Aritu abang long ada email ako. Minta promosikan novel terbaru dari alaf21 nih. Baru je dapat novel ni so skrg ni ako tengah gigih menghayati, membaca & meneliti novel tersebut. Dan sempena novel ini jugak, pihak alaf21 telah mengadakan satu kuiz bersama penulis iaitu, Liza Zahira.

MENANGI HADIAH MENARIK

20 penyertaan paling awal akan menerima Baju T Liza Zahira


Hadiah Pertama: Wang Tunai RM300
Hadiah Kedua : Wang Tunai RM200
Hadiah Ketiga : Wang Tunai RM10010 Hadiah Saguhati: Senaskah novel Liza Zahira (Pemenang boleh memilih salah satu novel Liza Zahira)

SOALAN-SOALANNYA:
1. Novel Kau Tetap Di Hati (KTH) merupakan novel Liza Zahira yang ke berapa?
2. Selain Malaysia, negara manakah yang menjadi latar cerita KTH?
3. Berikan nama anak-anak saudara Sophia dalam Kau tetap Di hati?
4. Bahtera Kasih (BK) merupakan novel ketiga Liza Zahira. Apakah nama kapal lanun yang menculik Carra Lina dalam novel tersebut?
5. Siapakah lelaki yang akhirnya menjadi pilihan Carra Lina dalam BK?

Lengkapkan kata-kata berikut (tidak lebih dari 20 patah perkataan).
Saya gemarkan novel-novel Liza Zahira kerana ……………………………..

Tuliskan Nama, No.kad pengenalan, Telefon dan Alamat berserta jawapan lengkap anda ke: liza_ktd@yahoo.com

TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA: 31 DISEMBER 2008

Dari kacamata 'anakomak' :-
Masa memula baca bab1 novel ni, dalam kepala hotak ako terpikir, "eh mcm dah pernah baca!" tapi setelah masuk ke bab 2, oo baru ako paham. Memandangkan ako baru je dalam permulaan pembacaan, so ako x leh nak review banyak2. Cuma apa yang ako boleh katakan, ako cukup geram ngan watak Ahmed, si abang ipar yang berasal dari Pakistan itu. Seorang yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga. Terlalu mengikut hawa nafsu sampai anak bini terabai.

Pada mula nya ako pun x suker kat watak si kakak yang terlalu mengikut perasaan amarah terhadap ibu bapa sendiri dan sebagai membalas dendam, sanggup membawa si adik ikut bersama dan dijadikan hamba abdi di rumah.

Si adik yang masih berjiwa remaja sudah pasti termakan dek pujuk rayu si kakak yang menjanjikan kesenangan. Ditambah keinginan si adik yang teruja untuk melihat negara owang. Lantas larangan keras dari ibu bapa tak dipeduli. Maka bermula la detik hitam si adik di perantauan, mengharapkan belas kasihan dari si kakak yang akhirnya memakan diri sendiri.

Khusus untuk peminat2 novel, dapatkan la novel terbaru dari alaf 21 yang memang menjanjikan kelainan daripada penulis2 nya.

Nota Jemari: ako bukan pengulas yang bagus!