, ,

Festival Kanak-Kanak 2018 @ MuZium & Galeri Seni BNM

Sempena cuti sekolah akan datang ni, jom ramai-ramai ke Muzium & Galeri Seni Bank Negara Malaysia. Ada Festival Kanak-kanak 2018, bermula 15 Oktober sehingga 8 Disember.
Pelbagai aktiviti dan program sepanjang bulan November dan Disember 2018. Masuk adalah PERCUMA!!

Segala info, boleh layari link di bawah ;


AKTIVITI HARIAN: PERMAINAN JANA KUASA, KUIZ JENGA, PERMAINAN SI PELABUR CILIK 
PROGRAM KHAS: BENGKEL MEREKAYASA, EKSPERIMEN, TAYANGAN PENDIDIKAN, 1–HARI BOOT CAMP, KELAS SENI, PERTANDINGAN, DAN BANYAK LAGI…

Tempat / Venue: Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia Sasana Kijang, 2 Jalan Dato' Onn 50480 Kuala Lumpur, Malaysia

Untuk pendaftaran, sila emel:
infomuseum@bnm.gov.my 
TEL: +603-9179 2784

Boleh klik untuk dapatkan detail aturcara dan program yang disediakan


Nota Jemari: Jom penuhi masa terluang anak-anak dengan aktivit-aktivit yang disediakan.
Share:
Read More
, ,

Pertandingan Seni Visual anjuran Sekolah Seni Malaysia Johor



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hebahan Pertandingan Seni Visual anjuran Sekolah Seni Malaysia Johor (Sekolah Kluster Kecemerlangan) bersempena dengan Program Art Garage 2.0 Peringkat Kebangsaan tahun 2018.

Penyertaan terbuka kepada semua murid Sekolah Menengah di Malaysia.
Antara pertandingan yang dianjurkan adalah:

Pertandingan Kolaj - Kategori Menengah Rendah berumur 13 – 15 (Tingkatan 1 – 3)

Pertandingan Seni Catan Cat Air - Kategori Menengah Atas / Pra-U berumur 16 – 18 (Tingkatan 4 – 6). 

Tema pertandingan adalah: Seni Warisan dan Kebudayaan

Tarikh tutup penyertaan adalah 5 November 2018. 

*Sila rujuk Poster dan Borang Penyertaan dan hubungi urusetia untuk sebarang maklumat dan pertanyaan. 

*(Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta)

Terima kasih.😊

#mohonshareberamairamai
Share:
Read More
, , ,

PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN, JOHOR BAHRU TAHUN 2019


“Apa ye syarat2 nk masuk KV Perdagangan JB?” Meh cikgu share info ni...
So...bgtau lah sedara mara, rakan2, jiran2 yg ada anak2 lepasan PT3 tahun ni..marilah mohon & jadi ahli keluarga KV Dagang.

“KAMI MENANTI ANDA...”

*PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL  PERDAGANGAN, JOHOR BAHRU TAHUN 2019*


*INFO PERMOHONAN*

Web : www.moe.gov.my @
https://sptv.moe.gov.my/

Tarikh mohon online : *
 *15 Okt 2018*

Tarikh Tutup Permohonan Online :
*20 Disember 2018*

Tarikh Temubual :
*8-9 Januari 2019*

Tarikh Pendaftaran :
 *23 Januari 2019*

Tarikh Rayuan/ Walk in :
 *24 Januari - 28 Februari 2019*



*SYARAT KEMASUKAN 😗

✅ *Warganegara* Malaysia
✅ *Menduduki PT3 tahun semasa* di sekolah kerajaan @ bantuan kerajaan
✅ *Sihat* tubuh badan & *Tidak* rabun warna @ buta warna
✅ *Minat* yang tinggi dengan program yang dipohon
✅ Minima *Gred D* dalam mata pelajaran *Bahasa Melayu* & *Kemahiran Hidup* dalam keputusan PT3
✅ Minima *Band 3* dalam mata pelajaran *BM, BI, MT, SN & KH* dalam pencapaian *Pentaksiran Sekolah- PS*



