Followers

Monday, September 13, 2010

Hari Raya Kedua: Rumah ke-4, ke-5, ke-6 & ke-7

Masih lagi beraya kat kampung..
Lepas umah uwan, kami ker PULAU MAMPAT plak untuk beraya kat umah atok andak merangkap adik uwan (belah arwah ABAH). Beraya kat sini kejap ajer pun sebab atok nya sedang tido kepenatan. Maka tak dapat la mengabadikan gambar bersama-sama beliau.
RUMAH KE-4
Memang kejap sesangat. Kami minum, kami makan lepas tu terus minta diri untuk ke destinasi seterusnya.

RUMAH KE-5
Terus ke Kampung Penajis, Perigi Batu.
Rumah mak lang merangkap kakak kepada arwah MAK ako.
Kawasan umah ni ada 3 peringkat, yang paling atas yang paling dekat ngan jalan raya adalah umah mak lang ako. Manakala klu ko turun sket ke bawah, kat bahagian tengah adalah umah arwah mak long ako. Dah jadi umah tinggal dah tu, tak berpenghuni. Dan paling ujung sekali adalah umah uwan merangkap mak kepada arwah MAK ako. So kirakan klu dolu kecik-kecik harus lah sumer menempek kat umah uwan ngan atok ajer kat ujung kampung.

Umah uwan ako ni besh.
Umah satu2 nya yang laman dipenuhi pasir dan terbentang luas bak padang pasir gitu. Tak yah nak risau2 pasal rumput panjang ke tak. Memang takde pun masa tu. Dan dek kerna laman luas berpasir tu dulu la, shooting drama pernah diadakan kat laman tu. Kira drama silat-silat la gitu. Pemes kejap la umah uwan ako tu dulu.

"oitt apa kes nak kejar ayam nih weii??"

Ni sumer gara-gara konon nya nak join contest raya yang dianjurkan oleh biqque kat blog dia. Adehh jenuh ok nak tangkap ayam!!

~ORANG TENGAH FRUST~
Last-last ako membawa diri ajer lor...
Sorry biqque, dah frust sangat tak dapat tangkap ayam..
Macam dah xde harapan nak join contest u tu.. huwaaaaaaaa!!

RUMAH KE-6
Memandangkan kat kampung, kazen-kazen sumer gi beraya, maka takde la lama sangat ako melepak umah mak lang tu. Terus saja ako ke Tampin untuk beraya ke umah lain plak.

Next umah adalah umah sepupu kepada arwah ABAH ako.
Kira pangkat mak long arr bagi ako.
Makan-makan, minum-minum, borak-borak then terus minta diri.

RUMAH KE-7
Rumah terakhir petang itu adalah umah arwah pak ngah ako kat area tampin juga.
Entry tahun lepas, sempat la kami sumer adik badik beraya ngan arwah buat kali terkahir.

Makin hari makin kurang sudah sedara yang sudah berusia.
Sudah tiba ajal mereka.
Kita???

Nota Jemari: raya takmoh sedih walau hati pedih! Al-fatihah buat arwah MAK & ABAH dan juga sedara mara yang telah tiada.

2 comments:

Sis-Lin said...

mmg x harapan dh ret..aku pun dh x de amik2 lg gambo..mmg lupa teruss..huhuhu

AKO @ retna said...

takpe la bergambar mana yg bole ajer...