, ,

ABIN vs AMMAR

Sabtu baru-baru ni ako balik kampung.
Mana lagi, balik ghombau arr.
Rindu nak makan rendang ayam kampung.

Kebetulan mak lang yang kat kampung tu dah masakkan rendang,
maka dengan secepat kilat kitorang balik kampung.
Nyumm nyummm cam mengidam memasing nak makan rendang.
Ye la kan, nak harap buat sendiri, memang takde la ye.
Nak nak plak dah lama x makan rendang nogori.

Ako rasa rendang negeri ni diorang suka masak kering2 sampai hitam2.
Tu yang power tu!!! Kerak-kerak rendang nya tu..
Slurrppp... 

Masak plak guna ayam kampung.
Hahhah memang la liat sket tapi sedap woooo!!!

Balik kampung dapat plak makan doghian.
Durian kampung.
Ermm tapi ako lebih prefer durian yang tebal isinya.
Baru puas makan!

Hari tu balik, ada plak si Ammar ni.
Ammar ni cucu kepada mak lang ako.
Merangkap anak kepada sepupu ako.
Kebetulan mak si Ammar ni tgh berpantang kat kampung,
tu yang ada je si Ammar kat kampung.

Ammar ni muda setahun dari Abin.
Cer kowang tengok dak berdua tu.
Aishhh dah la si Ammar tu kecik molek je orang nya.
Kena plak dengan si abin yang membolat je tuh.

Tak pasal-pasal Ammar kena buli ngan si Abin.

Bersungguh-sungguh si Ammar mengayuh.
Siap berdiri-diri, ater si pembonceng tu terlalu berat.
Tapi respek jugak kat si Ammar ni.
Walau berat, gigih juga dia nak bawa pembonceng bolat tu.
Berkerut-kerut dahi, keluar segala urat.
hehehee..... yang si pembonceng tu bukan reti nak turun.
Lagi dipaksa nya si pengayuh..

Dah gaya penarik beca mengayuh lagak si Ammar ni.
Sian OK!!
Sudah nya, dia tension!
Terus disuruhnya pembonceng turun.

Mana pembonceng nak turun.
Last-last terpaksa angkat si pembonceng.
Ha baru lega si Ammar nak mengayuh.
Aisshhh macam-macam.
Camtu la bila dua pupu bertemu buat kali pertama.

Nota Jemari: Klu kumpul ramai2 ni konpom meriah!
Share:

No comments:

Post a Comment

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.