*PROGRAM YANG DITAWARKAN OLEH
KV PERDAGANGAN JB

1. PERAKAUNAN
2. PENGURUSAN PERNIAGAAN
3. KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN
4. SISTEM PANGKALAN DATA DAN APLIKASI WEB

Sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut,  tuan/puan boleh terus berhubung dengan KV Perdagangan JB di talian : 072374378

*** Tuan/Puan boleh war-warkan kpd para pelajar PT3 yang berminat untuk mohon ke KV Perdagangan JB

Jom sertai Warga Dagang 😘😘
Layari FB Dagang utk info aktiviti terkini http://www.facebook.com/KVPJB

"Your Success is Our Business"
Share:
Read More
, ,

Kenali Ciri-Ciri Keselamatan Wang Kertas Malaysia

Apa yang perlu kita lakukan untuk memastikan wang di tangan kita adalah tulen? Bagaimana dan apakah kaedah-kaedah yang digunakan untuk memeriksa mata wang kita?

Wang kertas Malaysia telah menggabungkan ciri-ciri keselamatan yang berkualiti tinggi supaya apa-apa percubaan untuk memalsukan wang kertas tulen menjadi lebih sukar.


Ciri-ciri Keselamatan Wang Kertas

Antara ciri keselamatan yang boleh dikesan ialah:
  • ·         cetakan timbul (intaglio printing)
  • ·         potret tanda bayang (watermark portrait)
  • ·         tanda pandang telus (perfect see-through register)
  • ·         benang keselamatan tertanam (embedded security thread)
  • ·         benang keselamatan kanta mikro (micro-lense security thread)
  • ·         petak kilat berwarna (coloured glossy patch)
  • ·         teks mikro (micro letterings)
  • ·         unsur cahaya pendarfluor dua warna (two-colour fluorescent element)
  • ·         teks dan logo (text and logo)
  • ·         benang serat keselamatan (security fibres)

  
Kaedah Memeriksa Ketulenan Wang Kertas

Antara kaedah yang digunakan untuk mengenal pasti ketulenan wang kertas ialah melalui Rasa, Lihat, Sendeng dan Periksa.

1. Rasa kualiti substrat wang kertas

Kertas yang kesat dengan cetakan timbul pada bahagian potret SPB Yang di-Pertuan Agong yang pertama dan teks.

 Wang polimer diperbuat daripada plastik khas dengan cetakan timbul pada potret SPB Yang di-Pertuan Agong yang pertama dan teks.

2. Lihat wang kertas berlatarbelakangkan cahaya 

Tingkap pandang telus dengan cetakan angka ‘1’ dan ‘5’ dicetak timbul pada wang kertas polimer.

Potret tanda bayang 3-Dimensi dan tingkap pandang telus akan kelihatan.

Tanda pandang telus bentuk lengkap angka setiap denominasi akan kelihatan

Garisan halus lurus benang keselamatan kelihatan  di dalam wang kertas (RM100)

3. Sendeng - pegang wang kertas menegak dan sendengkan

Motif sulur kacang berubah warna daripada hijau kepada ungu (RM5)

 Lihat pada pergerakan imej dan perubahan warna pada benang keselamatan dan petak kilat berwarna.


4. Periksa wang dengan menggunakan peralatan

 Peranti cahaya ultraungu - substrat kertas tidak akan berkilau kecuali pada ciri-ciri keselamatan yang tertentu.
Kanta pembesar - tulisan teks bersaiz mikro akan kelihatan jelas.


