, ,

Berbuka Puasa di GoodHope Hotel

Meriah!
Memang meriah majlis berbuka puasa kat JB ahad lepas.
Oh ye seharian di singapura, esoknya Ahad 29 Ogos ako ke Johor Bahru pulak. Menumpang kasih di rumah Puan Marlin dan En Sabar kat area Bukit Indah. Terima kasih daun keladi..

Belum ghaye lagi kan tapi bila dah berbaju kurung, berbaju melayu, haha terasa kehangatan raya tu makin dekat ajer. Kena bergambar ngan tuan umah nih. Idea Lin arr ni nak berbuka dengan konsep 'raya' gitu. Nasib baik la disuruhnya berbaju kurung, klu disuruhnya berbaju ala-ala koboi, erkk mana plak ako nak cari kan. haha..

Tapi memang sonok plak rasa. Memang feel nak raya tu terasa excited lebih sket la. Posing-posing before ke tempat berbuka. Oh ye majlis berbuka kali ni diadakan di Hotel GoodHope, Skudai JB.


Bila teruna dan dara bergambar pasti ada spekulasi. Laaayaann kan ajer la..

Penuh meja kami dengan makanan. Klu dah konsep buffet kan harus sumer nya nak dimakan sekali harung. Ako suker makanan kat sana. Sedap tapi tak larat nak mengulang berkali-kali.

Meja mereka masih kekosongan lagi.

Kami bergambar sebelum pulang. Blogger malaysia dan singapura bersatu. Walau tak ramai yang dapat hadir tapi ini pun dah cukup meriah.

KakLinn sekeluarga bergambar. Beraya bersama orang baru ye tahun nih.. Tahniah!!

Sis mariah @ sis moralle dari Singapura. Wah Aqil tahun ni berjaya puasa penuh ya? Gud boy ;-)

Blogger SINGLE..
iskk bila kowang nak BERDUA nih??
muahahahaa.....

Sis Lin bersama anak-anak. En Sabar nya mana ek??

Ini keluarga tak ikut tema. Harus kena denda nih!!
En Azman @ kasawari sekeluarga.

Selamat BerPuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya buat kowang sumer ;-)

Nota Jemari: meriah kah raya tahun ini?
Share:

7 comments:

  1. aku pun ada gak amik gambo berdua, agak2 ada spekulasi x? ha ha ha ha

    ReplyDelete
  2. happy tgk smua dah pakai baju warna-warni, kakret tiba-tiba pakai baju pink ;)

    ReplyDelete
  3. memang utk blogger tertentu jer ke nie? lynn pun stay kat jb juga...huhuhu...

    ReplyDelete
  4. ch@,
    wkakakka tu laaaa tp kita suka la baju tu..

    Lynn,
    laaa tak tahu pun awak kat JB.. klu tak bole join sekali. x kisah sesape je leh join.. xpe kita tgu raya k.. ;)

    ReplyDelete
  5. seronok kan dpt buka ramai2 dan jmpa ramai2 mcm ni.. Msjbox SELATAN memang terbaik..! pasni kita buat camping plak.. huhu

    ReplyDelete
  6. weii jap jap ni dah isu perKAUMan nih... huhu ako x mention pun ni acara MSJBOX :-/ ...

    blogger beb blogger... so xde kena mengena ngan MSJBOX... sesape pun bole join so mana leh mention specific msjbox SELATAN??!!!1 huh.. ni amaraah nih :p

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.