Followers

Sunday, March 29, 2015

Winter Trip Korea 2015: Nami Island (Day 3)

Dah masuk hari ketiga...
Hari ketiga ni keterujaan nya berganda2 sket.
Sebab nak pegi Nami Island la katakan.

Dulu pegi masa spring.. banyak bunga- bunga kaler pepel hehe.
So mengharap bila pegi time winter ni, akan jumpa salji salji memutih la pulak kan.


Direction dan map ni ako amek dari blog ini.
Ako copy juga la kasi korang baca k ...
Nampak macam complicated sangat tapi ekceli senang je kalau kita mahir menggunakan subway derang hehe.

  1. From Myeong-dong Station, take LINE 4 train heading to the direction of Chungmuro Station to get to Dongdaemun History & Culture Park Station.
  1. When arriving at Dongdaemun History & Culture Park Stationchange to LINE 2 and take the train heading towards Sindang Station to get to Wangsimni Station.
  1. When arriving at Wangsimni Station, change to JUNGANG LINE and take the train heading towards Cheong-nyangni to get to Mangu Station.
  1. When arriving at Mangu Station, change to KYEONGCHUN LINE and take the train heading towards Galmae Station to get to Gapyeong Station, which is our destination.



Ada macam-macam jenis tren yang kitorang kena naik.
Ada macam jenis lrt,
ada yang macam komuter.
Ada yang macam ketapi biasa KTM

Jenis KTM tu yang tak tahan tu.
Punya la lembab gilos hahaha...


"Sorang je ke kak?
tunggu tren ke tu" :p


Tunggu tren kat station ni konpom leh tahu, rata-rata derang pun mesti nak ke Nami Island gak kan kan kan :p



Dah sampai Gapyeong Station tu moh la kita amek teksi je ke Nami Island.
Teksi dari situ ke Nami lebih kurang 3000 won je.


Lebih kurang 10 minit dah sampai dah area pintu masuk Nami Island.
Kena jalan kaki sikit je ke arah kaunter tiket.


Harga asal tiket 10,000 won.
Untuk foreigner 8,000 won sahaja.
Best la jadi foreigner kat tempat orang, sumer harga adalah murah :p


Tingin nak bergambar berlatar belakangkan pokok-pokok yang penuh dengan salji.
tapi *berangan aje la huhu.... 


Ok feri dah sampai.
Boleh je kalau korang nak menyeberang ikot "zip-wire" macam gambar bawah ni.
Tapi ako tgk punya la tinggi gantungan dia tu, terus x jadi. :p

.: ihsan google:.


Port wajib pose bila dah naik feri tu. 


Yeay dah sampai Nami Island!!
Jom kita cari toilet dulu :p



Sejuk!!
Gigil.....!
Sampai-sampai pas gi toilet terus terjah sini.
Panaskan badan dulu sebelom jelajah pulau nami.


Dah hilang sejuk, jom kita gerak-gerak khas .. :p


Batu-batu bertingkek ...
..duit den bertingket-tingket ..

hahaha.. kepercayaan derang la tu kot kan.



Kawasan ni aje yang kitorang jumpa salji.
Huwaaaaa.... salji dah tak turun dah.
Konpom la x dapat nak tengok pokok-pokok penuh dengan salji,


Haaa kan dah kata takde salji dah!!
Alaaaaaa....... ni sama macam pegi time spring je ni huhu 


Seb baek ada igloo ice.
Ok la, feel feel musim sejuk lagi la.


Comel plak tengok ..


Kalau takut sesat, gi masuk tourist information tu k.
Cer tetanya pape yang patut.


Tak sampai separuh berjalan, kita benti lagi.
Sojukkkkk weii!!!


Pastu laaaparr tengok orang sebelah tu makan sosej panas-panas.
Perghhh.... nikmat nya kalau dapat makan panas-panas dalam cuaca sejuk gitu.


Ingatkan dia tengah rebus ubi keledek ke rupanya kuih pau.


Asian Corner.
Ha kat sini la letaknya restoran HALAL dan kedai nasi goncang tu.
Nak cari kedai tu agak tersorok sket kedudukan nya.
Gigih juga sebab nak rasa sangat nasi goncang tu kan.
Tawaf satu bangunan tu, nasib la jumpa.


Nampak Nami Library tu kan, korang terus je jalan ke depan sampai hujung.
Kedai nasi goncang tu kat tepi belah kiri hujung bangunan tu.


