Followers

Thursday, August 18, 2011

Berbuka @ Shani Cafe

Asalnya nak jumpa ngan Umie.
Tapi cam segan gitu nak berbuka bertiga.
Ater si umie ni nak bawa tunang dia sekali.
So ahkak keMALUan gitu klu bertiga-tigaan.

Maka, mengajak la yang lelain berbuka sesame juga.
Cari punya cari tempat berbuka, akhirnya Shani Cafe menjadi pilihan.
Itupun hasil carian si bonda.
Tapi ke sudahnya, beliau tak muncul-muncul juga.
Huh mencikkkkk!!!!!! bluwekkk

Shani cafe ni terletak kat belakang wangsa walk.

No. 20, 
Jln Wangsa Delima 11, 
D'Wangsa Link, Wangsa Maju, 
53300, Kuala Lumpur 

Berdekatan dengan Restoran NZ yang baru. Dan juga berdekatan dengan CIMB kat area situ.
Ako kira macam susah juga nak cari parking kat sana.
Tapi bila ako masuk park wangsa walk, berlambak je kosong.
Especially yang bahagian tepi bersebelan dengan Sanctuary Slimming.
Betul-betul berhadapan dengan Shani Cafe.

Fuh, sangat lega!
Al-maklum, semalam jam yang amat teruk.
Ter stuck plak kat area Sentul.
Terus amek DUKE dan tak sampai 10 minit dah sampai area wangsa walk.

Itupun dah hampir-hampir waktu berbuka juga la ako sampai.

Mereka yang datang.

Kali ni Jun terpaksa datang berdua sahaja dengan Khayla.
Kesian ako tengok an si Jun.
Makan pun x lalu.
Aishh... Nampak gaya memang ko tak leh datang berdua je la.
Harus kena datang ngan ibu khayla.

Harga buffet sudah naik kata nya.
Dari RM10 ke RM15.
Ok la, mana nak dapat kan rege buffet cenggini kat kolumpo ni.

Tapi padan la ngan rege nya.
Tak sampai 5 minit licin ko lauk pauk nya.
Derang yang berbuka ni macam ikan pirana.
Kejap je ako nak amek lauk, dah tinggal saki baki kuah je.

Uitsss... 

Dah kata sepinggan sorang.
Klu dah sorang amek 2, 3 pinggan letak lauk pauk,
mana tak abesh nya lauk-lauk itu.

Jahat tau!!
Ako baru teringin nak rasa ketam dia.
Baru ngidam nak telan udang sambal.
Yang ako dapat, korek-korek minyak je weiii!!

Huh... bayar sesame tapi melantak, owang lain yang makan lebih.
Abih camno ni??!!

Licin...
Walau macam nampak x cukup tapi licin juga la pinggan derang.
Siap tambah order sate lagi tu.
Hehehhe takut tak cukup gitu.

Sian Khayla.
Sian bapak Khayla..
Erkk mana mak Khayla..???

Thanks ALL..
Nanti kita makan-makan lagi ye.
Next turn sape plak?

Nota Jemari: Nari nak buka kat luar lagi...

2 comments:

bdk2 a.k.a John said...

bertabahlah akak....mmg mcm tu umah manusia nih. macam pirana kalo jmpe makanan....hihihi

AKO @ retna said...

hahahah kan ;-)

Annivesary

Daisypath Anniversary tickers