,

MSJBOX Iftar 2012 - Selatan

Iftar belah KL x pegi tapi tup tup 'terbang' ke Selatan terus.
Kecik hati ahkak ko ni dik oii..Ada plak dibuat iftar belah KL hari Jumaat, hari yang ahkak ko kena 'terbang' pulang ke kampung halaman. Huhu takpe la, tu nama nya takde rezeki kan ;-)

So, seperti yang dirancang, Iftar MSJBOX belah Selatan telah berjaya diadakan pada hari Sabtu lepas.
Kat mana?
Kat Restoran Anjung Warisan, JB.
Walau kali ni geng-geng dari Singapore tak dapat join, tapi yang ada ni pun dah cukup meriah nya.
Terima kasih sumer yang datang especially BIG BOS sebab sudi gak turun ke Selatan tahun ni. hehe..

Takde rezeki nak tumpang kete baru. 
Next event, jangan lupakan daku ye wahai en BOS hahaa..


Macam biasa...
Before ke destinasi, berposing dah macam nak nyambut ghaya lagaknya.


Berkonvoi dengan 3 biji kereta sahaja ke tempat kejadian.
Berkonsepkan ala-ala pulang ke kampung.
Sebelum masuk waktunya, menanti dengan sabar untuk menyentap eh silap menyantap.


Sejurus azan berkumandang, menyantap dengan lahapnya.
Sebab kan tempat kami di atas 'pokok', maka agak menyusahkan untuk berulang-alik ke tempat buffet.
Bila malas menyerang, maka terpaksa melaksanakan konsep 'sharing is caring'. :p


Tak toleh kiri kanan.
Makanan nya bagi ako agak kurang sket menepati citarasa.
Memandangkan ako tengah mengalami penyakit 'gatal-gatal', so tak sesuai untuk melantak lauk-pauk yang berunsurkan seafood.

Sekadar mampu berbuka dengan mi goreng sahaja. *kesian!!



Sambel melantak, sambel dihiburkan dengan alunan muzik angklong.
Sangat mendayu syahdu.
Pandai budak ni main.
Sangat terpesona.


Abeh melantak, moh la kita pulang.
Hati-hati melangkah, bergegar tangga tu!
Tetiba rindu plak nak balik kampung.. *huwaaaaaaa


Oh ye, thanks to Oeya coz sudi join iftar kali ni.
Next time jangan serik join kami lagi ;-)
Terima kasih jugak atas naskhah Al-Quran nya itu.
Tetiba rasa insaf... huhu... *kerdil diri



So, pada kowang yang nak try berbuka kat situ, boleh la contact nombor yang tertera kat atas tu ye.

Harga buffet :-
dewasa : RM25
kanak-kanan : RM13

Cukup 10 orang, boleh dapat 1 harga FREE.

Restoran Anjung Warisan
JKR296, Jalan Petri,
Kampung Baharu,
80100 Johor Bahru

gambar kredit to en burung dan pn pepel.

Nota Jemari: first time buka kat luar untuk ramadhan kali ni...
Share:

3 comments:

  1. kak..sedap ke kat situ..agak kurang la makanan kat sana..kita da terkena..xsedap tau..huhu..
    pastu nyamuk berkeliaran..masyaallah..xle handle..gatal seluruh badaan bile kene gigit..huhu

    ReplyDelete
  2. Bestnya tempat ni Ret...
    terasa suasana kampung sungguh...
    bila la nak merasa dtg sini gamaknye...

    ReplyDelete
  3. yatz,
    hehehe kureng laaa.. x berapa nak sedap sangat tambah plak akak x leh makan seafood sbb gatal2 lagi arr tension x tau nak makan apa..
    Cuma yg pasti, derang cepat je tukar lauk atau tambah lauk bila dah abes

    Erin,
    hhehe gi laaa... Ala sekali sekala berjalan ke Selatan plak :p

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.