,

Anugerah Perkhidmatan Lama Sesi 2009 - 10 Tahun

Tarikh 2 Februari 2009, genap sudah 10 tahun ako menapak di Bank Negara. Sempena dah lama keje kat sini maka pihak bank telah berbesar hati untuk memberi cenderahati sebagai tanda penghargaan.

Tahniah di atas pencapaian 10 tahun perkhidmatan tuan/puan di Bank Negara Malaysia. Sehubungan dengan itu, Bank akan menganugerahkan satu cenderahati sebagai tanda penghargaan ke atas perkhidmatan tuan/puan selama ini.

Oleh itu tuan/puan bolehlah memilih satu cenderahati samada daripada barangan Royal Selangor Pewter atau syiling Kijang Emas - satu pilihan sahaja. Bagi barangan Royal Selangor, tuan/puan akan menerima e-mel jemputan untuk pemilihan secara "on-line" di laman web Anugerah Perkhidmatan Lama.

Tuan/puan adalah dijemput untuk melihat sendiri barangan tersebut yang akan diperagakan di tingkat 11C pada 26, 27 dan 28 Januari 2010. Bagi tuan/puan yang berminat untuk memilih syiling Kijang Emas bolehlah
melengkapkan borang pemilihan yang dilampirkan di bawah dan dikembalikan kepada unit Pentadbiran JSM selewat-lewatnya pada 12 Februari 2010.



Ye ye skrg ni tengah blur mau pilih hadiah yang mana satu. Kijang emas mcm gambar kat atas ni, ako akan dapat 1/4 oz. Klu nak tau berapa nilainya, kowang gi la tanya kat Maybank ye. hehehehe.....

Selain kijang emas, ada lagi barang-barang lain seperti barang2 pewter dan juga jam tangan brand tissot dan apa ntah lagi. Lupa lak... Harus masuk laman web hadiah tuk check balik... Esok2 ako tempek gambar hadiah2 tu ek... Now ni tak tahu nak pilih yang mana. Kot2 la kowang leh tolong ako wat pilihan.

Nota Jemari: alhamdulilah.. berbaloi-baloi...
Share:

2 comments:

  1. klu aku,amik jam je le,leh guna sepanjang zaman,takut demand kang amik brg berharga,bila dh jual kang,dh x de kenang-kenangannya..kan kan?
    ko pun suke kumpul jam kan...
    psstt laptop x de?he he he

    ReplyDelete
  2. hehehe tu la mmg target nak amek jam arr....

    psstt laptop? erkkk..... bankrup arr :p

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.