Laporkan Wang Palsu

Tahukah anda bahawa jika anda mencetak, menyimpan dan mengedarkan wang kertas palsu, ia merupakan suatu kesalahan jenayah? Wang kertas palsu tidak mempunyai apa-apa nilai. Jika anda ragu-ragu mengenai ketulenan wang kertas ketika melakukan transaksi, ikuti langkah mudah yang berikut:

  • Jangan edarkan semula wang kertas yang disyaki palsu
  • Jangan tulis, conteng, potong atau ubah keadaan asal wang kertas yang disyaki palsu
  • Simpan wang kertas yang disyaki palsu dalam sampul surat atau sampul plastik
  • Catat maklumat bagaimana anda menerima wang kertas yang disyaki palsu dalam kertas yang berasingan
  • Laporkan dengan segera jika anda mendapat wang kertas yang disyaki palsu kepada pihak polis 



Hukuman Berkaitan Wang Palsu

Undang-undang berkaitan dengan wang palsu.


Undang-undang Malaysia: Akta 574 Kanun Keseksaan

Kanun Keseksaan Kesalahan Hukuman Maksimum
489A Memalsukan wang kertas Penjara 20 tahun & denda
489B Menggunakan wang kertas palsu Penjara 20 tahun & denda
489C Memiliki wang kertas palsu Penjara 10 tahun
489D Membuat atau memiliki peralatan untuk memalsukan wang kertas Penjara 20 tahun & denda

Sumber: Bank Negara Malaysia

Nota Jemari: Harap lepas ni semua orang dah boleh bezakan duit palsu dengan duit betul.
Share:
Read More
, , ,

Visit 'Tun Ismail Ali: Paragon of Trust and Integrity' Exhibition

Siapa itu Tun Ismail Ali?
Tun Ismail Ali adalah Gabenor Bank Negara MALAYSIA yang PERTAMA.
Walaupun yang menubuhkan BNM ada lah Tan Sri W.H. Wilcock tapi Tun Ismail Ali adalah rakyat MALAYSIA yang PERTAMA memegang jawatan GABENOR dari tahun 1962-1980.
Beliau juga merupakan abang kepada isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Ali.

Bagi mengenali beliau dengan lebih dekat serta mengenang jasa dan keringat yang telah diusahakan, Muzium Bank Negara telah mengadakan satu pameran khas mengenai Tun Ismail Ali.

Jemput datang beramai-ramai ke Muzium Bank Negara Malaysia di Sasana Kijang.

----------------------------

Tun Ismail Ali, the first Malaysian Governor, was an instrumental figure in establishing the foundations of the Bank and the nation. Born in 1918 before the country’s independence from the British, Tun Ismail Ali was a hardworking and diligent man who was always eager to contribute to the nation. He served the Bank as Governor for 18 years before stepping down in 1980 to be the Chairman of Permodalan Nasional Berhad.

The exhibition is divided into two main sections – the memorial section that chronicles Tun Ismail Ali’s life and the art section that showcases the Bank’s art collection acquired during his tenure as Governor.

Memorial Section
Learn about the legend, Tun Ismail Ali, through stories about his virtues and principles not only from his days at the Bank but also from his childhood in Klang and Kuala Lumpur, his formative years abroad in Cambridge through World War II, his work at the Malayan Civil Service and his contributions to Permodalan Nasional Berhad (PNB).
The exhibition will take you through an exhilarating journey that encompasses his philosophy, contributions and achievements with more than 80 personal and professional artefacts.

Art Section: Tun Ismail Ali’s Pick
Get acquainted with our first Malaysian Governor’s legacy as a patron of the arts because not many know that it was Tun Ismail Ali who started the art collection at Bank Negara Malaysia. Right from the beginning, he endorsed young and emerging local artists of his time such as Syed Ahmad Jamal, Latiff Mohidin and Ibrahim Hussein.


