Followers

Monday, December 21, 2009

Tragedi 'DISEMBER'

Lokasi: Jalan Persisiran Perling (berdekatan Restoran Makanan Laut Johan)
Tarikh: 19 Disember 2009
Masa: 9.10 malam ke 11.05 malam

Cerita nya begini, plan konon nya mau 'pulang' ke KL malam itu juga. Tapi sebenarnya kami sumer adalah berlakon semata-mata. Alasan nya sebab kami mau buat satu kejutan besday celebration buat seorang teman yang akan menyambut hari jadi menjelang 12 tengah malam pada 20 Disember. Kluar dari Bukit Indah lebih kurang jam 9 malam, itupun setelah dapat isyarat dari orang singapore yang sudah sampai. Lepas pick up orang singapore itu maka kami bertiga pun menuju la ke kedai makan di area Perling untuk mengisi pewot sambel mengisi masa yang terluang sebelum jam 12tengah malam.

Memandangkan tempat parking kete yg selalu adalah penuh maka ntah mcm mana ako mem'parking' la di bahagian tepi kedai di mana lokasi itu agak gelap sedikit. Walau gelap tapi masih banyak juga kete2 yg mem'parking' di situ jua. So dalam hati, mmg tak terpikir kejadian2 buruk akan berlaku.

Borak punya borak, makan-makan, lepak-lepak sambel membincangkan misi yang akan dilaksanakan malam itu. Lebih kurang jam 11 malam, kami sedia untuk beredar dari tempat kejadian. Pada mulanya mmg x syak or perasan pape perubahan pada si putih. Tapi bila tetiba ako terpandangkan sesuatu yang aneh di tepi tingkap driver, gurlpppp terus ako, "alamaakkk.....kete kena pecah!!!"

Ok ok ako cool lagi sebab ako tidak keseorangan di tempat kejadian. Frust mmg la frust!! Dan tak pasal2 beg galas empunya orang singapore sudah lenyap dari bonet kereta. Untuk pengetahuan kowang, dalam kereta mmg ako x letak pape except dalam bonet kete ada lah 2 ketul beg tarik plus 1 beg galas. Mungkin pencuri bongok tu ingat beg galas itu mengandungi laptop. Walau tiada laptop tapi hilang juga la barang2 persendirian orang singapore plus cash SGD271 dan juga buku akaun bank beliau. Minta maaf ye kat awak, x pasal2 barang dia plak yang kena corik...


Camni la keadaan kereta ako di tempat kejadian. Selama hampir 4 tahun ako bersama si putih, ini adalah insiden pertama cermin tingkap ako dipecahkan. huwaaaaaaaaaaaaaaa!!! Ako rasa dilla memahami perasaan dan keadaan ako ketika itu... "Kan beb!!!"


..dan malam itu mood ceria kami bertukar menjadi 'merundum' dek gara2 pencuri bongok!!!!

Nota Jemari: Nak surprise owang lain, diri sendiri kena surprise!! Alahaaiii...

7 comments:

Kasawari said...

ermmm.. cian pelajar2 AF yang terkeluar ni.. he he.. ha ha.. gurau jer la..

apa2 pun semua tu dugaan.. nyawa dan kereta semua selamat.. harap org sgapore tu tak serik lagi ke B. Indah..

AKO said...

Tu la x pasal2 orang singapore tu nak kenakan ko, dia plak yg terkena dulu... alaahaaiii... :p

Sis-Lin said...

harap kita semua akan terus bekerjasama x kira walau apa juga yg berlaku...
aku lah pelakon terhebat!!! lihat lah donia.. ha ha ha ha

YatT'S said...

sabar je la kak ret..
orang pun kurang bernasib baik bulan nih huhuhuhu hopefully next year lebih baik untuk kita.

AKO said...

Lin,
betul tu , apa yang penting??? "KERJASAMA!"

Yatt,
yuppp mmg harus la bersabar kan.. Hope, next year bertambah rezeki hehe

CT Delima said...

Dugaan tu ret... x kira lah kat mana pun hati2 lah selalu. Nasib baik bukan jiwa yg ada kat situ kan.

AKO said...

betul tu kak, seb baek takde nyawa yg melayang.. phewwww lega.. :)