Malam tadi sepatutnya bergather2 dengan bebudak muzikal layan tengok teater SINBAD di panggung DBKL. Tapi last minit ako gan Ryna terlewat sampai di tempat kejadian. Maka, tiada la tempat kosong untuk kami berdua. Panggung adalah FULL sampai kena berdiri. Adehh takkan mau berdiri selama 2 jam??? Aiyooo nak mampos kepala lutut ako menggigil x pasal2 kang. Tak sangka panggung itu adalah terlalu kecik untuk membuatkan orang yang agak ramai. Dah nama pun tengok teater FREE. Konpom la orang ramai berpusu2 dan x nak lepaskan peluang menyaksikan sesuatu yang PERCUMA!!

Ako pestime masuk itu panggung. Ermm...


See see.... giler padat dalam panggung!! Kiri kanan dan belakang penuh owang berdiri. Yang ako kureng sket tu, ermm mak bapak yang membawa anak-anak kecik. alahaaiiii.... ok ok first of all, ako nak bagitau cerita SINBAD itu mmg tidak sesuai ditonton oleh budak-budak. Klu ko baca sinopsis pun kita dah bole tahu, jalan cerita adalah sesuai untuk owang2 dewasa sahaja. Nama pun pelakon-pelakon owang2 dewasa. Lain la klu ada pelakon kanak-kanak dalam sesuatu citer. ermm.... *pendapat peribadi ako ye!!*


Satu yang ako x paham, apa motif tengah syiok layan cerita dari satu babak ke satu babak, alih-alih ko selitkan selingan yang ntah apa-apa. *pendapat peribadi ako lagi ye!* Sungguh ku tak mengerti. Ye ye ako paham la sebab nak tukar2 prop dari satu babak ke satu babak tapi alahaaiiii.... ermm cam menyemak je di mata ako. Pastu bila dah abesh selingan, before nak start babak tu ko selitkan pulak muzik. Aiyooo.... iskkk sungguh ako x mengerti. *kan dah cakap tu pendapat peribadi ako!!*

Yang gambar 'pakcik' tu adalah Raja Lawak, YUS. Ok ok sowi la ye bagi peminat2 YUS, bagi ako, tak lawak mana pun apa yang dia cuba persembahkan malam itu. Mungkin mereka2 yang tergelak disebabkan terdapat geli-geleman kat pewot mereka. Bagi ako plak, geli geleman lebih tertumpu kat ketiak ako. wakkakakak...MOTIF?!!


Lakonan Syafinaz sangat mantap!!
Watak jahat mmg bersesuaian dengan diri dia. Menjadi sungguh... Dengan sore dia yang nyaring perghh memang "HIDUP" la watak dia tu. Ako respek!!

Watak jahat bermain dengan ular. erkkk ako geli OK!! Tapi si syafinaz tu selamba jer... Dasat daasatt!!


Puteri Jasmin lakonan Farahwahida. Ermmm agak kaku sedikit.
Sinbad lakonan Aris A. kadir mmg mantap dan bersahaja!!!


Pestime ako tengok teater bangsawan.
Dan macam yang ako cakap awal2 tadi, cerita ni mmg x sesuai ditonton oleh kanak-kanak.


Ekceli ako ngan ryn plan bila si aris kuar je kitorang nak balik. Ater takkan ko nak layan tengok sambel berdiri dari mula sampai abis kan. iskkk Tapi bila kami nak kuar aje, tengok2 ghopenya dah disediakan skrin besar kat luar hall. So apa lagi, kasi layan duduk bawah je la.
Sekian.

Nota Jemari: Overall, ok la dari takde langsung....