‘Tun Ismail Ali: Paragon of Trust and Integrity’ Exhibition
8 October 2018 to 28 December 2018
Level 2, Bank Negara Malaysia Museum & Art Gallery
Monday – Sunday, 10 am to 6 pm
Free Admission
Tel: 03-9179 2784 


Sumber : Bank Negara Malaysia
www.museum.bnm.gov.my
Nota Jemari: Masuk adalah PERCUMA
Share:
Read More
, , , , ,

RTM Menggamit Kenangan 2018

Terbaca kat sis lin punya FBpage pasal program "RTM Menggamit Kenangan" ni. 
Dan kebetulan ternampak kat IG sekolah ako, bebudak GS ada join aktiviti sukaneka sempena program tersebut. Yang seronok nya sebab SIGS jadi juara.


.:sumber : IG SIGSJB:.

Then belek-belek IG SIGS ada plak derang tengah buat latihan orkestra untuk konsert malam esok.

.:sumber : IG SIGSJB:.

---------------------------------------------------------------

Radio Klasik Menggamit Kenangan meraikan 20 tahun bersama para pendengar setia menerusi program Temasya Sehati@RTM dengan mengadakan “Konsert Mestika D’Klasik 2 Dekad” yang dibawa secara langsung dari RTM Johor Bahru bersama barisan artis terkenal tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Rahim Maarof, Herman Tino, Mas Idayu, Dato Nash, Man Bai, Noraniza Idris, Raja Azura, Hael Husaini, Dato Jeffrydeen, Rahimah Rahim, Wany Hasrita, Junainah Mamin, Jay Jay, Ruhil Amani, Nona Ushera, Abon dan Radhi P. Ramlee .

Tarikh: 13 Oktober 2018 (Sabtu)
Masa: 8.30 Malam
Tempat: RTM - Auditorium Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar Johor .


Nota Jemari: Kepada orang-orang Johor dan yang berdekatan dengan nya, moh beramai² memeriahkannya.. sempat lagi tu ...
Share:
Read More
, ,

Mengendalikan Wang Polimer dan Panduan Mata Wang

Ramai yang tertanya-tanya mengapa kita bertukar kepada wang kertas polimer. Kita juga sering kali menerima wang kertas yang koyak atau telah diconteng. Pernahkah kita terfikir bahawa wang kertas seperti ini mungkin tidak lagi mempunyai sebarang nilai? Semua persoalan di atas akan terjawab setelah anda membaca artikel ini yang menyentuh tentang pengendalian wang polimer yang betul, standard kualiti wang kertas dalam edaran dan penggantian nilai wang kertas yang tidak lagi sesuai untuk edaran.


1. Mengendalikan Wang Polimer Dengan Betul
Wang polimer RM1 dan RM5 mula diperkenalkan dalam mata wang Malaysia siri keempat sejak tahun 2012. Selain tidak mudah koyak, wang polimer juga tidak menyerap air, lebih bersih dan tahan lebih lama.

Jika wang polimer ini dikendalikan dengan cara yang betul, ia boleh digunakan dalam tempoh yang lebih lama. Untuk itu, anda perlulah:



Simpan wang polimer secara MENDATAR atau MENEGAK di dalam dompet atau beg duit.

BERSIHKAN wang polimer jika kotor.

Guna PENGIKAT GELONG KERTAS untuk mengikat wang polimer.


Anda juga perlu elakkan daripada melakukan perkara yang berikut:
JANGAN lipat wang polimer berulang kali (contohnya sebagai hiasan) kerana ia akan meninggalkan kesan lipatan kekal.

JANGAN renyukkan wang polimer dengan sengaja.

JANGAN gunakan dawai kokot, objek tajam atau pin pada wang polimer.

JANGAN dedahkan wang polimer secara langsung kepada suhu yang tinggi.


