Tadika Uyum yang asal tak buka lagi so kita daftarkan la Uyum kejap kat sekolah cousin Nina ni. Buat masa ni plan nak 'tumpang' kan kejap dalam 2 bulan kat tadika cousin.
 Lagipun Uyum dah bosan dok umah lama-lama.
Kat sekolah 'baru' ni , Uyum suka sangat sebab banyak aktiviti.
Salah satu nya, setiap jumaat ada latihan taekwando.

Balik tengahari semalam amek dia, excited betul dia citer.
"Nina, Sir cakap uyum bagus! Pastu Uyum dapat sticker!" 😆

Tak nyempat-nyempat nak masuk kete, x sabar-sabar nak tunjuk sticker nya tu.
Pastu Uyum citer lagi, kat sekolah Ticer cakap Uyum ada progres, so arini Ticer bagi hadiah.

Nina tanya,
"Uyum nak pegi sekolah lama tak nanti?"

Uyum jawab,
"Uyum nak pegi sekolah baru sebab ada ramai kawan!"

Hahaha nampak sangat dah setahun lebih tak jumpa kengkawan sekolah lama.
Ntah dia ingat lagi ke idak kengkawan kat sana.

Masih dalam pertimbangan nak maintain kan Uyum sekolah baru sementara ni ke tak?!
Sebab banyak perkara kena dipikirkan.
Buat masa ni senang nak hantar Uyum sebab ako pun wfh.
Takut nanti dah tak WFH, agak leceh nak nak berulang ke sekolah baru ni.
Sekolah lama Uyum memang dekat ngan opis Nina.

Omak eh plak awal-awal pagi dah kena kluar.
Sebab opis omak eh kat Somban.
So, Nina la terpaksa jadi tukang hantar dan amek Uyum.

Ermm pape pun, akan dipikirkan lagi nanti....
Yang penting sekarang, harap Uyum dah bole kenal-kenal huruf, belajar 1,2,3.
Dan dah bole membaca ..

Nota Jemari: rasa nak benti keje, nak jadi 'makcik prebet sapu' hantar budak sekolah 😆