, ,

Pameran 'PUSAKA: Warisan Kemudi Wawasan'

Menampilkan 12 karya instalasi yang menarik dan mendalam, PUSAKA mengenengahkan warisan negara melalui perkembangan sosioekonomi daripada pelbagai segi seperti pendidikan, ekonomi, sukan, sastera, alam semula jadi dan banyak lagi. PUSAKA mengemudi minda pengunjung dalam mentafsir legasi, sejarah dan tradisi negara – agar lebih difahami dan dihargai sebagai pengajaran yang diperturunkan kepada generasi akan datang.

Pameran kali ini juga mempamerkan hasil karya seni dari pelbagai arah termasuk karya paling tinggi yang pernah dipamerkan dalam sejarah Muzium iaitu Wau yang seakan-akan melayang di udara pada ketinggian 5 meter dan The Covenant Series dimana seniman memanipulasi logam menjadi nipis dan lembut membentuk sekumpulan ikan todak seberat 30kg terapung dalam bentuk puting beliung. Selain daripada itu, para pengunjung juga dijemput untuk bermain badminton di dalam galeri bagi menghayati mesej menerusi karya Badminton Court.

Barisan seniman yang menyertai pameran ‘PUSAKA: Warisan Kemudi Wawasan’ adalah terdiri daripada seniman yang sudah terkenal di Malaysia hinggalah seniman muda yang sedang meningkat naik seperti Zulkifli Yusoff, Ahmad Fuad Osman, Bibi Chew, Dain Iskandar Said & Hayati Mokhtar, Azizan Paiman, Sharmiza Abu Hassan, Chong Kim Chiew, Lisa Foo, Umibaizurah Mahir@Ismail, Haslin Ismail, Haris Abadi dan Jamil Zakaria.

Antara karya yang turut dipamerkan termasuk Immunity oleh Zulkifli Yusoff, Itu Homemade Malaysia oleh Bibi Chew, Gobok oleh Haslin Ismail, Mountains of Light oleh Haris Abadi dan Biri Puteh (Kambing Hitam) oleh Jamil Zakaria.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Orang ramai dijemput untuk melawat pameran ‘PUSAKA: Warisan Kemudi Wawasan’ yang berlangsung selama 5 bulan.

Butiran Pameran:

 Bermula dari 18 April sehingga 18 September 2019
 di Galeri Seni, Aras 3, Sasana Kijang. 

Tel : 03 - 9179 2784 | Email : infomuseum@bnm.gov.my

10am - 6pm
Masuk Percuma 


Cenderahati eksklusif yang dikeluarkan khas bersempena pameran ini juga dijual di Kedai Muzium.

Nota Jemari: Selamat berpuasa semua
Share:
Read More