2. Standard Kualiti Wang Kertas Dalam Edaran
Wang kertas yang bersih/sesuai memudahkan pemeriksaan ciri-ciri keselamatan.
Wang kertas Malaysia dianggap sesuai untuk edaran semula apabila memenuhi semua kriteria yang berikut: 
  • Tulen dan bukan palsu 
  • Tidak berlubang, koyak, bertampal atau hilang beberapa bahagian daripadanya 
  • Bersih secara keseluruhannya atau tidak terlalu kotor 
  • Warna yang tidak luntur, terutamanya pada potret SPB Yang di-Pertuan Agong 
  • Tidak berconteng 
Berikut ialah contoh wang kertas yang tidak menepati standard kualiti yang ditetapkan dan tidak lagi sesuai untuk edaran dan perlu ditukar semula:

*Terbakar*
 *Renyuk*
 *Berlubang*
 *Luntur warna*
 *Mengecut*
 *Diubah suai*


Wang kertas dan duit syiling yang tidak lagi sesuai untuk edaran boleh ditukar di mana-mana bank dan Pejabat BNM. 


3.Penggantian Nilai Wang Kertas Yang Tidak Lagi Sesuai Untuk Edaran
Garis panduan berikut digunakan untuk menentukan penggantian nilai bagi wang kertas yang tidak lagi sesuai untuk edaran.

Kriteria Penilaian adalah Mengikut:

a) Saiz Wang Kertas

Nilai Penuh

Lebih 2/3 daripada saiz asal wang kertas
 Nilai Separuh
 Lebih 1/2 tapi kurang 2/3 daripada saiz asal wang kertas

Tiada Nilai
 Kurang 1/2 daripada saiz asal wang kertas


b) Contengan

Nilai Penuh
Sedikit Contengan


Tiada Nilai
 
 Membuat tanda pada SPB Yang di-Pertuan Agong atau tulisan berunsur politik, agama atau perkauman.

Contengan ketara atau menggunakan wang kertas sebagai pelapik tulisan.


Maklumat lanjut
Untuk maklumat yang lebih terperinci, sila layari laman Matawang dan Syiling di laman sesawang BNM http://www.bnm.gov.my atau hubungi Seksyen Perancangan Strategik dan Komunikasi, Jabatan Pengurusan dan Operasi Matawang di sambungan 8899.


Nota Jemari: Harap lepas ni ramai yang akan lebih menghargai dan menjaga duit
Share:
Read More
, ,

Perbezaan Belajar Memandu Dulu dan Sekarang

Teringat cerita seorang teman ni tentang husband nya yang baru je tersedar nak dapatkan lesen memandu. Umur dah makin meningkat senja, baru terkedek nak belajar memandu. Actually hubby dia memang dah expert dah memandu cuma tak 'berkesempatan' nak dapatkan lesen memandu yang sah. Bila dah tua-tua baru la insaf dan tergerak nak dapatkan satu.

Bukan nak cerita pasal hubby dia tu. Sekadar mukadimah.
Ako lebih suka nak bercerita perbezaan belajar memandu zaman ako dibandingkan dengan sekarang ni. Memang jauh gila beza nya kan.

#carian google

Ako belajar memandu betul-betul lepas habis jawab paper SPM yang terakhir.
Tahun 1995. Bapak lama kan, dah tua ahkak ko ni. hahhaa...
Ako belajar kat Institut Memandu Riakar di Skudai, Johor
Tak sangka wujud lagi tempat tu hingga kini.
Belajar memandu pada usia muda opkos masa tu excited yang amat.
Semangat berkobar-kobar.
Bangga tahap besar lobang idong ko jalan sana sini.
hahahaa...

Zaman ako, belajar memandu pakai kete macam kat atas tu. 
Haa... korang ado????
Tak pernah kan!!
Rata-rata sekarang kete dah senang, kecik je pun kete.
Tak perlu nak pikir, montot kete masa parking,
Tak payah nak pening-pening kena tahan napas masa nak tekan brek.
Tak susah-susah nak pastikan clutch korang bole tekan dengan kuat.

Hahahh... zaman ahkak masa tu, tuhan je yang tau betapa seksa nya nak memandu kete 'beso' dan 'bughok' macam tu kat tengah highway. Ha sape orang johor mesti tau kan laluan skudai tu macam mana punya jam dan penuh dengan lori beso-beso...
Ye , tu la laluan ako belajar bawa kete..
Jalan Skudai, OK!!!

