Followers

Monday, April 6, 2015

JJCM 2015 : Sopoong @ Quill City Mall

Eh eh dah lama la tak citer pasal jalan-jalan cari makan kat sini kan.
Ekceli tetiap ari pun kita cari makan.
Cuma rajin ngan malas je nak masuk blog.

Tapi arini macam TERrajin sket.
Jom la skodeng tempat baru yang kita pegi tengahari tadi.


Dah lama teringin nak makan makanan korea ni.
Since pegi korea dulu tapi kat sana susah nak dapat yang HALAL kan.
So kebetulan semalam menyinggah kejap ke Quill City Mall kat Jalan Sultan Ismail ni, ternampak kedai korea. Dalam hati, "wah boleh cuba nanti!". Tapi memandangkan semalam tak terasa lagi nak mengedik jadi korea kan, maka nya arini berkobar-kobar ajak member lunch kat situ.

Nama kedai tu "Sopoong".
Hahha bunyi macam sotong pun iyer juga.
Kedai ni main branch dia kat Berjaya Times Square.
Yang dekat Quill City Mall ni branch baru buka.


Bahan- bahan yang digunakan ada sijil halal jakim.


Dia ada jual kimchi tapi lupa lak nak beli.
Maybe next time.
Kimchi yang dihidangkan memang sedap.


"Good Food Reminds Me of MOM!"
Arrghhhh rindu masakan mak kan... huhu


Kedai dia simple and cosy je.


Ramyeon Seafood ni harga nya RM13.90
As usual, derang mesti sediakan side dish sekali iaitu kimchi.
Ada 3 jenis kimchi, yang biasa tu kimchi kobis, kimchi masam sket yang ada timun, satu lagi macam rasa coleslaw gitu.


Dakgalbi Chicken grill ni harga dia RM18.90
Sedap bila makan panas-panas mengelegak tu.


Gimbap - RM9.50


Chicken Bulgogi - RM18.90
Yang ni pun sedap macam rasa kuah mi hailam.

.:carian google;.

Pastu kitorang order Pajeon - RM13.90
Sedap juga macam lempeng je pun hehee..


Ada jual eksrem korea.
Tapi punya la mahal ...
Mahal-mahal pun tetap nak beli juga.

Satu eskrem harga nya dalam RM8 ...
Tak tercekik ke kan bila tengok harga tapi nak rasa punya pasal, tutup mata je la ye.

So korang try la pulak ye..

Lot 13A, Quill City Mall
Lot 1018 Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Tel no: 03- 26023379

Nota Jemari: Owner dia memang orang korea...

4 comments:

kay dolce said...

Entry panas dari dapur Sopoong ni :D
Hmm, nampak menarik juga kedai ni. Bolehlah terjah next time ke Quill. Menu dia banyak tak Ako?

anakomak said...

Kay... menu dia byk jgk.. smp x tau nak order yg mana satu.. shud try.. kat time square pun ada kedai nya

Eda Michio said...

Nampak mcm sedap...

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)