Ramai yang tertanya-tanya mengapa kita bertukar kepada wang kertas polimer. Kita juga sering kali menerima wang kertas yang koyak atau telah diconteng. Pernahkah kita terfikir bahawa wang kertas seperti ini mungkin tidak lagi mempunyai sebarang nilai? Semua persoalan di atas akan terjawab setelah anda membaca artikel ini yang menyentuh tentang pengendalian wang polimer yang betul, standard kualiti wang kertas dalam edaran dan penggantian nilai wang kertas yang tidak lagi sesuai untuk edaran.


1. Mengendalikan Wang Polimer Dengan Betul
Wang polimer RM1 dan RM5 mula diperkenalkan dalam mata wang Malaysia siri keempat sejak tahun 2012. Selain tidak mudah koyak, wang polimer juga tidak menyerap air, lebih bersih dan tahan lebih lama.

Jika wang polimer ini dikendalikan dengan cara yang betul, ia boleh digunakan dalam tempoh yang lebih lama. Untuk itu, anda perlulah:



Simpan wang polimer secara MENDATAR atau MENEGAK di dalam dompet atau beg duit.

BERSIHKAN wang polimer jika kotor.

Guna PENGIKAT GELONG KERTAS untuk mengikat wang polimer.


Anda juga perlu elakkan daripada melakukan perkara yang berikut:
JANGAN lipat wang polimer berulang kali (contohnya sebagai hiasan) kerana ia akan meninggalkan kesan lipatan kekal.

JANGAN renyukkan wang polimer dengan sengaja.

JANGAN gunakan dawai kokot, objek tajam atau pin pada wang polimer.

JANGAN dedahkan wang polimer secara langsung kepada suhu yang tinggi.


2. Standard Kualiti Wang Kertas Dalam Edaran
Wang kertas yang bersih/sesuai memudahkan pemeriksaan ciri-ciri keselamatan.
Wang kertas Malaysia dianggap sesuai untuk edaran semula apabila memenuhi semua kriteria yang berikut: 
  • Tulen dan bukan palsu 
  • Tidak berlubang, koyak, bertampal atau hilang beberapa bahagian daripadanya 
  • Bersih secara keseluruhannya atau tidak terlalu kotor 
  • Warna yang tidak luntur, terutamanya pada potret SPB Yang di-Pertuan Agong 
  • Tidak berconteng 
Berikut ialah contoh wang kertas yang tidak menepati standard kualiti yang ditetapkan dan tidak lagi sesuai untuk edaran dan perlu ditukar semula:

*Terbakar*
 *Renyuk*
 *Berlubang*
 *Luntur warna*
 *Mengecut*
 *Diubah suai*


Wang kertas dan duit syiling yang tidak lagi sesuai untuk edaran boleh ditukar di mana-mana bank dan Pejabat BNM. 


3.Penggantian Nilai Wang Kertas Yang Tidak Lagi Sesuai Untuk Edaran
Garis panduan berikut digunakan untuk menentukan penggantian nilai bagi wang kertas yang tidak lagi sesuai untuk edaran.

Kriteria Penilaian adalah Mengikut:

a) Saiz Wang Kertas

Nilai Penuh

Lebih 2/3 daripada saiz asal wang kertas
 Nilai Separuh
 Lebih 1/2 tapi kurang 2/3 daripada saiz asal wang kertas

Tiada Nilai
 Kurang 1/2 daripada saiz asal wang kertas


b) Contengan

Nilai Penuh
Sedikit Contengan


Tiada Nilai
 
 Membuat tanda pada SPB Yang di-Pertuan Agong atau tulisan berunsur politik, agama atau perkauman.

Contengan ketara atau menggunakan wang kertas sebagai pelapik tulisan.


Maklumat lanjut
Untuk maklumat yang lebih terperinci, sila layari laman Matawang dan Syiling di laman sesawang BNM http://www.bnm.gov.my atau hubungi Seksyen Perancangan Strategik dan Komunikasi, Jabatan Pengurusan dan Operasi Matawang di sambungan 8899.


Nota Jemari: Harap lepas ni ramai yang akan lebih menghargai dan menjaga duit