Followers

Friday, January 10, 2014

Bercuti bersama ABIN

Dah lama rasanya tak bercerita pasal ABIN kan?!
Dah besar dah budak sorang tu.
Dah makin bolat pun iyer jugak..
Molot tu jangan cakap la, becok dah macam oghang tua.
Arghhh ni yang buat ako rindu kat ABIN ni!!

"ABIN, nina miss you so much!"

November lepas ako ajak ABIN gi holiday.
Kan main excited budak tu.
Ako cakap nak gi holiday naik kapal torobang.
Pastu nak bawa ABIN gi obersee kekdahnya.
Al-maklum nak pecahkan rekod untuk passport ABIN.

Ala x gi jauh mana pun.
Just gi seberang tambak johor je pun.


Flight kitorang awal giler hari tu.
Maklum la, ako cari tiket yang murah-murah aje lorr.
So, memang excited kemain lagi si ABIN.
Malam tu jenuh ako dok paksa dia tido. Bukan apa, takot dia susah nak bangun awal pagi esok nya.

GUess what?
Wah bukan main senang lagi nak kejot ABIN.
Tak banyak ragam, kejut je terus mandi n siap.
Tapi sian kat adik pagi tu sebab kena paksa bangun juga gara2 nak ikot hantar ABIN gi KL sentral je pun.

Pepagi naik bas adalah senang untuk ke LCCT.
ABIN memang la suka naik BAS.

Alhamdulilah perjalanan kami pagi tu lancar je.
Sampai kat LCCT pun masih awal lagi.
Selesai urusan check-in luggage pun senang pagi tu.

Ako cakap kat ABIN, kita tak payah makan la kat LCCT ni.
Nanti sampai Singapore baru kita bekfes.
Hahah giler kejam aunty nana x bagi ABIN makan kan?!
Tapi ako xde la kejam sangat pun hahah.
Ako beli la jgk snek dalam flight tuk alas perut dia.


Hoyeeee ABIN dah sampai epot changi!
Excited , excited juga tapi sebabkan ABIN kurang sihat hari tu, makanya insiden muntah di epot pun terjadi.

Adoiyaaaiii nasib baik juga ako sempat budget nak singgah ke toilet dulu lepas kuar je dari kapal torobang. Jadinya, kemuntahan itu dapat juga diatasi dari berterabur di jalanan epot. 

Yang menjemput sudah menanti.
So apa lagi, kita bekfes kat epot je la dulu ye.
Memasing dah kebulur sangat dah time tu.


"Nina, nina, akhirnya ABIN dah sampai luar negara kan Nina?!!"

Excited OK!
Nina pun excited juga, ABIN! Sebab dapat jumpa ngan uncle cina....
Hahahahaha......


"Kita pegi mana tu ABIN?"
"Kita pegi tengok dinasor la nina!"

Tapi ABIN penakot dinasor la.
Nampak je cam berani dan kuat.
Bila soh gambar dengan dinosor yang boleh gerak2 terus menyorok belakang ako.
Alahaaaaiiiii ABIN oiii......


Lagi nina bawa ABIN pegi Zoo.
Masa ni ako dah mula x sedap badan.
Tetiba diserang selsema dan demam.
Ni yang x best klu berjalan tapi badan x sihat, kan?!

Memandangkan dah jauh bercoti ni, gagahkan juga la badan tu demi ABIN.
Zoo adalah satu tempat kesukaan dia.
Klu kat KL ni, dah banyak kali sampai ako naik muak dibuatnya.
Ntah apa yang best sangat pegi zoo ni kan?!
Hahahaha klu sekali tu ok la juga, tapi bila dah asyik2 pegi zoo, nak muntah dibuatnya :p

Kat Zoo Singapore ni, selain tengok binatang, salah satu attraction kat situ ada tempat mandi u'olls!! Mau tak budak-budak suka pegi zoo. Sebab ada waterpark kat dalam zoo.

video
~sikit gambaran kat waterpark untuk tatapan korang~



Last day kita pegi Orchard kan ABIN.
Nak soping baju untuk adik.
Sian dia x dapat ikot so ABIN nak belikan sesuatu untuk adik.
Nanti adik x sedih sebab x dapat ikot ABIN kan nina kan.....

Bagus ABIN coz ingat juga kat adik.
Ha macam tu la jadi abang, kena ingat kat adik walau ABIN sorg je yang dapat gi holiday.

Tak puas plak jenjalan kat Orchard sebab hujan waktu tu.
Jadi perjalanan agak terbantut sket.
Hajat dihati nak tengok lampu2 warna warni sepanjang jalan Orchard tu.
Ermm nampak gaya hujung tahun ni kena pegi lagi la ABIN kan kan ;p



video

video


Hari sebelum balik.
Pagi-pagi ABIN dah ajak pegi eksesais.
Mana plak ako nak merayau pepagi buta kat tempat orang semata-mata nak gi eksesais, ye tak?!
Nasib la ada taman permainan sekitar tempat tinggal ako yang sediakan tapak eksesais.
So ako sudahi entry ABIN pegi bercoti dengan video-video ABIN pegi bersenam. hahaha Laayaaannn!

Nota Jemari: Tahun ni kita nak gi bercoti ke mana eh ABIN???

4 comments:

Sis Lin said...

Huh! Majukkk arrr...
Tak suke ayat yg last tu..tak tanya kita ke??? huwaaaaa :((

Tp Abin give me 5! Aunty suke tang 'uncle cina' tu hahahahahaa....

**Bila nak nak pi Orchard ni huhuhu
Uncle cinaa..jomm detim!

anakomak said...

Alololo majuk plak.. bughok klu oghang tua majuk hahaha.....

Jom deting!!

Sis Lin said...

Tak nak ar deting gan ko..nak deting dgn uncle cina kata ABIN..hahahahahha

anakomak said...

eeee demand plak makcik lin ni tau :p