, ,

Iklan: Projek Raya by IKM KL


Perlu kan tukang servis aircon?
Perlukan tukang servis letrik rumah anda?
Perlukan tukang kemas rumah?
Tukang cuci?

Jangan risau, pihak Institut Kemahiran MARA (IKM) KL, sedang menjalankan "projek raya" bagi membantu pelajar untuk menjana pendapatan sendiri.

Korang boleh membuat tempahan dengan menekan link tersebut

Selamat Menyambut Ramadhan

Nota Jemari: eh eh nak pose dah kan..
Share:
Read More
,

Rumah Kartun & Komik Malaysia



Sape minat kartun?
Karikatur?
Or yg sewaktu dengan nya?!

Peminat-peminat kartun terutamanya yg ada dalam majalah Gila-gila, Ujang, boleh terjah Rumah Kartun Malaysia yang terletak di Taman tasik Perdana. 



Ko tengok ni abin, zaman dulu kitorang sumer main 'gasing' tapi zaman la ni dah moden sket, korang main "beyblade"


Bulan April adalah bulan kartun, ada pameran pasal karikatur dari 1 April hingga 1 Mei 2019.
Kot la mana tau kan, korang leh jumpa kartunis-kartunis minta lukih gambar korang ke kan?!


Jangan lupa Sabtu, 13 April 2019 ada Karnival Kartun kat situ.
Boleh ajak anak-anak, mak, pak, sedara mara, kengkawan bagi memeriahkan karnival tersebut k ;)


"Baa Caakkk!!"
Peminat Uyum ni hahah.. eh silap Uyum yang minat dia kan hahaa...



Boleh tengok zaman dulu derang lukih guna berus. Zaman la ni, sumer pakai online je kot hahaha



Antara kartun pebret .. 
Rasa nya sampai sekarang masih minat kat dia ni...


Oh ye, kat rumah kartun ni, korang boleh belajar lukih kartun tau.
Bayaran RM100 untuk 4 kali kelas. 
Pendaftaran RM30
Info detail, korang leh contact terus no kat bawah sekali k.


Ha ni bukan kartunis ye...hehehe..
Ni member ako... 
Rumah kartun ni idea hubby n kengkawan kartunis dia.


Beriyer si Aqeem nak tulis nama dia dalam buku pelawat. Kata nya, tu bukti dia dah sampai haha..


Hahhaa ni anak sape minta okong ni 🤣🤣


Antara karikatur yang menarik perhatian ako...comel je dedua heheh


Haha yang ni pun comel juga kan 🤭😝


Tak tahu la , budak budak sekarang tau ke tak kewujudan majalah camni kan? Korang leh dapatkan koleksi majalah ni kat Rumah Kartun.


Antara sebab ako suka majalah ni, kat last page tu bila kita lipat, dia akan bg satu ayat or perkataan..


Ha contoh camni ha..ada ada maksud tu 😝

Nota Jemari: Tiga dara pingitan,.... ha sape ingat?! :p

Alamat : Taman Botani, Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur
Waktu Operasi : 10 pagi - 5 petang (Tutup pada hari Isnin & Jumaat)
No. contact office : +603-7772 3140
Bayaran : RM5 seorang

Share:
Read More
, , ,

SIGS 80th Anniversary - Calling for SIGSan!!


Buat warga SIGS, pelajar atau bekas pelajar, jom memeriahkan sambutan ulang tahun ke-80 sekolah dengan menyertai larian "Run Fun 80th years anniversary" pada Sabtu, 13 Julai 2019. Terbuka untuk orang ramai, sesiapa saja boleh sertai larian ni. Detail ada kat bawah ni k ;-

Boleh klik kat link untuk pendaftaran.

Fun run - 5KM (RM55.00)

Fun run -12KM (RM65.00)

For student (sek ren & men) just bayar RM35.00





Tshirt boleh pilih nak kaler apa...
So far ada 4 jenis warna pilihan.
Cantek-cantek plak kaler2 dia ye.

Paling tertarik dengan medal dia ni.
Hahaha kalau tak lari, boleh beli tak tshirt ni eh??
T-shirt sahaja tak boleh beli. Kalau nak dapatkan Tshirt & Medal, kena la register juga k.... pape boleh contact no yang tertera kat atas tu k ....

Save the DATE everyone!!! 😆

Note Jemari: kena training dari sekarang ni ... 
Share:
Read More
, , ,

[JDM STARZZ]: TAMAN TUGU TRAIL HIKE


- TAMAN TUGU EASY TRAIL HIKE -

"The urban forest park that offers a great opportunity for us to extend our Annual Report de-stress into the weekend, TOGETHER.
*****************************
STARZZ WILL BE AWARDED FOR PARTICIPATION
*****************************
Sunday, 31 March 2019 @ 8 AM
1.5 km of lush greeneries
1.5 km worth of opportunity to appreciate our rainforest better"
------------------------------------------------------


OK bila dapat email untuk first xtvt department tahun ni, ayoh la kita join. Tambahan plak tahun ni, point adalah individu bukan berkumpulan. Maka nya mari mulakan mengumpul 'bintang'


Pagi pagi dah kejut bebudak ni. Hangkut derang sekali join g hiking. Punya la excited memasing. Hahaha.. ko tak tau, kemain nebes Nina! Ngeri ..takut tetiba dalam hutan si Uyum minta dukung ke..pengsan nina! 😂


Jadi laa....
ko ghase hujung minggu ramai ke yang nak bangun awal??
Memang tak la kan hahahhaa


Eh eh, derang ni memang excited betul.
Kemain nak lead jalan tu.