Ini lah pintu masuk kedai tu.


Ada ruang makan kat luar kedai.
Tapi sebab terlampau sejuk kan, moh la kita melantak kat dalam aje ye.


Tadaaa.... ghope dalam kedai itu. kecik je ruang kat dalam tu.
Sila order kat depan dulu, nanti dia bagi resit nombor, tunggu sampai nombor dipanggil, then baru lah kita gi collect nasi goncang tu k.


Hahaha.... sekian, dah selamat masuk dalam perut.
Sebelum makan tu, goncang-goncang la sket bekas nasi tu supaya kuah kimcinya tu sebati dengan nasi.

Honestly ako cakap, hahaha bukan selera anak tekak ako la ye nasi goncang ni.
Rasa dia macam 'semacam' sket.
Tak reti nak explain tapi konpom memang bukan selera anak tekak ako.

Jadi la merasa untuk pertama dan terakhir kali. 
Cukup la kot kan.


Eh eh lepas makan kita jumpa oppa Jung Sang la..


"Remembering Park Yong-Ha Forever"


Pasni sesi bergambar sakan je la ye.
Laayaaann..


"Oppaaa!! Why her not me?!"
opppaaaaaaaa!!


Sayang nya pokok-pokok kat belakang tu dah takde salji.


Pergi musim bunga pun lebih kurang macam ni juga pokok-pokok nya.
Pergi musim sejuk pun sama juga.
Kalau pegi musim luruh pun sama juga ke???
Aisshh......


Dah nak balik, baru hegeh nak pose depan entrance island.


Jadi la kan sebagai kenangan.
Pasni musim bunga, konpom berlambak la bunga-bunga kat entrance tu.


Sementara nak tunggu feri sampai, moh kita panaskan badan dulu.


Balik dari Nami, sampai Seoul harus la dah malam kan.
Masa untuk cari dinner.
Teringat ramai blogger asek dok mention kedai ayam 'Yoganae' ni, so kebetulan kat Myeongdong ada branch dia. Senang plak tu nak cari.

Korang google la sendiri ek... aci tak :p


Nasi sebelom digoreng.
Yang bole makan pun seafood je la kan.
Sorang dalam 5000 ke 8000 won ek?
Ingat-ingat lupa plak harga set dia tu.


Dia goreng depan customer.
Cool giler... 
Senang je, campak butter, campak seafood, tunggu hingga naik bau,
pastu baru masukkan nasi dan juga sambal.
Goreng hingga sebati satu kuali tu.


Siap untuk dimakan!
Sedap weii!!
Korang yang belom try tu, gi la try k.

Nota Jemari: alhamdulilah .... 

6 comments:

Jari Manis said...

Kalau pegi musim luruh pun sama juga ke???

MUSIM LURUH VIEW SANGATLAH CANTIK...sila REPEAT ahahaah..JM pernah pergi musim bunga...x cantik...

Yoogane tu..nasi gorengnya 5000 won :-)

kay dolce said...

Saya pon xboleh terima nasi goncang tu... memang xleh masuk tekak saya. Ni kalau teringat pon rasa nak muntah balik nasi lemak pagi tadi (over kan hehe)

Ako, memang wajib repeat time autumn ni ;)

Azra said...

bertabah lah ako tak dapat jumpe snow kat nami island ... hanye yg betul2 ade luck saje yg sampai2 nami tengok snow penuh satu pulau .. aku pun tak penah rase lagik ... dah 3 kali repeat nami island time winter T___T

anakomak said...

JM,

Ye la kan konpom la memang kena pegi musim luruh plak hahaa.. nak tgk scenery yang cantekkk jugaaaa huhu

Kay,
Hahaha mmg ober la tu siap nak muntah nasi lemak lagi ahah... tp mmg x sedap kan :p

Azra,
Tu la memang dah excited nak tgk salji kat nami tapi apakan daayaaa...

Bibie Karim said...

Alhamdulillah, 2x juga merasa Nami covered ngan snow. Tapi xtertunai lagi impian nak tengok snowfall. Awal tahun baru ni gi, ahjussi teksi bagitau malam sebelum tu salji lebat. Sobs. Btw, autumn memang cun menawan kat Nami. Rasa nak tidur bawah pokok je. Over kan.

anakomak said...

Bibie,

Wahhhh syiok nyaaa!!
Memang tingin sangat nak tgk snow kat Nami