Followers

Saturday, January 11, 2014

Penang Trip: 2D1N

Create on 6 Nov 2013 @ 5:30 pm

Berhabok betul blog ni kan!
Adoiyaaiii memang takde masa la sekarang nak berblog.
Hati memang meronta nak menghapdet.
Apakan daya, tenaga, masa dan idea tak mengizinkan ;-)
Yang ni ako try juga la ye hapdet sket mana yang termampu.

Trip yang dirancang secara tiba-tiba.
Hujung bulan lepas.
Itupun kebetulan sebab nak kena hadirkan kenduri kawen sepupu kat sana.
Maka nya, ako ajak le mereka untuk meneman.

Nak drive malas.
Penat pun iya.
So, kita cari lah tiket yang paling murah untuk ke sana.
Apa lagi kalau bukan kita gunakan khidmat Air Asia sahaja.
Seb baek KL-PEN harga tiketnya takde la mahal sangat masa tu.
Tak pikir panjang, terus je beli.

Hari Khamis dan Jumaat (24 & 25 Okt) ako dah bizi amek derang.
Sorang kat epot subang, sorang lagi kat times sqaure je.
Flight kami adalah pada awal pagi Sabtu (26 Okt).
Sebab takut tertinggal flight, makanya malam jumaat tu juga kami telah bertolak ke LCCT.

Jam 11 malam, bertolak dari Sg Besi menuju ke Nilai.
Singgah di Nilai untuk melantak.
Melepak di situ hingga jam 2 pagi.
Bertolak ke LCCT mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja.
Jadinya lebih kurang 2.30 pagi dah sampai LCCT.

Seronok sampai LCCT awal pagi.
Sebabnya parking adalah senang nak cari.
Banyak kosong, jadinya parking la betul2 menghadap pintu keluar domestik.
Senang sangat!

Berborak dalam kereta.
Memasing layan perasaan.
Cuba lelapkan mata.
Sudahnya, masing-masing x bole nak tido.

Terasa nak gi toilet.
Gerak la kami berjamaah menuju ke toilet.
Dah lepaskan hajat, melepak pulak di KFC.
Ramai sungguh orang yang melepak kat situ.
Rata-rata mereka juga seperti kitorang.
Tunggu waktu penerbangan pertama di awal pagi.

Kepenatan!
Jadinya tertido ako kejap kat situ.
Derang yang lain sibuk melayan internet.


Jam 3.30 pagi, terjaga dan rasa x selesa.
Ajak derang tido kat dalam kereta.
Dan dalam sejarah, membuta la kami di dalam kereta.
Penat yang amat, so konpom memang x ingat pape dah.
Terjaga bila suasana ada sket riuh.
Rupanya sudah subuh.
Terus kami bersiap-siap membersihkan diri dan sewaktu dengan nya.

Bekfes?
Memang tak sempat la.
Check-in luggage terus ke masuk ke ruang menuggu.
Alhamdulilah, flight kami tak delay!
Sebabkan masih ada saki baki ngantok, kami tertido hingga lah sampai ke destinasi.


Puas!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Edited on 10 Jan 2014 @ 5.16 pm

Ayat kat atas tu ako dah prepare sejak bulan November aritu.
Baru la pasan entry ni tersimpan dalam draf xde penyudahnya.
So, ni ako try la siapkan entry yang berkisahkan 3 bulan yang lepas iaitu percotian singkat ke Penang.

Jom sambung!


Sampai je Penang terus kami cari tempat tuk bekfes.
Lapar!
Tourist guide kami sangat impresif!
Macam tau-tau je kami tengah kebulur terus dibawanya kami ke kedai itu.
Alhamdulilah kenyang.
Eh eh korang tau mana lokasi kedai tu?
Hahha klu tanya ako konpom la ako cakap x tau..
Katanya kedai tu salah satu yg pemes klu nak makan roti canai.

Dah kenyang, dah moh kita round-round before check in resort.


Lama nya x datang Penang ni.
Last ntah tahun bila agaknya, ako pun dah x ingat.
Sebabkan yang lelain pun macam pertama kali sampai sana, so kita decide nak pegi Bukit Bendera iaitu salah satu tempat yang wajib singgah kalau ke Penang tu.


Maju dah tempat ni sekarang.
Gerabak pun dah baru.
Lagi luas dari yang dulu.
Lagi laju dan selesa.
Walau kena beratur panjang tapi bila dapat naik gerabak yang luas dan besar, sangat berbaloi dan puas hati.

