Korang suka layan movie or drama tak terutama sekali drama-drama korea?
Ako memang suka tengok drama korea ni. Dulu masa dok sengsorang, channel 392 & 393 kat astro adalah channel WAJIB ako akan layan. Boleh dikatakan setiap hari, setiap malam. Balik je keje memang akan dok depan tibi sampai la tengah malam. Kalau hujung minggu, dari pagi kadang-kadang boleh membawa ke esok pagi nya dok layan drama korea ni. Jadi ketagih plak dibuatnya hahaha.. Tapi sejak dah dok ngan adik dan anak-anak buah, konpom la tak dapat nak dok depan tibi macam dulu. Harus la budak-budak yang akan conquer tibi tu kan. Maka nya mencari la alternatif lain tuk layan juga drama korea ni. 

So terjumpa la ako ngan satu website online iaitu VIU.
Ako baru je layan VIU ni. Tak silap awal tahun 2018.
VIU ni dah wujud sejak 2016.
Korang pernah dengat Netflix kan?
VIU ni macam netflix juga cuma bayaran nya agak murah kalau dibandingkan dengan netflix.
Ako tak berapa tahu sangat pasal netflix, nak bandingkan lelebih pun, macam tak sesuai kan. So kita just concentrate citer pasal VIU aje la ye.

VIU ni masa memula korang register adalah PERCUMA je.
Tapi bila percuma ni, maka nya banyak la iklan-iklan setiap 10 minit.
Untuk dapat kan PREMIUM status, korang kena la register bayaran bulanan mengikut telco yang korang guna sekarang ni. Macam ako, ako menggunakan khidmat telco CELCOM dan bulanan ako adalah sebanyak RM10. Kalau tak silap MAXIS pun akan caj RM10 sebulan.

Artikel penuh apa itu VIU, sila klik di bawah;



Macam-macam drama or movie ada. Melayu, cina, india, korea dan jepun.
Sebab kan ako ketagih kat korea kan, maka nya memang ako hanya layan drama korea je la kat VIU ni. Sekarang ako sangat hepi sebab setiap malam before tido, akan layan VIU ni tanpa gangguan dah. Takde nak gaduh-gaduh ngan bebudak kat rumah tu hahaaha.... Sebelum ni memang stress ahkak tak dapat nak layan korea dengan tenang. 

Drama yang tengah ako layan sekarang ni, palinggg latest adalah "Mama Fairy and the Woodcutter". Selalu nya drama dalam VIU ni akan sama ditayangkan kat tibi juga. 

AKo baru je khatam layan drama "The Player" ni malam tadi.
Dan lagi satu drama yang ako nak rekomen korang tengok adalah "The Beauty Inside".

For info korang, dalam VIU, bukan saja kita boleh layan drama, malah kita boleh juga tengok "korean variety show". Yang terkini ako suka tengok "You quiz on the block by Jae Suk". Best tengok derang buat kuiz on da spot kat orang ramai, klu dapat jawab soalan terus dapat KRW1k.

Kalau korang terlepas nak layan drama melayu kat tibi, VIU pun ada, jangan risau.
Overall, ako sangattt suka VIU sebab VIU menceriakan malam hari ako hahahaha...

Nota Jemari: laaynaaaa