, , ,

We are in R.E.D

Kan aritu ako ada promote pasal RED kat kenny rogers (KR) kan.
So semalam lunch bersemangat la, ako pegi juga KR kat The Mall bersama mereka.

Kata kena pakai sesuatu yang berwarna MERAH.
KLu tak cukup merah, kasut pun ako dah pakai merah ari tu.

Beli 1 set dapat 1 set FREE.
OK laaa kan...
Tapi orang kat sebelah tu tak moh makan berat-berat.
Ooo ok selamat tak yah order lagi satu set. heehe

Pandai derang kan...
FREE tetap free tapi exclude air ye.
Maka terpaksa la order air berasingan.

Ha ni budak baju pepel tu punya makanan.
Kenyang tu ker weii???

Ini lah dia set yang dimaksudkan untuk hari itu.
Ooooo side dish sumer adalah sudah ditetapkan. Tak boleh nak pilih-pilih.

Tengok tu, punya la ramai orang dok setia menanti.
Ermm klu takde promosi ni, ada nya orang nak beratur camtu punya panjang??? 

Nak order satu lagi muffin.
OK laaa, kita pun mengorder la kan.
Ada ke patut budak yang amek order leh cakap camni,

"kak, satu muffin RM2.20. Boleh ke kak??"

Aikkk..... baru RM2.20 je pung...
Ingat kami tak leh bayor kerrr???
Mahal la sangat seketoii muffin tu ye...
Iskkkk....

Pape pun, kenyang la juga lunch kami pada aritu.
Alhamdulilah.......

Nota Jemari: Oh ye, kesan kepala ako, LEBAM yang menyakitkan.... Sendi-sendi tangan dan badan sudah mula saket-saket.
Share:

11 comments:

  1. Ret, budak opis erin pun ada pegi Ret..gigih la jugak pakai baju kurung merah..& tudung merah..hehe :D
    erin terlupa nak pakai baju merah...maka tak dpt la menjoinkan diri...

    Ek eh..tudung fareeda.. sure ada discount to the max tu... tudung situ cantik2..tapi mahaiii...

    ReplyDelete
  2. salam ret,
    gi the mall naik lrt ker? satu stesen jer kan... akak n family memang suka KRR nih.. bila nengok set tu, tetiba lak rasa nak gi weekend ni.. lawa baju kurung, suka la cerut kat tangan tuh.. tempah ke beli dah siap.. heheh..

    ReplyDelete
  3. erin,
    laaaa x semestinya kita yang gi sana kena pakai kaler merah, klu member dah pakai, kita x pakai pun x pe, sbb kan dapat free ...

    kak aanas,
    hehehe baju ready made. member bagi tahun lepas klu x silap..

    ReplyDelete
  4. i suka gile kenny rogers! tapi tak penah la plak tgk orang beratur sampai camtu skali kan hahahaha...

    ReplyDelete
  5. tahu xpe hahaha... mmg jarang nampak KR ni penuh sangat kan ;)

    ReplyDelete
  6. dah macam jalan-jalan cari makan.
    hehe!

    ReplyDelete
  7. suka la korang.. bersungguh kalo nak dptkan.. mekchu tak de geng yg bersungguh mcm tu... muffin ohh muffin... bg akak sedozen ye dik.. akak mampu bayar!!

    ReplyDelete
  8. hahaha klu senang nak dapat, apa salahnya bersungguh2 kan :)

    muffin, bukan sedozen, berdozen2 pun mampu lagi :p tapi mampu ke nak telan klu dah banyak kan hehe

    ReplyDelete
  9. Hadoiii..itu budak mata keroo ke?..tatau ke yang hakak retna koo ni keje mana?...ish ish ish..bikin malu company je kan ret, tanya macam tu...

    ReplyDelete
  10. wkakakakaka aiyaaakkkkk :-D iskk xpe xpe duit dia juga kat tempat kojer ako tuh :p

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.