Cerita pasal kete atas tu.
Pepaham je la, bila kete lama ni.
Clutch, brek, hand brek, stereng sumer nya versi ols skool.
Keras OK!!...
Insiden tak boleh lupa bila belajar park bukit.
Ermm... ko nak tekan brek je badan ko kena gerak sket ke bawah sebab brek pun dah ketat sangat hahahaa... Masa zaman aii belajar, aii is kecik molek je jadi bila memandu dengan stereng yang lebih beso dari paras muka ni, agak agak korang leh bayangkan tak?!

Bebudak sekarang sangat la beruntung.
Dah la kete kecik molek je.
Bila belajar parking tak payah nak pk pasal montot kete.
Pulak tu on da road pun smooth je bila drive.

Cuma ye ye, sekarang ni ada tambahan ilmu tentang kereta yang wajib belajar ye dak!
Kalau dulu simple je.
Parking & on da road.
Takde nak pening2 belajar buka tayar kete, belajar enjin kete.
Belajar mana nak isi minyak.

Tengok ahkak ko ni, dah hampir 23 tahun bawa kete.
Takde pun ilmu buka tayar pasang tayar,
tapi dah banyak pengalaman akak kena tukar tayar sendiri hahaha...
Ahkak ko ni xde belajar camne nak check minyak hitam, nak check air tapi bila ko dah start bawa kete, otomatik ko sendiri akan cuba nak tau perkara-perkara pasal kereta.

Ini jangan hanya tau bawa je tapi belajar macam-macam pun still tak tau pape.
Ermm penat korang bayar mahal-mahal tapi takat reti bawa kete je...
Aisshhh... especially untuk pemandu pompuan, nasihat ahkak ,
tolong ar amek tahu serba sedikit pasal kete.
Belajar dengan alami sendiri kete rosak, lain dik oii..

Pape pun, moga sesape yang tengah nak amek ujian memandu, moga lulus dengan cemerlang ye!!
Good Luck!

Nota Jemari: belajar dari pengalaman... 
Share:
Read More

Wordless wednesday : Lawan vs Kawan

Dedua pun anak buah ako.
Baju biru nama Qayyum umur 3 tahun.
Baju oren nama Imran Zayyan umur 4 tahun.
Dedua pun ako sayang.
Speechless tetiba nampak situasi berebut beskal bugok tu.
Ermm.. sorang dah pandai nak cekik oghang. Sorang dah pandai tunjuk skill ala ala taekwando.
Harap bila besar korang jadi sahabat/adik/abang yang akan jaga satu sama lain.

Nota Jemari: jangan sesekali tiru aksi di atas 😅
Share:
Read More
,

Salam takziah

Assalamualaikum,

Beberapa hari ni asyik menerima khabaran yang meyedihkan.

 Salam takziah buat Sis Lin sekeluarga yang baru je kehilangan adik iparnya. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang soleh dan beriman disisiNya. Insyallah, amin. 

Sama juga buat adik ipar lelaki ako yang baru je mendapat berita kepulangan saudara terdekat ke rahmatullah pagi semalam. Bergegas juga la kena balik ke Kluang. 
Alhamdulilah, segala urusan dipermudahkan.

Pastu I is speechless sangat terutama sekali dapat khabar berita dari adik sendiri.
Wife nya disahkan menghidap kanser payudara tahap 3. 
Allahuakhabr!! Last jumpa adik ipar masa raya tempoh hari.
Lama juga la kan tak bersua. Siapa sangka, dari seorang yang happy go lucky, 
alih-alih dapat kabar berita yang menyedihkan. 
Pape pun, harap adik ako ngan wife nya kuat nak hadapi dugaan dariNYa.
Be strong! Don't give up!!

Untuk korang, apa pun dugaan dan musibah, insyallah hadapi lah dengan tenang dan sentiasa be strong ok!!

Nota Jemari: ako pun belum tentu sekuat mereka.... 



Share:
Read More