,

Catatan ramadhan: Hari ke-20, 21 & 22

Ramadhan ker 20, ako masih di Jay Bee.
Tiada apa yang menarik cuma kesedihan melanda tatkala menerima berita dari sahabat di sana tentang keadaan ayahanda beliau. Maaf, andai ako punya kenderaan waktu itu, pasti ako akan sampai dan berjumpa dengan kau!!

Ramadhan ke 21, sudah berada di KL.
Perasaan serba salah masih menghantui  diri.
Hari cuti bagi seluruh rakyat malaysia kerna menyambut hari kemerdekaan tanahair kita.
Seharian di rumah membuta kan diri. Penat!
Berbuka di rumah kakak.

Ramadhan ke 22, Inalilawainalilahirojiun....
dari DIA kita datang, kepadaNYA juga la kita kembali.
Ya akhirnya pergi juga ayahanda sahabat itu.
Maaf sekali lagi, ako masih tidak mampu bersama-sama kau!
Sungguh, pemergian itu ako turut merasainya.
Jangan sedih wahai sahabat.
Jadi lah kuat kerna ko adalah kekuatan bagi ibumu.
Andai waktu bole berputar kembali, ako ingin sangat bersama-sama kamu menghadapi saat-saat akhir arwah. Moga kau dan keluarga akan lebih tabah menghadapi hari-hari mendatang tanpa arwah di sisi.

Ako sayang kamu!
Jadi kamu juga perlu sayang diri kamu.
Jangan banyak bersedih ya wahai sahabat!

Nota Jemari: KLu ada rezeki, tunggu kedatangan ako kepada mu
Share:

2 comments:

  1. entry ramadhan marathon dah nih.. takziah kepada sahabat itu.. mesti terasa sgt sbb lagi beberapa hari je nak raya kan.. al-fatihah..

    ReplyDelete
  2. mekcu,
    aha marathon senang sket hehee...

    tu la mmg sedih la bila nak dekat raya, org yg kita sayang pegi tinggalkan kita.. tapi dah ajal kan.. :(

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.