Ha, yang kecik ni pun excited gak ni.



Ekceli trail dia takde la susah sangat, cuma standard la turun naik bukit je pun.
Yang susah nya sebab tanah basah so agak licin la sket.
Berpandukan map kat atas tu, kalau ikut laluan yang kaler hijau memang senang je dalam 30 -45 minit pun dah boleh cover. Laluan yang berwarna kuning tu mengambil masa lebih kurang 2 jam. Nasib la kami tak ikut laluan kuning hahah... Bukan apa, kesian kat budak 3 orang tu kang, tak pasal-pasal demam plak. Dah la esok tu dah naik sekolah balik. Nanti derang ingat, Nina dera derang plak daki bukit sampai berejam-rejam. hahaha.. Yang 20 minit ni pun, derang asyik tanya, "bila nak sampai ni?" 😂


Eh eh tengah syiok jalan-jalan dalam hutan, tetiba ada buaian.
Wow.... Ini dah macam cerita bawang merah bawang putih ni.


"Laju..laju...buaiku laju...
Laju la..laju la, ako nak kawen ngan anak raja!"

Hahahaha....

Ada beberapa check point yg ada buaian ni.
Bagus sebab ada gak tempat untuk berehat kejap.


Bila jumpa pondok ni plak, eh jap pondok ke ek??
Ha bila jumpa Gazebo ni, makna nya korang dah dekat la tu ngan jalan keluar.


Salah satu gazebo yang menang dari pertandingan reka bentuk.


 Ni, kalau menjerit dari tingkat paling atas tu, agak-agak beruk-beruk sumer lari tak??


Yeay, we did it!!!!
So officially dapat 1 bintang!
Yeehaaa.....


Pastu kita rehat-rehat, boleh baca cerita pasl pokok-pokok kat situ.
Ada nursery, sape yang minat pokok, konpom suka la lepak situ.




hahaha masa ni dah tak tau nak buat apa dah.
Memasing tengah pikir, nak makan apa lepas tu!!! 😜


Memang lepas tu kami ke Nasi Lemak Tanglin.
Jangan kecam, kami makan mi kicap je pun, tak makan nasi hahah..
ok la kan?!!

Thanks to NJ, Syed, Kak Sarah & Henry
So, next xtvt apa ye lepas ni?

Nota Jemari: Ini, xtvt buang lemak ke tambah lemak ni? 😆
Share:
Read More
, ,

Filem : One Two Jaga


Pemenang filem terbaik di Festival Filem Malaysia ke-30 iaitu filem One Two Jaga. Tahniah!!!

Kepada sesiapa yang tertanya-tanya, "One, Two Jaga?" Citer apa tu? Cemana boleh menang? Ini peluang untuk menonton di Pawagam! Tiket RM 5 sahaja. 

#OneTwoJaga Special Screenings
Locations: 
1.TGV Sunway Pyramid
2.TGV Wangsa Walk
3.TGV 1 Utama
4.TGV Tebrau City
5.TGV Bukit Raja
6.TGV KLCC
7.TGV Dpulze
8.TGV Kinta City

For Hall Booking, plz contact Mr.Evan Teo +60125445502

Nota Jemari: Jom tengok wayang!! 
Share:
Read More
, , , , ,

JDM: AR De-stress 2019 & Babai Interns


Jumaat lepas sempat lagi ke MyTown.
Lunch plak kat Ikea.
Ikutkan memang agak jauh la kan dari opis.


Tujuan sebenarnya nak beli ayam Kyochon.
Tapi takde plak delivery area opis ako.
Maka nya, terpaksa la kita "pick up" ayam-ayam tu sumer.

Antara ayam-ayam dari Korea, Kyochon paalinggg sedap bagi ako.
Terutama yang perisa pedas!!
Kalau suka yang manis masam, korang leh pilih perisa honey lemon.

Jenis ayam dia potong kecil-kecil je tau.
Bukan macam saiz KFC or MCd dan yg sewaktu dengan nya.
Maybe itu salah satu sebab nya, ia sedap di makan, tak rasa muak kot hehehe.

Kyocon ni dah ada mostly kat KL, Selangor dan Penang.
Boleh klik cari lokasi berdekatan korang --> https://www.kyochon.com.my/locations/



Dua orang budak intern (depan kiri-kanan) last day Jumaat lepas.
Alang-alang annual report baru je abis, maka nya kita celebrate sekali AR destress ngan last day bebudak intern ni. Untuk Henry & Aaron (mcm la derang baca blog ako ni kan), all da best! 

Nota Jemari: Casual Friday ;-)
Share:
Read More