiap sudut ada je orang-orang dia. Tetiba macam konpiu, ako di Indonesia kah? Di filipino kah?? hahaha...

Nak ke wheel tu, korang cari je tempat jeti. Memang dia terletak kat tepi jeti. So dari jauh dah nampak dah wheel nya tu. 

Tempat ni memang tak masuk dalam itinerary ako pun. 
Tapi sebabkan kitorang dah takde plan gara-gara bangun lambat kan, maka nya ayoh la kita jalan-jalan je kemana kaki melangkah. Yang ni pun ako google last minit sebab macam ada terbaca yg eskrem halal boleh dapat kat situ. Itu yang gigih juga hangkot sislin berjalan jaoh sket ye. Harap sislin tak serik-serik tau 'berjalan kaki' dengan anakomak ni hahaa.

Tempat ni sangat sesuai melepak ngan keluarga. Kat situ macam ada mini fun fair la. Ako suka betul tengok rumput dia. Menghijau .. bukan rumput karpet tau. Tapi maybe rumput tiruan la kot kan sebab ramai je melepak siap baring-baring kat rumput tu.

Ini sebenar nya macam Eye on Malaysia sewaktu waktu dahulu. 
Murah je nak naik dalam HKD20. Tapi awat yang eye on malaysia dulu tu sampai berpuluh-puluh hinggit. Cekik darah btul hahahaa.. Ako ajak makcik tu naik tapi terus kena reject!! Haadoiii penakot betul makcik tu oppss... Memang satu hari nanti nak kena ajak dia gi tempat tinggi la supaya hilagkan gayat nya tu. Kadang ako pun ada gak gayat tapi ako suka cabar diri sendri. 🙈 Takpe la kita kasi lepak-lepak je kat bawah sambil makan eskrem kan huhu...

Oh ye mana eskrem tu eh?? Jap nak pusing satu taman ni.
Taadaaaaaa!!! halal-certified "Happy Cow" ni. Eskrem dia jenis vagan base, meaning base dia adalah kelapa/santan, ako kureng gemor ekceli. 

Ko order caramel salted, bayangkan rasa caramel langsung takde hahaha rasa santan je lebih. Frust  nyaaaaaa!!! Klu ako amek vanilla, which is fav flavor ako, tapi bila rasa lain macam je, agak2 vanilla akan tetap jadi fav flavor lagi tak kan?! Tapi sorry ako tak ingat harga eskrem ni berapa HKD :D

Berkelah best juga ni. Ini kalau pergi ngan geng reramai, memang ajak baring juga kat rumput tu. Tapi dah ako gi berdua, macam x syiok plak, ko snap ako, ako snap ko terbaring kat situ hahaha.. dah lain macam plak pose nya nanti kang muahahaha.

Lepas makan eskrem (yang separuh makan tu) kita pose pose lagi. Gigih juga nak dapat kan posisi yang menarik. Gini la kalau nak snap berdua tanpa tripod/monopod. 

Pastu dah puas snap snap, update socmedia jap. Belek-belek henpon tetiba ada sorang minah indon ni datang tegor sambil menyangkung depan kitorang. Tanjat ahkak!!! Kezut weii ako ingat nak minta sedekah ke hape. 

"Bizi ngak?"
"Tak! Nape?"
"Bisa tolong?"
"Tolong apa?" , time ni dah suspen sangat. Jangan la nak pinjam duit yang x seberapa nak ada ni.

"Tolong ambilkan gambar di sana!" sambil tunjukkan arah kat kengkawan dia.
"OK boleh!"

Kamera DSLR, OK!! Ako pun x mampu nak beli.
Diorang siap kamera DSLR sorang satu, OK!!

Ha amek!! Terbaring-baring kekdah nya.
Nasib la ye, gambar cantek ke tak.
Kepala cukup ke tak dalam gambar tu.
Hahah janji dah tolong snap kan..

Memandangkan cuaca dah mendung. Takut plak tetiba hujan turun kan, maka nya kamie pun beransur la dari situ. 

#Orang cari rezeki

#Comel

Jom next kitorang blur jap. Hahah tak tau nak kemana lagi.
Ting!! Terus ako google and teringat satu tempat ni.
"Golden Bauhinia Square!"

Take Metro Island Line to Wan Chai Station Exit A5. Walk across the footbridge, go right and pass through the lobby of the Central Plaza, go on walking across the linking overhead walkway, then get down to the ground level. Walk towards the waterfront ahead, and the statue and monument is on the left.
Ako dah ikut dah cara macam kat atas tu tapi bila tengok banyak nya construction, ako dah cuak gak. Jalan punya la dah jauh ni. Kesian plak kat sislin kena gak ngekot ako. Area ni dekat jeti juga. Tetiba cam konpius, rasa macam dah lalu jeti, betul ke laluan yang kita tempoh ni??

Nampak signbod ni, ha dah betul la ni laluan nya. Fuh, nasib baik!! So kita follow je la signbod berkenaan sampai la dari jauh ko dah nampak "Golden Bauhinia" tu.

