Bantuan pertama sampai jam 10 mlm tadi.
Percubaan bantuan pertama, tidak berjaya!

Penat!

 Kisah rim si putih ni ada lain macam sket.
Lubang yang nak buka skru rim tu ada macam payah sket.
Jenuh juga la nak membuka nya.

Klu tenaga jantan pun x dapat nak buka, apatah lagi tenaga seorang wanita seperti ako.

Maka, dengan segera mendapatkan bantuan kedua.
Tipon syarikat insuran kereta kowang.
Macam ako, pakai Takaful Ikhlas, maka ako call la bebas tol takaful yang 24hrs itu.

Alhamdulilah, bantuan kedua sampai lebih kurang jam 11 malam. 

Klu guna 'senjata' persendirian si putih, konpom sampai ke sudah memang takkan berjaya punya.
Nasib baik lah bantuan kedua membawa segala peralatan yang diperlukan. 

Taadaaaa..... si kuning kembali menakhluki si putih.
Selesai segala bantuan tepat jam 11:30 malam.

Phew, walau tak 100% lega tapi ok la untuk sementara waktu ni.

Terima kasih pada bantuan pertama & kedua.

Nampak gaya kena tukar seluruh 'kaki' si putih ni.
Rim pun sudah bengkok..
Isskk... terduduk kejap!

Nota Jemari: jeling jeling buku akaun.. keting! keting!