,

Selamat Pengantin Baru

Wiken lepas ako vrrommm ke JB ditemani shai dan N.
Dapat jemputan dari sis lin tuk menghadiri jemputan kawen adik bongsu beliau.
Awal pagi sabtu dah bertolak dari KL.
Singgah sebentar ke Kelana Jaya untuk menjemput pasangan laki bini itu. ;-)
Sempat berhenti untuk bersarapan di RnR Seremban.
Dan kami selamat tiba di destinasi lebih kurang jam 11.30 pagi.
Alhamdulilah.

Jemputan kenduri adalah pada hari Ahad, 20 November 2011 di Kg Melayu Majidee.
Ramai pulak yang nak menikah pada hari itu.
Giliran pengantin 'kami' pada jam 11 pagi.

Tak tahu la dek gugup atau gementar menunggu tok kadi,
pengantin lelaki SAH menjadi suami setelah 4 kali lafaz akad nya.

Suasana kesyukuran jelas terpancar di hati dan mulut setiap yang hadir ketika itu.
Alhamdulilah, walau agak seram juga la tapi pengantin berjaya mengharungi saat-saat akad dengan tenang.

Dan mereka selamat disatukan menjadi suami dan isteri.
Hilang sudah debaran pengantin pompuan.

Tahniah untuk Zaidi & Lyea!!

Klu di Johor, memang tak sah klu adat 'TOL' tak dikenakan.
Kesian klu pihak pengantin lelaki nya bukan orang Johor.
Ye la kan, datang jejauh, dah la kena bayar TOL pLUS,
sampai umah pengantin pompuan, tak pasal-pasal kena plak bayar TOL lagi.
Nasib kowang la ye klu dah gatal pilih pasangan dari Johor, nak tak nak kena lah ikut adat nya juga :p

Ni 'TOL' kat pelamin lagi 'mahal' kot.
Apa tak nya, mak andam yang charge baki TOL nya tu.
Klu dapat mak andam yang tak kisah jumlah 'TOL', ok la kan.
Tapi klu dapat yang 'mata duitan', hahaha memang 'bengkok' la jawab nya.

Pape pun, tahniah dari geng K.A.M.I.E .
Selamat Pengantin Baru buat Lyea & Zaidi.
Moga bahgia hingga akhir hayat.

ps: Azman Ahmad, saya cilok gambar dari kamera awak, TQ! ;-)

Nota Jemari: selagi cuti sekolah belom berakhir, makan lauk kenduri je la tetiap minggu.
Share:

4 comments:

  1. cilok jer la ret.. nanti majlis ko nak amik aku ker sbgai cameraman.. aku leh bagi quotation.. hehe

    ReplyDelete
  2. abg sabar siap kejam mata nak tumpukan lafaz ijab kabul tu.. atau dia tido kot haha

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Ret....

    mana mana? hubby ku yg tutup mata tu? hahahaaaaa
    ooo itu amik feel aje..bukan feelingggggg :p

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.