Tempat ni kalau tak silap tempat persetujuan pendamaian antara China dan Hong kong kalau tak silap. Pagi-pagi dalam pukul 7 pagi kalau tak silap, diorang akan naik kan bendera negara China kat square ni. Korang google la ye untuk keterangan lebih lanjut.

Nak dapat spot kosong memang agak susah. Ramai gila kot masa tu pelancong dari China rasa nya. Berbas-bas derang ni datang. Dah berebut-rebut nak bergambar. Oh ye kat sini ada juga orang offer untuk snapkan gambar kita tapi kena bayar la ye. So hati-hati, sila la reject dengan elok-elok k.

Luas gila lautnya kan!! 

Jalan-jalan kawasan sekitar, terjumpa kartun ni.
Jalan-jalan lagi ke depan, eh eh banyak lagi ar kartun-kartun.
Rupanya situ adalan kawasan "Ani-com park@Harbour Fun".
Macam-macam ada, jom layan.

 #Teringat zaman sekolah ke kak :p


 Dalam banyak-banyak, gambar ni la paling gedikkk!! Hahahaha...

Dah puas bergambar sakan, moh la kita balik. Dah nak gelap & nampak mendung je dari tadi.
Kali ni kitorang naik bas je dari square tu.
Banyak bas, belek punya belek, ok kita decide naik bas no 25A.
Kita nak gi dinner. Asalnya nak ke Warung Malang.
So google punya google kena naik bas 25A dan benti kat Paterson street.
Just nice, bas depan mata terus je naik.

4 bus stop je dari square tadi.
So kita boleh je monitor kat skrin dalam bas tu.
Kalau takde, korang buka je google.
Dalam lebih kurang 10 minit dah sampai.
Jom turun, now misi mencari kedai Warung Malang tu.
Jalan punya jalan, terjumpa Restoran Sedap Gurih.
Terus je la kitorang masuk.
Malas dah nak cari-cari. Oh ye kawasan ni memang banyak orang-orang Indonesia.
Sedap Gurih ni masakan Indonesia jadi memang halal ye.

Banyak nya menu dia, rambang mata.
Kat kedai tu, konsepnya selagi ada ruang, ko share la dengan orang meja nya tu.
Nasib la kamie dapat share ngan orang-orang yang kecil molek je.
Ater meja pun bukan la beso mana pun. Risau gak nak makan takut tak selesa.

Padat , sentiasa penuh ko!!!
Tak sempat nya ako nampak meja kosong, cepat je diorang akan penuhkan meja.

Sislin dapat kawan baru heehee.. Sakan berborak kekdahnya.

"Kenal Khai Bahar?"
"Kenal!"
"Saya yang tolong bawa Khai Bahar jalan jalan HK"
"Kamu tour guide ke?"
"Bukan, saya PEMINAT nyaaa!!"

erkk.... ako cam konpius jap. HAhha kemain dia bercerita pasal Khai Bahar.
mati-mati ako ingat dia tour guide bawa khai bahar jalan-jalan tunjuk arah.
Rupanya sekadar peminat aje hahahahadoiiii... #tepukdahi

Terbayang-bayang sambal ayam penyek ni.
Sedap gilaaaaa!!!!!
Kalau makan nasi, dia bagi sarung tangan plastik tau,
Kalau makan mi je baru dia bagi sudu/garfu.

#bismillahirohmanirohim

#mi goreng pun nampak menarik

Lepas makan jom naik Ding Ding.
Yang ni naik memang tanpa hala tuju, main naik aje.
Pastu agak-agak macam terjauh sangat, korang turun je kat memana, pastu amek Ding Ding yang berlawan arus tu. Kira macam patah balik. Hahaha janji dapat merasa naik Ding Ding tu.

Nak cari stop pun ko agak-agak la stop yang macam ramai orang, konpom ada MTR yang berdekatan kan. So lepas dah turun kitorang plan ke Ladies Market untuk last soping.

#Hong Kong at night

Selesai soping, maka tamat la cerita hari keempat.
Balik hotel, mengemas la kita ye.
Esok nya nasib baik flight petang so takde la rushing sangat check out nya.

Tunggu hari terakhir....

Nota Jemari: cam tak puas soping sebab rege mahal bebenor hahaah

4 comments:

  1. Aku suka lepak sini laaa..
    Haritu nsb dah nak hujan, kalau tak memang nak duk lama situ..

    Aku sampai fikir 'apa ek aku beli, kenapa aku tak beli tu hrtu ek?' hahahaha terbawa dlm mimpi ko hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kan kan situ mcm tenng je kan.. tu la klu x ujan mmg nk ajak jln2 tepi jeti...

      Haha aku pun sama weii xde apa pun yg aku beli.. mana la pigi duit kan haha tetiba pk mana 'ilang' duitnya hahaha

      Delete
  2. Hai , ingat tak kita yang itu hari jumpa di hongkong ?

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com