Followers

Wednesday, November 18, 2009

Tiga tahun sudah berlalu


18 November 2006, masih terngiang2 lagi peristiwa itu di kepala hotak ako. Sehari sebelum itu, ako dan  MAK telah menemani arwah ABAH di IJN petang itu. Ada sedikit pertelingkahan antara ako dan arwah. Hanya disebabkan perkara yang kecik ajer. Ako pulang petang itu tanpa memandang , tanpa sempat memohon kemaafan. Ako berlalu pergi seolah tiada apa yang perlu dikesalkan.

Pagi, 18 November, MAK rasa x sedap hati. Kebetulan kami adik beradik terasa berat nak bangun awal2 pagi. al maklum hari sabtu la katakan. Tapi MAK, awal2 lagi dah bangun, ghopenya MAK x dapat tido malam itu. Dipaksa nya kami sumer bangun awal pagi itu, soh hantar dia ke IJN. Tapi memasing cam malas. Ye ye.. Kebetulan adik lelaki ako kerja ari itu, so dia la yang tolong hantarkan MAK ke IJN.

Dalam setengah jam, kami dapat panggilan tipon dari MAK di IJN. Ghope2 nyer arwah ABAH sudah dimasukkan ke CCU dari malam tadi. Punca nya sesak napas. Kami hairan, kenapa pihak spital x contact kami malam itu juga?! Mungkin itu lah suratan nama nya. Setelah menerima panggilan MAK, kami bergegas ke IJN. Dari jauh sudah kelihatan muka MAK yang runsing dan risau. Waktu itu kami masih tidak dibenarkan melawat arwah. Sepanjang duduk di luar CCU, kami lihat doktor, para jururawat ke luar masuk dengan cemas sekali. Kami sumer rasa x sedap hati.

Dan tiba waktu nya, kami akhirnya dipanggil oleh doktor yang merawat arwah dan ditempatkan di dalam satu bilik dalam unit CCU itu. Tapi masih x dibenarkan meliahat arwah lagi. Masa ni, kakak ako dah mula melalak. Ako cool lagi. Mak pun dah start teresak2. Setelah mendengar penerangan doktor, "tiada harapan lagi!" , ermm masa ni toksah cakap lagi la, opkos memasing dah melalak, meraung sakan kat situ juga.

Kami sempat menjenguk arwah. Terbaring sekujur tubuh.. Ako masih terasa kehangatan tubuh itu. Hangat? Tidak... sejuk... kaki tangan kesejukan... Mesin yang membantu arwah bernapas, sedikit demi sedikit menunjukkan aras penurunan. Dan bila angka di mesin itu menunjukkan ke no 0, ako sedar arwah sudah pergi untuk selama2nya. Masih terbayang2 lagi raut wajah arwah yang penuh dengan wayar2.

Pasrah! DariNYA kita datang, kepadaNYA juga kita kembali.

Al-fatihah buat arwah ABAH yang telah pulang ke-rahmahtullah pada 18 November 2009 tepat jam 10:10 pagi.

Nota Jemari: Ampun maaf yang ako pinta sewaktu di tepi katil tempoh hari, dengar kah arwah?

8 comments:

Nik Mohd Afiq said...

al-fatihat..smoga arwah dicucuri rahmat..

AKO said...

Terima kasih:)

shiemz said...

Al-fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat.. Shiem ghase dier dengar walaupun dier telah pegi. Tapi hati bapa..hati mak.. sentiasa memaafkan anak². InsyaAllah

CT Delima said...

Al-Fatihah buat arwah abah ya ret. sama2 kita berdoa agar roh arwah dicucuri rahmat..aminnn

Sis-Lin said...

semuga rohnya di cuci rahmat olehnya...aminnnnn

zaza said...

al-fatehah..
jgn lupa doakan arwah mak n abah ok! moga2 allah ampuni dosa kita & dosa mereka jua...amin-

Miss S said...

alfatihah, be strong dear, take care.

Tok Bond said...

Al-Fatihah...