Erkk apa ada kat atas bukit bendera tu ye?
Oooo bole skodeng pemandangan satu Pulau Pinang.
Kat atas tu ada masa-masa sejuk je.
Tapi kebanyakkan masa panas la ye. haha

Lama giler kitorang lepak kat atas tu.
Berehat, melantak, menyoping, memerhati gelagat orang :-D
Tourist guide kami x moh join naik.
Kesian juga la sebab kena tunggu kitorang sampai berejam-rejam.

Lepas ke Bukit Bendera kami ke rumah kelahiran P.Ramlee.


Memang teringin sangat nak pegi dan akhirnya tercapai juga hajat.


Tengok rumah kampung macam tu, rindu plak kat kampung kita dulu.
Rindu zaman kanak-kanak kat kampung.
Rindu nak main dengan ayam itik. (eh dulu atok ako ada bela itik ke ek? haha)

Bila dah masuk dalam rumah, apa lagi, melepak macam buat rumah sendiri lagaknya memasing.


Sila fokus kat ic P.Ramlee tu.
Ye ye ako tahu memang kurang jelas pun... hehe


Kami bersama cik tourist guide aka sishoney.


Dah puas 'berkampung' kita minum petang plak ye.
Singgah kat area chowrasta nak beli jeruk dan yang sewaktu dengan nya.
Pastu melabuhkan punggung di Warung Ais Tingkap.
Exact lorong erkk ako x sure tu korang kena tanya ngan tourist guide kitorang sendiri la ye. hehe... 


Cuaca panas maka nya kita order cendol sama cucur udang panas.
Bila lapar sumernya rasa sedap kan :-)
Dah soping jeruk, dah soping tshirt, dah minum petang, moh la kita check-in.
Badan dah melengas dari malam x mandi2 lagi hahahaaa....


Taaaddaaaaaa kitorang dah wangi dah time ni.
Lepas check-in terus mandi bersiap-siap plak tuk naik feri nak ke seberang.
Tapi sebelom tu kita sempat la menyinggah ke Hard Rock Hotel yang terletak betul-betul bersebelahan ngan resort kitorang tu.


Heheheh jadi la dapat gak jejak kat Hard Rock ni.
Nak bermalam kat sini ermmm agak2 mampu x ek? hahaha...
Macam biasa klu dah ke HR ni wajib masuk kedai nya cari fridge magnet.


Ehemmm cantek kan!
Konpom sape minat pink mesti suka.


Tak dapat tido situ, jom la kita skodeng skodeng sat kat dalam hotel.


Best kan swimming pool dia.
Besar dan luas plak tu.
Agak-agak ada sape nak banjer tido situ tak? :p


Korang tengok, bilik pun betul-betul tepi kolam.
Kuar bilik je bole terjun terus.
OK ok kena kumpul duit ni nak cop bilik tepi kolam la. haha

Dah puas pusing-pusing dalam hotel, jom kita gerak naik feri plak.
Kali ni tourist guide kitorang nak bawa gi makan malam.


Daaaaaa...... hahaha gi seberang semata-mata nak makan char kue teow kerang ni je pun.
Fuh.... bertambah-tambah derang makan makna nya sedap la tu kan?!
Ako x berapa minat sangat kuew teo basah2 ni...
Sebab tu x pasti la sedap ke tak. Tapi bak ako kata tadi, klu dah derang yang lain makan bertambah-tambah, memang sedap la tu!

Itu makan malam.
Masuk pulau balik ingat nak melantak pasembor plak tapi susah la hai nak cari parking nya.
Jadi x dapat makan pasembor, dan tak dapat juga makan nasi kandar.
Nampak gaya memang kena datang lagi ni.

Percotian yang singkat sangat.
Semalam je pun.
Esok nya dah bizi kena attend kenduri kawen sepupu.
Pastu flight kitrg plak pukul 4 ptg. Memang masa itu padat nak buat macam-macam.

Wahai awak, awak dan awak yang lain, jom kita plan cuti ke Penang lagi!
Kali ni kita bercoti lama sket baru puas nak round-round satu pulau ;-)

Nota Jemari: 3H2M yok... :p

2 comments:

Sis Lin said...

Hurmmm jelesss***
Nasib baik ada ayat yang bawah tu, awak awak awak, tapi kita tu ke? huhuhu

Jomm ar booking cepat2 resort, dapat je, kita belasah je pi hahahaha

Pstt rajinnya edit gambo hahahaha :p

anakomak said...

Haha... jgn jeles2 k.... nnt kita holiday sesama lg... psstt ada ms sket edit laa