...bersiaran kembali..... *malas nyaaa!!
Lagi citer pasal kat PD.

Bercuti kali ni memang tak ke mana-mana pun.
Sekadar melepak kat dalam 'rumah' je.
Memang memasing pun malas mahu meronda-ronda sekitar PD.
Lagi pun, apa la sangat xtvt yang boleh dibuat kat PD selain dari mandi manda, betul tak?!

Ako ni bab-bab mandi-manda memang agak malas juga!
Especially klu tempat tu cam payah je nak menyalin baju.
Tambah plak klu kena ngan laut tu air masin.
Adoiyaaiiii memang nak jejak kaki ke dalam air, kena la pk beribu-ribu kali.

Tapi sebab kan tempat resort yang ako nginap ni memang la tepi laut cuma, sebab dah ada sediakan swimming pool, maka bertenggek ajo la kat tepi pool. Ako lagi rela begitu. hehehe.. Yang itu pun nak tertenggek kat situ kena pk berjuta-juta kali juga. Malas kekdahnya! hahaha..

Tapi sebab mereka sumer sudah berendam lama kat situ, so perasaan nak menjoinkan diri tu datang la juga. Gedik-gedik ke tepi pool.

Takat duduk-duduk cecah kaki bole la kejap kejap je pun.
Panas giler time tu!
Damn.... bila ko dah rasa panas terus je rasa nak gedebush sama.

Seronok tengok orang mandi-manda.

Nak ke tak nak?!
Nak ke tak nak?!

Aisshhh.... dok berkira-kira lagi nak terjun kolam time tu.
Tengok kiri kanan cam tak ramai je orang, apa lagi .. 
Get ready!!

Gedebush!!!!
Basah sudah!!

hahahaa...............
Kejap je pung....
Tak koser nak rendam lelama.
Dapat basahkan laur dalam, atas bawah pun dah cukup!

Dah moh naik!! :p

Dah sonok mandi, 
derang sakan plan main game kat lappy.

amboi amboi...

Yang mak-mak plak... (eh mak nya 2 orang je pun :p),
ok kita tukar sket..
Yang tua-tua nya plak, dok sibuk ralat kat dapur.
Apa lagi, bila dah mandi kompom perut pun jadi lapar.
Gigih la orang-orang tua menyediakan lunch yang super POWER!!!!

Tadaaaa....
Menu lunch adalah nasi tomato bersama ayam masak merah.
Ako ke yang buat???
hahahaha klu ako konpom tak makan la derang tu sumer :p

Tochee buat orang-orang tua iaitu Puan Farihah & juga Puan Aidah, yang bertungkus lumus di dapur. :p

Sedap?
Baik ko cakap sedap!!
Kang tak pasal-pasal kena tido kat luar :p

thumbs up

Dah la melepak je kat 'rumah'.
Baru plak tu melantak nasi tomato.
Gigih lagi tu nak sediakan makanan untuk minum petang pulak.

Dah ramai-ramai camtu, malas lak ako nak menyibukkan diri.
Sekadar jadi pemerhati di tepi saja la ye.

Siap!
Popai berintikan isi ketam.

Nyummm nyumm!!
Disulami plak dengan air teh Ahmad London berperisa peach.
Lagi bertambah suppppperrr POWER!!

Tapi lagi sedap bila cendol kat tepi.
glurpp... glurpp....

ahhhhh puas!!!

Ahad, 24 Okt.
Bekfes ..

Lebihan nasi tomato semalam kita kasi modified sket.
Terus terpikir nak buat nasi goreng aje.
Bahan-bahan pun ada, so tung tang tung tang, siap sudah nasi tomato goreng! :p
Jadi la, tak yah nak bazir-bazir.

Goreng roti pratha aka roti canai instant.
Cicah sama kari ayam.
Marbeles!!

Kenyang!
Memang percotian melantak aje la kisah nya ni.
Tapi cukup memuaskan.


Dia dan anak-anak.
Kisah nya, memang percotian ini hanya untuk owang pompuan dan anak-anak sahaja!

Dan dia la yang telah berjaya mendapat resort itu!!
Terima kasih kak aidah.
Kerna tanpa ajakan mu, takde la peluang nak merehatkan diri ke situ ;-)

Hanya kami yang mampu!
Hanya kami yang berjaya!
Yang lelain, lain kali sila usaha untuk turut serta ya ;-)

Dan ada member bertanya di FB.
Di mana kah resort itu?

Oooo itu adalah resort untuk staf dan ahli keluarga sahaja.
Murah dan berbaloi-baloi.
Cuma nak dapat tu yang erkkkk susah nak kata!!

Terima kasih sumer.
Terima kasih daun keladi, 
next time kita buat lagi!

Nota Jemari: Malam hari , dinner plak kat Hotel Istana.. adoiyai moncet bertambah2