Followers

Monday, September 13, 2010

Hari Raya Kedua: Rumah pertama, kedua & ketiga

Citer raya kedua plak kan..
Kali ni sumer pakat nak raya kat negeri sembilan.
So kira kita sumer beraya kat kampung plak laaa....
Ye ye sape kata ako takde kampung??
Walau atok ngan uwan dah takde tapi sedara mara, pakcik makcik, atok sedara takkan kita nak lupakan. So, selagi derang masih ada nih, kita yang muda2 nih pergi la menziarah kan. Kang klu tak ziarah dikatakan nya kita lupa daratan... chewahh! Takpe, ako memang suka balik kampung nih. Lagi ramai kita konvoi beraya lagi meriah gitu.

Kampung ako kat rembau, negeri sembilan. Ooo sangat la dekat kan ;-)

Klu tak balik gak x tahu la nak kata hape kan.
Tahun ni masih mengekalkan konsep berkonvoi dari kolumpo.
Dah malas dah nak tido kat sana.
Lagi plak, nama je ada kampung. Bila part2 nak bermalam ni, adehh cam payah la sket yer. Ater bila dah sumer nya balik beraya, rumah makcik kat kampung pasti la sempit dan penuh dengan anak-banak dan cucu-cucu derang kan. So kita yang merantau nih harus la sedar diri sket. ;-)

RUMAH PERTAMA
Dari tol pedas/linggi, hendak menuju ker pekan rembau, harus la rumah pertama yang akan dituju rumah Tok itam merangkap adik kepada arwah atok ako (belah arwah abah). Tapi memandangkan tahun ni kali pertama adik ako beraya ngan mertua dia, maka kami adik beradik harus la beraya ngan adik laki yang sorang tu kat belah kampung bini dia terlebih dahulu. Nasib baiklah kampung bini nya tu kat rembau la juga. Maka sekali jalan la gitu.

Kemudian baru la kami berkonvoi ker umah tok itam yang terletak kat belakang pejabat tanah daerah rembau jer.

Tahun lepas sempat la beraya ngan arwah tok itam. Tahun ni tinggal uwan ajer la. Ingat entry tahun lepas yang ako beraya kat sini, masa tu arwah atok terlantar kat atas katil lagi?!

"Selamat Hari Raya tok, harap2 raya tahun depan dapat jumpa atok lagi."

Ayat terakhir ako dalam entry tersebut. Ermmm nampak gaya memang takde rezeki lagi nak beraya dengan arwah atok. Kerna arwah telah pun pergi menghadap ilahi awal tahun aritu. Al-fatihah!

RUMAH KEDUA

Rumah seterusnya, kami masih lagi di kawasan rembau.
Rumah mak long merangkap sepupu arwah ABAH. Memang tetiap tahun rumah yang satu ni pasti kami kunjung.
RUMAH KETIGA
Balik umah uwan!!
Yeehaaaaaaaaaaa.................
Umah uwan ako kat Kg Bongek, chengkau.
Walau uwan dah takde tapi kena la juga ziarah mak lang ako sekeluarga yang selama ni dok menjaga arwah uwan sampai hayatnya. Terima kasih!

Umah uwan dah banyak berubah.
Kami, kazen-kazen membesar kat sini.
Perubahan memang la terasa kan. Kami tetap rindu suasana kat kampung sewaktu waktu dahulu. Zaman superman, zaman mandi perigi, zaman kutip duit ghaya dan paling best zaman bergambar atas tangga!! Aduss wahai kazen-kazen sekalian, kowang rindu tak saat-saat semua tu??!!

Kowang pernah makan rendang pucuk ubi???
Ye ye klu kat kampung ako memang pemes ngan rendang nih. Sedap OK!!
Tapi ako tatap rindu nak makan rendang pucuk ubi buatan arwah uwan.. Takkan sama rasanya!!

Dan kenangan bergambar di atas tangga, tak dapat diabadikan lagi pada tahun nih.. alahaaiiii!!

Nota Jemari: Makin ramai yang sudah 'pergi'..

No comments: